Malulah sikit !!

Dua tiga hari ni banyak betul blog duk cerita pasal Paul si sotong kurita.Banyak juga blog yg cerita pasal bola.Al maklumlah,dah final tapi saya tak tengok pun.Tak sanggup nak Qiam bola.hehe.Tapi apa yg saya nak cerita harini takde kena mengana pun dgn bola,tapi ada kena mengena dgn kemaluan.Jgn risau,ini bukan entry lucah.

Ingat tak dulu cerita pasal video lu-cah Ariel Peterporn dgn cewek indon,Luna Maya dan bini orang,Cut Tari.Heh..ingat saya tak ambik tahu ke?haha..kena jugak ambil tahu isu ni. Dan sekarang pula kecoh cerita pasal filem anu dalam botol.Dua-dua isu ni menarik sbb dibintangi oleh orang islam.Pelakon video belu tu org islam dari indon manakala pelakon  filem lu-cah ni pula orang islam dari Malaysia.Tahniah Indon dan Malaysia,pasni jgn gaduh lg sbb masing-masing dah ada pon star masing-masing.

Malu
Kalau ada orang tanya saya pasal dua isu ni,saya tanpa teragak-agak akan mengatakan setiap manusia yg terlibat dlm kedua-dua jenayah sek s ni sudah hilang kemaluan dan wajib bertaubat.Apakah masih layak mereka mengaku memiliki sifat malu?

Rujukan pertama dan rujukan kedua saya mengatakan; org yg tak malu akan buat sesuka hati mak bapak mereka.Boleh sama-sama rujuk surah Fussilat(41;5) dan matan arbain hadis ke 20.Betul bukan?org yg tak tahu malu,mmg akan berbuat sesuka hati tanpa berfikir panjang.

Eh,tapi sebelum tu,molek benar kalau saya definasikan maksud malu.Ulama menyimpulkan,malu itu ialah sifat yg mendorong kita utk meninggalkan setiap larangan Allah dan  tidak mencuaikan hak-hak kita.Setiap larangan Allah itu banyak,drpd sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.Tapi,semua larangan tu tak menguntungkan Allah sbb Allah tak berharap kpd makhluk,tapi kita juga yg akan untung kalau meninggalkan larangan Allah.Contoh?PKR lah sendiri.hehe

Manakala hak-hak kita pun banyak.Hak kpd Allah,manusia juga kpd binatang.Kalau kita manusia yg tahu malu,takkan kita cuaikan hak mereka.

Hubungan Malu dan Islam
Rasulallah pernah bersabda;"Bagi setiap agama itu ada teras atau akhlaknya.Teras atau akhlak islam ialah malu".Islam didirikan atas prinsip 'la dhiroro wa la dhoriro'.Tak boleh mudaratkan diri sendiri dan tak boleh mudaratkan org lain.Mudaratkan diri sendiri mcm mana?Lakukan apa yg Allah benci lah!sbb kesan bila Allah murka ialah neraka.Manakala memudaratkan org lain tu tahu sendiri la.

Senang cerita,orang yg tiada malu maka dia tiada agama.Kenapa saya kata begitu?

Sebabnya Rasulallah pernah bersabda;"Iman dan malu itu saling berkaitan.Jika hilang salah satunya,maka hilanglah kedua-duanya".Boleh faham tak hadis ni?Allah nak tunjukkan kpd kita sifat manusia,iaitu kalau betul kita beriman,kita akan malu utk menzalimi diri kita dan orang lain.Sebab itu juga Rasulallah kata;"Takkan berzina seorang penzina,sekiranya dia beriman ketika dia berzina dan takkan mencuri seorang pencuri jika dia beriman ketika dia sedang mencuri".


Hey umat akhir zaman semua.Iman kita ni lebih nipis drpd kulit bawang.Jagalah ia!Jagalah ia!Jagalah ia! sbb kulit bawang ni lah yg menentukan kita ke mana.Tolong jgn hilangkannya dgn maksiat.Malu lah..

