Makbul syeikh...

Engine On Fire
Pernah saya berpraktikal dgn seorang instructor berbangsa cina.Dia bawa saya dan 3 org sahabat ke dlm cockpit pesawat F27(sempit giler),menerangkan pasal engine fire extinguisher.Dia ni mmg English spoken,jd saya pun kena tulis dlm b.inggeris gak la perbualan kitorang.

‘If the port engine is on fire,then the pilot will have to discharge the 1st bottle of fire extinguisher .But then,the aircraft have to fly with one engine malfunction.’

‘Sir,what if the fire appear again?’

‘Then u have to discharge the 2nd bottle.But this is nearly impossible to happen if u maintain the aircraft properly.

‘Let say,if both the fire extinguisher bottle is empty.But suddently,the other engine in starboard side catch fire.Then,what we must do?”

‘Then pray to your god lah…see if He can answer ur call.Like what muslim says..aa..alhamdulillah..”

Ok...sy nak cerita pasal doa.Kaedah berdoa dan salah faham kita tentang cara berdoa.Benda yg biasa..saya pun buat cmtu gak!Mmg ada ustaz-ustaz yg ajar,kalau nak berjaya kita kena usaha dulu,doa dan tawakkal.kan?Turutannya usaha->doa->;tawakkal.Saya nak tulis pandangan saya yg dhaif ni.Cuma satu pandangan picisan.Kalau anda tak setuju atau menolak,saya tak kisah pun sbb ia benda kecil saja.

Antara Sabar Dan Solat
Kita boleh lihat pd 2 tempat dlm Quran,dlm surah yg sama.Dlm surah al-Baqarah ayt 45 dan ayt 153-"Dan mohonlah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat".Allah dahulukan perkataan sabar.Sabar ialah peranan spiritual,bukan fizikal kita.Org yg sabar(tahan marah) diiktiraf oleh Rasulallah sbgai org yg kuat-(hadis bukhari-muslim).Solat pula antara lainnya adalah 1 bentuk doa juga kerana tasbih dan bacaan dlm solat ada doa.

Salah Faham
Aapa yg kita salah faham skrg ialah kita telah meletakkan doa dibelakang usaha.Ok,tak dinafikan mmg ada 1 hadis riwayat al-hakim Nabi kata,’Ikatlah tali unta,kemudian bertawakkal lah’.Ikat tali unta tu usaha.Lepas usaha,tawakkal.betul..Tapi ada juga satu hadis sahih drpd Ibnu Abbas;’Apabila kamu memohon,mohonlah kpd Allah’-riwayat Ibnu Majjah.Hadis ini menjelaskan,kita perlu minta tolong kpd Allah!!

Bagi saya,setiap musibah yg melanda kita dtg sebagai ujian drpdNya.Allah mahu menguji keyakinan kita,kpd siapakah kita akn rujuk fist-first skali.Allah mahu melihat,adakah kita mengetuk pintu pertolongan Allah,atau kita mengetuk pintu pertolongan manusia.Jika pun kita memohon kpd manusia,hakikat sbnrnya Allah gak yg tlg..melalui tangan manusia.Bantuan Allah boleh dtg dlm apa-apa bentuk bukan stakat manusia,bahkan haiwan atau boleh jd benda-benda lain.

Muhasabah Diri
siapa yg terlebih dahulu kita cari?Allah atau manusia.Kebanyakan org punya fahaman termasuk saya,kita ni cari Allah hanya slps semua usaha kita dah gagal,bila dah buntu dan bila dah give up!Faham tak cmne?contoh la..org yg sakit masuk hospital,makan ubat bertan-tan.Minum air zam-zam bertangki-tangki tapi sakit tak sembuh.Lepas tu pergi jumpa bomoh pula.Kalau silap bomoh,kena santau.Akhir sekali,bila sudah semua tak berkesan,barulah..’Tuan imam,tlg conduct solat hajat utk si polan.Dia ni sakit lamaa dah..tak mati-mati lg..eh,silap..tak sembuh-sembuh lagi”..

