Aku bukan yusuf

Apa al-Quran kata tentang zina?
Semua org tahu firman Allah dlm surah Al-Isra' ayt 32.Allah larang kita drpd mendekati zina kerana zina itu jalan yg keji.Saya tak mahu bercakap panjang tentang 'jgn dekati zina' kerana jika saya mahu menghuraikan satu per satu,maka artikel ini akan menjadi sangat panjang.

Saya cukup yakin bahawa anda semua cukup arif dgn kisah Nabi Yusuf a.s yg digoda oleh isteri al-aziz(pemerintah Mesir) yg dlm riwayat kebanyakan ahli tafsir,wanita itu dikenali sebagai Siti Zulaikha.Peristiwa ini dirakamkan di dlm Al-Quran pada surah Yusuf ayat 23 dan 24-"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh menggoda Yusuf berkehendakkan dirinya.Dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata:"Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan beruntung!Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya,dan Yusuf juga (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari tanda daripada Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah Kami menjauhkan  Yusuf dari perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia termasuk dlm kalangan hamba-hamba yg terpilih."

Wanita Penggoda
Apa yg saya bakal tulis ini bukanlah suatu penghinaan kpd wanita,sebaliknya ia adalah suatu sanjungan dan pujian saya kpd kaum wanita.Wanita dikurniakan oleh Allah dgn sifat seorang penggoda.Tiada satu inci pun daripada wanita kelihatan buruk pada lelaki.Semuanya indah-indah belaka.Demikian juga dgn Siti Zulaikha.Menurut tafsir al-Qurtubi,Siti Zulaikha pada ketika itu berusia sekita 40 tahun dan Nabi Yusuf pula sekitar 25 tahun.

Dalam ayat 23,Allah menggunakan perkataan  هَيْتَ لَك yg bermaksud "marilah kepadaku".Dalam bahasa arab, هَيْتَ لَكَ digunakan apabila seseorang itu berada dalam keadaan ghairah!Jika saya berada dalam situasi yg dihadapi oleh Nabi Yusuf a.s saya pasti akan tumpas dgn hawa nafsu sendiri.Bayangkan,mereka berada dalam bilik yg pintunya tertutup rapat,tiada yg memerhati kecuali Allah.

Sifat Nabi Yusuf dalam menolak godaan zina ini sgt wajar kita hayati terutamanya bagi lelaki-lelaki yg beriman.Dalam Tafsir Al-Qurtubi,Imam al-Qurtubi memasukkan menghuraikan ayat 23 dgn sebuah cerita.Iaitu diolog yg berlaku antara Yusuf dan Zulaikha.

Siti Zhulaika: Kamu ini kacak sangat hai Yusuf
Yusuf: Aku ditentukan begini oleh Allah(kacak) sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.
Siti Zhulaika: Wahai Yusuf,matamu sangat cantik.
Yusuf: Sesungguhnya dengan mata inilah aku melihat kekuasaan Tuhanku!
Siti Zhulaika: Wahai Yusuf,aku berusaha mendekatimu.Mengapa pula kau menjauhiku?
Yusuf : Aku mahu menjauhimu kerana aku mahu mendekati Allah!! (subhanallah)
Siti Zhulaika: Wahai Yusuf,angkatlah pandangamu.Pandanglah aku!
Yusuf: Seandainya aku mengangkat pandanganku utk melihat engkau maka putuslah syurgaku!

Subhanallah..lihatlah,betapa hebatnya manusia yg bernama Yusuf a.s yg sgt kuat imannya menolak godaan seorang wanita bangsawan yg sgt cantik.(Diriwayatkan bahawa Siti Zhulaika ialah perempuan yg paling cantik di Mesir ketika itu).

Saham Wanita Lebih Besar?
Cuba kita renung sejenak.Apakah beza antara zina dan rogol?Saya yakin semua org akan sepakat utk mengatakan bahawa zina berlaku apabila lelaki dan wanita sama-sama rela manakala rogol pula tanpa rela(paksa).Iya bukan?

Jadi,dalam ayat hukuman zina mengapa Allah dahulukan penzina wanita barulah diikuti dengan penzina lelaki tapi dalam ayat hukuman bagi perbuatan mencuri,Allah dahulukan dgn pencuri laki-laki,baru diikuti pencuri wanita.

Boleh sama-sama buat perbandingan dalam surah Al-Maidah ayat 38-"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka hukumnya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,juga sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

dengan....

ayat hukuman bagi penzina,surah An-Nur ayat 2-'Penzina wanita dan penzina laki-laki,sebatlah mereka dgn 100 sebatan..'

Perempuan jika digoda lelaki,belum tentu berjaya,tetapi jika lelaki yg digoda perempuan,kemungkinan untuk lelaki itu tersungkur adalah sangat tinggi.Betul kan?
Bagimana Anda Digoda?
Sebagai lelaki yg juga dikurniakan nafsu,saya melihat ancaman yg datang daripada wanita adalah sangat besar.Wanita memainkan tugasan dan peranan yg sangat besar kpd sesebuah komuniti.Kita boleh hayati sabdaan Rasulallah bahawa wanita itu adalah fitnah yg paling berat dan besar bagi lelaki.Pastinya lelaki seperti saya,yg sgt lemah imannya.

