Cinta Syarie-tak habis lagi~episod 3

Alhamdulillah.Allah beri saya peluang utk terus menulis.Utk mukaddimah,saya mahu bicara sedikit tentang satu hadis yg cukup ringkas dan boleh dihafal.Hadisnya berbunyi 'Atbi'issayyiatal hasana tamhuha'-riwayat Abu Daud dan Tirmizi.Maaf sbb saya tak reti nak taip arab.Maksud hadisnya ialah,'Iringilah kejahatan dgn kebaikan,semoga kebaikan itu dapat menghapuskannya".

Bila kita bercakap pasal dosa dan pahala,kita takkan dapat menafikan bahawa dosa kita ni tersangat banyak hingga tak mampu dikira!Tapi Allah Maha Penyayang dan Pengampun perintahkan kita berbuat kebaikan utk compensate dosa kita.Tiada istilah putus asa bagi orang islam!Saya sgt2 terkilan sbb tadi masa ke kedai,terpandang berita di muka depan Kosmo!->seorang remaja mahu membunuh diri kerna cinta ditolak!Dan antara faktor terbesar mendorong kpd bunuh diri ialah putus asa.

Mustahil jika saya katakan saya tak pernah putus asa.Seringkali juga rasa kecewa dan marah dgn diri sendiri.Lebih-lebih lagi bila membuat dosa dgn sengaja.Benarlah kata Baginda,'Jika kamu diberi umur yg panjang dan berpeluang hidup di zaman-zaman akhir,maka kamu akan melihat fitnah-fitnah berleluasa'.Demi Allah,tak pernah sekalipun saya melalui satu hari yg terlepas dosa.Tapi saya sedar bahawa pintu keampunan Allah sentiasa terbuka luas.Kpd remaja-remaja yg terasa lemah,rayulah minta kekuatan dari Yang Maha Kuat.

Baiklah,kita sambung perbincangan kita tentang ciri-ciri org yg mencintai Allah.Ciri seterusnya ialah 'harap'.Orang yg mencintai Allah akan sentiasa mengharapkan Allah.Mengharapkan keampunan Allah,mengharapkan redha,mengharapkan cinta dan mengharapkan rahmatNya.Contoh mudah ialah diri kita sndiri.

Semasa kita bayi,kita hanya tahu menangis.Bila kita menangis,secara automatik mak kita tahu kita mungkin lapar,nak tidur atau mungkin kembung perut.Tika itu,kita mengharapkan mak kita utk beri kita susu,sbb kita tak reti nak buat sendiri bahkan nak mintak pun tak reti.Bila kita meningkat usia kanak-kanak,kita mengharapkan makbapak kita belikan kita mainan.Kita takde duit sendiri nak beli mainan.Melangkah ke sekolah pula,kita mengharapkan guru-guru mengajar kita membaca,menulis dan mengira sbb kita tak lahir-lahir terus tahu membaca.Melangkah ke alam perkerjaan,kita mengharapkan bos sayang kita,sbb senang nak naik pangkat.Dan lain-lain...(fikir sendiri la contoh lain)

Mengapa rasa berharap itu timbul?kerana kita melihat diri kita tidak mempunyai keupayaan yg org lain ada.Kita berharap kerana kita yakin,org yg kita harapkan itu boleh beri kita manfaat.Kita mengharapkan org itu,kerana kita melihat ada kepentingan kita kpdnya.Sebagai contoh,jika saya dalam perjalanan dari KL ke J Town(bandar jengka,hehe) dan sy berasa lapar.Waktu tu,saya akan berharap supaya ada kedai makan di tepi jalan.Saya tak berharap pun ada bengkel kereta,sbb sy memerlukan makanan waktu tu~
(Mekanik kereta tak jual nasi goreng kampung)
Oleh sbb itu,dgn rasa harap ini,maka timbul rasa cinta yg berbeza-beza.Kita akan mencintai harta,kerana kita berharap harta yg kita cari ini boleh memberikan kita kebahagian.Kita akan cintakan bos kita,sbb kita berharap bos akan naikkan pangkat kita.Kita akan sayangkan cikgu kita,sbb kita rasa berharap utk diajar(Org yg tak syg cikgu,mana suka belajar).Kita juga akan sayang ibubapa kita sbb kita berharap ibubapa akan sentiasa menolong kita.Bahkan kita akan syg kwn-kwn kita sbb kita berharap mereka akan menyokong kita.Begitulah seterusnya...

Namun persoalannya,jika kita sudah mati,kepada siapakah kita akan berharap?Bila kita mati,pasti dan pasti bahawa ibubapa,kawan-kawan,kaum kerabat,harta benda dan segala-gala yg kita cintai di dunia ini kita tinggalkan.Tiada lagi orang yg selalu tolong kita.Tiada lagi wang ringgit yg selalu kita guna utk selesaikan masalah.Tiada lagi kekasih kita yg selalu lindungi kita(tapi kalau perempuan mengandung anak zina,confirm pakwe dia lari!).Ketika itu,siapa yang kita harapkan?Mahu atau tidak,suka atau tidak,kita semua akan terpaksa mengharap kpd Allah sahaja!

Ketahuilah bahawa selain drpd Allah,semuanya adalah makhluk!Tiada satu pun makhluk yg kekal.Dan tiada satu pun yg dapat beri manfaat kalau Allah kata TIDAK.Oleh itu,seorang yg sedar akan hakikat ini akan berharap hanya kpd Allah sahaja.Dgn sendirinya,rasa kecintaan kpd Allah mekar.Orang yg dilamun cinta Ilahi ini akan sedar bahawa setiap musibah dan kebaikan datangnya hanya drpd Allah.Musibah yg dtg hanyalah utk mengujinya adkah dia akan ketuk 'pintu Allah' atau ketuk 'pintu makhluk'.Sgt penting utk membuat pilihan,sbb kalau kita ketuk pintu manusia pun,bukannya manusia itu yg tolong,tapi Allah yg tolong melalui asbab dan perantaraan manusia itu.