Silap kita,kita tak ikut cara sahabat nabi.Sedangkan imam Malik sendiri kata,’penyakit umat skrg takkan sembuh selagi tak ikut cara umat terdahulu’.Apa sahabat Rasulallah buat bila mereka dlm problem.Solat bro!Solat sunat je!

’Oi..gila ke?Aku kebulur dari smlm tak makan,kau suruh aku pergi solat pula’..

’Hotak kau.Aku hilang kereta!Aku kena cari la.Apa kena mengena dgn kena solat pulak?Bukannya kereta mainan anak yg hilang tu!!”

…mungkin itu yg kita fikir bila org kata anjurkan utk kita buat solat hajat,buat baca Yassin dan doa banyak-banyak.Org yg tak kena boleh la cakap…cuba bila dah kena musibah,mesti akn kelam kabut hingga lupa berdoa!

Saya pun selalu tengok org gantung ayat 1000 dinar kat dinding(kenapa dipanggil 1000 dinar ek?).Tapi bila ditanya mengapa gantung?entah!hiasan..entah!ada tuah kot.. Yang sebenarnya,kita kena ambil pengajaran drpd ayat tu(surah at-Talaq ayt 2 dan 3).Pengajaran dia ialah kesan taqwa!Sesiapa yg bertaqwa,Allah akan beri pertolongan dan bantuan drpd sumber-sumber yg kita tak disangka-sangka! Tapi masalahnya,kita belum bertaqwa.Kalau kita dah bertaqwa,tak payah kita nak risau.

Suatu Cerita
Satu hari rumah Saidina Ali kehabisan bekalan makanan.Lalu dia berwuduk,pergi masjid dan solat sunnat.Balik-balik dia tengok makanan masih takde.Lalu dia pergi masjid lg,perbaiki wuduk.Mungkin wuduk dia ada spoil sikit td,solat pun dia perbaiki,pastu dia balik tengok makanan masih takde hinggalah beberapa kali dia perbaikkan wuduk dan solatnya.Akhirnya dia balik dia lihat mesin pengisar gandum dia berpusing tanpa ada org yg kawal lalu menggeluarkan gandum utk dimakan.Disebabkan lama sgt,dia pun angkat.Peristiwa ni diceritakan kpd Rasulallah.Baginda kata,’Jika kau tak angkat mesin pengisar tu,nescaya ia akn ttp berpusing hingga kiamat’.

Pengajaran
Kita kena lazimkan berdoa!Berharap hanya kpd Allah..Ada hadis dlm matan 40-‘Ingatlah Allah ketika senang,nescaya Allah akan ingat kita ketika kita susah’-rwyat Abu al-Qasim bin Busyran drpd Abu Hurairah.Kita ni silap sbb kita slalu berdoa bila kita dlm kesusahan shj.Masa senang?usahkan nak doa,nak aminkan doa org lain pun malas.Mungkin kita tak tahu yg berdoa tu adlah 1 perintah Allah!Rujuk surah al-Baqarah lagi ayt 186 dan surah Ghafir ayt 4.Allah menyuruh kita berdoa dan Dia akn memakbulkan doa-doa kita.

Mungkin kita tak sensitive dan anggap benda ni keanak-anakan dan ketadika-tadikaian(mcm tak wujud je perkataan ni) iaitu tentang doa-doa yg Nabi ajar kpd kita atau lbh dikenali sbgai doa-doa masnun.Seperti doa masuk tandas,doa sblm & slps makan(kalau makan semua org tahu!),doa masuk &  keluar masjid(tak hafal sbb tak pernah gi massjid),doa berjimak dgn isteri(dah kena mula hafal dari skrg ni),doa pengantin baru dll.Doa-doa mcm ni mmg diajar masa kita kecik,dan masa kecik aje kita hafal dan amalkan.Dah besar?rasa malu nak berdoa.Kan?(wah!Iqbal tulis mcm la dia ada amalkan..heee)

Mengapa penting doa-doa cmtu?
Antaranya ialah supaya kita sentiasa rasa ‘qriib’ iaitu rasa dekaattt sgggtt dgn Allah dan rasa diperhati dan diawasi(muraqobah).Rujukan bg qarib ialah surah Qaaf ayt 16 dan rasa muraqobah pd surah Ghafir ayt 19.Selain tu,doa sbgai cara utk menarik bantuan Allah.Contoh; Nabi ajar doa sblm naik kenderaan. Antara tujuannya ialah utk memohon keselamatan perjalanan.Bukannya bila dah eksiden,tgh sakit dlm ambulan baru kita nak baca.”Ya Allah,Janganlah ambulan ni eksiden lg”..Doa-doa kita ni kdgkala Allah jadikan penyebab sesuatu bencana itu dijauhkan kpd kita!Tak percaya?

