Biarkan saya menyalak

Sedih. Satu perkataan, tapi cukup untuk menggambarkan perasaan saya apabila sesetengah manusia menafsirkan artikel saya yang tersiar di iluvislam sebagai satu bentuk penghinaan kepada agama yang saya cintai ini.

Sesekali bukan niat saya untuk menganjurkan maksiat, apatah lagi menghalalkan dosa. Cuma yang terlintas dalam hati saya ialah bagaimana saya mahu menyediakan 'jalan keluar' bagi sahabat-sahabat, saudara-saudara seagama saya yang bertungkus lumus melawan nafsu sendiri.

Bukankah saya sudah terangkan, bahawa manusia ada 4 golongan. Golongan kedua ialah golongan manusia yang sentiasa berperang dan sering juga kalah melawan nafsunya. Golongan inilah yang paling ramai.

Semua artikel yang saya tulis ini, saya tulis untuk bacaan manusia. Bukan malaikat. Mungkin ada sesetengah 'ulama' tidak tahu beza antara manusia dengan malaikat. Izinkan saya yang 'menyalak' ini melontar sesuatu.

Sifat mustahil bagi malaikat ialah ingkar kepada perintah Allah. Jika Allah suruh dia sujud, maka malaikat akan sujud sampailah kiamat. Sesekali mereka tidak akan langgar.

Manakala, sifat mustahil bagi manusia ialah tidak pernah berbuat dosa. Mustahil jika manusia itu tidak pernah ingkar. Tiada manusia yang maksum selain Rasulallah. Selain Baginda, semua orang pernah melakukan dosa. Tapi, banyak juga yang melakukan dosa berulang-ulang. Yang bagusnya, mereka mahu berubah. Niat ada! Keinginan ada! Tapi..mereka perlukan bimbingan.

Ya, perlukan bimbingan! Bukan 'hentaman'. Saya tak faham, kenapa harus 'bimbingan' saya disalah ertikan?

Kita harus sedar, bahawa kita sedang berada di zaman yang sangat jauh daripada zaman Baginda. Saya tertarik dengan kisah seorang pemuda yang menangis teresak-esak di depan masjid. Bilamana Umar ra. melihat dan mendengar kisahnya, maka dia turut sama menangis. Lalu pemuda ini dibawa kepada Rasulallah lalu dalam tangisnya dia bercerita bagaimana dia telah menzinai mayat seorang wanita yang baru dikebumikannya. Sedang dia mahu berlalu, mayat itu bangkit dan melaknatnya.

Rasulallah apabila mendengar, Baginda mengatakan bahawa nerakalah tempat yang layak bagi pemuda itu. Dengan penuh kekecewaan, pemuda ini berlalu dan terus menangis memohon taubat lalu berkat kesungguhan taubatnya, Allah ampunkan.

Timbul tanda tanya dalam diri saya, masih wujudkah manusia seperti pemuda itu pada zaman ini?

Apa yang saya perhatikan, yang banyak wujud ialah pemuda yang jika 'dipangkah' , maka dia akan semakin 'liar'. Dia akan putus asa untuk bertaubat jika kita 'pangkah' dia. Tidak sedikt yang berfahaman 'alang-alang buat jahat, biar puas'. Saya bercakap tentang orang ramai, bukan orang yang segelintir. Benar, mungkin wujud manusia apabila berbuat dosa, dia akan beruzlah bertaubat sungguh-sungguh.

Tapi zaman ini, malam menangis taubat sesungguh-sungguhnya, tapi siang pergi kelas, pergi kerja, terus lupa dengan taubat malam semalam. Jumpa kawan-kawan, berbual-bual, terus lupa yang dia sedang dalam taubat.

