Kerana Ia Bermanfaat.

Kursus
Saya teringat masa saya mengikuti kursus kemahiran Al-Quran di Masjid Al-Mujahideen,Damansara Utama beberapa minggu lepas.Saya telah belajar banyak perkara terutamanya berkaitan sifatul huruf dan makharajul huruf(tempat keluar huruf) dan sudah pasti,belajar hukum tajwid.Alhamdulillah,ia sangat membantu dalam saya dalam memperelokkan bacaan saya.Tapi bukan itu yang mahu saya kongsikan.

Dalam kursus itu,ada beberapa aktiviti telah dianjurkan.Salah satu yang unik ialah peserta diberikan kumpulan antara 3-4 orang dan ditugaskan untuk memberi tazkirah kepada orang awam.Ahli kumpulan saya sekadar 3 orang.Saya,bersama seorang pelajar electrical engineering dari UTM dan seorang pelajar medic UITM.
(Hiasan sahaja,pastinya kursus tidak berjalan seperti ini)

Maka,kami mulalah berjalan-jalan mencari madu'(org awam).Sejujurnya,ini bukan kali pertama saya memberi tazkirah pada strangers.Berbeza dgn mereka berdua,ini pengalaman pertama mereka.Jadi saya terpaksa mulakan dahulu.Jam sekitar 6.30 petang.Tak ramai orang melayu islam kelihatan.Rata-rata ialah orang cina.Jadi kami agak kesusahan untuk mencari org awam.

Alhamdulillah Allah temukan kami dengan seorang abang bersama isteri dan anaknya yang sedang duduk di sebuah restoran,menggunggu untuk berbuka puasa pastinya.Kami mendekati beliau.

Persoalan Yang Timbul?
Bagaimana cara mahu beri tazkirah kpd strangers?Mereka tak kenal kita dan mereka pastinya ragu-ragu dengan kita.

Pertama sekali,perelokkan muka kita dengan senyuman kerana senyum itu sedekah.Jangan buat muka 'basi',sebab nanti orang tak mahu dengar apa kita kata.Kemudian sapa dia elok-elok.Selepas itu,perkenalkan diri kita terlebih dahulu dan jika perlu,minta dia perkenalkan diri dia juga.Dan paling penting,tanya kesudian dan kesediaan mereka.Jika mereka kata,'saya sedia dengar tapi 5 minit saja',maka alhamdulillah,5 minit pun cukup.Mulalah bercerita..

Cara-cara
Kami ditugaskan utk bercerita tentang kelebihan Ramadhan,kelebihan al-Quran dan kelebihan Lailatul qadar.Tiada masalah rasanya utk bercerita.Dalam proses penyampaian mesej,kita harus menekankan beberapa aspek seperti cara kita membahasakan diri dalam mesej itu.Jangan sesekali guna perkataan 'kamu' sebaliknya guna perkataan 'kita' kerana secara tak langsung,pendengar akan turut merasa bertanggung jawab atas perkara yg kita bualkan itu.Kedua ialah cara penyampaian.Jangan terlalu mendatar.Sebaliknya harus sesuaikan antara verbal dengan non-verbal communication seperti body-gesture dan facial expression.Kita juga harus bijak dalam membaca reaksi pendengar.Jika muka dia sudah kelat,itu petanda bahawa kita perlu menyegerakan tazkirah dan akhir sekali,jangan membuat andaian kerana andaian atau prasangka itu kebanyakannya tak betul.

Dan ini yang paling penting,niat.Niat kita harus benar dan tulus iaitu kita memperingatkan,bukan mengajar.Memperingatkan kepada siapa?

Jika kita faham bahawa tazkirah itu untuk orang lain,maka itu tidak tepat.Sebenarnya jika kita memberi tazkirah,kita sebenarnya sedang memperingatkan diri kita sendiri.Firman Allah dalam surah al-Alaa' ayat 9- فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى (berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat).Dan di tempat lain,Allah berfirman : Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman.(surah al-Dzariyaat ayat 55).

Siapa orang yang beriman yang dimaksudkan itu?
Adakah si pendengar?Tidak semestinya!Bahkan,org yg bercakap (berpesan) itulah yang beroleh lebih manfaat daripada orang yang mendengar.Ini bertepatan dengan satu lagi rahsia al-Quran.Kita lihat,sangat banyak ayat-ayat yang bermula dengan perkataan قُلْ yang membawa maksud,"Katakanlah".Mengapa Allah suruh kita berkata?kerana jika kita bercakap,maka kita memaksa diri kita untuk mengingati.
Cuba perhatikan,seorang guru yang mengajar perkara yang sama setiap hari.Akhirnya,dia sudah hafal dan cukup arif dengan apa yang dia perlu ajar lalu dia mampu bercakap,tanpa perlu ada rujukan.Sama dengan seorang pelakon yang disuruh supaya menghafal skrip.Dia harus baca dan sebut berulang kali,barulah dia ingat.Atau contoh paling mudah ialah para hafiz al-Quran.Mereka baca dan perdengarkan bacaan berulang-ulang,baru mereka boleh ingat.

