Falsafah kematian, sesuatu yang muda-mudi perlu hayati.
Rasulallah s.a.w bersabda: "Cukuplah kematian itu menjadi sebaik-baik peringatan"- riwayat At-Tabrani.
Ya, ia adalah sebaik-baik peringatan. Tapi malang, sangat sukar pula untuk kita ambil peringatan daripada ia.
Satu soalan: Dalam masa satu hari, berapa kali kita memikirkan kematian?
Sekali, dua kali atau lima kali? Atau mungkin tidak pernah?
Di Malaysia, banyak sekali jenayah yang dikaitkan dengan remaja. Ya, tidak dinafikan. Tapi, mereka bukan memerlukan kebencian dan caci maki daripada kita. Sebaliknya, mereka memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan peringatan.
Rasulallah sangat-sangat menganjurkan kita untuk ingat kepada kematian. Sabda Baginda : "Perbanyakkanlah memperingati perosak kelazatan, iaitu maut"- riwayat Tirmizi.
Matlamatnya jelas. "Jika dia mengingati mati dalam keadaan hidupnya sempit, maka ia akan menyebabkan dia merasa lapang. Manakala, jika dia mengingati mati dalam keadaan hidupnya lapang, maka ia akan menyebabkan dirinya merasa sesak (mahu menggunakan masa dengan cara yang paling bermanfaat)"- Riwayat Bazzar dari Anas Bin Malik.
Jiwa Remaja.
Memenatkan. Sangat letih menjadi remaja dalam suasana yang 'rosak' hari ini. Kiri dan kanan, semuanya godaan. Peluang melakukan dosa terbuka luas tapi peluang untuk katakan 'tidak' kepada dosa itu seperti jalan yang sempit. Sangat sukar.
Dimana mahu mencari motivasi meninggalkan dosa? Jawapnya, fikirkan kematian.
Dimana mahu mencari semangat untuk beramal? Sama, ingat mati.
Dimana mahu mencari sebab untuk ikhlas menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat? Ya, kita dah tahu.
Saya teringat satu firman Allah dari surah al-Qasas ayat 77- "Carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia.."
Bagaimana kematian dan ayat di atas boleh memberi kesan kepada orang beriman?
Perintah Allah dalam ayat itu, bahawa setiap apa yang ada pada kita ialah aset untuk kita belanja, kita labur dan kita guna untuk mendapatkan redha-Nya. Bahkan, Allah menyambung, 'Jangan lupa bahagianmu di dunia'.
Apa yang Allah mahu maksudkan dengan jangan lupa? Adakah wujud manusia yang lupa terhadap dunia?
Satu analogi:
Orang yang pergi ke Mekah untuk ibadah haji. Kalau mereka datang dengan dua beg, mereka akan pulang dengan dua beg juga. Bukannya 12 beg yang berisi buah tangan. Ini adalah kerana "ibadah haji" ialah utama, tapi "mencari buah tangan" ialah aktiviti sampingan dan kenang-kenangan.
Sama juga. Akhirat itu utama manakala dunia ialah sampingan saja. Kita perlu bersunggh-sungguh dalam urusan akhirat. Dunia hanya sampingan saja.
Tapi malang, umat islam hari ini melayan Allah sebagai sampingan dan meletakkan dunia sebagai matlamat yang lebih utama. Kita mengubah ayat Allah menjadi, 'Jangan lupa bahagianmu di akhirat'. Lalu, agama menjadi sampingan dan bukan lagi prioriti.
Umar Bin Abdul Aziz juga pernah berkata bahawa manusia ini diciptakan untuk hidup kekal. Hakikatnya memang kita akan kekal. Kematian cuma satu perpindahan. Kerana akhirnya, kita akan berada di salah satu daripada dua destinasi abadi, syurga atau neraka.
Sebagai kesimpulan mari kita hayati beberapa falsafah kematian.
(1)-Manusia akan diadili oleh Allah.
Bila kita tahu ada mahkamah Rabbul Jalil, maka kita tak akan tergamak untuk bergelumang dalam selut kemaksiatan. Kita juga akan banyak bersabar jika kita dizalimi, kerana kita tahu, satu hari kita akan mendapat keadilan.
(2)-Manusia mati tidak membawa harta dan keluarga.
Yang akan kita bawa bertemu Allah ialah amal soleh. Kerana itulah, kita akan lebih bersemangat untuk melaksanakan ketaatan, kerana kita tahu bahawa inilah taruhan kita kelak.
(3)-Ajal itu tidak diketahui bila akan terjadi.
Maka, kita akan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kita. Bahkan, kita juga tidak akan menjadi suka bertanggug-tangguh.
Dan inilah juga yang Rasulallah sabdakan dalam hadis riwayat Tabrani- "Orang yang mengingati maut akan dimuliakan Allah dengan tiga perkara iaitu (1)-segera bertaubat, (2)-merasa qana'ah dan (3)-menjadi bersungguh-sungguh dalam beribadat.
Rasulallah apabila melihat para sahabat Baginda lalai sedikit, Baginda akan datang mengetuk pintu rumah mereka sebanyak tiga kali dan menyeru, "Apakah tidak sampai peringatan kepada kalian tentang kematian?"- hadis riwayat Baihaqi.
Sedarlah, kita mati hanya sekali. Kerana itu, pilihlah cara kematian yang terbaik.
Dan ingatlah juga bahawa kematian sedang mengintai kita dari jarak yang dekat tanpa kita sedari. Siapa tahu?
Dan ingatlah juga bahawa kematian sedang mengintai kita dari jarak yang dekat tanpa kita sedari. Siapa tahu?
"Live as a muslim or die as a muslim? I prefer both!"
15 Komentar
Hidup untuk mati. Mat Rempit mati di jalan yg lurus....apabila sampai ajalnya.
Balassaya banyak kali mati akal
Balasmati tu bila2 masa leh berlaku...cuma kita je xtahu bila tiba masanya dan di mana...
Balastakut sebab amalan kita adakah cukup ataupun kurang...huhu...
perkara yang paling jauh dengan kita ialah semalam yang takkan berulang
Balasmanakala perkara yang paling dekat dengan kita ialah kematian yang akan berlaku bila-bila masa
terima kasih atas peringatan.
terima kasih atas peringatan utk semua bakal jenazah... ^___^
Balasentri yang menyentap minda di pagi hari.
Balas~jika ajal belum tiba, jatuh bangunan pun tak meninggal lagi, tapi andainya ajal telah tiba, digigit nyamuk pun boleh meninggal dunia~
Adakah kita telah bersedia?
LIKE ini sangat bro!
Balas;)
terima kaseh mengingatkan!
insaf betapa kerdilnya kita
Balaswill share (:
Balassalam Iqbal, dunia ini untuk orang yang baik dan yang jahat..namun insyaAllah akhirat itu untuk orang yang baik
Balasmati itu Pasti..
Balas(a fren)
Balas:) tiap kali sy nak kuar rumah je, mesti sy ingt mati. takut accident & bawak maut. sy try nak berubah. to b bete. sy buat tapi tak dapat bentuk hati sepenuhnya lagi. hope sempena awal muharam nt sy lebih baik amalannya. amiin>:)
selalu juga mengingati mati,
Balastapi persiapan itu masih belum cukup...T.T
Hei blog yang sangat bagus! Man .. Indah .. Amazing .. Saya akan bookmark blog anda dan mengambil feed juga ...
Balassubhanallah...great post...betapa diri ini sering terlupa akan hakikat kematian yang tak jauh mana..jazakallah atas tolong memperingatkan
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443