'Aku tengok kau sepanjang Ramadhan ni langsung tak buka Al-Quran,sedangkan bulan ini Allah gandakan pahala setiap amalan kita.Kau tahu kan?'. Nasihat saya kepada seorang teman sedang kami beriringan pulang dari solat tarawih. Bukannya saya busy body, saya cuma ambil peduli.
Terdiam sebentar dia lalu perlahan dia menjawab,'Aku sibuk, busy lah' sambil tersenyum kelat. Mungkin sedang berperang dengan perasaan sendiri. Saya turut tersenyum dan diam. Biarlah, saya pasti dia mengerti apa yang saya maksudkan.
Saya sibuk, tiada masa!
Gambar dari Google Image |
Saya mengenali seorang lelaki yang sangat sibuk. Rutin sehariannya sepanjang bulan Ramadhan ialah berangkat ke tempat kerja seawal selepas solat subuh,dan pulang hanya beberapa saat sebelum masuk waktu berbuka, bahkan kadangkala dia masih mengayuh basikal sedang azan dilaungkan. Kerjanya ialah sebagai seorang buruh kasar.
Dia seorang lelaki dari Indonesia tapi amat peramah, juga amat baik hati. Sebelum azan isyak, dia sudah terpacak di surau.Bila pandangan kami bertemu, salam dihulur dan senyuman terukir di bibirnya.Saya kagum. Tidakkah dia mampu membuat alasan penat bekerja di tapak pembinaan untuk dia 'lenyapkan diri' daripada kefarduan solat berjemaah dan serta solat sunat tarawih.Ya, dia mampu, tapi dia tidak mahu beralasan.
Keluhan
Saya masih teringat seorang lelaki muda mengeluh tentang kesibukannya hingga dia jarang sekali mampu mengikuti program masjid. Lalu seorang lelaki yang lebih berusia menegurnya dengan satu teguran yang bagi saya tersangat berhikmah dan terkesan dalam hati. Walaupun peristiwa ini hampir 2 tahun berlaku, tapi ia tetap segar dalam kotak ingatan saya, sebagai suatu pengajaran buat diri sendiri.
Lelaki tua itu mengingatkan kami bahawa sesungguhnya iman dan islam bukan sahaja letak di dalam masjid,surau atau persatuan.Sebaliknya letaknya ialah di dalam hati dan peribadi manusia.Nasihatnya, gunakan setiap inci kemampuan kita untuk islam. Jika kita sibuk dengan pekerjaan, pastikan kerja kita itu menjadi suatu ibadah. Jangan lupakan Allah dalam pekerjaan. Juga, jangan tinggalkan dakwah kerana dakwah itu suatu kemulian ummat ini. Dimana saja, sesiapa saja boleh dan perlu kita dakwahkan.
Sambung pakcik itu lagi, Allah jadikan kita sibuk dalam kerja pastinya ada sebab. Dia mahu kita berdakwah kepada rakan sekerja dan menjadi ajen penyambung antara rakan-rakan kita dengan dunia islam. Bukan semua orang faham islam tapi semua orang perlu kepada islam. Atas sebab itu, jadikanlah kehadiran kita ke dalam syarikat atau persatuan sebagai suatu manfaat kepada orang lain.
Menjadi manusia yang bermanfaat.Ya, itu matlamat saya juga.
Sibuknya!MasyaAllah!
Saya cukup bersyukur kerana Allah memberi saya peluang untuk istiqomah bersolat wajib 5 kali sehari. Jika tidak, pasti saya dapati tiada langsung minit untuk saya ingat kepada-Nya sedangkan Dia tidak pernah culas akan saya.
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Dirikanlah solat untuk mengingatiKu-surah Taha ayat 14
Kepada anda yang sibuk samada dengan pekerjaan mahupun study, lebih-lebih lagi dekat dengan peperiksaan, jangan terlalu gusar jika anda tiada masa untuk banyak bersolat sunnat, membaca al-quran atau berzikir seperti segelintir orang. Yang penting, anda jaga kualiti solat 5 waktu anda.Sebaiknya solat berjemaah.Jika tidak mampu, solat lah di awal waktu.
Jangan tidak tahu, bahawa perbuatan sengaja melambat-lambatkan bersolat tanpa sebab yang muhasabah juga adalah suatu jenayah dan berdosa.
Kesimpulan
Adakah kita benar-benar sibuk? Pastinya tidak melainkan kita 'memaksa' diri mengatakan kita sibuk kerana mahu menyedapkan hati sendiri.Ketahuilah, sahabat Rasulallah, Anas bin Malik r.a diriwayatkan memiliki 100 orang anak dan ladang kurma yang seluas sebuah perkampungan, tapi dia masih mampu untuk mendekati perintah Allah.Sepatutnya dia lebih sibuk kerana menguruskan rumah tangga dan harta yang banyak itu.