Sama juga dengan tazkirah.Orang yang memberi peringatan sebenarnya sedang memberi ingat kepada diri mereka.Jika bibir sering basah dengan sesuatu perkataan,maka dalam apa situasi pun,dia takkan lupa pada perkataan itu.Inilah yang dinamakan sebagai semantic memory iaitu memori yang kita acquire melalui proses pengulangan.

Kesimpulan
Saya mahu memperingatkan diri saya bahawa dakwah yang sebenar bukan terbatas hanya di alam maya.Sebaliknya kita perlu berjumpa dengan orang dan kita berpesan kepada mereka.Inilah yang dilaksanakan oleh nabi,para sahabat dan generasi selepas mereka.Bagi mereka yang merasa puas hati dan merasa cukuplah sekadar menulis,maka itu sudah silap kerana seorang pejuang takkan hanya memerhati,sebaliknya dia akan turut sama berada di medan perang.

Memberi tazkirah bukan tugas mudah lebih-lebih lagi kepada orang yang kita tak kenal.Maka,berilah tazkirah kepada teman rapat kita kerana ia lebih mudah.Tazkirah ialah peringatan,berbeza dengan kuliah.Kuliah ialah mengajar.Kerana itu,ia lebih mudah dan tak semestinya kita perlu khatam kitab dgn guru baru kita eligible untuk beri tazkirah.Langsung tidak! kerana asal saja kita islam maka kita sudah berkewajipan untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Saya cukup pasti semua orang mampu saling mengingatkan walaupun tak semua mampu mengajar.Berilah nasihat walaupun dalam perkara kecil dan remeh.It's for our own sake. Jika malu untuk mula memberi peringatan(first time),berilah peringatan kepada saya.InsyaAllah ia sangat berguna kepada saya!


Saya masih jauh lagi untuk mencontohi Imam Hassan al-Banna yang tanpa takut,masuk pub-pub dan cofee house memberi tazkirah dan berjaya menyelamatkan ramai manusia daripada terus bermaksiat.Saya?Hanya mampu menulis dan hanya mampu berbisik.Oh tuhan,ampunkan hambaMu yang kerdil ini...
Previous
Next Post »
30 Komentar
avatar

alhamdulillah..suke aku baca entri hang nih..byk ilmu boleh berguru..

Balas
avatar

alhamdulillah. sangat kagum dengan penulisan di blog ni.

pengalaman yg menarik ya, iqbal!

Balas
avatar

terima kasih kongsi pengalaman..
terima kasih juga peringatan itu.. menulis memang lebih senang berbanding 'face to face'
moga Allah beri kekuatan... Ameen~~

Balas
avatar

mantap iqbal..
sy teringin juga beri tazkirah,walupun kat rumate sendiri..tapi macm sy x diberi ruang dan peluang lgi:(
tapi sy akn cuba lagi:)

Balas
avatar

tugas yang sangat mencabar dan menjadi tanggungjawab setiap mslim... koi pon tak pnah buat keja gitu, mesti kene strong peribadi dan istiqamah tu

Balas
avatar

hu..aktiviti yg mmg bez!~ rse nk join la plak..tpi kcik agi..x pndai agi..tapi tape.. da dpt ilmu kt sini...huhu.. tq coz kongsi ilmu ni ye..

Balas
avatar

(1)-Pencacai Alim
Terima kasih sbb jadi 1st commentator..haha..bro,aku biasa-biasa je laa...tak layak jadi guru sapa-sapa :(


(2)-Ain
Semuanya menarik..banyak lagi nak kongsi,tapi jari ada 10 je.hehehe..tak sempat taip


(3)-Amira
InsyaAllah,selagi kita cuba...selagi itu akan ada hasilnya.


(4)-nursyaz
Memberi tazkirah tak semestinya perlu dlm keadaan formal,kdg2 ia boleh berlaku dlm keadaan yg indirect. dan tak perlu lama,seminit pun okey :)


(5)-cemomoi
alaa bang..tipu la tak penah..abang la senang,ada anak...bagi je kat anak :D


(6)-Anwar
Takde la bro..aku pun mcm ko juga.kita bermula dari sedikit demi sedikit InsyaAllah :)

Balas
avatar

siyes..nis kagum dgn iqbal..

(: all the best

Balas
avatar

gudluck iqbal, smoga usaha iqbal x sia sia :)

Balas
avatar

Sorry admin - my post is test

Balas
avatar

salam, iqbal...
dni ucapkan tahniah buat iqbal.. kagum dengan semangat iqbal.. :)

Balas
avatar

Alhamdulillah... terima kasih kerana perkonsian ilmu yang amat berguna ini kepada kami.... semoga Allah merahmati kita semua...

Balas
avatar

Pondok Cinta dah berubah wajah..
Nak berkongsi ckit..actually,nak sembang ngan teman rpt cm kwn sepraktikal kat tmpt sy ni tak susah rupanya..bila dah mkin rpt,sy mula crita ttg tazkirah2 Ramadhan di tmpt sy..alhamdulillah smua menerima dgn baik..sblm ni tmn2 ni aggp sy ni snyp,tp bila dh kenal lama,baru tau,ada uniknya jugak dgn org yg snyp ni..n_n..

p/s : kalu dah dpt time yg bgus utk bersmbang,bleh la selitkan hal2 agama right?

