Inilah penamatnya

Arnab dan Kura-Kura
Zaman kanak-kanak dahulu,saya seringkali diperdengarkan dengan kisah perlumbaan sang arnab dengan sang kura-kura.Rasanya semua orang tahu cerita ini.Sang arnab sombong dan mengejek sang kura-kura kerana ia binatang yang lembab dan lambat.Lalu diadakan perlumbaan antara mereka.Sang arnab jauh mendahului sang kura-kura dan ketika telah hampir dengan garisan penamat,sang arnab berhenti.Kononnya mahu menunggu kura-kura dahulu.Pastinya untuk memalukan si kura-kura itu.Maka,ia mengambil keputusan untuk berehat sebentar.Malangnya,ia tertidur.Sedar-sedar saja,kura-kura yang super lembab itu telah memotongnya dan memenangi perlumbaan itu.Arnab yang ego itu terpaksa menanggung aib.

Pengajaran
Cikgu saya kata,pengajaran daripada cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain,tak boleh bersikap sombong dan tidak boleh cuai.Itu biasa.InsyaAllah saya akan berusaha mengaitkan kisah ini dengan sikap kita dalam berdepan dengan Ramadhan.

Semua orang tahu bahawa ramadhan ada 3 fasa.Sepuluh yg pertama ialah rahmat,sepuluh yang kedua pertengahan ialah keampunan dan sepuluh hari terakhir ialah itqun minannar(kelepasan daripada api neraka).Cuba kita renung sejenak,bagaimana cara kita berkomunikasi dengan Ramadhan?

Dalam sepuluh hari pertama,kita melihat suasana yg amat luar biasa dalam masyarakat islam.Surau-surau dan masjid-masjid dibanjiri dengan manusia.Tika ini juga,jiran yang sudah setahun duduk saling bersebelah baru bersua muka dan bertegur sapa.Hikmah masjid didirikan,bolehlah manusia saling berkenalan.

Masuk saja fasa kedua ramadhan,manusia mulai beransur-ansur berkurangan.Alasan banyak.Cuma kadangkala tidak masuk akal.Dan kemucaknya,pada hari-hari akhir Ramadhan,hanya berbaki beberapa orang sahaja yang masih setia menjadi penuggu keampunan dan kemerdekaan dari neraka Allah.Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang berkenaan malam berkat,lailatul qadar sebaliknya saya hanya mahu membawa jiwa kita untuk kembali menoleh ke belakang,sejauh mana kita meninggalkan Ramadhan?
Si arnab
Kita ini ibarat arnab yang sombong itu.Kita melangkah kedalam perlumbaan ini dalam jiwa sombong.Kuncupan terakhir,kuncupan selamat tinggal daripada si syaitan sebelum mereka diikat terpana merah,berbekas tidak hilang-hilang.Ciuman ini yang berupa rasa gah,sombong dan hebat jelas terlihat dalam diri setiap daripada kita.Apa tidaknya,kita melalui ramadhan dengan rasa bahawa tahun ini,aku mahu jadi lebih baik daripda orang lain!

Ini bukan ghibtah(berlumba buat baik),sebaliknya ini ialah ego.Kita menjalankan amal ibdah dalam bulan ini bukan kerana malu dengan segala ikmat Allah,sebaliknya kerana malu sekiranya dilabel sebagai orang yang tidak bersolat tarawih.Kerana itu,ibadah solat pun sudah dijadikan tradisi.Jika ramai orang bersolat,maka saya solat.Jika tida orang bersolat,saya pun tidak.

Saya mahu bertanya,dalam sebuah perlumbaan pemenang hanya ditentukan selepas tiba di garisan penamat.Betul?

Begitu juga dengan Ramadhan.Kita belum menang,tapi kita merasakan kita ini pemenang.Ego! Hakikatnya,kita ialah seperti si arnab sombong,tersadai di bawah pohon.Lena dengan bayu duniawi,hanya tersedar apabila Ramadhan telah meninggalkannya!

Kurang Ajar
Saya cukup sedih dengan sikap kita.Jika di awal ramadhan,mulut-mulut kita betah berbicara tentang madrasah ramadhan.Kononnya ramadhan ialah guru.Tapi lihat sajalah layanan kita kepada guru,kita meninggalkan dia di dalam kelas keseorangan mengajar meja dan juga kerusi.Kita hilang meninggalkan guru.Oh! Jika ramadhan mampu berkata-kata,pastinya dia kecewa kerana kita tak menghargainya.Kita mahu pandai,mahu berjaya tapi kita tak mahu duduk mendengar.Logikkah?

Saya sibuk dengan baju raya

Saya sibuk dengan kuih raya

Saya pula sibuk dengan langsir raya

bla..bla..bla..bla..

