Jika Ia Boleh Diwarisi

Saya teringat sebuah lagu nasyid nyanyian kumpulan raihan.

Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertaqwa,
ia tak dapat dijual beli,
ia tiada di tepian pantai.

Harta Yang Abstrak
Jika kita kanak-kanak, adakah wang penting? Pasti mereka akan menjawab ya. Cuba kita beri beberapa keping duit syiling kepada mereka, pasti mereka akan tersenyum menerima. Hanyalah kerana mereka tahu bahawa dengan sedikit wang beberapa sen itu, mereka boleh membeli gula-gula atau mainan kegemaran mereka.

Antara wang dengan iman, ada beberapa persamaan. Iman dan wang, sama-sama berharga. Wang perlu untuk membeli dunia, manakala iman perlu untuk menebus harga syurga. Tapi, wang boleh ditukarkan hak miliknya. Tidak seperti iman, yang tidak boleh ditukar-tukar, diwariskan atau disedekahkan.

Sifat iman itu terlalu individu. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dikongsi, apatah lagi ditukar ganti.

Individu
Setelah memahami bahawa iman itu tidak boleh dikongsi, maka kita juga harus faham bahawa iman kita adalah tanggungjawab kita. Kita bertanggungjawab untuk memastikan bahawa iman kita ada setiap masa.

Saya sengaja menggunakan perkataan 'ada' bagi menggantikan perkataan 'tinggi' kerana pada zaman ini, bagi seseorang hamba, untuk dia mati dalam iman itu adalah lebih sulit daripada dia hidup dalam iman. Ini adalah kerana pelbagai faktor yang terlalu panjang untuk dihuraikan dalam satu artikel. Pastinya, sesuatu yang berharga pasti di cemburui dan mahu dicuri.

Jika manusia jahat mahu mencuri wang, syaitan pula mahu mencuri iman.

Iman Tidak Boleh Diwarisi
Iman tak boleh diwarisi. Seorang suami yang soleh, belum tentu isterinya solehah. Seorang ayah yang beriman, belum tentu anaknya tidak kufur. Begitulah sebaliknya. Di dalam Al-Quran sendiri menyatakan perkara ini -

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا اِمْرَأَةَ نُوحٍ وَاِمْرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئاً وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ
 Allah mengemukakan satu perbandingan bagi orang-orang kafir, iaitu  perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut. Keduanya berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami. Dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتاً فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin, iaitu perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"

Kedua-dua ayat ini adalah dari surah At-Tahrim ayat 10 dan 11.

Jika kita lembaran sirah juga, kita dapati kisah Abdul Rahman bin Auf r.a yang beriman, tapi ibunya kafir. Ibunya mogok tidak mahu makan selagi Abdul Rahman tidak mahu kembali menyembah patung berhala. Oh, anak siapa yang mahu melihat ibunya menderita. Namun, kecintaanya kepada Allah menyebabkan dia lebih rela kehilangan ibu, asal tidak kehilangan iman.

Banyak lagi kisah mereka. Cukup sekadar ini.

Alasan
'Saya mahu jadi baik, tapi ibubapa saya tak menyokong saya begini'

Ada segelintir manusia terburu-buru menyalahkan suatu pihak atas ketidak upayaan mereka. Alasan keluarga sebagai penghalang untuk dia mengamalkan islam adalah suatu alasan yang cukup tidak munasabah dan tidak masuk akal pada perkiraan saya.

'Dia anak imam. Hebat!'

'Dia anak ustaz, jadi biar saja lah dia menjadi imam hari ni'

'Kau gila ke nak suruh budak sekolah agama tu jadi imam? Kau bukan tak tahu yang ayah dia tu tak pernah datang masjid ! '

Pernah dengar bisik-bisik sebegini?

Terkilan.
Saya terkilan dengan cara kita memahami konsep iman, taqwa dan ihsan. Kita faham bahawa jika seorang anak itu anak ustaz, maka dia terus jadi ustaz. Kita juga faham bahawa jika seseorang itu anak seorang yang lelaki yang 'tak menonjol keimanannya' maka dia juga sama, tidak beriman.

Terlalu terburu-buru hingga hampir sahaja kita melakukan fitnah.

Yang beriman itu bukan dia. Yang hebat itu bukan dia. Yang jahat itu juga bukan dia!

Bukan dia! Kerana dia adalah dia yang berada di mata Tuhannya. Berhentilah melabel. Kita perlu faham dengan teliti bahawa iman itu pilihan individu. Dia boleh memilih untuk beriman, dan dia juga boleh memilih untuk tidak beriman.

Belum tentu anak imam akan sama menjadi imam. Kadangkala membesar tidak jadi manusia. Belum tentu anak penjenayah akan membesar jadi penjenayah. Mungkin dia akan jadi imam besar.

Benar, peranan ibubapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak adalah suatu peranan yang tersangat signifikan dan penting. Tapi harus juga diingat peristiwa anak nabi Nuh, yang tidak mahu mengikut ayahandanya. Ingat juga peristiwa anak Nabi Adam yang tidak sama imannya seperti ayahnya.

Ingat jugalah anak kepada tokoh munafik, Abdullah bin Ubay. Anaknya ialah sahabat Rasulallah s.a.w, yang sangat kuat imannya juga sangat besar kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sangat berbeza dengan ayahnya!