Allah dan Rasul Juga Pemalu!
Apa kita fikir kita aje yg perlu malu?oo..sbb tu kita rasa mcm tak adil.kan?Ketahuilah,Allah juga Maha Pemalu.Diceritakan dalam Hadis,"Allah itu Maha Pemalu dan Maha Menutupi.Oleh itu,tutuplah pintumu jika kamu mandi".Haaa...ada point di situ! Kalau nak mandi pun Allah suruh kita tutup pintu tak kasi org tengok,apatah lg berbogel dlm video??

Chill Iqbal..chill..(saya pernah kena sound sbb kononnya terlalu emosi,hehe.betul ke?) Kalau mcm tu,takleh mandi bogel ke Iqbal?hehe...ulama sepakat berpendapat,tak jadi masalah kamu nak mandi bogel,tapi paling afdhal ialah pakai kain basahan la.Bukannya sbb Allah tengok.Kita pakai cawat drpd simen 10 inci pun Allah Maha Melihat,tapi dengan cara itu kita ikut sunnah dan melatih diri utk malu.

Allah juga pemalu kpd kita,hambanya.Diceritakan dlm hadis qudsi juga;Allah berfirman,"Aku malu sekiranya aku tidak memakbulkan doa-doa hambaku yg berdoa" juga,Allah malu utk mengazab hambaNya yang... er..maaf,saya lupa la hadis ni.huhuhu..

Rasulallah juga pemalu.Oleh itu jangan kita rasa terbeban utk melatih diri supaya malu kerana Rasulallah sendiri lebih pemalu drpd anak dara!Tapi takleh la nak compare anak dara zaman dulu dgn anak dara zaman sekarang..Jauh bezanya.Tapi yg sama,anak dara zaman sekarang masih ramai yg sudi menuntut ilmu sprt di blog Pondok Cinta. Syabas dan Tahniah!

Kesimpulan
Taknak buat kesimpulan lagi,sbb akan ada part 2.Saja nak tulis pendek-pendek untuk memudahkan anda membaca.Bukankah Nabi selalu pesan supaya kita memudahkan dan jangan persulitkan? Jgn lupa baca sambungannya nanti.Terima kasih
Previous
Next Post »
38 Komentar
avatar

manusia neh ske malu pada benda yg tak bertempat!
benda patut malu tak malu.
benda yg tak patut malu, malu lak!
huhuhuh

Balas
avatar

malu? Macam dah tak ade istilah tu dalam idop manusia skarang nie tapi bukan smue la

Balas
avatar

malu bile buat baik...
riak bile buat jht,..ermm...

Balas
avatar

tapi kan awak
nis minat ariel tu
hehehehe

Balas
avatar

hah...bagus ko tulis pendek2 camni...
makin bagus artikel ko...thanks msh sudi dtg blog aku...huhu

Balas
avatar

(1)-reen
Alaaaa..reen dah bocorkan entry pasni..hehe..make sure u will read the next taw!hehehehe


(2)-nisya
Saya pun termasuk manusia yg kdg2 je malu..huhuhu


(3)-echah
Dosa besar tuu riak dgn dosa..nauzubillah..


(4)-nis
Hahaha..tahu!minat dia takpe kot...,jgn minat perbuatan dia!!


(5)Mario
Aku mmg dari dulu suka dtg blog ko bro..best~

Balas
avatar

Nisa tak pernah jumpa lagi ayat ni, "Allah itu Maha Pemalu dan Maha Menutupi. Oleh itu,tutuplah pintumu jika kamu mandi". Terima kasih, Iqbal. I gained something from here *thumbs up*

Dengar cerita, ia tentang kisah gay, betul ke? Bagi Nisa, mereka yang berlakon di dalam filem ini tidak sepatutnya melakonkan watak yang bertentangan dengan diri mereka yang asal. Walaupun sekadar berlakon, tetapi kita sebagai umat Islam tidak boleh mempermainkan sesuatu perkara yang ditegah oleh agama, harap mereka sedar dan insafi...

