Andai ku tahu

Andai ku tahu hakikat neraka,pasti hilang tawa dariku.Hilang manis senyumku.Hilang ceriaku.Dahsyatnya neraka!Itulah yang Jibril a.s ceritakan kepada Rasulallah.

Suatu hari,Jibril a.s datang bertemu Rasulallah dalam keadaan mukanya sangat tidak ceria dan menyebabkan Rasulallah tertanya-tanya apakah sebabnya Jibril a.s bersedih.Lalu ditanyakan kepada Jibril,dan Jibril a.s berceritaha perihal perkara yang menyebabkan dia sedih,iaitu neraka.

Jibril a.s menyatakan beberapa perkara tentang neraka.Api neraka dibakar selama 1000 tahun pertama hingga apinya bewarna putih.1000 tahun berikutnya,api menjadi warna merah dan 1000 tahun kemudian,api neraka itu hitam pekat warnanya.

Jika sedikit api neraka yang jatuh,hatta sebesar lubang jarum,maka pasti akan matilah segala makhluk di bumi ini.Sebesar lubang jarum.Besarkah?Tuhan..dasyatnya nerakaMu.

Kemudian,Jibril a.s menceritakan tentang rantai dari neraka.Rantai ini jika diturunkan di bumi,maka akan cairlah 7 lapisan bumi ini.Ya Tuhan…apakah kita salah seorang insan berdosa yang bakal dibelunggu dan dililit dengan rantai ini?

Jibril a.s menyambung ceritanya.Dalam neraka,ada 7 pintu dan jarak antara 1 pintu kepada pintu yang seterusnya ialah selama 7 ribu tahun perjalanan.Luasnya neraka,khas untuk hamba yang tak pernah merasa cukup dengan dunia.Diceritakan lagi satu persatu golongan yang akan masuk ke dalam pintu-pintu itu,hinggalah sampai ke pintu ke 7,Jibril a.s tersekat-sekat.

“pintu ketujuh…er..pintu ke tujuh..”

“Mengapa kau ragu-ragu wahai Jibril?Ayuh,ceritakan kepadaku siapa yang akan masuk ke neraka melalui pintu terakhir ini.”

“wahai kekasih Allah,pintu ke tujuh ini di khaskan kepada ummatmu yang mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat!”

Maka dengar sahaja berita itu,pengsan Rasulallah.Ya!Baginda pengsan!Seorang manusia yang maksum,yang tidak berdosa dan dijamin syurga,pengsan mendengar tentang neraka.Apakah kita manusia yang banyak sungguh dosa,merasa aman?

Lalu,tika rasulallah pengsan itu,Jibril a.s memangku kepala rasulallah di ribaannya dan diusapnya rambut rasulallah.Tidak lama kemudian,Baginda sedar.Terus saja air mata Baginda yang mulia itu mengalir laju.Baginda risau,sayang dan kasihkan kita.Kerana itu,Baginda meminta kepada Allah supaya Baginda boleh memberi syafaat kelak di hari perhitungan.

Siapa orang yang layak menerima syafaat itu?maka,Baginda bersabda;’Orang yang mahu ke syurga ialah orang mengikuti aku,manakala orang yang enggan ke syurga ialah orang yang tidak mahu mengikuti aku(meninggalkan ajaran Baginda)”.

Saudaraku,masih beranikah kita bermaksiat?Atau masih lupakah kita kepada Baginda?Masih malas berselawat?masih ragu-ragu dengan sunnah baginda?

Ketahuilah,hanya jalan taubat yang akan mempu menyucikan diri kita yang kotor ini.
Previous
Next Post »
25 Komentar
avatar

thanx nasihat n pesanan

Balas
avatar

toce =))

good entry.

Balas
avatar

salam ziarah...just nak share somting. Kita ada pilihan 2 pintu : 1 pintu ke dunia, dan 1 pintu ke akhirat. Tetapi pintu ke akhirat dlmnya ada satu pintu dunia dan satu pintu akhirat...begitu kehidupan. Yang mana menjadi pilihan kita?

Balas
avatar

terima kasih atas entry yg meninsafkan ini

Balas
avatar

ish3.. thnks for the info.
minta dijauhkan dari azab seksa api neraka..



Latest entry di:

Insomnia
Tutorial Letak ‘Like’ di post entry

Balas
avatar

neraka itu amat menakutkan. tp ramai yg anggap dia jauh sbb kita tak nampak. kita percaya tp xkuat. kcuali org yg btul2 beriman

Balas
avatar

Thanks IS...atas perkongsian...Ya Allah selamatkan ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, anak-anak muridku serta seluruh muslimin dan muslimat dari siksaan azabMu

Balas
avatar

cmne kalau jadi penghuni tetap neraka..nauzubillah..

