Kita Bukan Hipokrit !

"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"

"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"

Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.

Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?

Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani.Maka, izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.

Janganlah berhenti.
Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita. 

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang tersangat salah!
Saya tertarik dengan satu hadis.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis” - Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu menipu Allah? 

Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku. 

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.

Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.

Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.

Kesimpulan
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka,jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?

Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"

Previous
Next Post »
32 Komentar
avatar

Wah, suka ayat terakhir..
Balas dengan "so what"..
Bgs..
Hehe..

Balas
avatar

like dis la awk.
kalo owg ckp nape berubah?
jawab cmnie leh
"aku berubah eh.ang je ase aku brubah.aku cm dlu kot.haha"
;)

Balas
avatar

Syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan seseorang untuk berubah...

Jd sesiapa yang cuba menghalang seseorang berubah utk mnjadi baik, bermakna mereka juga adalah *****

Balas
avatar

rasa-rasanya setiap org setiap hari berubah...kalau xberubah maksudnya dia xmandi, amakan...hehe. Xla, maksudnya dia xda matlamat dan wawasan...org yg ada wawasan dan matlamat je akan memperbaiki diri setiap hari, agar hari esok lebih baik dari hari ini...wallahu'alam

Balas
avatar

salam,

teruskanlah berubah menjadi yg terbaik. sedikit2 lama jd bukit. istiqomah aje..

Balas
avatar

iqbal! best!best! rase spirit sgt. sy salu tersungkur tengah2 jalan. tq fr this entry. :D

Balas
avatar

nak copy ni letak dekat belog saya boleh tak ?

Balas
avatar

jalan dakwah pastinya penuh duri..Rasulullah yg maksum pun dicemuh,dikeji oleh kaumnya malah bapa saudaranya sendiri,abu lahab membaling bangkai haiwan ke rumah Nabi pabila Baginda solat..
http://www.youtube.com/watch?v=pAgR9u4HCBc&feature=channel

namun akhirat sana Allah janjikan syurga..
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. [9:111]

moga terus tsabat di landasan ini buat kamu,saya dan semua yang membaca insyaAllah~

Balas
avatar

Assalamualaikum.

:) Perkataan so what tu sangat bergaya.

Bukan berbantahan tapi, tetap rasa tak sedap hati nak cakap manusia sebagai 'syaitan'.
Biarkan Allah menilai.Yg penting kita berubah kerana Allah.

Jazakallah khairan untuk perkongsian. :)

Balas
avatar

EHEK saya wakilkan akhi iqbal cakap, boleh je hahhaha


akhi, terima kasih! post macam ni lah saya tunggu2 dari akhi :) teruskan perjuangan menghijrah diri :)

Balas
avatar

benar bgai dikata...mmg banyak ujian n cabaran sepanjang proses untuk berubah...proses pentarbiyahan diri...

Balas
avatar

Tterima kasih atas pkongsian ini...
terusik dgn hadis tersebut...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis” - Hadis riwayat At-Tabrani.

Jazakallah=)
rasa lebih baik...

Balas
avatar

saya nak berubah.
tapi ramai yang mungkin sangsi.
apa yang saya boleh katakan ialah...
SO WHAT?
heh. thanks bro.

p.s satu hari, gudang thomas edison terbakar. semua rekaan2 dan kajian semasanya dijilat api. beliau tidak meangis tidak menjerit, tetapi beliau memanggil anak isterinya untuk melihatnya.
katanya:
"tengoklah, saya dah boleh mula semula!"

Balas
avatar

Sidratul Muntaha
-erm.. sebenarnya, ada satu ayat dalam surah Al-An'am, ayat 112- "...Kami jadikan musuh yang terdiri daripada syaitan-syaitan jin dan manusia.."

Maka, wujud 'syaitan manusia"...
wallahua'lam~

Dan kepada semua pembaca,
saya doakan kita sama-sama terpelihara daripada sifat kesyaitanan ini~

Balas
avatar

Petik dar novel Hlovate,
'Change for good is not a crime,right?'
Yang penting niat dan keikhlasan.
Jangan hangat-hangat tahi ayam.then,sentiasa kena beringat dan mencari..'cari' apa yang selama ni kita tak jumpa. Minta doa semoga dipertambahkan dan ditetapkan iman itu...kan?insyaAllah semua akan jadi baik. Marilah bersangka baik :)

Balas
avatar

harap2 dijauhkan kita dgn pangai yg hipokrit ni eh...