Bismillah
Mengapa kita diajar dan dituntut utk membiasa dan membudayakan membaca bismillah sblm buat sesuatu benda?kerana itu 1 bentuk doa juga.Kita mintak rahmat dan berkat drpd Allah.Sy nak kongsi pengalaman saya dgn kwn-kwn.Aircond kelas kami ada masalah sikit.Kwn-kwn sy dah cuba nak switch on,tp tak on jugak!diorang geram,saya pun try la.Saya baca bismillah,first attempt aja, aircond tu bangun dari tidur.Mungkin kerana berkat bismillah.Jelas,sblm berusaha,kita kena mintak kpd Allah dahulu bukannya dah siap semua baru nak mintak keberkatan Allah.

Air Penerang Hati
Saya tertarik dlm sebuah ceramah ustaz tanpa nama(sy lupa nama dia),dia mengkritik ibubapa yg asyik duk mintak air jampi atau air penerang hati utk anak-anak exam.Katanya,seharusnya kalau tahun ni anak SPM,dari awal tahun lg kita mak bapak kena doa supaya anak belajar.Doakan supaya anak rajin nak ulang kaji.Bila dah pertengahan tahun,mak bapak kena doakan supaya anak-anak boleh ingat apa yg dia belajar.Dekat nak exam,mak bapak kena doa pula supaya anak-anak diberi ketenangan,kesihatan dan keupayaan utk recall balik apa yg dia dah belajar.

Bukannya dah dekat exam baru nak panggil ahli kariyah surau buat majlis solat hajat dan baca yassin utk anak-anak.Kalau dah memang anak tak belajar,doa depan kaabah pun dia tak boleh jwb punya sbb mmg anak dia tak tahu jwpan,bukannya lupa!(sy edit sikit kata-kata ustaz-tanpa-nama tu)

Kesimpulan
saya menyeru supaya kita sama-sama memperbaiki hubungan kita dgn Allah.Jadikan Allah sbgai kuasa yg utama utk minta pertolongan.Jgn kita menjadi org yg hanya ingat kpd Allah did lm kesusahan,tapi lupakanNya bila dlm kesenangan.Boleh tak?(jwb la boleh,kalau x,sy merajuk).Kita cuba sama-sama dan pasang niat.Kita bukan org yg cari Allah bila dlm susah saja…tp itu mmg lebih baik drpd org yg lupa Allah terus.Wallahua’lam.

P/s-
  • Tahniah kpd sesiapa yg dapat baca sampai habis
  • Khamis saya exam.Jgn lupa doakan saya
  • Belajar electronic mmg memeningkan kepala
  • Sedang homesick ='(
Previous
Next Post »
32 Komentar
avatar

doa itu sgt penting utk dekat kan diri kita dgn Allah
:)

tahniah utk saya sebab habis bace
:)

Balas
avatar

setuju ngan part bismillah tuh!
slalu gak jadik cam tuh!
bile saye bukak tak boleh, bile member bukak baru boleh.
tanye sebab ape die kate bace bismillah laa!
huhuh

Balas
avatar

letak ALLAH dlm hati dn bawak ke mana2 kita pegi. waktu susah or senang. bukn cr waktu susahje..:-)

Balas
avatar

betol tu. walaupun hanye ingat ALLAH diwaktu susah, paling kurang tetap ingat padaNya. tapi kena la berusaha untuk sentiasa mengingatiNya.

gudluck!!

tak puas manje ngan parents ritu ekk

Balas
avatar

hati-hati dgn hati
waspada dgn kata-kata

insaf derrrrr =))

tengkiu sharing not killing =)

p/s: tah ape la yg sy repekan huuuuuuuuuu

Balas
avatar

iba, time kat sekolah dulu pun kita sembahyang hajat time dah dekat exam je kan? hehe

Balas
avatar

Salam...

