Mengapa Aku Tidak Dapat Merasa Kehebatan Al-Quran ?

 "Ustaz, saya rasa kosong sangat jiwa ni. Rasa tak tenang. Apa perlu saya buat?"

"Bacalah al-Quran"

"Ustaz, saya susah nak tidur la malam-malam. Apa perlu saya buat?"

"Bacalah al-Quran"

"Ustaz, macam mana mahu tajamkan akal anak saya? Dia bakal SPM tahun ni"

"Suruhlah dia baca al-Quran banyak-banyak"

"Sikit-sikit baca Quran. Sikit-sikit baca Quran. Dah baca dekat 10 tahun ni, tak selesai pun masalah. Tak rasa tenang pun. Tak dapat tidur pun. Tak jadi pandai pun. Apa la ustaz ni, tak boleh pakai punya nasihat la!"

Ini keluhan orang yang tak tahu. Tapi sebagai manusia, saya tidak salahkan dia kerana seringkali ustaz menyuruh orang awam membaca dan mengambil manfaat dari al-Quran, tapi jarang pula ustaz berbicara tentang cara-cara dan syarat-syarat untuk mengambil manfaat dari al-Quran itu.

Maka, izinkan saya yang bukan ustaz untuk berkongsi tips-tips dan kaedah mengambil manfaat al-Quran. Ada 4 syarat utama harus kita turuti.

Pertama: Beradab Dengan Al-Quran
Ini syarat pertama dan juga yang paling utama. Akhlak. Banyak sekali adab yang telah kita lupakan. Antara yang besar-besar ialah seperti berwuduk, mengadab kiblat dan lain-lain. Itu secara zahir. Saya tidak berhajat menyentuh panjang kerana saya mahu menumpukan kepada adab yang tidak zahir.

Pertama, kita harus memulai bacaan dengan niat yang baik-baik.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 124 dan 125 ; Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.

Mahu bermain-main dengan ayat Allah? Itu tanda kekafiran.

Ada orang, membaca Al-Quran untuk mencari kesalah Al-Quran. Ada juga manusia yang membaca untuk mengabil hujjah bagi menghentam manusia. Ada juga yang membaca dengan niat saja-saja. Maka, perumpamaan mereka adalah seperti orang munafik, yang tidak mendapat apa-apa manfaatpun dari al-Quran.

Itu yang pertama. Perkara kedua yang kerap dilupakan ialah kebersihan. Bukan sekadar jasad, bahkan kebersihan hati itu lebih utama.

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman"-Hadis Arbain

"Allah mencintai orang-orang yang bersih"- At-Taubah ayat 108

"Dan bersihkanlah pakainmu"- Al-Mudassir ayat 4

Kebersihan hati? Betulkan niat. Membaca kerana Allah sayang, bukan kerana mahukan habuan, pujian atau kemuliaan di sisi manusia.

Adab yang ketiga ialah serius dan tidak bermain-main. Amaran keras Allah nyatakan dalam surah al-Anbiya' ayat 2 ; "..mereka mendengarkannya sambil bermain-main..". Sebaliknya, kita dituntut untuk memberi perhatian terhadap apa yang kita baca. Contohilah Saidina Umar, teresak-esak dia menangis. Persis seorang kanak-kanak sedangkan dia seorang yang pejuang! Menangis dia membaca surah Yusuf, tanda hatinya khusyuk dan faham.

Kedua: Penerimaan Yang Baik
Yang dimaksudkan dengan penerimaan ialah menerima pengajaran yang terkandung di dalamnya. Caranya ialah dengan 'dengar' dan 'taat'.

Satu hari, Rasulallah menyuruh Ibnu Mas'ud membacakan al-Quran untuk didengari oleh Baginda. Ibnu Mas'ud patuh lalu dia membaca hinggalah tiba kepada ayat "Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?". Lalu, menagislah Rasulallah. Ini bukti, jika hati kita benar-benar khusyuk membaca al-Quran, pasti akan tumpah air mata ini.

Selain itu, kita juga 'menerima' dengan berniat untuk melaksanakan segala perintah yang terkandung sedaya upaya kita. Usahakan! Pasti Allah mudahkan.

Ketiga: Memahami Tujuan Asas Al-Quran
Apakah tujuan al-Quran diturunkan?

Hiasan khat?

Pelaris perniagaan?

Tujuan perubatan?

Semua itu boleh jadi ya, tapi nyata semua itu bukan tujuan asas Allah turunkan al-Quran. Allah turunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada kita. Al-Quran menggariskan panduan untuk membentuk peribadi muslim. Maka, seharusnya kita menjadi the walking Quran iaitu orang yang berakhlak dengan apa yang ada dalam al-Quran.

Keempat: Mengikuti Cara Sahabat r.anhum Bergaul Dengan Al-Quran
Ada sebuah hadis dari Abu Said al-Khudri-
 Janganlah kalian mencela sahabatku. Jika ada salah seorang dari kalian membelanjakan harta sebesar gunung Uhud, necsaya ia tidak akan menyamai secupak yang mereka belanjakan, bahkan setengah cupak juga- riwayat Bukhari dan Muslim
Apa yang membuatkan para sahabat Rasulallah ini tersangat istimewa?