Islam itu mudah,tapi jangan kita ambil mudah. Perbuatlah sedaya-upaya kita.Allah Maha Pengampun, pastinya kepada manusia yang mahu diampun. Dalam artikel akan datang, saya akan berkongsi bagaimana saya 'kesibukan' meleburkan sombong saya. Mudah-mudahan menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua.
22 Komentar
~saya insaf membaca artikel~
Balasbenar bagai dikata...
erkk..terasa disitu..sllu j beralasan sibuk..:(
BalasEM.. baik!!
BalasSy dah tak boleh nak mengaitkan entri dengan rakan,nanti disalahertikan...hmm syukran sbb dah berjaya kuarkn entri mcm ni mewakili sy.. n_n
BalasAlhamdulillah...
Balasterima kasih atas ingatan.:)
Balasskrg.walau sesibuk mana pun saya cuba utk tetap konsistenkan amalan2 sunat(tadabbur setiap kali solat fardu.etc..).spya bila xwat @ tinggal akan rasa bersalah.huhu.
doakan saya ye terus 'xsibuk' dgn dunia.dan kamu juga.:)
(1)-Cik jari
BalasMaaf jika saya buat anda sedih
(2)-echah
Tidak mengapa,at least kita tahu selama ni kita silap.Saya pastinya..huhu
(3)-fisha
kamu memang baik pun :)
(4)-Ckin
Oh, berkongsi masalah yang sama? nasihat saya, sebelum menulis,cuba kenali sahabat itu.Jika dia jenis yang tidak mudah melatah, tak apalah..mcm kawan saya ni.Dia sempoi saja :)
(5)-mama hidayahamin
Alhamdulillah..amiinn :)
(6)-anayilz
alhamdulillah.Moga thabat :)
thanks atas peringatan...:)
BalasArtikel ni sgt menarek dan sampai di hati.Tq for the ilmu :)
BalasinsyaAllah..
Balasbest tnb ni..
ada solat jmaah..ada tazkirah di surau..
tinggal rajin tak rajin je...
hehe..
hrp2 rina sntiasa istiqamah
sibuk atau pura-pura sibuk..
Balasinsaf juga baca entry ni... tap lepas tu lupa balik apa yg diinsaf.. aduhai...
salam iqbal ^_^
Balasiqbal, kak liza pun cam terasee jeee bila baca n3 niii, nampak sangat buat2 sibuk :( ...tp kekadang betul2 sibuk ;)
(7)-Adah
BalasSama-sama adah :)
(8)-Nurul
Terima kasih selalu kunjung sini
(9)-rina
Takpe, rina kan rajin :)
(10)-Faarihin
Saya la tu, selalu pura-pura sibuk sebenarnya :(
(11)-Kak Liza
Ya, saya tahu :)
erm...saya suka entry ne, mmg padan utk diri saya ini yg sllu rasa sibuk dgn urusan dunia. terima kasih.
Balasentri yang bagus dari iqbal. Teringat pula saya, cabaran berkerjaya adalah antara waktu iman kita diuji sama ada kita mampu seimbangkan masa tuntutan kerjaya dan ibadah.Contohnya, waktu solat kita sudah tergelincir sedikit demi sedikit.nauzubillah!tepuk dada tanya iman.
Balassalam iqbal..
Balasdah tak jadik silent reader dah..
erm..terasa la ngan entry neh..
sy slalu sibuk ngan urusan duniawi..
tapi,insyaALLAH..lpas dpt input ni..sy akan slow2 brubah..thanx
tngu entry bru tuh ;)
Salam Iqbal.
BalasAllah berfirman bermaksud: "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (surah ASH-Sharh [94 ayat 7)
Menurut seorang ustaz, ayat ini bermaksud tidak ada istilah rehat dalam beribadah, jadi jangan sibuk dengan hal-hal yang tak memberi manfaat.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi kita yang mulia dan secara langsung menyuruh kita sentiasa mengerjakan amal soleh..
ouh, suke ayat
Balas" islam itu mudah tapi jangan ambil mudah"
:D nak jugak tangan enam cam dalam gamba... hahahah
salam..Alhamdulillah satu lagi artikal yang saya suker n bermanfaat..
Balasxkira la apa yang dilakukan perkara wajib atau sunat..yang penting semuanya kerana ALLAH..
Terima kasih atas entry yg bagus ni.
Balas:')
Bab sibuk2 ni bagus juga. Eh nak amik gamba yang kat atas tu ye? Thanks
Balaskalau kita buat3 sibuk dengan allah, allah pun buat3 sibyuk gak ngan kita. mak sayer slalu cakap camtu
BalasJum Singgah yer
Latest entry di:
Pengalaman kena tindih ngan perempuan
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443