Destinasi Cinta Remaja

Remaja,apakah destinasi cinta anda?

Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yg suci,sesuai dgn aturan Allah.

Hormat keatas perintah Allah,ajaran rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di atara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yg berkekalan.

Seorang lelaki yg jujur terhadap cinta dan kasih sayang yg terjalin terhadap seorang wanita tidak akan sewenang-wenangnya menyentuh tangan atau memegang erat tubuhnya.

Wanita bukanlah objek yg boleh diperalatkan.Jika ini terjadi,seorang wanita harus berfikir,apakah pasangan seperti itu mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seseorang yg dinamakan kekasih,apa kesudahan yg bakal berlaku satu hari nanti?

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yg mengangapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yg berbangga memilki kekasih yg setia,dan mula memasang angan-angan utk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adajalanya membawa kpd sesuatu di luar jangkauan.

Cinta perlu difahami.Semestinya seorang perlu memahami kehendaj dan definasi yg tepat .

Tanya pada diri,sama ada cinta hanya sekadar gejolak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup utk menjelaskan maksudnya?

Allah telah menganugerahkan manusia naluri utk meneruskan keturunan(salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dgn gharizah Al-Nau’.

Dalam keadaan ini,manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yg mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih syg yg penuh rasa hormat,tanggungjawab,kesetian,komitmen,keikhlasan,bermaruah dan ada matlamat.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yg diingini lebih kpd konsep ala Barat yg disifatkan penuh romantic dan indah.

Mulia cinta berlandaskan islam kerana cinta yg dibina bermatlamat.Kerana ingin mendapat kasih syg tuhan,manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih syg sesame insane.

Kerana inginkan kasih syg tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia utk mengejar sesuatu yg abadi di akhirat.

Akhir kata,cinta yg dibina bukan cinta kosong tapi cinta yg luhur dan hanya dapat dirasakan dgn jiwa yg bersih yg sentiasa mencari tuhan.Wassalam. 


 
Previous
Next Post »
17 Komentar
avatar

CINTA memang indah. Orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Siapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini. Cinta itu di hati dan kesannya terlalu ajaib. Ia boleh menukarkan seseorang yang sedang bercinta sekelip mata. Jika berpisah dari apa yang dicintainya ia akan menangis dan bersedih. Bila berjauhan terasa rindu. Bila dekat bertambah sayang... Ah, itulah cinta. Kalimatnya pendek tapi cara dan kesannya bak lautan yang tidak bertepi.

Hati-hatilah meletakkan cinta kerana cinta menuntut pengorbanan. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda : "Manusia menjadi hamba kepada yang dicintainya." Kata orang, cinta itu buta. Memang cinta itu buta pada kesusahan, penderitaan dan kesakitan, demi mencapai apa yang dicintainya. Cinta kepada Allah, buta pada penderitaan jiwa. Bagi orang Mukmin WAJIB mencintai Allah lebih dari segala-galanya.

Balas
avatar

aduss iqbal.
tak ske topik cinta laa.
hehehe
:P

Balas
avatar

yer..
cinta itu sememangnya perlu difahami..

saya dah kehilangan cinta
huhuhu
*nangisnangis*

Balas
avatar

thanks.. minta izin share ye.. kat fb

Balas
avatar

Salam.
Menjadi masalah nya cinta muda mudi lebih kepada nafsu dan lahiriah. Sekira sigadis dan siteruna sesama cintai Allah dengan sepenuh ikhlas dan jujur, nescaya allah akan memelihara cinta sepasang kekasih sebagai cinta suci dan berkekalan. Tapi yang ketara cinta nafsu tadi malah melupakan tuhannya, sehingga sanggup dan seronok melakukan maksiat terang2an berpeleseran sesuka hati siang malam, maksiat dan maksiat . .konon itulah cinta. Cinta yang dikotori maksiat menjejaskan keturunannya, malah kejadian buang bayi juga kerana sebagiannya kerana cinta tapi yang dipenuhi kotor maksiat dan dosa . . cinta nafsu. Wahai muda mudi Pilihlah cinta yang suci , bersih yang diretui allah dan rasulnya.

Balas
avatar

betul tu cinta belandaskan islam menjauhi kita drpada maksiat..

Balas
avatar

Cinta yg lahir atas dasar nafsu semata2, tu yg kena elak. Buang jauh2. Cari cinta Allah, redhaNya melalui cinta manusia bernama isteri, ibu bapa, keluarga..jaminan kasih syg Nya. :)

Balas
avatar

cinta ya??
hee.. pada saya hanya mereka yang jatuh cinta sekali atau dua kali jerk yang dianggap "cinta".. lebih afdal kalau sekali.. if banyak kali.. rasa kemanisan cinta yang sebenarbenarnya hilang dek kerana rasa yang acapkali dirasai .. so conclusionnya bercinta biar satu dan bercintalah melalui jalan yang benar..hopefully myself also..=p

Balas
avatar

padat ringkas yang pnting sampai kat hati pmbaca.

Balas
avatar

awuu,,

anis, hang tuah..
sabar yer..

thanksforsharing


Latest entry di:

Insomnia
Tutorial Letak ‘Like’ di post entry

Balas
avatar

sy setuju dan suka entry ini..

cinta itu sesuatu yg murni dan suci..
kita yg perlu mencorakkan dan membawa haluan cinta tersebut sama ada kearah jln diredhai oleh ALLAH atau jln yg sesat.

Balas
avatar

cinta sejati hanya pada Allah swt.

semoga cinta kita hanya padaNYA
semoga cinta mereka hanya padaNYA
semoga cinta aku hanya padaNYA
semoga cinta dia hanya padaNya

dan temukanlah cinta2 kami bersandarkan kepada cintaNYA dan tidak melebihi dari cinta kami kepadaNYA.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443