Mungkin saya salah seorang daripada kebanyakan manusia yang macam ini. Kerana itu, 'saya' perlukan bimbingan, bukan 'hentaman'. Saya 'manja'. Pengaruh jahat di sekiling saya lebih banyak daripada pengaruh yang baik-baik. Hei!! Saya duduk di Malaysia lah! Bukan di masjidil haram ! Banyak pengaruh tak baik sekeliling saya! tarik tangan saya, bimbing saya! Jangan buat saya putus asa dengan Allah kerana sekali saya putus asa, akan ada sejuta tangan yang akan sedia menghulur, menarik saya bangkit kembali tapi ke dalam jalan yang lebih sesat.

Mahu itu terjadi?? Mahukah anda bertanggungjawab di depan Allah kerana sikap anda yang terlalu menghukum, membuatkan saya makin jauh dari-Nya? Dimana hikmah yang Nabi ajar? Dimana?!!!

Kesimpulan
Jika anda yang taraf ulama nak pangkah saya, saya rasa baik anda lupakan saja. Sebaiknya, anda anggap saja saya sebagai kudis. Saya kudis. Busuk, hina, buruk dan jijik. Tapi jangan lupa, ada yang lebih teruk daripada kudis iaitu kanser. Kanser ini ialah orang-orang yang tanpa henti cuba menghancurkan umat islam. Tanpa penat, cuba menyesatkan umat islam. Kanser ini kita tidak nampak, bukan seperti kudis. Tapi kanser ini akan membawa mati, tetapi kudis tidak.

Maka, rawatlah kanser. Tentang lah kanser, jangan sibuk sangat nak tentang kudis. Silap-silap, sedang anda semua sibuk 'melawan dan bergaduh' dengan kudis, diri anda atau mungkin adik beradik anda 'mati' kerana kanser.

Saya harap anda faham. Saya tidak menulis untuk malaikaat seperti sesetangah daripada anda yang tidak pernah berbuat dosa. Sebaliknya, saya menulis untuk manusia yang tidak maksum, tapi sentiasa berusaha menjadi maksum.

Fahami dengan pandangan cinta.
Maka, anda akan faham apa tujuan saya menulis.

Tiada sedikit pun dalam diri saya redha maksiat mereka. Tapi saya faham, bahawa meninggalkan maksiat itu sukar. Dan saya juga faham bahawa setiap orang akan ada 'turning point' masing-masing. Bila? InsyaAllah dalam masa terdekat. Allah tahu kesungguhan kita...

Sebelum saya lupa, sama mahu memetik kata-kata Imam Malik bin Anas -"Setiap perkataan manusia boleh diterima atau ditolak, kecuali kata-kata Rasulallah"

Maka, sila abaikan artikel ini jika saya silap.

Sila tegur saya juga, tapi biarlah dengan hikmah...
Dengan hikmah...
Dengan hikmah!

Ya Allah, kasihilah sahabat-sahabat yang membaca artikel ini dan juga sahabat-sahabatku yang tidak membaca, kerana Kau sebagai saksi bahawa Aku mencintai mereka kerana Mu.
Previous
Next Post »
30 Komentar
avatar

salam iqbal...

Anggap saja kritikan itu kritikan mmbina. Anggap saja itu ujian untuk iqbal terus tsabat dlm dakwah n tarbiyah. Ia menguji samada iqbal akn trus menulis dgn lbh baik atau brpaling n patah smngat.

dan ini pndapat peribadi saya, mereka yg mnegur itu krn salah faham dari cara penulisan iqbal. mungkin mksud sbnar iqbal x smpai pd mereka. jgn risau, cara pnulisan itu bleh dperbaiki. n anggap ini sbg klemahan diri yg bleh dperbaiki. iqbal masih muda n pngalaman tak sehebat ustaz-ustaz lain. as the times go on, u will gain more experiences n InsyaAllah mksud setiap tulisan akn difahami dgn lbh mudah.

smoga terus tsabat n teruskn smgt as-syababmu dgn cara yg terbaik.. ^___^

Balas
avatar

jadikan halangan dan kritikan mereka sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.. anggaplah ianya sebagai teguran untuk terus maju ke depan..

semoga Allah redha~ insyaAllah..


teruskan menulis!! ^___^

Balas
avatar

tertarek dengan statement awak
kudis dan kanser.
yup.
mukan sng nak bdakwah
bila artikel kena hentam
sabar je boleh
kita manusia biasa.
mukan malaikat
mobody perfect
truskan penulisan ya!
=D

Balas
avatar

Rilek iqbal.
jangan melatah.
biasalah kalau menulis artikel ada suka ada tak suka.

teruskan menulis!