Berdoa dan berikhtiar dengan sungguh-sungguh, selebihnya berserah kepada Allah

Balas
avatar

terkesan... banyak menda nak kena ubah diri tima kasih dan koi terima tahniah tu sebab baca sampai abih

Balas
avatar

Thanks Iqbal.harap2 lepas ni sedar diri ni nak berdoa banyak2 and panjang2 pada DIA.

Balas
avatar

Assalamualaikum Iqbal!

Semoga rahmat Allah mengiringi perjalananmu hingga akhir hayat nanti. Insyaallah.

1. ketadika-tadikaian = memang tak wujud perkataan ni. aparaa..hehe!

2. doa sebagai 'tali' penghubung antara kita dan Pencipta kita. Insyaallah, akak akan amalkan sejak anak2 kecik ni la..supaya mereka rajin belajar. terima kasih atas ingatan.

3. kamu rajin komen kat blog akak, nak hadiah ke? hehe!

4. mcm mana Iqbal buat link yg clickable kat ruangan komen tu ek?

Balas
avatar

(1)-Nis
Ya betul!Doa tu sgt penting.sgt-sgt penting..dan tahniah nis..hebat kamu nis


(2)-reen
Magik kan?pasni boleh la sama-sama amalkan.kan?


(3)-Pooh
Betul betul betul(mcm upin&ipin)


(4)-nisya
Betul gak!mmg kena usaha...uhuhu..Tq..erk...tak puas?er..ye kot..hehehe


(5)-MissXYZ
Dulu bukan XY aje ke?skrg tambah Z?hehe..Sama-sama sharing not killing gak!hehehe


(6)-ayap
ceh..aku ingat sapa la asyraf td.hehe..dulu mmg time skolah smyg hajat time nak exam..tp tu time skolah~hehehe


(7)-Abd Razak
Betul!sgt betul!


(8)-cemomoi
Sama-sama kasih..koi suka tulis panjang2,jd koi mintak maap kalau menyusahkan.hehehe


(9)-sugar2kapas
Err...post yg dulu2 susah nak faham la ek?huhu


(10)-sidratul muntaha
InsyaAllah..saya pun sama!


(11)-Kak Siti
TQ kak!stalk blog org ea....heee


(12)-Kak Lynn
Wah...ni yg suka bila akak komen ni!hahaha...saya mmg nak hadiah(jujur tanpa selindung).hahaha..nak buat link tu?er..akak gi kat newpost,pastu akak tulis apap-apa,pastu masukkan link address dlm ayat yg akak tulis,pastu klik kat edit HTML,copy~hehe.senang kan?Semua sekali rm10.terima kasih!hehehehe

Balas
avatar

doa tu juga memberi kesan positif , percakapan berkait dengan perbuatan juga kan...

Balas
avatar

maaf, lama x tinggal jejak. :)

Selalu berdoa yg baik untuk mereka yang baik dan mereka yang tidak baik jga. :))

good luck

Balas
avatar

mulakan dengan bismillah bila melakukan sesuatu kerja

Balas
avatar

doa itu senjata org muslim...
:)

p/s:lame xwt entry baru eh iqbal...:)

Balas
avatar

entry yang amat jelah..terima kaseh...
mmg..kite knelah berdoa..tapi janganlah berdoa..
bila kita berada dalam kesusahan atau perlukan sesuati yang dihajati..
kite kne slalu berdoa kepadanya...

Balas
avatar

(13)-fiD
Betul.Positif nya percakapan kita,kita takkan mengarut banyak2 lg~hehe


(14)-Tedi
Takpew lama tak tinggal jejak...jgn lupa terus~hehe..betul..doa utk semua!


(15)-Hassanah
Betul sgt tu..mula dgn bismillah,ambil berkat


(16)-echah
Lama tak menulis?busy...esok exam!