Balas
avatar

dapat ilmu pagi2 dtg kat sini.thanks bro! malu kepada allah dan juga sesama insan..tapi kdg2 kalau org yg malu x betempt ni tensen jgk..suoh buat itu malu,ini malu..dah tu satu pn xterbuat

Balas
avatar

(6)-Nisa
Thanks nisa dtg.Kita sama-sama berkongsi dlm blog~erm...filem tu pasal gay~erm...betul pendapat Nisa,sb saya pun berpendapat mcm tu...takkan kita nak jawab kat Allah nanti mcm tu.Maknanya takde makna la syariat islam bagi dia..sedangkan islam itu agama yg menjad.Menjaga 5 asas kehidupan iaitu kepercayaan,kesihatan tubuh badan,kesihatan akal fikiran,keturunan dan harta benda.Papepun,i enjoy u read this..ada sambungan taw~hehe


(7)-Hentak Berlipat
Waaahhh..terharu aku korang dtg blog aku.Otai blogger pun sudi dtg...ni yg suka ni~hehehe..Tq dtg..insyaAllah ada sambungan,nanti dtg la baca ea~

Balas
avatar

malu sendirik, malunya akuuu

eh tang crita terbaru 2 pelakon 2 negara tu tak tau plak, lambatt menangkap tul

Balas
avatar

Salam...

Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga.

Rasulullah saw bersabda, "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(Bukhari)

Jangan malu nak beri salam kepada semua umat Islam.

Balas
avatar

bila nafsu da mnguasai segalanya, malu pn ilang,jadi keseronokan plak..apela akidah umat islam zman skrang ni..cepat btul berubah mngikut peredaran masa.wallahualam~:)

Balas
avatar

salam..ana juga malu pada diri sendiri kerana..ilmu yg ada belum cukup untuk bertemu dengan penciptanya

Balas
avatar

(8)-cemomoi
Er...entry ni bukan nak memalukan sesiapa sbenarnya~huhu...pasal artis,kena taw gak..hehehe.saya pun taw kat blog gak...haha


(9)Abd Razak
Betul tu~jgn malu nak mengaku kita ni bersaudara...bangga sepatutnya~


(10)-Afiq
Nafsu mmg mcm tu bro.huhu...sedih sbb aku pun takut nasib aku akan datang cmne..


(11)-Abu Luqman
Kalau anta malu kerana ilmu tak cukup,ana lebih malu sebab segalanya tak cukup...nikmatNya banyak,tapi syukurku masih sikit...huhu..insaf~

Balas
avatar

filem lucah ke tu, apsal leh buat lak? xpaham nye

anyway, sy pemalu. hakhak. tibe2 :p

Balas
avatar

manusia sekarang memang dah takde perasaan malu dah..siyes ckp...xkira laki2 @ pompuan..padahal org tu dah tahu hukum agama, dah tahu pantang larang tapi still xmalu...huh..

*sedikit emo...:p

Balas
avatar

salam..

sedapnya nampak epal merah tu..
huhu..

Balas
avatar

salam iqbal....
betul manusia kalau sudah hilang rasa malunya sudah bukan manusia llagi...haiwan tidak berpakaian kenapa kta mesti saakan taraf kita dengannya..
kenapa yea..dunia dah akhir zaman manusia bukan malu bila melakukan dosa tetapi berbanga mengakuinya..

Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Balas
avatar

(12)-sebelas
Lepak ar bro...entry ni bukannya nak malukan sesapa~ =)


(13)-Rina
Banyak lucah nya....nak duit,buat la.. ye,saya yakin Rina pemalu~hehehe


(14)-Mawaddah
Takpe emo dlm perkara yg sepatutnya~hehe


(15)-cik Amy
Sedap?haha..ambil lah~


(16)-Kak Azlina
betul tu kak...berbangga dgn dosa,bertambahlah dosa!

Balas
avatar

Rasullullah pernah berkata.. nanti di akhir zaman ada yang guna agama untuk kepentingan mereka.. dan ikut sesuka hati mereka..
golongan ini dinamakan 'ahdaful asnan'
*maaf kalau salah info..