Adakah kerana mereka ada unta? Tidak!
Adakah kerana mereka orang arab? Tidak!
Atau, adakah kerana mereka tinggal di zaman tiada internet, TV dan teknologi? Tidak!

Mereka mulia kerana cara mereka bergaul dengan al-Quran.

Para sahabat beriman dengan kesuluruhan isi al-Quran. Tiada istilah 'tak apa' dan tiada istilah 'tapi'. Mereka tidak cerdik untuk membuat alasan bagi mengelak (kecuali orang munafik) kerana mereka sangat cerdik untuk faham bahawa al-Quran ini adalah diturunkan kepada kita, manusia.

Ada seorang sahabat bernama Tsabit bin Qais r.a yang bersedih dengan turunnya ayat 49:2 iaitu berkenaan larangan meninggikan suara kepada Nabi. Tsabit bin Qais r.a sememangnya seorang yang beruara kuat. Lalu, dia terasa seolah-olah ayat ini turun kepadanya. Kerana itu, dia tidak lagi hadir ke dalam majlis ilmu kerana bimbang akan suaranya yang kuat itu. Hal ini diketahui oleh Rasulallah, lalu Rasulallah menyuruh sahabat memberi tahu Tsabit, bahawa ayat ini bukan ditujukan kepadanya.

Dalam tafsir Ibnu Khatsir ada diceritakan.

Jelas, para sahabat apabila membaca al-Quran, mereka merasakan bahawa setiap ayat itu adalah untuk mereka. Kerana itu, mereka bersedia untuk melaksanakan perintah Allah. Para sahabat yang tidak berdosa, apabila membaca berita tentang kiamat dan neraka, mereka menangis. Sedangkan mereka tidak melakukan dosa. Kita yang saban hari berdosa, boleh tersenyum-senyum ketika membaca ayat tentang neraka.

Kita tak rasakah, bahawa ayat itu Allah tujukan kepada kita?

Kesimpulan
Ada 4 perkara dalam Al-Quran. Pengajaran, penyembuh, petunjuk dan rahmat. Ini disebutkan dalam surah Yunus ayat 57. Maka, jangan ragu-ragu dengan kemukjizatan al-Quran. Ia benar-benar penyembuh 'luka hati'.

Sebaliknya, kita tanya diri kita, adakah selama ini kita cukup beradab untuk mengambil manfaat al-Quran?

Maka, marilah mengambil manfaat al-Quran. Selamat beramal, dan silalah panjang-panjangkan kepada sahabat-sahabat yang selama ini masih 'tercari-cari' sebab mengapa dia belum bertemu solusi dari al-Quran.
Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

thanx sgt2!
suke bace!

Balas
avatar

gaya menulis makin bertambah baik...

saya bersetuju dengan semua yang benar dalam artikel ini. mengingatkan juga saya untuk membetulkan niat saya bila membaca alQuran dan adab saya terhadapnya

terima kasih

dapatkan slip gaji online

Balas
avatar

Salam.Muhasabah kembali niat kita ketika membaca Al-Quran, memahami janji2 Allah di dalam Al-Quran akan menguatkan keimanan.InsyAllah, apabila adanya kekuatan iman akan timbullah rasa takut akan laranganNYA.TQ, artikel yang sangat baik.

Balas
avatar

syukran atas artikel.
best bro.
keep it up.

Balas
avatar

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.

Sdmoga hati2 kita dilembutkan oleh Allah s.w.t untuk lebih sensitif dengan al-quran.

Balas
avatar

Kalam Allah..

sentiasa menjadi penawar manusia.

percayalah!

Balas
avatar

tapi kalau ko prasan, nowdays ramai je yg tak mnjaga kesucian alquran..alquran kat umh letak merata2..smpai kunci kete pon ada atas al quran padahal tiada satu pun bnda kat dunia ni blh tandingi al quran

Balas
avatar

pencacai alim :

kurang ilmu / kefahaman apa itu erti kesucian kot bro..

Balas
avatar

erm..kadang2 rase sedih sebab xdpt merasai kehebatan al-Quran sebab xbetul3 menghayati n faham bahasa arab..xper2..kene ubah nie~

Ku terima beberapa emel dari Yuna

Balas
avatar

artikel yang menarik...

al-quran itu hebat...

Balas
avatar

yups
aku suka entry nih
memang bila baca Al-Quran hati yang resah boleh jadi tenang

P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton

Balas
avatar

best topik.. mengingatkan kembali pada diri yang semakin lalai dengan Illahi..

Balas
avatar

salam,

jazakallah atas post ni, izinkan sy share ya

Balas
avatar

salam,

jazakallah atas post ni, izinkan sy share ya

Balas
avatar

:) Terima kasih ingatkan.Somthing wrong pada hati kalau baca Al Quran tp tak rasa apa-apa.

Balas
avatar

nk practic kan! :) nice sharing.:)

Balas
avatar

kenapa hati ini tidak lagi bergetar bila dilantun dengan ayat2 Allah?
jawapnnya,kerana dihati sudah hilang cahaya..

suka gaya penulisan ini:)

Balas
avatar

love it!! hebat sgt..
mintak izin share ya..

Balas
avatar

alhamdulillah~ Allahu yubarik.. moga niat kita semua ummat islam bisa mengubah masyarakat seluruhnya.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443