(17)-nas
Kesimpulan yg sgt baik bro!Thanks~

Balas
avatar

aku gahkan jugak baca sampai abez,,,

supaya aku dapat pengisian malam nie,,

weh iqbal,,,tq utk hari ini,,,

Balas
avatar

samping tu lakukanlah ia dgn hati yang sabar..ikhlas semasa melakukan sesuatu kja tu :)

Balas
avatar

yes baca sampai habis. x sangke hehe

ade gak rina penah baca tentang sorang budak ni doa nak makan epal (epal kot). mula2 tiap kali doa, parent die dengar, parent dia sediakan epal untuk anak dia sembunyi2.

mula2 si anak ni Allah yang bagi.

tiap2 kali dia doa, dan parent dia dengar dan parent dia sediakan epal tu sembunyi2

smakin yakinla si anak tu.

one day, parent dia keluar. si anak ni doa la mintak epal.

tiba2 epal tu ada.

bila parent ni balik, parent ni tekejut mane anak dia dapat epal.

rupa2nya, kerana si anak ni terlampau yakin pd Allah, maka doanye termakbul

ok. terbuat entry dah kat komen.

mesti da penah dengar tapi saje nak cite jugak hahah

nway gudluck exam. electronic mmg xbest :p

Balas
avatar

(18)-Lok
Bro...entry aku insyaAllah takkan hilang.So,aku rasa klo ko tak larat nak baca,ko sambung la hari esok..dan lusa.Takpew...no need to rush~Btw,Sgt2 terima kasih sbb baca..moga ada manfaat kpd aku dan ko juga.Hehe


(19)-surihati
Thanks atas nasihat yg sgt berguna


(20)-Rina
Panjang pun bagus~sbb itu menunjukkan Rina sgt faham akan apa yg saya telah cuba sampaikan.Bagus!Tahniah!moga ada manfaat yg besar terhadap saya juga...terima kasih baca dan terima kasih atas perkongsian cerita juga.sgt hargai~

Balas
avatar

huh..nk smpai tahap dpt buka peti komen nii sabo ke laahhh

huhh...adoi..tabahkanlah hatiku selama pakai berokband ni demi ukhuwah ku dgn kwan2 sekalian.

komen kak "org cina pon reti nak soh kita bdoa"

Balas
avatar

lin percaya kat usaha dan doa kene iring sekali..

kalau doa je x usaha, sia2.. kalau usaha tmpa berserah pada Dia , pun macam tak sempurna..

Balas
avatar

TQ bro... sbb bg post yg bgune nie...

Balas
avatar

(21)-kak deena
alalala..ciannya..sory ye kak klo saya menyusahkan akak.Org cina suruh doa..haha...mmg..instructor cina saya tu bukan setakat kami doa,dia suro kami gi solat pulak..hehe..bagus kan?moga dia dpt hidayah juga 1 hari nanti..


(22)-Lin
Betuk tu Lin!setuju!


(23)-anazeyy
sama-sama bro.Ada masa dtg la lg~

Balas
avatar

stail budak2 tak habis study sebelum melangkah masuk exam,

"weh aku tak habis study lagi ni. tawakal je lah jawab nanti"

heh, tawakal dengan usaha yang kurang. salah konsep juga ni kan

Balas
avatar

pilot: mayday, mayday, mayday, this is AXM 2706, our no. 1 engine on fire, making right turn to return to base!!

atc: AXM 2706, roger mayday!!

lalu atc tu pon kelam kabut mcm mana nak handle emergency, hoping that it can have a safe landing.. maka, 1st atc tu kena ingt dan yakin hanya Allah dpt selamatkan keadaan.. dan atc tu pon apply sume bnda yg dia bljr... ape yg dia tgh usaha tu pon dtgnya drpd Allah.. atc x de kuasa ape pon...

Balas
avatar

(24)-Ain fatihah
Salah juga cmtu...tapi rasanya ada gak terkena sipi-sipi kpd saya.heheheheh


(25)-NZ
Alahai...cik ATC sorang ni...nanti kalau dapat kerja kat subang airport,boleh la belanja saya!hahaha

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443