Wajah baru: Bayyinat

Berubah
Anda perasan tak beberapa perubahan pada blog ini?Pertama sekali ialah nama blog ini bukan lagi Pondok Cinta,sebaliknya ialah Bayyinat.Dan perubahan kedua ialah blog header yang sangat comel itu.Comel kan?Comel lah sebab bukan saya yang buat,tapi assistant saya yang buatkan.Haha.Ops,bukan assistant tapi sahabat yang sangat baik hati,sudi tolong buatkan.

Credit to Rina yang bersusah payah tolong buatkan untuk saya.Ceritanya begini,saya YM dia malam kelmarin minta dia tolong ajarkan cara menggunakan sofware adobe photoshop dan photoscape sebab dia memang pakar.Alih-alih dia offerkan diri untuk tolong buatkan.Terima kasih Rina!

Bayyinat
Mengapa Bayyinat?Sebenarnya saya dah lama jatuh cinta dengan bayyinat.Dalam Al-Quran,bayyinat membawa maksud penjelasan. Dan perkataan bayyinat ini boleh kita jumpa pada surah Al-Baqarah ayat 185-"Bulan Ramadhan ialah bulan di mana di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan berkenaan dgn petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan batil".

Selain daripada 2;185 ,kita juga boleh lihat perkataan bayyinat dalam surah An-Nur ayat 18-"Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada kamu".

Sebelum saya pergi lebih jauh,suka untuk saya menyelitkan beberapa tafsiran ulama terhadap perkataan bayyinat.
  • Imam Al-Asfahani-"Bayyinat ialah tarbiyyah dan bimbingan"
  • Ibnu Mas'ud-'Bayyinat ialah bukti'
  • Ibnu Umar-'Bayyinat ialah keterangan'
  • Imam Ibnu Qatil-'Bayyinay itu ialah perjuangan'
  • Imam Al-Mujahid-"Bayyinat ialah ilmu'
 iqbalsyarie?-bayyinat ialah keindahan al-quran!

Penerangan
Sejak saya kecil hinggalah saya dewasa,saya agak suka membaca.Masa saya kecil,saya sgt suka membaca komik.Asal saja keluar ke bandar,pasti saya mahu ibu saya belikan saya komik hinggakan koleksi komik pada zaman saya kanak-kanak sudah menjadi sampai berkotak-kotak banyaknya!Meninggat usia remaja,saya mula membaca majalah.Majalah yang biasa-biasa pastinya seperti kreko,dan minat ini terhenti dgn tamatnya zaman persekolahan saya.

Dan kini,saya kembali minat membaca dan apa yang saya baca sekarang ternyata luar biasa.Allah sebut dalam surah al-baqarah ayat 2- "kitab ini tiada keraguan di dalamnya".Saya tertanya-tanya,mengapa tidak Allah sebutkan saja al-Quran ini,mengapa harus Allah sebut kitab ini?

Ini adalah kerana Allah mahu menyedarkan kita bahawa tiada sebuah kitab(bahan bacaan) pun yang lebih baik daripada al-Quran itu.Allah juga mahu sedarkan kita bahawa al-Quran ialah kitab,dan kitab harus dibaca dan ditulis.Ia sumber ilmu dan dalam al-Quran,semua isinya benar.Tiada satu percanggahan dan setiap perkataan di dalamnya ialah magik.Sangat memukau!

Nikmat Yang Hilang
Aneh sekali kerana zaman kini,kita masih membaca al-Quran tapi kesannya terhadap diri kita tak jelas.Ya.Kita masih membaca al-Quran yg sama bahkan kini lebih cantik,tapi kita seperti hanya membaca.Hanya membaca tanpa kefahaman.Lalu,jadilah kita seperti orang-orang yang membaca surat khabar,apabila gatal punggung,digaru.Apabila sakit jerawat,dipicit.Al-Quran dilayan seperti 'biasa-biasa' saja.

Yang kita pegang itu bukan sekadar lembaran kertas-kertas yg dibukukan menjadi sebuah kitab,sebaliknya apa yang kita pegang itu ialah amanah.Suatu amanah yang Allah turunkan kpd manusia yg jika ia diturunkan kepada gunung-ganang,leburlah mereka kerana 'berat' nya al-Quran itu!

Peristiwa ini dirakamkan dalam ayat 72 surah Al-Ahzaab: 'Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit,bumi serta gunung-ganang,tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan pada ketika itu manusia sanggup memikulnya.Sungguh,manusia itu sgt zalim dan sgt bodoh(cuai dlm memikul amanah al-Quran).'

Beza Pondok Cinta dengan Bayyinat
Jika dahulu,saya menyatakan bahawa saya syg anda kerana Allah(dlm header pondok cinta) tapi pada header baru,saya selitkan firmanNya yg bermaksud -"Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada kamu".InsyaAllah tidak akan banyak perubahan pada blog saya.Saya masih mengekalkan tema cinta saya kepada anda kerana Allah kerana ia adalah tema ukhwah yang memberi saya kekuatan untuk menegur.

Saya pernah katakan tentang ia di dalam entry ini-saya syg anda kerana Allah
Bila saya baca hadis ni,saya terasa pedas~Kiranya sy ni mcm terlalu pentingkan diri.Saya pernah bertanya kawan saya,kenapa tak kejut housemate bangun subuh?jawapannya-'dia dah besar.Bangun sendiri la.'Jawapan yg terlalu bersifat individualistik.Takde rasa kasihan dan mahu membantu.Dan paling teruk takde rasa bersalah melihat kemungkaran.Saya sendiri ada 1001 cerita dlm mengejut org solat subuh.Jgn tak percaya,rumah org lain pun saya kasi 'gegar'.Wahaha..Setakat kejut dgn call telefon pun selalu gak. [Sorry guys kacau tido korang.Kalau aku tak sayang,aku tak peduli dah korang semayang ke tak.Tapi aku sayang korang...sory ea]

Apakah mungkin kita boleh merasa hebat boleh solat 5 waktu berjemaah,sedangkan org terdekat dgn kita solat 5 waktu pun ada yg tepaksa di qada'? Atau apakah mungkin kita gembira dpt bertilawah 1 juzuk sehari,sedangkan teman-teman rapat kita ada yg tak reti membaca Al-Quran?
Hah...itu sedutan daripada entry itu,kalau nak tahu lebih lanjut,klik di sini.Saya syg anda kerana Allah

Kesimpulan
Saya teruja apabila saintis-saintis Barat yg rata-rata mereka ialah non-muslim mengkaji Al-Quran dan mereka bertemu dgn banyak fakta sains dalam al-Quran,walaupun al-Quran telah didatangkan 1400 tahun dahulu.Syukur,ramai mereka yang terus saja beriman.

Dalam masalah sains,dunia merujuk kepada al-Quran.Tapi dalam masalah sosial,al-Quran masih asing.Sedangkan masalah sains pun ada jawapannya dalam al-Quran,mengapa kita merasa tak yakin terhadap penyelesaian masalah sosial sedangkan 1400 tahun dahulu,penyelesaian ini telah terbukti berjaya menyelesaikan segala masalah itu!

InsyaAllah,jika hari ini kita masih belum dapat menghayati keindahan al-Quran,saya harap dalam beberapa entry akan datang,kemanisan dan keindahan itu sedikit demi sedikit dapat kita nikmati kerana kita sekarang bukan lagi membaca kosong,sebaliknya kita melihat bayyinat itu.Sekilas,Quran bukan hanya untuk dibaca,tapi untuk dihayati dan diamal.

Tuhan,kami perlukan bayyinat !
Previous
Next Post »
36 Komentar