Nilai cinta remaja

Cinta itu sgt rumit.Bila org tanya saya pasal cinta,saya terasa mcm nak menulis essay 4 muka surat,utk menerangkan maksud cinta dari kacamata saya,tp sy sedar yg artikel panjang2 org tak suka,jadi saya ringkaskan.InsyaAllah.

Oh!Cinta
Bercakap soal cinta,suka saya gunakan Al-Quran sbgai hujjah.Cinta itu fitrah sebagaimana yg Allah sebut dlm ayat 14 surah Ali-Imran; "dijadikan indah kecintaan kpd perempuan-perempuan,anak-anak dan harta benda".Kita selalu kaitkan cinta dgn couple.Ya betul! Couple itu zina hati,tapi bercinta pula bagaimana?

Setakat ni,dah banyak soalan berkaitan cinta dan kapel diajukan kpd saya.Jawapan saya mudah.Cinta ialah 1 anugerah drpd Allah,kerana kita sendiri berasal drpd cinta,tapi bezanya ialah adakah cinta itu cinta yg mengikut syariat atau cinta yg mengikut syahwat?

Manusia perlukan pasangan.Buktinya ialah Nabi Adam a.s sendiri,tinggal di syurga dan memiliki segala-galanya tapi tetap terasa sunyi tanpa teman.Allah jadikan Hawa utknya.Dlm surah Ar-Rum ayat 21,Allah sebut apa yg kita akn dapat drpd berpasangan-"..Dia menciptakan untuk kamu,pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri,supaya kamu berasa tenang dan hidup mesra dengannya".. Ayat ini direct dan saya rasa pembaca boleh faham.Fitrah manusia,mahu ber couple dan mempunyai pasangan.Dan kesan drpd couple ini,akan mendapat ketenangan dan kemesraan.Betul?

Jadi,bagaimana dgn couple tanpa cop halal?maksud saya,couple sblm kahwin?part ni yg saya tak berapa suka nak cakap,sbb saya tahu ramai akan terasa tp maaf,saya terpaksa belaku jujur.

Pendapat saya
"Kebenaran itu membawa ketenangan sedang dusta itu membawa keraguan."-HR Tirmizi.Orang yg bercouple,banyak tenang ke banyak ragu-ragu?Seorang awek akn  ragu-ragu kpd boyfriend nya,apa jaminan yg boifren aku takkan tackle perempuan lain mcm dia tackle aku dulu?Boyfren pula akan turut meragui awekknya,adakah awek aku akan setia atau cair kpd org lain mcm masa dia cair kat aku dulu?

Ketenangan?huh...jauh sekali! Sikit-sikit nak kena cover!Cover drpd parents,kawan-kawan,cikgu dll.Tenang?mana boleh tenang bila duit selalu habis kerana keluar dating.Mesra?mmg la awal-awal pijak semut pun tak mati.Tapi lama-lama,mesti akan jeles,bersangka buruk dan gaduh.Boleh ke maintain mesra?.Jelas! Ini bukti yg saya ambil drpd Al-Quran dan disokong oleh hadis,bahawa couple sebelum kahwin tak membawa kpd matlamat asal Allah menjadikan pasangan iaitu mendapatkan ketenangan dan ini menunjukkan kapel sblm kahwin tak betul.

Jodoh tak datang bergolek
Memanglah jodoh tak dtg bergolek! Rezeki pun kena cari,apatah lagi jodoh.Dalam bercakap soal jodoh,saya suka mengambil contoh sifat manusia iaitu lapar.Kenapa kita makan?sbb kita lapar.Kalau kita tak lapar tapi kita makan.Apa jadi?kita akn merosakkan badan kita!Kita boleh kena diabetis, overweight, sakit perut,dan penyakit-penyakit lain. Sama mcm berpasangan(couple).Kalau belum tiba masanya tapi kita dah couple,bukan kebaikan yg kita akn dapat,tapi kemudharatan! Bagi saya,kalau dlm tempoh terdekat,tiada kemungkinan bg kita utk berkahwin,jgnlah couple.It's not the time yet..

"Nanti saya dah kerja,saya sibuk.Takde masa nak cari pasangan hidup.Tu pasal saya cari sekarang"

Ha!...sbb tu perlunya guna khidmat orang tengah! Lebih selamat,mudah,diberkati dan InsyaAllah ikut sunnah.

Jemu
Org kata; couple slps kahwin lebih baik.Kita argue balik,'Mcmane nak kahwin kalau tak kenal?'..Apa maksud kenal?adakah dgn keluar makan-makan,berbalas SMS dan dating tengok wayang?.Kalau mcm tu,nampak sgt kita tak serius!Org yg serius memandang couple sebagai ibadah.Lalu dia akan menyegerakan perkahwinan.Sebaliknya,org yg tak serius,tiada matlamat.Mereka takkan memikirkan soal ibadah(perkahwinan). Maka,bila dah jemu dgn anda,dia takkan think twice to find another person.Berbeza dgn cinta slps kahwin yg dihiasi dgn tanggungjwb dan amanah.Bila kita sudah terlalu 'mengenali' pasangan sblm kahwin,maka slps kahwin pasti kita akan cepat jemu kerana semua benda pernah dibualkan,dikongsikan..dan pernah dilakukan sblm kahwin.Cerai?mungkin...

Kesimpulan
Islam tak ajar kita berlagak mcm org buta masa berurusan dgn perempuan yg bukan mahram.Juga tak suruh kita berlagak bisu semasa berusan dgn lelaki ajnabi.Islam agama yg sgt berdisiplin dan salah satu disiplin islam ialah disiplin hubungan antara lelaki dgn perempuan.Tak salah berkawan!cuma silalah ikut garis panduan itu.

p/s-Ini cuma pandangan peribadi saya yg bujang dan sudah 8 tahun tak sekelas dgn perempuan.Maksudnya,saya tak mengenali sgt makhluk bernama perempuan.Pendapat saya boleh jd betul dan boleh jd salah.Jd saya perlukan komen anda.Sila ambil apa yg baik dan tinggalkan yg buruk.Terima kasih kerana setia sudi berehat di pondok cinta.

Previous
Next Post »
47 Komentar