Cinta syarie episod akhir-taat

Setinggi-tinggi syukur kpd Allah Taala kerna memberi saya peluang utk menamatkan perbincangan kita tentang cinta syarie-tanda-tanda org yg mencintai Allah.Ciri yg terakhir ini adalah ciri yang paling penting dan utama yg seharusnya ada kpd org yg mahu memiliki cinta sejati.Ciri terakhir ini ialah Taat.Maksud taat ialah sentiasa menurut perintah atau suruhan,tidak mengingkari dan patuh.(Kamus Dewan).Dalam erti kata lain,maksud taat ialah kita melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Pengertian taat ini sgt luas dan terbahagi kpd beberapa bentuk.Antaranya ialah ketaatan kpd ibubapa,ketaatan kpd pemerintah,ketaatan kpd majikan,guru,sahabat dll.Kita taat kpd mereka mungkin kerana beberapa faktor.Mungkin kita taat kerana kita takut-seperti anak-anak yg sudah berusia 10tahun dan malas bersolat.Kerana takut dirotan ibubapa(rotan mendidik bukan mendera),maka mereka akur dan taat meninggalkan rancangan kartun kegemaran mereka di Tv utk pergi bersolat.Ketaatan juga dicapai melalui rasa kagum,hormat dan rasa terhutang budi -seperti menuruti arahan ketua,pemerintah dan juga guru.Mungkin juga taat kerana takut-sprt diperas ugut perompak bahkan mungkin juga kita taat kerana kita mempunyai kepentingan peribadi-seperti taat kpd kwn-kwn kerana bimbang nanti tiada sokongan mereka.

Semua faktor ini adalah cabang yg membentuk ketaatan hakiki kpd Allah.Untuk taat kdp Allah,kita perlukan kombinasi rasa cinta,rasa takut,rasa terhutang budi,rasa rendah diri,kagum dan berharap.Ramuan ketaatan ini akan menjadikan hidup seseorang manusia menjadi indah dan bermakna.Ketaatan kpd Allah merupakan satu kewajipan yg tiada option lagi dah~Ia adalah tiket ke syurga.Ketaatan kpd Allah juga merupakan setinggi-tinggi ketaatan dan bersifat mutlak,manakala ketaatan kpd makhluk hanya terhad kpd perkara yg dihalalkan oleh syarak shj.

Kita boleh rujuk surah An-Nisa(4;69)-"Sesiapa yg mentaati Allah dan Rasul,maka mereka itulah org yg diberikan nikmat oleh Allah,iaitu para Nabi,para pencinta kebenaran,org-org yg mati syahid dan org-org soleh.Merekalah teman yg sebaik-baiknya." Apa yg dapat kita simpulakan disini ialah org yg taat kpd Allah dan Rasul,maka dia org yg paling layak utk kita jadikan sbagai teman karib kerana org yg taat ini pasti dan pasti takkan tikam belakang.Org yg terbukti ketaatannya kpd Allah dan Rasul takkan bersifat sprt gunting dalam lipatan.Mereka pasti akan mendorong serta membimbing kita kpd kebaikan dan mengahalang kita drpd menzalimi diri kita sendiri(buat dosa).Perihal sahabat baik(iltijah) ini boleh juga kita rujuk pada ayat 16 surah At-taubah-"Apakah kamu kira bahwa kamu akan dibiar begitu saja padahal Allah belum mengetahui org-org yg berjihad antara kamu dan tak mengambil teman-teman yg setia selain Allah,RasulNya dan org-org yg beriman."

Sebenarnya,ayat (9;16) itu juga menjadi dalil bahawa kita takleh ambil teman rapat(yg sgt rapat) selain drpd Allah,Rasul dan org beriman shj.Tapi jangan salah faham!Allah tetap perintahkan kita utk kenal mengenal.Bukak saja surah Al-Hujurat surah ke 49,banyak diceritkan perihal persaudaraan~Baiklah saudara,kita lihat pula kpd ayat seterusnya dalam surah An-Nias (4;80)-"Barangsiapa yg mentaati Rasul,sesungguhnya dia telah mentaati Allah".Sekarang,kita reflect pd diri kita,berapa banyak larangan Rasul kita buat?Berapa banyak pula perintah Allah dan Rasul yg kita tinggalkan?(muhasabah cinta)

