Saya tertarik dengan nasihat Ustaz Zahazan semasa sy mengikuti kuliah pengajian bulanan di Masjid Kelana Jaya Petra.Katanya,'kita runsing masalah kekurangan engineer muslim,tapi kita tak sedar bahawa kita juga mengalami masalah kekurangan ustaz,ilmuan dan ulama.'Suka saya untuk ingatkan anda semua bahawa sesungguhnya kita sekarang sedang berada dalam satu zaman yg digambarkan oleh Baginda s.a.w dalam banyak hadis sebagai zaman akhir.Kata Baginda,'Islam bermula sebagai asing dan akan kembali sebagai asing'.Ironinya orang muda menganggap asing kepada subjek islam.Mereka hanya gilakan ilmu akal(akademik) dengan lgsung memandang ilmu hati(agama) sbgai sesuatu yg tak penting.
Sebenarnya,belajar agama itu bukan hanya terhad kpd pelajar-pelajar bidang agama.Kita sedang berada di zaman da'ei bukannya zaman abid.Keutamaan kita utk membebaskan diri kita dan diri masyarakat kita drpd sifat jahiliyyah itu lebih besar drpd kita duduk di dalam masjid berzikir tanpa berusaha membendang jenayah agama yg sedang berleluasa ini.Apakah jika turun azab Allah,kita pasti kita selamat walaupun kita tak bermaksiat?Allah berfirman di dalam Quran bahawa kita sesekali tidak akan dipertenggungjawabkan atas dosa mereka,sebaliknya kita diwajibkan utk mengajak supaya mereka juga bertaqwa kpd Allah.Sudahkah kita melaksanakan kewajipan itu?
Mereka itu ialah masyarakat kita.Saya memetik kata-kata guru fizik saya.'If u are nobody,do you think that people will follow you?".Masyarakat zaman sekarang menilai sesuatu melalui pandangan nilai.Mereka akan memikirkan tentang apakah keutungan yg dia akan dapat jika dia mendengar mengikut kita.Oleh itu,utk berdakwah kita tidak seharusnya menjadi zero,sebaliknya kita mesti jadi hero.Orang yg menjunjung islam lebih layak menjadi org yg memimpin drpd membiarkan diri dipimpin oleh org jahil.
Mengapa?kerana dalam hadis diceritakan bahawa seseorang pemimpin itu boleh menutup segala pitu maksiat,dan boleh menutup segala pintu kebaikan.Pemimpin yg baik pasti akan menghapuskan maksiat manakala pemimpin zalim akan berbuat sebaliknya.Baginda s.a.w sendiri sblm diangkat menjadi Rasul,akhlak Baginda tersangat-sangat mulia.Jadi,sangat penting kita untuk menilai diri kita.Utk menjadi pemimpin,tak bolehlah kita jadi lemah.Sepatutnya kita menjadi org yg nampak hebat supaya mudah kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar!
Dan maksud pemimpin juga berbagai.Tidak seharusnya pemimpin negara.Sebaliknya boleh jadi juga ketua batch,ketua pelajar,ketua jabatan,ketua biro dan apa-apa jawatan.Dunia itu jambatan akhirat.Maka kita perlu gunakan dunia ini utk memastikan tanggungjawab kita sebagai hamba terlaksana.Kewajipan dan tanggungjawab kita adalah lebih banyak drpd masa yg kita ada!Jikalah kita tak super,maka susahlah kita utk berdakwah.Lebih menakutkan sekiranya kita pun terlalai dan terus bersongkol bersama-sama kejahilan dan kemaksiatan dek diserang bertubi-tubi setiap detik.