Balas
avatar

Alhamdulilah..dapat sdikit ilmu cara tuk berpesan2 sesama kita..

Balas
avatar

salam..
erm..mencari madu'????
owh...maksudnyer orang awam..ingatkan jalan2 cari madu lagi satu lak..hehehehe..:P
yup..btol2..
beri takzirah ngan teman rapat mmg mudah dr orang xknal..tapi aku teman yg rapat pun susah nk bagi...huhu :(

Balas
avatar

bnyk nyepengalaman awk..bagusnye.. sejuk perut ibu mgandung.. moga dijadikan cnth..;)

Balas
avatar

wah
mengajar keberanian berhadapan orang ramai juga tu
bagus2

P/S : Berkenaan Penarikan Balik Iklan Raya TV3

Balas
avatar

salam iqbal!

selamat menyambut lebaran. bergembiralah, jgn tension2 :D

bertunang --> bujang --> ?? pastu.. :p

pendekatan tazkirah mengajar erti berani dan memupuk keyakinan. org yg tidak berani atau tidak yakin, pasti rasa susah nk menegur strangers dan memberikan tazkirah. wallahualam :)

Balas
avatar

(7)-Brutalsolo
Sama-sama.selalulah ke sini :)


(8)-Nis
Erk..takde yg bagus dgn saya,tak perlu kagum pun ;0


(9)-Rina
Gudluck Rina!moga usaha rina juga tak sia-sia..usaha apa?ehem-ehem..haha


(10)-Anonymous
Ok.no problem


(11)-Dini
Salam juga buat dini..tak perlu kagum dengan saya,saya tiada apa-apa pun utk dikagumi ;0


(12)-mama hidayahamin
Ya..jika ada manfaat,alhamdulillah :)


(13)-Ckin
Wajah je berubah.isi sama je.haha
Yup.Memberi peringatan itu bermanfaat~


(14)-ieyra
InsyaAllah boleh dipraktikalkan.Moga bermanfaat


(15)-Nas
Haha..klo susah nak bagi,maka kita selalu mendengar la :)


(16)-fisha
Pengalaman biasa-biasa je.Org lain lagi best,siap masuk kampung org asli..bahkan ada yg sampai ke Argentina berdakwah ;D
Kagum~~~


(17)-Hans
Yup...sengaja aky kongsikan apa yg aku belajar tentang cara berkomunikasi :)


(18)-Kak Lynn
Salam kak~
InsyaAllah seronok raya ;D
bertunang-> bujang?ooo...status FB ek?hahaha..pastu kahwin la~ahahahaha

Balas
avatar

i like the way u are. awk selalu berfikir, bnyk membaca and u try to reflect back the new info that u've receive and u share it to the people.


thankx for making this very useful piece in this blog. sy x mmpu tulis mcm ni.. pernah try pastu delete balik. haha. x reti nk tulis a serious piece. teruk betul. -.-"

Balas
avatar

salam 'alayk..

bru 1st time drop komen,before ni just being a silent reader of beyt-el-hubb iqbal :)

btw,mabruk alayk...
hebat sugguh tarbiyatul syabab.
hebat hebat..tak semua boleh berdakwah begini.

semoga kuat bermujahadah dan thabit di jalan-NYA

Balas
avatar

(19)-Lin
saya biasa je...mana2 yg baik tu semua datang dari Allah,yg buruk pun dtg adriNya tapi dizahirkan melalui kelemahan saya :)


(20)-bintul
Subhanallah~tetamu jauh dari Mesir,sudi singgah di blog picisan ni.terima kasih ukhti :)
moga kebaikan sentiasa buat semua

Balas
avatar

Salam iqbal,

Alhamdulillah, ALLAH telah anugerahkan kelebihan ini bt iqbal, yg tdk semua org bleh bt dan fikir mcm iqbal fikir..teruskan usaha yer dik,
kami semua pasti menyokong.

Balas
avatar

ade jugak eh praktikal g jmpa strangers...

sesapa yg join tu mesti lelama nnti minat aktiviti usaha atas iman

;)

Balas
avatar

(11)-Hans
harap-harap begitulah...insyaAllah~lebih2 lagi bulan puasa ni :)


(12)-aisyah
Trima kasih.Mohon doanya ya :)


(13)-Inas
Haha...harap2 mcm tu la ;D

Balas
avatar

sangat menarik.. memang bermanfaat..

masih akui dengan ingatkan orang lain kita sebenarnya mengingatkan diri sendiri.. pernah terjadi kpd macy.. cuma, mungkin ada sedikit salah kerana.. err.. adalah.. nanti sambung.. ;D

Balas
avatar

iqbal, saya malu dengan kamu! huhu

Balas
avatar

(14)-maCy
Kalau dengan saya,jgn malu lah...okey? Kita sama je...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443