Balas
avatar

natijahnye..malu bertempat..eh, hikmahnye..pe plak natijah..hehehe

Balas
avatar

Alhamdulilah..penulisan yg senang difahami..terima kasih..

follow iqbal..
ieyramashuri.blogspot.com...

semoga sentiasa dapat berkongsi ilmu..terima kasih..

Balas
avatar

eehh, malu nya jadi warganegara kan. sampai macam tu sekali keluar filem. tak ker dorang fikir dulu sebelum buat apa apa. hadoii. bagus entry ni. like like. :)

Balas
avatar

alhamdulillah, terima kasih atas peringatan. nice entry, sng difahami =)

Balas
avatar

org mlayu islam dh xtaw malu pakai baju seksi tak ingat dunia.

tak ingat dunia kompom tak ingat akhirat kan iba?

wallahualam

Balas
avatar

malu biar bertempat...

ada yang malu nak pakai tudung!!?
pelik...

ada yang malu nak pakai cermin mata...
ha... lagi pelik


terbaru dari saya : ayam berkokok hujan pun turun

Balas
avatar

(17)-amira
Ohh...Tq for the info.Selamat dtg ke pondok cinta~


(18)-Cik Bucken
Betul~kesimpulannya,malu biar bertempat


(19)-ieyra
InsyaAllah..saya akan add link kamu ke blog saya juga~


(20)-Wan Ahmad Nabil
Erm...itu la tanda tak malu..buat sesuka hati..malu kan...Tq sbb like entry ni.Rajin2 la dtg PondokCinta ya


(21)-Hans
Senang faham?Glad to hear that from blogger yg otai cm ko..hehe..Tq bro!


(22)-ayap
A'ah la yap...ni baru 1st time aku dengar perkataan 'tak ingat dunia'..hehehe..good!


(23)-Cikgu Normah
Hahaha...yg tu paling pelik!Malu dengan manusia lebih drpd Allah

Balas
avatar

entry yg menarik...
malu..satu perkataan yg penuh dgn mcm2 tafsiran...

tp still
jika kamu tak malu maka buatlah apa yang kamu mahu..

org yg x ada rasa malu itulah orang yang sentiasa merasakan dirinya bermaruah daripada orang yang sebenarnya pemalu..dunia sekarang sudah terbalik

Balas
avatar

ala xde tafsir skrg tak dpt tgk ayt tu :(

hum, stuju2. maCy ta pasti la pasal ni tapi pernah dengar, kalau mandi wajib kena pakai kain basahan xboleh cm2 je..

Balas
avatar

aku memang dah kerja lama kat situ la bro.. hahaha

Balas
avatar

taw xper...kite kne malu ar sket..
huh,pelakon malaysia yg bogel tue mmg x tahu malu!

Balas
avatar

(24)-روح الجديد
sgt terbalik duniawi...org yg malu,dilabel sebagai ketinggalan...bodoh dan buruk...huhu...sedih~


(25)-maCy
Bukan setakat mandi wajib,semua mandi pun seeloknya pakai kain basahan...haha


(26)-farid
ek...aku ingat ko student lg.hehehe


(27)-nas
Kena malu banyak sikit..hehehe

Balas
avatar

tu lah.. diorg ni x malu ke.
dlu mati2 deny. ni masing2 mngaku plak. hmm.....

Balas
avatar

Ya Allah, semoga mereka kembali diberikan hidayah..

tQ sbb merevealkan betapa dahsyatnya umat skrg.sngt sedih.so, sama2 jalankn tanggungjwb kite as the Muslim. I.Allah

Moga Allah tdk menarik nikmat malu dr diri.Amin

Balas
avatar

(28)-Lin
Owh?yg tu saya baru tahu sbnrnya...


(29)-sakinah
Amin.Nikmat malu juga nikmat iman..sama~

Balas
avatar

entry yg simple tp berisi =)
ps: maruah itu amanah Allah swt, malu itu cabang iman

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443