Kisah-kisah manusia beruntung yg hanya berharap kpd Allah dirakamkan di dlm Quran pd banyak tempat.Antaranya ialah kisah nabi Zakaria a.s yg memohon agar dikurniakan zuriat.Ini dirakamkan dlm surah Al-Anbiya'(21;90).'dan mereka berdoa kpd kami dgn penuh harap dan cemas'.Org yg cinta kpd Allah dan berharap hanya kpd Allah akan memiliki hati yg tabah.Ini dikisahkan semasa perang Tabuk,Saidina Abu Bakar telah menginfakkan kesemua hartanya di jalan Allah.Baginda Rasulallah bertanya,'Apa yg kamu tinggalkan utk dirimu dan ahli keluargamu?'.lalu dijawab oleh Saidina Abu Bakar tanpa ragu-ragu,'Allah dan RasulNya!'.What to worry?We have Allah!

Sahabat-sahabat Nabi cukup faham akan hal ini.Mereka semua berharap hanya kpd Allah sahaja.Ini dirakamkan dalam surah At-Taubah(9;59)-"Cukuplah Allah bagi kami.Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya,demikian juga RasulNya.Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah".Orang yg berharap kpd Allah pasti takkan kecewa.Kerana org yg berharap kpd Allah,seumpama org yg berpegang kpd tali yg takkan putus.Boleh bukak surah Ghafir(60;90)-'Berdoalah kpdku,pasti aku akan memperkenankan'.

Kesimpulannya,sebagai org islam kita sepatutnya meletakkan harapan kita yg paling tinggi hanya kpd Allah.Kita ada Allah Maha Kuasa!Tak perlu kita cari penolong yang lain!Tak perlu jumpa bomoh.Silap-silap jatuh syirik pulak.Tuhan kita bukannya not-not kertas,bukan juga manusia yg berjalan sperti kita!Tuhan kita jugab bukannya patung-patung yg boleh bergerak!Oleh itu,mulai hari ni,kita mesti kena berharap hanya kpd Allah sahaja.Tapi jgn lupa,kita juga dituntut utk berusaha sebagaimana satu hadis riwayat hakim,'ikat tali unta kamu dahulu,dan bertawakkal lah'.Semoga ada manfaatnya post kali ni.Selamat beramal.Bersambung...ada 1 lagi ciri last.

Banner tu sila lah ambil letak di blog anda.Biar kita promote kan ilmu,jangan kita promote maksiat...Al-Maidah(5;2)-tolong menolong kearah kebaikan,jgn tolong kdp keburukan~
Previous
Next Post »
15 Komentar
avatar

salam iqbal...
btol 2...jgn terlalu berharap pd ssuatu selain ALLAH,kelak bl apa yg diharapkn x tercapai...kita akn kcewa,kmbali pd ALLAH pd stiap keadaan krn Dia takkn pernah m'hampakan srta menzalimi hamba2-Nya yg berserah dr....hanya pd Dia..:)

Balas
avatar

Wah!!!kak!!cepatnye akak komenn!!hehe.. jzkk...

Balas
avatar

budak tu gila
xfikir panjang
adoi
dah malu dia sebab masuk paper
haih

Balas
avatar

semakin lama semakin bagus iqbal mengupas sesuatu topik ni.. semoga teruskan berdakwah iqbal.. umat akhir zaman memerlukan orang2 macam kamu.. (^__^)

Balas
avatar

i like this one..

this particular character boleh di elaborate dgn panjang.. dan cukup memberi kesan wlupon sekadar guna bahasa yg mudah. allah yg bagi faham.


next character?

Balas
avatar

well done iqbal, sgt mantap utk dijadikan santapan jiwa..pandai adik kak ni ..

Balas
avatar

thx entry in sgt berkesan....:))

sy copy code tu...tp nk bt jugak..cner?

Balas
avatar

tangkap dalam hati la iqbal..

kita tak boleh terlalu berharap dengan benda yang lain selain allah..kerana dialah yang mencipta kita..

teruskan dengan entri2 yang membina ni

Balas
avatar

Salam...

jika kita mengharap walau sedikit kepada makhluk...pasti dan pasti kita akan kecewa di kemudian hari.

namun...
jika segala pengharapan kita hanya pada Allah swt...pasti kita tidak akan kecewa walaupan apa yang kita doa dan pohon..tidak di tunaikan. kerana perasaan kecewa itu tidak akan melebihi perasaan redha dengan ketentuanNya......

Balas
avatar

masyaAllah..
brilliant post!
mudah utk difahami & mesejny smpai straight..
suke2!
teruskan mnulis ye..
:)

Balas
avatar

salam..
pertama kali singgah sini.embun yg suggest..mmg beetul kata dia..


betul tu, sbg hambaNya kita takkan pernah putus berharap..
dn ada kwn pnh ckp, berputus asa itu adalah juga satu dosa...

Balas
avatar

Syukran Jazilan.terima kasih.Ahlan Wahsahlan.Marhaban.

ceh,bajet tahu bahasa arab pulak saya.hehe...selamat datang.Moga ada manfaat~

Balas
avatar

entri iqbal ada kena mengena denga kejadian yang berlaku pada akak hari ini...

hanya berharap pada Allah.
insyaAllah.

Balas
avatar

Erm,berharap dgn Allah saja la kak...

Balas
avatar

he..terima aksih ek iqbal...kita berlink2 ye...:)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443