Balas
avatar

(1)-Umar
Sama-sama bro.Moga dapat kebaikan bersama-sama


(2)-ai na
Toceh2 gak ;D


(3)-Nurul ain
Beberapa ulang2 baca baru faham :D


(4)-ziarah 76
Huhu...moga ada kebaikan utk saya


(5)-PinQib
Sama-sama lah dengan saya.Mohon dijauhkan


(6)-Mat Ganu
Sama-sama


(7)-UnglyPooh
Itulah...sbb kita tak nampak..mata hati kita rabun..


(8)-Cikgu
Sama-sama cikgu.InsyaAllah doa saya untuk semua terutamanya cikgu2 semua sentiasa~


(9)-Pencacai Alim
huhu...takut bro..seram T_T

Balas
avatar

ajaibnya manusia walaupun tahu kedasyatan neraka...
tetapi masih banyak bergelak ketawa...
masih gembira walaupun buat dosa...

Balas
avatar

salam iqbal!

neraka Allah swt itu amat menakutkan..bagi mereka yg berfikir.

Balas
avatar

xberlayak kesyurga tapi xmahu ke neraka...

Balas
avatar

errr...tulaa...adoii...nnt aku citer kat ko satu citer psl ni...

Balas
avatar

Salam iqbal,

Nau'zubillahi minzalik..semoga kita semua dijauhkan dr siksaan api neraka..yg tak terjangkau oleh akal kita betapa dahsyatnya..

Sudah pasti ALLAH memasukkan seseorg ke syurga kerana didunia dia telah memilih jalan ke syurga, begitu juga ALLAH memasukkan seseorg ke neraka krn dlm hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulanglah kepada kita sebenarnya samada kita menjejaki syurga atau menjejaki neraka..

~Jazakallah juga atas kunjungan iqbal..

Balas
avatar

Nauzubilahi minzalik.. moga Allah jauhkan kita dari azab siksa neraka..

Balas
avatar

(10)-Peluncur ajaib,,ops..peluncur islam~
Yela...manusia kan makhluk 'ajaib'...tu pasal tindakan pun tak sama mcm apa yg dituturkan di mulut...huhu..malu~



(11)-Kak Lynn
dan bagi mereka yang berakal....


(12)-echah
huhu...itulah...tapi yang pasti,kita kena pilih antara 2 saja...


(13)-mario
Okey bross!hehe...


(14)-aisyah
Usaha kita hari inilah yang menentukan siapa kita di masa depan


(15)-Nur Sakinah
Itu yang kita pohonkan...

Balas
avatar

salam.. selamat ari raya dek...

renungan yang bagus buat yang membaca..

Ya Allah.. semoga aku sempat untuk sentiasa bertaubat kepada-Mu..

Balas
avatar

(16)-Faarihin
Iya kak..semoga saya dapat kebaikan juga

Balas
avatar

Cerita2 begini, sepatutnya disertakan sumber dan sanadnya(atau rawinya). Supaya benar dan sahih ceritanya.

Hal ini kerana, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka dia telah menempah tempat di neraka" Hadith mutawatir, muttafaq alaih.

Balas
avatar

(21)-Hilal Asyraf
Subhanallah...terima kasih akh atas perkongsian.Cuma saya ada sedikit kesulitan utk mencari kerana saya juga menerima dari sumber dengar,iaitu ceramah dari beberapa ustaz yang saya catit dalam buku catitan saya..huhu..apapun,terima kasih sangat-sangat atas peringatan dan nasihat ini

Balas
avatar

assalamu alaikum..selamat hari raye..salam ziarah yer..nape blog ni takleh bukak besar eh..?sy baru jew menulis blog ni..sile beri tunjuk ajar yer

Balas
avatar

assalamualaikum Iqbal, hye !

nice sharing, nice blog too (hehe)

kalau lah Allah kasi cash balasan dekat manusia yang ingkar arahanNya, confirm semua orang patuh. makanya syurga itu hanya tempat para muslim dan neraka itu sudah pasti utk org kafir. (betul tak?)

tapi, itulah manusia..maybe time baca entry ni menyesal, tapi tinggal 5 minute dah mula habit lama. (macam zai)....uish uish uish

Balas
avatar

err.. macam dekat entry macy aritu je~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443