Balas
avatar

kalau tengah redah jalan nak pegi masjid, biasalah kalau jam apa semua kan?

hehe.

semangat iqbal. semangat!

Balas
avatar

salam iqbal,

kuatkan semangat! ramai yg faham berbanding yg tak faham:)

Balas
avatar

Sabarlah..
Bawa orang menuju kebaikan memang bukan jalan yg mudah.
Rasulullah pun, berapa tahun berdakwah baru berjaya.

Anggap tekanan itu sebgai dorongan ok.
Selagi masih ada yg baca artikel awk, selagi itulah teruskan menulis.

Balas
avatar

salam.


aggaplah kritikan2 tersebut adalah kritikan membangun. :)
kadang-kadang manusia tak boleh berasa terlalu selesa dengan kedudukannya, untuk dia terus memperbaiki diri.

mungkin ada kritikan itu yang benar.sekalipun ia disalahtafsirkan oleh pembaca,jadikan ia sebagai satu nasihat supaya kamu tak akan lakukan perkara tersebut.

dan kadang-kadang,sebagai penulis,kita perlu mempertimbangkan golongan pembaca yang berlainan ragamnya.dengan cara ni,kamu boleh improve lagi penulisan kamu.insyaAllah..


http://kaisan.tblog.com/post/344622
http://www.youtube.com/watch?v=lU4NhwjYDro&feature=related

:)

jazakallah khair atas pelbagai ilmu.teruskan menulis.
dan ingatlah,jangan dipersalahkan orang yg memberi kritikan kerana kritikan tersebut diberikan atas izin Allah dan atas ilham yang Allah berikan padanya.

Allahu'alam.

Balas
avatar

pergh...iqbal nak menyalak...erm..bagusla...kuatkan semangat okay....hu3 tapi jangan pedulikan pula orang2 mcm 2..hu3

dara

gersang

Balas
avatar

orang yang berbuat baik memang selalu dicemuh, macam pengawas kat sekolah, ramai la yang tak suka kerana jadik budak baik...

so harap jangan le sedih sangat. jadikkan sirah nabi sebagai panduan kerana nabi kita mengalami pengalaman yang lebih hebat daripada apa yang kita hadapi... yang penting kita sentiasa di atas landasan kebenaran

Balas
avatar

Org yg di jalan dakwah mmg selalu jadi mcm tu.. Ada saja rintangan yg datang.. Moga iqbal akan lebih tabah..insyaAllah..

Allah sedang berbicara denganmu.. Ingat tu.. n_n

Balas
avatar

salam iqbal..
erm,, manusia ni mcm2..
ada yg dengki..
papepun,awak kne sabar..
slame ni awak mnulis untuk kitorg n utk dri awk kn?
pedulikan la sume tu..
anyway,,sy da nk exam..
wish me luck..
;)

Balas
avatar

Assalamualaikum Iqbal.

Berat mata memandang berat bahu memikul.Kalau saya di tempat kamu,mungkin saya akan rasa down sedikit. Apapun,harap kamu kuat dan tabah.

'Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.'

Biar di benci makhluk.Tetapi mudah-mudahan tidak dibenci oleh pencipta makhluk.