Mengapa kita perlu taat kpd Allah?Kita mahu taat kerana kita mahukan kejayaan.Tujuan Allah mengutuskan RasulAllah s.a.w hanyalah utk menyempurnakan kehidupan kita.Manusia ini seumpama mesin yg paling kompleks!Lalu Allah turunkan manual(al-Quran) beserta engineerNya(Nabi) bersama utk memastikan bahawa manusia dapat 'berfungsi' dgn sepertimana ia sepatutnya.Untuk mengetahui fungsi manusia,kita boleh rujuk surah Ad-Zaariyat ayat 56-"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Namun,jangan silap!Engineer(Nabi Muhammad s.a.w) dan manual(Quran) yg diturunkan oleh manufacturer(Maha Pencipta,Allah) bukan hanya utk membimbing manusia dalam soal ibadah sahaja.Bahkan,tidak pernah sekali manusia diajar utk beribadah banyak-banyak tapi yang diajar ialah supaya beribadah dengan baik.Boleh rujuk dalam surah al-Mulk ayat 2,Allah sebut 'ahsanu amala' iaitu baik amalnya,bukannya amal yg banyak.Bila seseorang itu dapat mentaati Allah dengan sempurna,maka termasuklah dia di dalam org yg beruntung.Ini disebutkan dlm surah Al-Ahzab ayat 711-"sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

Kejayaan terbesar iaitu berjaya di kehidupan dunia dan di akhirat pula diharamkan neraka.Oleh sebab itu,sgtlah penting utk kita mencari cinta syarie dan berusaha utk menjd hamba yg taat!

Kesimpulannya,cinta kpd Allah adalah asas bagi ketaatan.Manakala utk mencintai Allah,kita perlu mengenali Allah dahulu.Tak kenal maka tak cinta,kan?Nak kenal Allah pula perlukan kpd ilmu.Nak ilmu pula perlu kpd mujahaddah.Jadi,syabas dan tahniah saya ucapkan kpd anda yg sudi meluangkan masa mengikuti perbincangan tentang cinta syarie ini.Akhir kata,kita renung-renungkan sepotong ayat dari surah Al-Anbiya,ayat 7-'Maka tanyalah kpd org yg tahu,kalau kamu tak tahu'. Semoga kita dapat berusaha memastikan diri kita dihiasai dgn ciri-ciri pemilik cinta syarie.
Previous
Next Post »
16 Komentar
avatar

pemikiran kau memang bagus sekali la bro..

aku pernah tergelincir sebelum ni.andai tergelincir lagi,tegur-tegurlah aku bagi aku sedar..

bila aku sikit-sikit berusaha mendalami agama islam..aku dapat rasa ketenangan hidup hadir sikit demi sedikit..

mungkin itulah yang dikatakan "tak kenal maka tak cinta"

Balas
avatar

bila kita taat pada Allah, automatik atie akan jadi tenang.. dulu diri nie memang jauh dari Allah. solat sntiasa dilupakan. namun bila tersedar & mula bersolat, atie betol2 tenang... smoga kita smua akan teros taat kepada yang maha esa & tidak menuju ke jalan yang dimurkaiNya...

Balas
avatar

semoga kita semua sentiasa taat kepada-NYA.. bagus betul entri adik..

Balas
avatar

Salam...

Adalah disebut dlm kitab-kitab terdahulu, Allah mengatakan bahawa adalah orang itu berbohong mengatakan dia mencintai Aku tetapi apabila datangnya malam dia tidur sepanjang malam, tidak bangun di sepertiga malamnya itu untuk solat malam.

Balas
avatar

Salam Iqbal.

Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah dalam bukunya berkenaan 'IYYAKA NA'BUDU WAIYYAKA NASTA'IN' menghuraikan ttg kecintaan kpd Allah.

Menurut Imam Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ini ada 10 tahap kecintaan kpd Allah:

Tahap yang paling rendah, Tahap Pertama: 'Alaqah.

Secara harfiah maksudnya ada hubungan, kebergantungan, kaitan (connection).

Tahap ke sepuluh: Khullatun (khullah), makna asalnya kosong. Sesorang hamba Allah yg mempunyai cinta tahap ini dipanggil Khalilullah kerana cintanya peringkat tertinggi.

