Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang di dalam majlis-majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangkan untukmu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. DanAllah Maha Teliti akan apa yang kamu kerjakan- surah al Mujadilah ayat 11
Ada seorang lelaki,serupa macam saya.Umurnya baya-baya saya saja tapi ilmu agamanya mengkagumkan saya.Juga berkaca mata seperti saya tapi itu tanda dia berilmu, bukan seperti saya yang juga berkaca mata tapi kerana terlalu asyik memandang skrin komputer.
Mungkin anda semua sedia mengenali beliau kerana dia adalah seorang penulis yang hebat.Namanya Hilal Asyraf.Saya juga mengenali beliau melalui tulisan-tulisannya yang sangat indah.Kata-kata yang tersusun indah juga bait-bait puisinya,memukau.Ya.Bagi saya, bukan sekadar itu.Saya lebih mengkagumi akan ilmunya.
Banyak perkara yang saya belajar daripada karyanya.Antara lain ialah bagaimana tulisan adalah peluru.Baginya, seorang penulis itu seumpama seorang penembak tepat yang menembak peluru sedar ke dalam hati para pembacanya.Dengan peluru kesedaran ini, hati-hati yang mati boleh kembali bernyawa.Dengan peluru kesedaran ini jugalah, hati-hati yang suram akan kembali bercahaya.
Saya sudah berusia 20 tahun.Moga-moga dengan usia yang lanjut seperti ini,saya berupaya menikmati kematangan yang sama seperti dia dan dapat menghayati keindahan dunia tarbiyyah yang sama.Kepada anda yang masih belum pernah melawat laman web nya,silalah menjenguk-jenguk untuk sama-sama mengambil ikhtibar daripada orang yang berilmu kerana Imam al-Mujahid pernah berkata bahawa ada dua halangan terbesar yang menghalang manusia daripada mendapat sesuatu ilmu,iaitu malu dan sombong.
Jangan malu dan jangan sombong.Kita sedar kita sama-sama jahil, dan itu syarat yang sudah cukup untuk membuatkan kita perlu menuntut ilmu.
"saya sebenarnya hendak mengajak pembaca dan diri saya merasakan bahawa kehidupan kita adalah ibadah kepada ALLAH, dan menjadikan diri kita berusaha memperbaiki diri dalam perjalanan kita untuk kembali kepadaNya"- Hilal Asyraf
13 Komentar
iqbal baru 20 tahun
Balastapi penulisan iqbal matang (:
jgn malu dan sombong...like..:)
Balasteruskan usaha menulis nih.. insyaAllah.. ada jalannya... di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan ye dak?
Balasi'be been hilal's follower since early last year n yes, he's amazing. God chose him to be one of His islam's young assistants :)
Balasu too, iqbal..
..n i put his quote in my latest entry too ;)
Penulisan kamu juga matang. Dan disertakan dgn teknik yg betul dlm menulis, insyaAllah, pasti dapat menembak tepat sedar dlm hati manusia.
BalasSemoga makin ramai yg seperti iqbal dan hilal akan lahir masa akan datang.
:)
Salam Iqbal.
BalasSama umur anak bongsu makcik.. jadi tak perlu lagi panggil kak tau.. panggil makcik je...
juga silent reader blog tersebut :))
Balastenkiu for sharing!
Balassaya nak berubah! nak. doakan sy.
Balassetiap urg ade kelebihan ilmu tersendiri tanpe disedari..!
Balaspeulisan boleh buat oirg takut, tergelak. mmg peluru.
Balassangat suka & terkesan dengan artikel @ buku @ motivasi dari Hilal Asyraf.
Balassemoga 1 hari nanti kamu juga dpt jadi seperti dia, atau lebih baik lagi,insyaAllah.untuk Islam.:)
thx sbb berkongsi. :)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443