Bangkit! :)

Balas
avatar

betul..kamu mungkin cuma salah di mata seorang manusia,bukan semua manusia...jangan jadikan kesedihan ini penghalang untuk terus menulis..
menulislah dari hati..jangan menulis kerana pujian..dek bila kamu dicacai orang,terus hilang tujuan..Menulislah kerana Tuhan Yang Satu:)

Balas
avatar

now.. now...
persepektif tanpa bimbingan ilmu..
buat manusia jadi celaru..
mahu menghalalkan yang salah..
tapi diri yang tak maksum kononnya mahu menongkah bicara tuntas orang lain..bersbarlah.,. ini ujian buat hamba yang beriman,,
masakan orang mengaku beriman tetapi tidak diuji.?

Balas
avatar

sabar....org yg sabar selalu diuji....:D

Balas
avatar

semuanya ada hikmahnya..sabar itu separuh dari iman..

Balas
avatar

tak lengkap hidup seseorang itu jika tidak diduga kan?..

anggap la itu satu kritikan yang membina iqbal..

mana yang baik kita ambil..
mana yang buruk kita jadikan teladan..

pasti ada hikmah di sebaliknya..

Balas
avatar

biarkan diorg bro.
biase lah, mulut org mane leh tutup.
ade jek yg tak kena.

semakin seronok baca tulisan iqbal.
dah ade humor sket sket.
good job bro!
:))

Balas
avatar

(a fren, u know whom.)
saya nangis bace entry ni. ntah, iqbal. teruskan usaha awak, dan cara awak. mungkin cara awak sesuai utk golongn kebanyakn macam saya. bkn segelintir seperti mereka.

dulu, mase form 1 to form 3 kat yt besut, sy agak alim berbnding sekarang, malam hujung minggu mesti saya qiamulai. tak suke tgk org couple. kdng2 terlepas ckp jugak kat bestfren bile tgk org date. 'takde keje lain ke, apela best sgt'.

but now, sy yg diuji mcm tu. dugaan tu berat. skali jatuh, susah nk bangun, tapi saya mahu. now, jujur kalau terpegang tgn ngan bf pun cam salu. tp bile duk sorang2, pk semua. takutnye, dosa. so, sekarang ni, just kurangkan jumpe, tapi still kerap contact onkol. walaupun, stil takleh nak jauh dr couple, tp sy usaha nak elak buat yg bkn2.

jadi nye,org yg tak alami tak akan phm kan.

:)

Balas
avatar

Assalamualaikum Iqbal

Ucapan daripada orang kebanyakan, "Terima kasih"

Terima kasih atas artikel sebelum ini, dan terima kasih juga atas perkongsian artikel di atas

Mungkin saya perlu berterima kasih kepada yang "ulama2" tu, sebab tanpa kritikan mereka, artikel ini tak wujud?

Terima kasih, dan teruskan usaha anda :)

Balas
avatar

SALAM...
Buat para dai’e…
Pertama sekali kita perlu sedar lumrah kepelbagaian tingkat keimanan manusia, daripada semulia-mulia Nabi Muhammad penghulu segala anbia’ sehinggalah kepada sejahat-jahat firaun yang mengaku dirinya tuhan. Dan juga kita perlu sedar bahawa insan itu diciptakan dengan sifat lupa dan lalai dek kerana nafsu dan syaitan, oleh itu sama-samalah kita mengingatkan. Yang penting adalah menyambung kerja-kerja nabi menyelamatkan mereka yang lalai. Jangan sesekali berputus asa kerana mungkin kita juga akan diuji Allah.
Sebagaimana diceritakan dalam tafsir Al-Azhar oleh Prof HAMKA, tatkala Nabi Yunus berputus asa dengan kaumnya, lalu Allah mengujinya sehingga ditelan seekor ikan yang besar. Ingatlah juga pesan Prof Dr Yusoff Al-qardhawi, “pandanglah mereka (pelaku maksiat) sebagaimana seorang doktor melihat pesakitnya”. Mereka sebenarnya sakit, dan sakit mereka ini mungkin berbeza-beza. Mungkin bagi remaja, penyakit utamanya ialah cinta kotor, hiburan dan bagi yang dewasa lain pula penyakitnya, mungkin gila harta, pangkat, ego dsb. Yang sihat hatinya dalam soal cinta, berilah ubat untuk mereka yang sakit, tapi jangan lupa bahawa kita juga mungkin sakit pada soal yang lain. Bantu-membantulah semoga kita semua bebas dari sebarang penyakit. Jangan sampai hati kita mati, Na’uzubillah…

