Bercakap soal binatang membuatkan saya teringat akan satu ayat Quran yg membuatkan diri insaf.Ayat cinta dari surah al-A'raf ayat ke 179
Dan sungguh,akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati tapi tidak digunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka memiliki telinga tapi tidak dipergunakan untuk mendengar(ayat-ayat Allah).Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yg lalai.
Alangkah ruginya manusia.Kita dikurniakan hati,dikurniakan mata,telinga,akal dan segala-galanya namun tidak dipergunakan utk mencari redha Allah.Dengan diberikan hati dan akal fikiran,kita dibezakan dengan binatang.Binatang ternakan seperti lembu,mempunyai otak yg lebih besar drpd manusia tapi ternyata otak yg besar itu tidak membolehkannya menilai baik atau buruknya sesuatu perkara.
Saya teringat perbincangan kami berkaitan akidah semasa kunjungan ke uia gombak(first time g sana!sgt best!) Akhi Badli membuat satu analogi,syahadah kita ini seumpama pagar yg mengelilingi kandang kambing.Jika pagar tu runtuh,maka kambing-kambing tu akan lari dan akan merosakkan tanaman org-org kampung dan berak merata-rata.Dan pagar itu jugalah yg melindungi manusia drpd terjebak ke dalam perkara-perkara yg keji dan mungkar.
Cantik sungguh perumpamaan itu.Bertepatan dengan satu hadis,dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”Hidup kita di dunia ini mmg hanya utk taat kpd Allah.Dan salah satu bentuk ketaatan itu ialah meninggalkan segala laranganNya.Malangnya,banyak benda yg kita suka tak boleh kita buat.Dan tika itulah kita akan berlawan samada kita lebih patuh kepada Allah,atau kpd nafsu kita.Allah cipta malaikat,tanpa nafsu!Allah cipta binatang pula tanpa akal!Dan Allah cipta manusia,mempunyai akal dan juga nafsu!Maka manusia yg kalah kpd tuntutan nafsunya adalah lebih hina drpd haiwan namun sekiranya manusia itu dapat mengawal nafsunya,maka dia lebih mulia drpd malaikat.Nafsu tidak boleh dibunuh tetapi perlu dipagari dan pagar yg paling kuat ialah dengan bertaqwa.
12 Komentar
akidah itulah benteng utama muslim. syahadah itu intipati akidah...
Balas:)
salam..
Balassyukran Iqbal ats pengisian rohani ini..semoga Allah merahmati..
Salam...
BalasHinanya kita kalau tak mampu mengawal nafsu hingga serendah dari binatang...
salam.
Balaslme x singgah sini.
post y sgt menarik!
btol2.
ayat 7:179 tu sgt significant dgn masyarkat zaman skrg..(termasuk diri ini)..
mge Allah terus beri lindungan rahmat dan hidayahNya,
insyaAllah..
kawie-->
BalasYup...itu pasal akidah kena sempurna
melatidaisy-->
Alhamdulillah.segala yg baik datang dari Allah.
Abd Razak-->
peringatan kpd saya~huhu
tulip putih-->
insyaAllah.Biar tak lama singgah,yg penting akidah kena sentiasa 'full power'.hehehe
salam.. :)
Balasbetul2.. ^_^
orang yang paling kuat adalah orang yang boleh melawan hawa nafsu.. :)
salam. kuat sungguh konkongan nafsu terhadap akal kita - sejak kecil telah dikuasainya. Justeru hati mesti tetap dan dilatih selalu dengan takwa.
Balasthat was nice. really.
Balaslove it.
Muz-->
Balasi would prefer to use word 'kawal' rather than 'lawan'.hehe.sepatutnya berkawan,bukan berlawan!hehe
Dr sam-->
terima kasih atas kunjungan~salam mesra.
^inas^-->
hehe...thanks to Allah for giving me ideas~
salam iqbal..
Balassyukran ats perkongsian yg sgt b'hrga ini :)
Salam iqbal.
Balasmuhasabh:)
syngi dri,insyaaallh:)
Iejan dan anem-->
BalasTerima kasih juga ziarah~ =)
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443