Menjadi yg profesional

Bagaimana anda mendefinasi perkataan professional? Secara kasar,sy yakin ramai org akan fikir bahawa professional ialah keupayaan utk melakukan sesuatu pekerjaan dgn sempurna.Contoh : Seorang Licensed Aircraft Engineer(LAE) akan dikira sbgai professional sekiranya dia mampu menyiapkan pekerjaan dalam tempoh masa yg ditetapkan.Bukan setakat itu,dia juga mesti memastikan kapal terbang itu selamat utk terbang kerana jika dia kurang professional,maka akn berlaku flight delay- penumpang akn marah dan tak yakin dgn airline itu dan paling ditakuti,jika tak professional dlm bekerja,maka kapal terbang akn rosak semasa dlm penerbangan.Kesannya,ratusan nyawa akan melayang!(sbgai bakal LAE,sgt besar tanggungjwb yg akn saya pikul)
(kalau kerja cuai,jadi daging cincang la gamaknya)
Ada juga org kata,professional ialah keupayaan kita utk menangani stress, tekanan dan masalah.Mungkin contoh yg paling sesuai ialah putus cinta.Ramai kot org yg stress dan tak mampu melakukan kerja dgn baik akibat putus cinta.Kesimpulan,setiap perkerjaan perlu kpd sikap professional.kan? Jadi,bagaimana pula dgn muslim professional?

Takkanlah kita nak jd pekerja yg professional saja tapi taknak jd muslim yg professional.Ramai org tak tahu fakta ni- Menjadi seorang muslim ialah sebuah pekerjaan! Maksudnya ialah-kita ada majikan,ada elaun,ada gaji,ada cuti,ada polisi syarikat dan mcm-mcm lagi!Terkejut?Mesti ada org yg tertanya-tanya apakah kerja saya,anda dan semua umat islam?Kita boleh ambik pengajaran drpd dialog antara Panglima Rustum drpd kerajaan Parsi dengan Rub’i bin Amir,tentera islam dibawah pimpinan Saad bin Abi Waqas semasa perang Qadisiyyah.Panglima Rustum bertanya,”Apa tujuan kedatanganmu?”.Jawab Rub’I bin Amir,”Kami datang utk membebaskan manusia drpd penyembahan sesama manusia kpd menyembah Allah semata-mata!

Tertanya-tanya lagi kea pa kerja kita?Kerja kita ialah menyembah Allah Taala tanpa mensyirikkan (menduakannya) dgn apa-apa pun!Allah 'majikan' kita.Gaji kita Allah dah bayar.Kat dunia lg kita dah dapat.Elaun pun Allah bagi.Udara,air,tanah, pancaindera,akal fikiran,tu semua Allah bagi awal-awal kpd kita supaya kita dpt menjadi pekerja yg baik.Rujuk surah al-Dzariyyat ayat 56,57 dan 58-tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka menghambakan diri hanya kpd Ku sahaja.Allah tak meminta rezeki atau makan drpd kamu,sebaliknya Allah yg memberikan rezeki dan memiliki kekuatan yg kukuh!

Gaji dan bonus yg Allah tawarkan sgt lumayan.Boleh kita rujuk surah as-saff mulai ayat 10 hingga ayat 13.Allah offer kpd kita - Kalau kita beriman pastu berjihad dgn harta dan tenaga kita,maka Allah janji akan menyelamatkan kita drpd kehancuran besar di akhirat nanti.Bukan setakat tu,Allah juga janji akan beri hadiah pengampunan dosa dan kita akan dimasukkan ke dalam syurga Adn’.Ops..bukan setakat tu aja.Allah juga janji akan bantu kita dan memberi kita kejayaan!

Saya dah terlanjur sebut tentang ‘cuti’ td.Allah mmg majikan yg paling baik.Dia beri kita cuti bergaji dan cuti terbaik kpd pekerjaNya-pekerjaNya yg buat kerja.Apa kata Rasulallah?Aishah r.anha menceritatakan Rasulallah pernah bersabda –‘kematian itu ialah kerehatan’(rwyt Baihaqi).Sabda Baginda lagi,’Kubur itu akn menjadi salah satu drpd 2 tempat tinggal.Samada ia akn menjadi salah satu drpd lembah-lembah syurga atau salah 1 drpd lubang-lubang neraka.’ Kalau org yg rekod dia baik,masalah disiplin sikit,masuk kerja(solat) pun awal,tak miss daripada ‘kerja’,buat kerja pun bersungguh-sungguh,siap OT pulak tu,dan paling best,bukan seorang pekerja yg tahu mengampu bos aje,mmg lah bos akan sayang!

Di dunia ni,kalau bos syg,dia naikkan pangkat kita.Tapi bos Yang Maha Besar,Allah jika Dia sayang kita,dia akan buat kita berpenat-lelah(dgn islam) kat dunia ni ,pastu baru Dia akan bagi kita ganjaran yg sgt best!Tapi masa tu kita takleh la nak cerita kat kwn-kwn kita cmne perasaan tu,sbb kita dah mati masa tu.Habibun Najar pun pernah teringin nak hidup balik sbb nak bgtaw org kampung dia tentang apa yg dia dah dapat slps dia mati sbb menyeru(ajak) org kampung dia sembah Allah.(36;26).Saya ada sebut juga td pasal polisi syarikat.Maksudnya ialah syariat islam lah..pekerja yg baik,akan follow semua undang-undang dan polisi company dia.Kan?Kalau langgar dgn sengaja,boleh kena buang kerja.kan?Risau-risaulah..kita nak keislaman kita terbatal?Nauzubillah..