Macam-macam alasan boleh kita kemukakan.Segalanya kelihatan munasabah,tapi percayalah Allah takkan terima itu.Kita untung berada di Malaysia kerana negara kita kaya.Kita punyai harta untuk kita berbelanja baju baru.Kita punyai wang ringgit untuk kita makan makanan yang sedap-sedap.Tapi kita tidak mempunyai roh hamba untuk membeli syurga abadi.

Layakkah orang yang meninggalkan ramadhan untuk mengimpikan syurga?

Payah..terlalu payah!

Duit
Jika mahu membeli kereta,kita perlukan duit.Jika mahu membeli syurga?duit sudah tiada nilai.Yang bernilai hanyalah pahala.Antara kelebihan Ramadhan ialah setiap satu amalan sunat yang kita laksanakan,Allah berikan kita pahala bersamaan dengan ibadah fardu manakala satu ibadah fardu,Allah gandakan sebanyak 70 kali gandaan.

Kita tidak perlu menjadi pakar matematik untuk kita sedar akan besarnya ganjaran tuhan itu!
Cuma yang perlu ialah secebis rasa bersalah.Pusing kebelakang,lihat keadaan kita dalam 11 bulan yang lain.Ada tidak satu hari yang kita tidak melakuskan dosa?ada atau tidak?

Harus kita beringat bahawa akan ada satu neraca timbangan amal(al-mizan) di akhirat kelak.Kiraannya mudah.Siapa amal kebaikannya lebih berat,dialah ahli syurga dan siapa yang amalan jahatnya lebih berat,destinasinya ialah sengsara.Atau mungkin Allah mahukan sebaliknya,itu atas kehedakNya.

Orang yang beriman,pastinya akan bersedih hati apabila ramadhan sudah melabuhkan tirai.Tapi orang munafik,mereka akan gembira.Gembira kerana akan bertemu dengan teman rapat yang sebulan berpisah dan terikat.

Kesimpulan
Gunakanlah sisa Ramadhan kita ini dengan cara yang terbaik.Kita bukannya dalam martabat ahli sufi,yang beribadah hanya kerana rasa cinta pada Ilahi.Kita dalam kasta hina.Kita perlukan pahala untuk membeli syurga Tuhan.Seseorang berkata kepada saya bahawa dia melihat tanda-tanda lailatulqadar.Tapi bagi saya,sepanjang Ramadhan itulah Lailatulqadar! Setiap saat ialah keampunan.Setiap saat rahmat dan setiap saat dalam bulan ini ialah peluang untuk saya merdeka daripda azab neraka.

Masih belum terlambat saudaraku,tapi menangislah kerana selama ini kita telah merugikan diri sendiri.Moga Tuhan Yang Maha Pengampun memadamkan nama kita daripda terus tersenarai dalam senarai ahli-ahli neraka.
Previous
Next Post »
26 Komentar
avatar

Memang terkesan sangat..kita ni nak berlagak sombong sedangkan kita ni hanyalah hamba..hmm..rugi kalau tak dpt keampunan Allah setelah berlalunya Ramadhan...

Balas
avatar

ramadhan kali ni paling bnyk sy rugi.. :(

btw, semalam sy mimpi something yg simbolik. rase sgt nk cerita kt iqbal.

Balas
avatar

aritu puasa baru seminggu nk dekat seribu abih..aku tak tahu beli apa..waaa!!!!

Balas
avatar

kalau kita hanya beribadat utk menunjuk pada org lain,Allah SWT tidak akan memberi apa2 balasan pun terhadap org itu..sia2 saja le puasanya..info menarik..

Balas
avatar

kalu nak masuk negeri akhirat, duit kena tukar jadik pahala... so bila kita melabur dividen dia lagik canggih bentuk bayarannya

Balas
avatar

ramadhan adalah titik permulaan untuk kita membuat perubahan.jgn disia2kan.Moga syawal yg akan dtg kita sambut dgn penuh kehambaan dan menjadikan amalan2 di bulan ramadhan diteruskan.yg penting untu melakukan ibadah, kita harus "garang" dan disiplin terhadap diri sendiri...
that's one of the tips..;-)

Balas
avatar

thanks atas teguran.. kadang2 cakpa kat orang lain.. tapi nampaknya kena juga ingatkan diri ini..

Balas
avatar

(1)-Ckin
bukan sekadar rugi biasa-biasa tapi TERsangat rugi.rugi gila!hidup sampai berpuluh-puluh tahun,tapi menemui Allah dalam keadaan dimurkai.Apa tujuannya idup kalau mcmtu?