Seperti yg dirancang oleh Yahudi,jika mereka mahu merosakkan sesebuah tamadun,golongan pertama yg akan mereka rosakkan ialah golongan wanita daripada kalangan remaja-remaja.Inilah yang berlaku pada kerajaan khilafah Turki Uthmaniyyah,bilamana mereka dijajah secara senyap-senyap dari dalam.

Kesimpulan
Wahai lelaki,jadilah seperti Yusuf a.s yang tak terkesan apabila digoda.Juga wahai wanita,jagalah diri drpd menjadi penggoda tanpa disedari.Akhlakmu dan auratmu itu sangat perlu kepada penjagaan yang teliti.Semoga kita semua dipelihara oleh Allah daripada zina baik zina kecil atau zina yg besar.

Dan bagi sesiapa yg pernah terlanjur,alhamdulillah syukur kerana ada secebis rasa keinsafan telah membuatkan anda membaca artikel ini.Bertaubatlah,jika perlukan khidmat nasihat,insyaAllah saya sedia berkongsia masalah dgn anda.
Previous
Next Post »
34 Komentar
avatar

*jazakallah khair atas perkongsian :)

Balas
avatar

sebab itu sy buang gambar2 dlm fb and tggl skeping saja kat dlm tu sbb tkut t jadi fitnah..kalu tengok balik,gmbar2 tu bukanlah ada apa2 pun,tp mungkin dlm diam akan buat org minat..kan susah..huhu ujian tu..

Balas
avatar

Allah SWT telah menciptakan wanita dengan suatu daya tersembunyi yang begitu kuat pengaruhnya pada kaum lelaki. Hingga kerana pengaruh inilah lelaki akan bersedia memberikan segala haknya kepada wanita. Sekiranya wanita itu ialah wanita solehah yang kekuatan nafsunya sudah dilemahkan daripada sembilan menjadi satu, dan kalau ketajaman akalnya dapat ditingkatkan daripada satu kepada sembilan, menyamai apa yang ada pada lelaki (lelaki yang beriman) maka sumbangan wanita akan jadi besar nilainya.

Balas
avatar

Cerita Zulaikha dan Yusuf cerita masa zaman sy kanak-kanak dan sy sgt terpengaruh dng kisah 2 manusia hebat ini sampaikan nak cari calon suami nama 'Yusuf'.(berangan jela)

Suka dgn pengakhiran sejarah Yusuf dan Zulaikha di mana akhirnya Allah memakbulkan doa Zulaikha untuk menjadi isteri nabi Allah itu. :)

Balas
avatar

bila membacanya,saya merasakan besarnya amanah menjadi seorang wanita..

Balas
avatar

seindah hiasan adalah wanita solehah
(:

Balas
avatar

mohon supaya dijauhkan dgn semua ini..kahwin jln terbaik..

Balas
avatar

Nabi Yusuf memang manusia yang sangat hebat
kalau manusia skrg susah owh nak lari daripada godaan macam tu

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

Balas
avatar

(1)-Syahirah
Afwan~sama-sama..moga kebaikan bersama-sama anda.


(2)-ckin
Baguslah ckin faham :)


(3)-mama hidayahamin
Ya..wanita memainkan peranan yg teramat signifikan dalam membentuk kekuatan sesebuah negara.tenaga terpendamnya itu sgt kuat! hehe :)


(4)-Fatin
Oh..angan-angan sajakah?hehe..kenangan masa kecil~


(5)-syaz
Amanah yg besar itu ialah pada manusia..ya,amanah yg besar bakal memerlukan jiwa manusia yg besar dan kasih yg besar terhadap Rabb.Barakallahi fik~


(6)-Nis
lebih indah drpd segala bidadari~ :)


(7)-Pencacai Alim
Setuju.Makanya,jgn demand lebih2 pasal kawin..ini tak,kononnya klo tak cukup 10 ribu,takleh kawin..so,smpai bila2 tak kawin org muda zaman sekarang ni!dok berzina jae tahu...


(8)-Mat ganu
jauh...jauh..

Balas
avatar

wanita adalah penggoda...

kuatkah iman lelaki?? ermm..

bolehkah lelaki sekarang menjadi seperti Yusuf a.s yang tak terkesan apabila digoda oleh perempuan penggoda??

tepuk dada..tanya iman..

Balas
avatar

waa!!! aku tak pas2 lagi ni nk kawen..hukhuk...

Balas
avatar

(9)-Mawaddah
huhu...itulah...susah~


(10)-Rina
Sama-sama :)


(11)-Pencacai Alim
Hehe..sabar~

Balas
avatar

susah jadik lelaki ni... tak tahan, godaaan dan beban tanggungjawab ditanya di akhirat nanti

Balas
avatar

humm.. couple pun kire mendekati zina kan? tapi,.. cam susah je nk lepas.. :(
dats y rase nk kawin cepat2.. :(

takutnye..

