Insaf Sekejap

Buat sahabat-sahabat yang saya cinta, artikel ini untuk kalian.

" Iqbal, thanks for this entry. Insaf, tapi sekejap saja. Huhu :( "

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'?

Ya, ia wujud. Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar. Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.

Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah
Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulallah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'. Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.  Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu. Lalu jawab Hanzalah, " Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w , Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulallah untuk mengadu akan masalah ini. Lalu Rasulallah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"


Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun. Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.

Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat !

Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulallah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah. Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat. Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali. Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!

Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza. Ada orang yang 'insaf sekejap' nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit. Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39-
 
فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ  

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh. Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan. Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap. Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.
Previous
Next Post »
22 Komentar
avatar

InsyaALLAH...
Thank's 4 sharing..
Syukran kathiraa..
Jazakumullah.. (^_^)

Balas
avatar

taubat yg berulang..

oh, sy lg................

Balas
avatar

sy tak terkecuali..
glad u r back! :)
hepi always..smile.:)

Balas
avatar

Hmm..btul..iman kita ni yazid wa yanqus..kadang tu suasana mmpengaruhi ye dak?..moga kita akan ditegur dan akan lbih ingat pada Dia..

Terkesan di hati..

Balas
avatar

SAYA SUKA BLOG NI...
TERUSKAN BERDAKWAH N SELITKAN BYK2 AYAT AL-QURAN N HADITH...
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PERKONGSIAN YANG WAJIB DIKONGSI HUHU

Balas
avatar

i love this entry triple much..

pnh kwn sy ckp.."insaf jap"
trus sy ckp..knp mesti kau insaf jap je?knp tak insaf berpanjangan?trus dia gelak walaupon pertanyaan sy tu serius

Balas
avatar

sindrom ni sering berlaku..
nak buat contoh terlalu banyak..
diri sendiri tak terkecuali =(

Balas
avatar

ya..selalu mcm ni..smoga ALLAH mmberi keinsafan yg brkekalan buat diri ini dan saudara sekalian... ameen

Balas
avatar

betul lah.. selalu gak rasa cam tu..
bila baca bab2 renungan ni..

mesti rasa insaf..
tapi tak lama..
lepas tu 'ter'buat balik semula..

hmmm..

Balas
avatar

salam..
alhamdulillah.masih terus aktif ya :)

Masa zaman sekolah dulu,
biasanya lepas balik kem ibadah, akan insaf la 2-3 hari...baik je..patuh je...tapi sekejap je...kang dh hanyut dengan dunia sekolah,dunia TV,hncur lebur nasihat ustaz ustazah...:)

ada satu kes tuh..akak mmg betul2 nekad. Allah punya kuasa...akak berjaya lakukan perubahan. perubahan ape? biarlah rahsia...tapi sokongan dari org yg terdekat dgn kita mmg sgt2 diperlukan...

sekian...

Balas
avatar

salam akh
maaf sy kurang phm.dh berulang2 bce hadith 1st tuh..xphm jgk.bole beri penjelasan ttg hadith yg 1st tuh?maksudnye hanzalah jd munafiq disebabkan sebok hal dunie?

Balas
avatar

...Naurah Humayra...


Hanzalah r.a adalah seorang sahabat Rasulallah yang mati syahid dalam perang Uhud dalam keadaan junub. Dia baru berkahwin, lalu Rasulallah mengecualikan dirinya dari ikut perang kerana bergembira dgn perkahwinan hanzalah itu. Suatu hari, sedang hanzalah tidur dia terjaga. Dia mendapat berita yang tentera islam sedang diserang dan tertekan.

Lalu dia memacu kuda untuk ke medan perang dalam dirinya belum mandi wajib. Lalu di sana, dia berperang dan mati syahid. Para malaikat turun memandikan junub untuknya.

Hanzalah bukan munafik. Sesekali pun bukan.

Dia hanya merasakan dirinya seperti munafik, kerana kecintaannya yang tersangat mendalam dan kerisauannya yang sangat dalam. Dia risau, takut bahkan kesal kerana dalam 24 jam, masih ada beberapa minit dan saat yang dia tidak ingat Allah.

Sedangkan kita, berapa minit saja ingat Allah tapi lgsung tak rasa kita munafik.Insaf~huhu

Balas
avatar

insaf sekejap.

ramai jek yg selalu alami.
berdoa la semoga istiqamah dlm melakukan sesuatu,kan? :)

Balas
avatar

sedih gak bro..aku pon selalu jerk insaf sekejap...cth time mimpi yg menginsafkan..1-2 hari jerk insaf..then berbalik kpd yg asal..isk3..teruknyer...

Balas
avatar

istiqamah..itu yang paling susah..kene mujahadah!!

semoga istiqmah dalam penulisanmu:)

Balas
avatar

Assalamu'alaikum...

semoga semua artikel iqbal dpt membuka hati dan minda pembaca, Insya'ALLAH..

Yg penting kita jgn putus asa, dan terus berusaha dan berdoa pd ALLAH, agar diberi kekuatan utk terus istiqomah dlm usaha merubah diri..
dan disinilah pentingnya juga dlm usaha ingat-mengingati kepada kebenaran sesama kita sbg manusia..

Insya'ALLAH, semoga iqbal terus menebar dakwah disini..akk sokong sepenuhnya...

Balas
avatar

cik tom sendiri macam tue..insaf sekejap..tapi rasa istilah tue tak sesuai sebab kalau betul insaf mesti dah taubat n tak buat lagi kan...

1st time jenguk sini kot..n now love this blog..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443