Balas
avatar

xpakai tudung, bdosa...
mengejek org yg nak pkai tudung... lagi la bdosa....
haiissshh!!!
yg penting, tanamkan dalam hati, pakai tudung kerana Allah SWT.

Balas
avatar

like yg ini bro!
:))

Balas
avatar

salam iqbal,,suke sgt entry ni..
stylo la bila jwb so what? hahah..
lagi satu,sy stuju ngan Sidratul Muntaha,,
ape2pun,hipokrit @ munafik kerana ALLAH,,:)

Balas
avatar

salam..

ikhlas ada 2 jenis:

1. ikhlas dlm tpaksa
2. ikhlas dlm ikhlas

mmg tkadang, kita prlu pksa diri dlm mlakukn kbaikn @ mninggalkn kmungkaran. apatah lg, ianya kli pertama. psti, prlukn pksaan.

tetapi, kita paksa krn apa? krn mahu patuh suruhan Allah. maka, tetap, ia kira ikhlas juga. atau, nma lain ia dpanggil mujahadah. sume psti xtlepas utk ikhlas scr tpaksa ini, krn, iman mnusia ada naik trunnya...

2. ikhlas dlm ikhlas

kita brbuat, krn jiwa (nafs) kita yg nk. mngkin, klu xwat, hati kita rsa xselesa, xtenang dsb. nafs ini dpanggil nafs mutmainnah. insyaAllah, ini yg cba kita cpai. brbuat krn nk brbuat. ikhlas dlm ikhlas. huhu

inshaAllah.

apapn, ikhlas krn tpaksa pn, tetap ikhlas, bahkan, pahala mujahadah jga dpt. :)

Scr mudah, ayt AQ dbwh bleh kita ambil pedoman. iA.

"Berangkatlah kamu dalam keadaan ringan maupun berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu d jln Allah..." Qs. 9:41

ok. anyway, keep it up! :)

Balas
avatar

Mungkin Munafik & Hipokrit hanya pandangan dari mata sesetengah orang yang hatinya buta tetapi tidak di Mata Allah sekiranya dakwah yang dilakukannya benar-benar ikhlas kerana-Nya Yang Maha Berkuasa.

Balas
avatar

Menyeru manusia ke jalan Allah dan mengatur langkah ke jalan Allah, pasti ada mehnah dan tribulasinya.

Terima kasih atas perkongsian yg menarik.

Balas
avatar

yups
manusia susah untuk meneripa perubahan yang mendatangkan kebaikan

P/S : Mahu Menonton Filem Crayon

Balas
avatar

hipokrit yang dimaksudkan oleh org2 'itu' sebenarnyer pengaruh dari barat tuk menghalalkan benda yang xleh buat..contoh sy xpakai tudung sbb sy xhipokrit xmcm org pakai tudung tapi selalu wak jahat..

hipokrit dalam sesetengah hal kena hipokrit..sebagai contoh bila melakukan maksiat dan hanya kita n ALLAH je yang tahu..jadi perlulah kita hipokrit sbb Allah telah menyembunyikan aib kita nape kita ngn senang2 nak bukakan aib kita kan...bukanmaksud saya disini menyeru org suh buat maksiat cuma sebagai contoh...hipokrit diperlukan di sesetengah tempat..

kelemahan datang dari sy sendiri..dan kebaikan hanaya dari Allah..

Balas
avatar

bak kata ustazah, mula2 hipokrit, lama sebati lam jiwa. hee

Balas
avatar

biarlah luncai terjun dengan labu-labunya

biarkan...biarkan...

Balas
avatar

xpe.... bila org kate nk berubah tu la... dia akan diuji... jika dia tahan mmg betol2 la dia nak berubah kerana ALLAH dan bukan hipokrit =)

biarkan ape mereka kata... mereka pon same cm kita cuma hamba...

Balas
avatar

takpa. bagus gak dia pakai. kurang3 dia tutop gak aurat

Balas
avatar

jawapan yang last tu.. buat yang btanya tu jadi bengang nanti.. hahaha..

Balas
avatar

Eh...jgn lupa iqbal, dari surah terakhir al-Quran...surah an-nas : "Katakanlah "Aku berlindung kepada tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan)syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan MANUSIA"...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443