Bagi remaja yang berada dalam situasi ini…
Lembutkan hati dengan zikrullah, hapuskan dosa dengan perbanyakkan taubat, redakan gelora nafsu dengan mengingati mati, anggaplah diri sedang diuji Allah. Pohonlah petunjuk dan dipermudahkan jalan yang halal lagi diberkati. Hijrahkanlah diri sekarang.

Balas
avatar

Assalammualaikum sahabat,

Tahniah diucapkan atas usaha tulisan-tulisan yang direncanakan, satu usaha yang amat baik saya rasakan. Kadangkala sepanjang perjalanan kita pasti ada onak dan duri yang menjadikan kita lebih tabah dan berani menghadapi rintangan. Saya berpandangan setiap lontaran pendapat dari orang lain yang saudara anggap sebagai 'ulama' perlulah dilihat dari sudut yang positif. Mungkin bukan niat untuk 'Menghentam' atau 'Mengkritik' tetapi disebabkan kurangnya ilmu atau wujudnya perbezaan pendapat/ pandangan. Disinilah perlunya saudara memainkan peranan penting untuk menerangkan lebih jelas apa yang dilontarkan supaya orang lain dapat memahami dengan sebenar-benarnya apa yang ingin disampaikan oleh saudara.

Balas
avatar

Saya sudah membaca artikel saudara di iluvislam, dan saya juga membaca komen-komen yang disertakan pembaca-pembaca lain. Saya berpendapat tiada satu pun komen-komen yang disertakan yang boleh dianggap saudara sebagai suatu bentuk 'penghinaan' kepada agama yang kita cintai.

Saya merasakan kita perlu melihat setiap pandangan itu dari sudut yang positif dan terus maju. Jangan cepat mudah melatah & berputus asa serta terus berusaha dengan memperbaiki kelemahan diri.

Maafkan saya sekiranya kata-kata nasihat mengguris hati, ini hanyalah sekadar pandangan ikhlas dari sahabat yang menyokong perjuangan sahabatnya.

Teruskan Menulis

Balas
avatar

sabarlah iqbal.. tak semua jalan menuju-Nya indah belaka..

Balas
avatar

salam.
never give up.
jangan cepat melatah.
setiap perkara ada ujiannya.
think positive.setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Balas
avatar

Biasalaa tu... tak semua orang faham apa yang kita sampaikan... Ambik yang positive.. itupun nak sedih. kuat laa sikit... Cuba belajar jangan cepat melatah. jgn marah2.

Balas
avatar

anusia mmg mcm tu, cepat sgt buat kesimpulan sendiri dgn melulu. nasihat saya, sabar jelah saudara Iqbal .

Balas
avatar

Salam alaik.

Tak pernah terlintas nak buka post ni walau tgk tajuk yang agak 'kasar'.

Saya tidak berada di dalam situasi Iqbal, saya tidak mengetahui apa yang terjadi.

Cuma, apa yang boleh saya katakan, apa yang kita tulis, apa yang cuba kita sampaikan, kadang2 tak sampai sepenuhnya pada pembaca. Mungkin dalam 10 orang, 6 yang betul2 faham apa yg cuba kita sampaikan, dan selebihnya ada yg tafsir sesuatu yang lain. Itu hakikat.

Sebab, minda kita berbeza bukan? Kalaulah semua orang boleh faham apa yang cuba kita sampaikan, pasti tiada salah faham. Tapi hidup adalah sebaliknya. Bersangka baik, dan ambil yang positif. (=

Jangan give up, teruskan menulis. InsyaAllah dengan membaca tulisan Iqbal, ramai yang terkesan (=

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443