Ah, bagaimana lagi harus katakan. Iman itu terlalu individu. Jika kita beriman, maka kitalah yang untung. Jika kita tidak beriman, maka kita jugalah yang rugi.
Kesimpulan
Belum tentu anak yang lahir daripada pasangan suami isteri yang fasik, akan kekal fasik. Maka, menjadi tanggungjawab setiap individu itu untuk berusaha atas imannya. Saya dan rakan-rakan, hanya mampu menunjukkan jalan dan jika terdaya, memberikan contoh. Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri, adakah kita mahu rugi atau untung.

Usaha atas iman. Suatu kewajipan setiap manusia.

Moga Allah kabulkan keinginan kita untuk mati dalam iman.
Previous
Next Post »
18 Komentar
avatar

Salam Iqbal..baru2 ni cg pg KLIA, terjumpa dengan syafiq aziz (batch 2008) beliau juga di MIAT..tak tahulah kamu sama tak ngan dia..

berbalik pada soal iman tak diwarisi, saya sangat bersetuju..saya dah banyak mengalami pengalaman ini termasuk saudara kandung saya sendiri..

Wallahua'lam..semoga allah membuka pintu hatinya

Balas
avatar

yeah,
betol,
mak ayah jahat tak bermakna anak jahat,
tapi mak ayah main peranan penting dlm pembentukan iman anak anak.
tgk mak ayah tak solat,
anak anak pon mesti terdorong ntok tak solat.
tapi tuh arr
balik pd dirir sendri gak.
agak agak dah besaq panjang tak kan tak boleh pikiaq sendri kot mana betoi mana salah!
konklusinye,
diri sendri !

Balas
avatar

nice one iqbal!

betul..iman tak diwarisi.
tapi manusia selalu nak judge iman seseorang...ermm

Balas
avatar

lagu raihan tu memang menusuk kalbu dan patut diambil ikhtibar dalam minda yang sedar

Balas
avatar

Assalammualaikum... benar iman tak dapat diwarisi....

Balas
avatar

iman lah menunjukkan seseorg itu bertaqwa kepada Allah dengan seikhlas hati..:)

Balas
avatar

Betul tu, Iqbal. And what's worse and sedih ialah apabila ibu bapa yang dulunya mengajar anak untuk menjadi insan yang bertaqwa telah pergi meninggal dunia, the children terus lupa akan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. Semoga kita dijauhkan daripada sifat ini - hangat-hangat tahi ayam.

Balas
avatar

Oh, lupa untuk beritahu yang Nisa sudah pon beralih arah ke Wordpress. Blog saya ada di sini: http://www.pupuchik.com

Balas
avatar

salam...iman itu adalah hidayah Allah...sbb tu la klu si ayah Alim anak xbape nak alim...besela 2...mg iman xdapat diwarisi...

Balas
avatar

lagu raihan yang selalu dinyanyikan masa zaman kanak2..

Iman memang tak boleh diwarisi..

Balas
avatar

sangat sokong entri di atas..mmg mind set masyarakat, parents soleh anak mesti baik jugak..sbb mereka percaya parents yg kuat agama mesti dpt mampu membentuk anak2 yg baik jgk..

Balas
avatar

Assalamualaikum.

Senyum.Persoalan saya telah berjawab melalui artikel ni.
Bukan semua anak bertuah lahir dari perut ibu bapa yang faham agama.lahir dari keluarga yg bapanya hafiz.ibunya tudung labuh.atau adik beradiknya semua berpendidikan agama yg hebat-hebat.

Allah Maha Baik.DIA jadikan 1 antara banyak2 ahli keluarga yg fasik supaya anak itu menjadi teladan yg baik kepada ibu bapanya yang fasik dan doanya diiktiraf menjadi doa anak soleh/solehah sekiranya ibu bapanya meninggal kelak.

(Saya Memberi contoh secara general.Tiada kaitan dengan siapa-siapa.)

:)

Balas
avatar

betol tu.. suke entry ni.. kita yang memilih..

btw, waiting for an entry bout ursef. nghehe..

Balas
avatar

tak semestinya sume ank tok imam tu baik..walaupon didik dari kecik pon..kalau da dia sendiri tiada self esteem yg bgs dlam diri..cepat terpngruh..hancurla.

Balas
avatar

tak semestinya jugak kalau sorang dr anak2 tu jahat semua jhhat.. em. macam mana nak elak pemikiran orang yang macam tu yer, boleh kongsikan x?

Jum Singgah yer
Latest entry di:

Kehebatan 2010 hanya untuk….

Balas
avatar

PinQib
- Jika benar nak jauhi pemikiran mcm tu, kita kena tanam rasa hormat, bersangka baik dan redah diri. Kita selalu cakap orang tak baik, sbb kita perasan kita baik..itu saja :(

Balas
avatar

salam alaik.. suka sy bce blog awak.. byk pengisiannya yang sy dapat.. teringin btul sy nak jd mcm awk. wlpn awk ni dbsarkan tanpa pnerapan ilmu agama yang mndlm, dpat jgak merasai nikmak kmbli kpd Nya.. smoga soleh fil hayati dunnia wal akhirat, insyaAllah..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443