Waahh!!so soory kawan-kawan!Maaf sbb entry kali ni panjang sgt.Sebenarnya saya nak tulis lagi ni sbb banyak lagi saya nak kongsi.Saya nak kongsi tips-tips nak jadi pekerja yg berjaya dan disayangi Allah,tapi nampaknya dlm entry slps ini lah.Terima kasih kerana membaca.Saya sgt hargai anda.Teruskan bermujahaddah dlm mendengar ilmu.InsyaAllah akan bersambung.
Previous
Next Post »
24 Komentar
avatar

pekerjaan utama kita ialah melakukan smua perintahNya

Balas
avatar

salam perkenalan~
wah, bakal LAE yerk? huhu~
Good Luck!
Semoga dapat jadi seorang LAE yang profesional dan umat Islam yang profesional keimanan nya~ :)

Balas
avatar

Salam..

Profesionalnya kita dengan bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawa tidak ada sesuatu yang diberikan Allah yang nilainya lebih baik selain dari taqwa.

Balas
avatar

iqbal, tu pic sgguh ke engineer ter blender dlm kipas kapal tu??

Balas
avatar

menarik. aplikasi Muslim dan Islam macam hari-hari biasa. mahu menjadi pekerja yang taat agar dapat reward dari majikan isitu Dia :)

Balas
avatar

(1)-Hanie@nisya
Betul tu!tapi bukan setakat buat yg disuruh,kita kena gak tinggal yg dilarang.


(2)-Akuro san
InsyaAllah LAE 3 tahun lg.Lambat lag~thanks ziarah..blog kamu pun sgt best!


(3)-Abd Razak
Tepat sekali.Itu yg saya maksudkan.Setiap perkerjaan mesti berasaskan ketaqwaan,barulah kita akan mendpt hasil yg baik~

Balas
avatar

(4)-kak Deena Farhana
Ya la tu.Gambar engineer yg tak cuai.Kena sedut dlm enjin kapal,terus jd daging cincang.Ngeri~


(5)-maCy-
Betul tu!saya pun nak jd pekerja yg baik dan nak dpt rehat dlm kubur sbb kalau jd pekerja yg tak baik,dlm kubur nanti takleh rehat lgsung~parah...

Balas
avatar

profesional pd jai ada dua perkara sahaja. tidak kira apa yang kita gerakkan mesti melingkupi : al amru nabil ma'ruf wa tanhau na anil mungkar

Balas
avatar

tuh laa.
kdg kdg terlalu mementingkan kerja sampai lupa kerja yg lebih penting pada BOS BESAR itu!
sigh.
ntah bileee laaa nak balik.
ntah bile nak insaf!

Balas
avatar

Terima kasih sahabt atas tazkirah yg menarik ini. sesungguhnya agama itu nasihat, dan dlm hadis yg lain Nabi s.a.w bersabda " sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Tahniah sebab sahabat dah sampaikan banyak ayat. Moga kita menajdi muslim yang baik dan rapat dgn-Nya.

Balas
avatar

& lakukan segala pekerjaan yg halal di sisi Allah

semoga dapat keberkatan Allah

Balas
avatar

(6)-jai-
Betul gak tu...kat mana-mana pun kena buat baik~


(7)-reen sofia-
Bos Besar tu sentiasa akn memaafkan kita,tapi dgn syarat kita kena mintak maaf dan mengaku salah la..kan?

(8)-shamil iskandar-
Tiba-tiba rasa takut kalau2 amalan sy jadi sia-sia kerana ada secebis riak..huhuhuhu


(9)-nis-
Yg halal itu sgt penting~thanks ingatkan.


(10)-hans-
Betul!Betul!Betul!hehe


(11)-embun
Moga kita semua dpt jd pekerja yg baik~

Balas
avatar

boleh...ehehehe
thx post itu...Allah mmg majikan yg baik...beri kita gaji2 lumayan mcm kereta besar,rumah,dsb...cuma kita alpa untuk melakukan kerja kite kpd majikan kite,Allah,lpe spt solat..:(

Balas
avatar

setiap pekerjaan kena ikhlas... niat pada Allah...

lagipon semua benda ptt berniat kan...

tq 4 perkongsian ini =)

jap, jangan bodek bos sudah!

*sory iqbal, terllu byk follow blog, kdg2 je blog kamu ni tersinggah,he.

Balas
avatar

(12)-nas
jadi,kita boleh digolongkan sbgai pekerja yg lupa kpd majikan..huhu..malu~


(13)-fiD
Yup.Kerja kat dunia ni kerja sampingan yg juga dituntut dlm islam~niat mmg wajib ikhlas,kalau tak sia-sia.takde berkat kerja.

takpew~yg penting ko ada gak ziarah aku.entry aku selalu panjang2...sory~TQ singgah~

Balas
avatar

woaaa.. nice entry.. perbandingan kita bekerja dengan Allah =)

satu je la.. kita kerja tu kena ikhlas kerana Allah.. :)

Balas
avatar

(14)-asada
Yup..kena ikhlas~

Balas
avatar

adeyyhh... seram tgk gmbr tu.
smlm bru je tgk my friend snap pic dlm bende tu. huhu..

Balas
avatar

OK.jadi muslim profesional.da boleh mula kerja.workwork.

Balas
avatar

(15)-rhapsody LiN
Yup~benda tu kalau tak pusing mmg la nampak cantik,tapi kalau dah pusing semua benda dia sedut.bahaya~


(16)-akufobia
InsyaAllah.Selamat bekerja bro~!!

Balas
avatar

teknik penulisan yg agak 'ringan'n xskema.. tp senang untk difahami :)
moga kt sentiasa diredhai oleh Allah..amin..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443