(2)-Fisha
Hehehe...saya bukan ahli tafsir mimpi~cuma setakat yg guru saya ajar,mimpi yg jika ada maksud dari Allah tu biasanya berlaku pada awal-awal malam..bukan da dekat2 pagi ;)


(3)-Nazurah
:) senyum balik


(4)-Pencacai Alim
Ko belnaja anak yatim berbuka kan?bagus la ;D


(5)-LiFe
Bahkan Allah akan murka kpd ahli ibdat yg semcam itu :(


(6)-cemomoi
Ramadhan ni la masa yg sgt sesuai utk mlabur sbb pulangannya tinggi.Ada bonus raya lagi ;)


(7)-Humbleyat
Biar bersederhana dalam beraya asalkan yg beraya itu dalam jiwa yang besar dan terbuka ;)


(8)-amira
itu sbb nya tazkirah tu penting :)

Balas
avatar

ejaan neraka yg last skali salah hehe :p

wuuu. entry iqbal kali ni mmg btul2 bkesan kt hati. T___T

xnak ry lagi...rs nak patah balik je

Balas
avatar

entry yang bagus
kadang2 manusia nih depan cakap lain belakang cakap lain kan?
apa2pun mari kita kejar baki ramadhan yang ada nih

P/S : Alhamdulillah! Thanks DIGI! Thanks Nuffnang! Terima Kasih Semua!

Balas
avatar

(9)-mat ganu
Sama-sama,moga bermnafaat :)


(10)-Rina
Dah betulkan da!pasni kena bagi Rina baca draft la..edit dulu,baru saya publish.Jd editor.haha


(11)-Hans
Itula pasal.So,yg masih berbaki tu perlu kita manfaat sebaiknya :)

Balas
avatar

setuju2x!!

1 ramdhan dan 30 Ramadhan,rahmat dan ganjaranNya masih sama..bukan berkurang...



apa yng sy difahamkan,hadis ttg pembahagian fasa ramadhan kepada 3 itu adalah hadis dhaif-tapi boleh beramal dari segai fadoil amal tapi bukan sbgai hujah.

sahabat saya kata,sebenarnya,30 ramdahn adalah kemapunan Allah,30 ramadhan adalah rahmat Allah dan 30 ramadhan adalah pembebasab dari api neraka:)

Balas
avatar

Tak pernah rasa puas or cukup dgn amaln yg dah pernah buat.Siapa cakap sebulan tu lama?Sedar tak sedar,'dia' hampir tinggalkan kita.

Thanks for the reminder.May Allah reward u wih HIS blessing and forgivenesst.amin.

Balas
avatar

Salam..

Seiring datangnya Syawal yang mulia..
Dengan segala kerendahan hati..
Izinkan saya memohon maaf zahir dan batin..
Atas segala kata bicara yang kurang berkenan di hati..
Moga tiada tersisa khilaf dosa...

Balas
avatar

(12)-Nursyaz
Betul...mmg itu hadis dhaif.saya pun faham begitu,tapi hadis yg taraf dhaif boleh digunakan utk targhib dan tarhib iaitu utk motivasi dan peringatan.So,takde masalah insyaAllah.


(13)-Pencacai alim
Hhehe...pelunag tu nak buat kebaikan


(14)-Sidratul Muntaha
Seharusnya muslim sifatnya begitu.tak merasa puas dgn amal yg sedikit.


(15)-diba
Semestinya.InsyaAllah


(16)-Abd Razak
Sama juga dengan saya.Selamat hari raya,maaf zahir batin juga bang :)

Balas
avatar

nape syaitan dihalau keluar dari syurga..kerana kesombongannyer...

marilah kita sama2 membenteras segala kesombongan kita..supaya kita diredhai oleh Allah..supaya kita "tidak dihalau dari surga"

kesombongan satu penyakit yang perlu diubati..

Alhamdulilah satu tulisan yang membina dan bermanfaat..

ieyramashuri.blogspot.com

Balas
avatar

taw xper iqbal..
ramadhan nak berakhir da nie...
erm...
yup...
solat tue bukannyer tradisi...
kalau mereka tak solat,saya pon tak solat?? huhu..tapi memang bende nie bende betul..
aku tengok rumah member aku semuanya tak solat..ntala....tarawih apa lagi..
huhu..
selamat hari raya iqbal :)

Balas
avatar

(17)-ieyra
ya...saya setuju bahawa kesombongan harus dileburkan.Jika tidak,ia akan meleburkan pahala amalan kita :(


(18)-anayilz
sedang kejer! :D


(19)-Nas
uhhhukk...dlu aku ada member yg yg tak solat,tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit berbuah.teruskan usaha dan doa ye bro :)
selamat hari raya,maaf zahir batin !


(20)-fisha
klo rasa mcm ada personal problem,boleh la YM saya. tomase_cook@yahoo.com

Balas
avatar

memang cerita arnab sungguh memberi kesan

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443