Balas
avatar

jzkk atas perkongsian, pernah terbaca, "wanita menggambarkan sesuatu kaum, rosak wanita, rosaklah kaum"

Balas
avatar

Harap2 aku nie xde la kne digoda2..walaupun aku nie xensem pon...huhu..bahaya gak kalu digoda....huuhu


jom bace entri terbaru nas klik:

tips best nak dapatkan duit raya

Balas
avatar

teringat kisah seorang pemuda yg Allah bg jadi wangi sampai akhir hayat sebab dia palit taik kat badan sendiri sebab nak lari dr pompoan cantik yg goda dia..

ya Allah,aku takut azabMu

Balas
avatar

(12)-CEMOMOI
Itulah...jadi lelaki mmg banyak tanggungjawab!huhu.. :(


(13)-fisha
Hehe..fisha dah nak kawin kan?so,just jaga relationship tu..jaga adab dalam bertunang.InsyaAllah Allah redha :)


(14)-Nur Sakinah
Ya~wanita boleh menggoncangkan dunia.


(15)-Siti
Sama-sama.Terima kasih yg amat banyak juga kerana membaca~ Huhu


(16)-Nas
Hehe...insyaAllah.Selagi mana kita aware dan berjaga-jaga,selama itulah kita akan selamat :)


(17)-Mohd Zahrawi
Erm...itu pasal Allah janjikan lindungan di padang mahsyar bagi lelaki yg menolak ajakan zina..kerana itu bukan hal yg mudah bagi manusia biasa-biasa mcm kita :(

Balas
avatar

betape terbaiknye akhlak yusuf a.s....
mampukah lelaki skang menjadi spt yusuf & perempuan2 menjge aurat & adab pergaulan mereka???

smoge kte tergolong dlm golongan yusuf itu...
smoge ALLAH membuka pintu ati perempuan2 spt Zulaikha...amenn

Balas
avatar

iqbal: doa2kan moga dipermudahkan segalanye ye.. ikutkan hati nk sgt cepat2.. tapi parents suh habis study dulu. 4years lagi. macam lame sgt kan.. tgk my fren yg dah kawin hepi sgt. even wat medic tapi gempak jgk rezatnye.. macam lg berkat kn daripda couple2. harap sgt my parents phm tapi tak sgt. so, agak takut untuk luah bab kawin. hurm..

Balas
avatar

salam alaik iqbal,

syukran utk perkongsian ini, smoga mnjadi peringatan buat semua.

inshaAllah, semua akan selamat jika hidup dalam lunas2 yg telah disyari'atkan olehNya ..

Balas
avatar

(18)-Nur
Huhu...doa-doakan semoga doa kita dimakbulkan


(19)-fisha
Kalau begitu,fisha kena kuat la dalam mengawal dan menjaga kesucian dalam perhubungan.Tak salah bercinta,tapi adab jaga.Kalau dapat jaga,go on~no problem...lgpun mmg kamu berdua serius kan :)


(20)-melatidaisy
InsyaAllah..harap2 begitulah

Balas
avatar

jenis lelaki tak puasa sebab tak tahan godaan air dan makanan pun ramai... itulah sebab tak tahan dengan godaan yang lain.

perempuan banyak digoda dengan kebendaan, pakaian, perhiasan.... tak dapat lelaki hensem pun tak pe, yang penting poket penuh...kan.tu lah dianya...

Balas
avatar

mmg dtgnya dr prmpn dlu ,klu mereka dpt mengawal takkan terjadinya zina melainkn dipaksa jdnya rogol.. diharapkn semakin kuranglah kes bunuh bayi..amin

Balas
avatar

mintak dijauhkan drpd menjadi wanita sedemikian.. xnak jd penggoda.. T_T

Balas
avatar

(21)-cikgu normah
Hihi...lelaki atau perempuan,masing-masing ada kelebihan masing-masing dan juga kelemahan masing-masing~hehe


(22)-Kami
harap-harap begitulah.Jeles juga tengok abg dan kak berdua,bahagia je kahwin..heeeee~ :P


(23)-Aya
InsyaAllah ia takkan terjadi jika kita berhati-hati :)

Balas
avatar

Sentiasa tak cukup ilmu adalah rasa orang yang berilmu. Jika kita tidak mampu untuk mempengaruhi orang lain janganlah sampai orang lain mempengaruhi kita..
~Musafir Kehidupan~

Balas
avatar

suke post yg ni. iqbal nmpk sgt matang utk mnjadi lelaki yg beriman. alhamdulillah.. ;)

Balas
avatar

(24)-masafir
Terima kasih berkongsi kata-kata hikmah ini~


(25)-Munie
Hahaha...harap2 begitulah :)

Balas
avatar

"Wanita dikurniakan oleh Allah dgn sifat seorang penggoda."
woooo..O_o
baru tau.

btw.thanks sharing.=)

Balas
avatar

Salam ziarah.
Mohon dikongsi ya :)
jzzk.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443