Allah Sangat Baik

Allah sangat baik. Dia beri aku akal. Dengan akal, aku dapat berfikir.
Allah sangat baik. Dia tak pernah ambil akal aku, apabila aku gunakan akal aku untuk merancang buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mata. Bukan satu, tapi dua. Dengannya, aku melihat.
Allah sangat baik. Walaupun aku banyak buat maksiat dengan mata ini, Dia tak ambil penglihatan aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mulut. Aku boleh bercakap.
Allah sangat baik. Dia tak ambil mulut aku, sedangkan aku selalu bercakap benda-benda yang keji.
Allah baik. Terlalu baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku telinga. Aku mendengar dengannya.
Allah sangat baik. Walaupun aku selalu mendengar benda-benda yang tak berfaedah dan keji, Dia tak ambil telinga aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku hidung. Aku boleh bernafas.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan pernafasan aku walaupun aku banyak buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku jantung yang sentiasa berdegup. Aku boleh hidup.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan degupan jantung aku semasa aku sedang buat maksiat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku tangan. Aku boleh memegang benda.
Allah sangat baik. Dia tak cabut tangan aku apabila aku buat jahat dengan tangan ini.

Allah sangat baik. Dia beri aku kaki. Aku boleh berjalan sebab ada kaki.
Allah sangat baik. Dia tak ambil kaki aku walaupun aku selalu berjalan kearah benda-benda buruk.

Allah sangat baik. Kerana itu, aku mahu memberikan buah tangan sebagai tanda terima kasih.
Tapi, ada orang kata Allah sangat kaya. Dia tak perlu dan tak mahukan hadiah. Aku tak percaya.
Aku mahu juga berikan buah tangan.

Aku kumpul harta banyak-banyak.
Tapi Allah tak perlukan harta.

Aku belajar pandai-pandai.
Tapi Allah tak perlukan ilmu.

Aku berhias cantik-cantik.
Tapi Allah tak perlukan kecantikan.

Aku buntu. Apa Allah mahu?
Ternyata, Allah tak mahu apa pun dari aku. Kerana Allah sangat baik.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.

Lalu, wajarkah aku bermaksiat lagi sedangkan Allah sangat baik kepada aku?

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Previous
Next Post »
26 Komentar
avatar

huhu, ya, Allah tu sangat2 baik dengan kita

kita ja yang selalu lupa

Balas
avatar

“ Ya Allah, Engkau tahu betapa bertatihnya hamba dalam meniti jalan ke syurgaMu. Betapa banyak peluang kebaikan yang ku abaikan. Maafkan hamba Ya Allah, kerana meskipun berlalu usia dalam bilangan yang banyak, masih sedikit rasa syukurku padaMu”

Balas
avatar

Allah sangat2 baik..sebabtu saya sayang Allah..
:)

Balas
avatar

(^_^)
Ya Rahman,
Ya Rahim,

Alhamdulillah... :)

Balas
avatar

"Teguhkan bahteramu kerana lautan yang kamu lalui itu terlalu dalam untuk diharungi,Banyakkanlah bekalan kerana perjalanan kita cukup jauh untuk dijalani, Ringankanlah belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam, Ikhlaskanlah segala perbuatanmu kerana yang menilai kita amat mengetahui dan maha melihat apa yang kita lakukan,"

Balas
avatar

kalau kite dekat dgn Allah..pasti die juga dekat dgn kite..tp rasanya Allah x pernah jauh dr hambanya~

Balas
avatar

manusia tidak pernah bersyukur akan nikmat yg Allah beri

Balas
avatar

betol. Allah tersangatlah baik.
terima kasih sebab menulis entri ni. sangat membantu saya untuk sedar yang Allah sentiasa bersama saya. :)

Balas
avatar

Terima kasih Allah atas segala nikmat kurnia-Mu kepada kami semua.

Pimpinlah kami agar sentiasa di atas landasan-Mu. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izin-Mu Ya Allah... Aminnn..

Balas
avatar

Assalamualaikum.

Iqbal,terima kasih. :)

Balas
avatar

Allah sgt baik...aku jer yg xtau menghargai dan buta hati....

Balas
avatar

Alhamdulillah....bnyak juga ilmu yg didapat di blog nie...semoga Allah memberkati....

Balas
avatar

salam...

nice entry...(lpas bca memag trus wt org istighfar byk sbb trpikir kn dri nie slalu je slah gna nikmat yg Allah bg..)

kelalaian yg sgt2 jelas dn msh x dpat gna kn akal, dn sgala omberian nikmat yg lain dgn baik..

Allah S.W.T memag sgt baik cma kita yg x baik dgn Allah... Allah syg sgt dkat kita tp kita je yg slalu ketepikan Dia... org nk sgt rsa mahabbah dr Dia...

kdag2 org ckp dlm usrah, org cinta allah, syg Allah tp kn org x taw betul ke x.. sbb org tkut sgt klau2 org nie munafik(hipokrit) je.. jd smoga Allah jd kn org nie antara hamba2 yg terpilih utk rsa mahabbah dr-NYA...

p/s: smoga kita smua sntiasa dalam rahmat Allah...insyaAllah.. sorry, org komen pnjag2 ag.. memag dh biasa menulis kot..:P

Balas
avatar

Allah memang sangat2 lah baik iqbal...:)

Balas
avatar

hampir menitis air mata membaca entry ini..
syukran~~

Balas
avatar

Kata2 yang sangat mendalam & memberi makna. Kembali/pulang lah kita kpd Allah SWT.
-Hamba yg hina

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443