Dalam al-Quran Allah panggil Nabi Ibrahim Khalilullah kerana cintanya peringkat tertinggi. Dalam hatinya kosong yang ada hanya Allah swt. Dia tak rela ada penghalang antara dia dengan Allah. Sekuat mana kasihnya kpd puteranya Ismail, disembelihnya kerana semata2 menurut arahan Allah. Walaupun hakikatnya tidaklah disembelihnya Ismail itu tetapi Nabi Ibrahim telahpun melakukan perintah Allah dan olehkerana Nabi Ibrahim Dengar dan Taat Allah gantikan dengan seekor kibas. Nabi Ibrahim diberi isteri bernama Siti Hajar yang juga Khullah.

Sekadar perkongsian.

Kakpun ada masalah nak tahu bila blog ni diupdate. Pasang banner pun rasanya tak tahu juga bila diupdate.

Selalu jadi silent reader je. Banyak manfaat diperoleh dalam blog ni. Alhamdulillah.

Balas
avatar

nice entry
bro
rajin2 lah tegur aku kalau ada apa yg salah yer

Balas
avatar

Embun-->
Kisah silam kita tak banyak bezanya.Ada satu kisah seorang ahli ibadat,ahli sufi dan org soleh bernama Ibrahim bin Adham.Seseorang telah bertanyakan umurnya,lalu Ibrahim Adham menjwb umurnya baru 10 tahun.Si penanya tadi pelik dan marah,sbb mustahil seorang lelaki tua berjanggut dan berkedut baru berusia 10tahun!Lalu Ibrahim Adham menjwb,'Baru 10 tahun aku dpt menghambakan diri kpd Allah dgn baik'..

Maka embun,kita punya umur nampaknya lebih pendek drpd apa yg tertera dlm i.c kita..moga kita sama-sama mati dalam iman~InsyaAllah

Balas
avatar

Hanie@Nisya-->
Ketenangan yg dtg itu adalah hakikat kebahagiaan kita.Seseorg yg kaya takkan tenang tanpa taat,begitu juga seorang yg miskin.Boleh saja si miskin jd tenang,asalkan di taat.Kerana ketaatan ini adalah anugerah Allah kpd hambaNya yg beriman.Rujuk surah Al-Fath ayat 4--'Allah lah yg menurunkan ketenangan ke dlm hati org mukmin utk menambahkan keimanan atas keimanan yg sedia ada'~ =)

Balas
avatar

Faarihin-->
moga ada manfaatnya.InsyaAllah



Abd Razak-->
Jazakallah sudi tambah.Adapun Ibrahim Adham juga mengatakan perkara yg hampir serupa.


Kak Werdah-->
Terima kasih kak kerana ilmu yg dicurahkan.Sgt2 saya hargai.Erm,pasal update tu,saya pun tak taw cmne nak settle kan..


Hans-->
Jazakallah khair bro~aku pun sama,saling la kita tegur menegur dan bantu membantu ya

Balas
avatar

iqbal, nanti kak dah ada publisher sndr, nak jemput awk jd slh seorg karyawan.. tulisan mantap. syukran. moga smgt sentiasa berkobar!

kak pun sama mcm kak werdah, asyik fkr camne nak setel mslh link awk ni, ssh nk tau bila ada entri baru..buh banner pun same gak..still xtau bila update..huhu

Balas
avatar

ehhem..

iqbal sbg karyawan...????
part time job iqbal, grabbbb!!

Balas
avatar

ouh, lame tak on9, abes tertinggal sume post cinta.
huhuhu. dah bace sume ciri ciri tuh.
cari cinta Allah dulu, confirm dapat cinta manusia!

Balas
avatar

Kak Deena Farhana-->
Wah...akak nak jadi apa?publisher?
penulis buku ke?nak ajak saya menulis ya.haha..saya mana pandai menulis la kak...huhu


Ciknas-->
Haha...kalau betul ada offer pun saya kena pikir 100kali jugak sbb banyak sgt komitmen lain ni.Avionics mmg susah~!


reen_sofea-->
Apa kabar reen?lama tak singgah sini ya?betul la cakap kamu tu,cari cinta Allah maka kita akan mendapati cinta org soleh menanti kita~

Balas
avatar

persoalan taat...

susahnya nak taat kan?ada je sila yg dibuat...ada je larangan yang dilanggar...


bilalah daapt memiliki cinta syarie...:(

Balas
avatar

-Cik sofia--
Persoalan ketaatan ni memang susah sbb syaitan sudah berjanji akan menyesatkan anak adam..maka,wajarlah kita cuba utk taat..insyaAllah

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443