Kesimpulan,bagi adik-adik yg mahu menyambung ke dalam bidang-bidang selain islami hendaklah kita beringat bahawa setiap ilmu hendaklah diredhai oleh Allah.Biarlah kita belajar apa bidang sekalipun,jangan sesekali tinggalkan kepentingan utk mendalami agama.Ada masa terluang,duduklah di majlis-majlis ilmu.Ada masa free,bacalah Quran.Biar balance.Ilmu agamalah yg akan menjadi sebenar-benar bekalan utk kehidupan kita sesudah mati.Ilmu duniawi fizik,biologi,engineering semuanya takkan mampu menjawab soalan kubur melaikan hanya kegunaan sebentar di dunia shj.Oleh itu,marilah kita persiapkan diri kita dengan ilmu duniawi+ukhrawi agar kehidupan kita di sentiasa di redhaiNya dan berjaya di dunia dan di akhirat.
10 Komentar
bestnye entri ni.. penuh dgn semangat.. hilang ngantok terus.
Balasdoa awk n kwn2 dpt teruskan usaha!
"engineering bidang yg laku"
ye betol. huhu.
p/s: org 1st!
salam....
Balaswalaupun ilmu akademik juga pnting utk di dunia,ilmu agama jgn diabaikan...contohilah ilmuwan2 Islam terdahulu...mereka berjaya di dlm kdua2 ilmu...
Salam...
BalasTidak salah nak belajar ilmu apa jua pun asalkan tidak melanggar syariat, namun ilmu Islam itu wajib ada pada diri setiap individu yang mengaku dirinya Islam.
^inas^-->
Balaspernah tak dengar perkataan 'bantu bisnes muslim'?Mengapa itu penting?sbb kita mahu bantu islam!islam hebat dan kita sebagai umatnya juga perlu nampak hebat kerana Allah wariskan bumi ini utk kita,org2 beriman.
Nur Najihah-->
Benar.Menuntut ilmu sampai mati.Jom jadi seperti imam shafiee yg sgt komitmen menuntut ilmu dan sggup bermusafir jauh2 menuntut ilmu!
Abd Razak-->
benar!ilmu dunia hanya utk keperluan dunia sementara,manakala ilmu akhirat inilah pagar kita.
memang kita perlukan kursus yg market demand dan sbg nya..tp sy rase kne lah balance..sbb ilmu agama ni pon sgt penting..plg tidak pon mase lapang diisi untuk mendalami ilmu agama secara x formal..kalau boley nak jadi protaz =)..
Balasherm...tuntut ilmu...
Balasilmu tanpa amal : sia-sia
amal tanpa ilmu : gila
fitirijohari-->
Balassaudara,market demand sekarang ialah profesionnal dalam bidang dunia dan juga arif dalam urusan akhirat.Itu baru betul demand tu...for our ummah~
Ummi-->
wah....blog baru!hehe
salam iqbal,
Balaspersoalan ini menarik dan juga isu semasa bagi pelajar yang mahu menyambung pelajaran.
masyarakat kita lupa satu perkara. kalau mahu belajar agama, maka bidang2 lain itu dikatakan dia tak tahu dan bukan ahlinya.
kita lihat balik sejarah. kebanyakan nama2 besar ilmuan Islam dizaman dahulu yang namanya disebut2 sehingga kini seperti Ibnu Sina, Alfarabi, dan sebagainya, bukan sekadar mahir dalam bidang masing2 tetapi juga mempunyai tahap ilmu keagamaan dan ilmu yang lain dalam standard yg cukup tinggi.
mereka juga adalah ahli falsafah, seni bina, matematik dan juga agama.
itulah keistimewaan ilmuan islam dimana ilmunya tidak terhad kepada 1 bidang sahaja.
nak pilih bidang agama ataupun kejuruteraan ataupun perubatan?
pilihlah yang mana pun dan jangan lupakan agama.
berbincang dengan ibubapa juga adalah perkara yg terpuji.
:)
p/s: maaf, panjang macam 1 n3 plak...
kawie2020-->
Balassalam.Wah...apa yg saudara kata tu mmg sgt2 betul lah..thanks atas pandangan saudara.Sangat2 saya hargai.Thankss ya~ =)
salam..
Balasbetul! keyword kali ini ialah "seimbang".
p/s: degree biologi saya tak laku..tp degree keibuan saya sgt laku :DDD
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443