Terima Kasih Dan Sekalung Bunga

Kalau saya diberi peluang untuk memberi sesuatu sebagai tanda penghargaan, pasti setiap daripada kalian akan saya beri sejambak bunga seorang. Sungguh, saya tersangat terharu kerana penerimaan kalian dan komitmen kalian dalam bertandang ke Bayyinat. Satu blog yang bagi saya tidaklah se gah blog-blog yang lain. Tapi tetap, kalian sudi membaca. Terima kasih.

Mengimbau Sejarah Semalam.
Dahulu, blog ini diberi nama 'Pesanan Buat Diri Sendiri' sebelum ditukarkan nama kepada 'Pondok Cinta'. Sebabnya jelas. Pertama sekali, saya tersangat-sangat tidak meletakkan harapan pun pada blog saya. Saya dahulu menulis untuk diri saya. Kerna itu, di awal kewujudan blog ini, ia diberi nama 'Pesanan Buat Diri Sendiri'. Sangat sell-fish buka?

Namun, semakin hari, semakin ramai yang follow, meninggalkan jejak, komen dan ada juga yang memasukkan blog ini ke dalam blog list mereka. Saat itu, pembaca sudah meningkat, lalu saya tersedar bahawa saya tidak harus hanya menulis untuk diri sendiri, sebaliknya saya juga perlu menulis untuk semua, untuk kebaikan bersama.

Dan, wujudlah "Pondok Sang Pencinta", nama blog ini sebelum dipendekkan menjadi "Pondok Cinta". Dengar namanya saja pun saya rasa kalian boleh agak apa isi kandungannya, bukan? Ya, ada banyak cerita tentang 'Cinta', bahkan saya juga pernah sekali dipaggil sebagai pakar entry cinta. Mati akal seketika. Rupanya memang banyak cerita tentang cinta.

Malang, saya berasa bahawa dengan matlamat penulisan saya belum jelas dan belum menghampiri kepada kehendak islam. Kerana itu, saya menukar sekali lagi nama blog saya- Bayyinat. Dan benar, saya jatuh cinta dengan Bayyinat. Sudah lama.

Dan Bayyinat itu ialah keterangan-keterangan serta penjelasan daripada Al-Quran.

Memahami hakikat Al-Quran itu sebagai bahan bacaan no. satu setiap manusia, saya cuba mengekstark beberapa pengajaran dari dalam al-Quran dengan panduan ulama-ulama serta ustaz-ustaz yang diyakini kebenaran dan kebersihan akidahnya. Dan melalui mulut-mulut serta tangan-tangan mereka, saya kutip mutiara-mutiara itu dan saya cuba adun menjadi ramuan hikmah, sebelum saya menulis.

Dan hari ini, saya tersenyum melihat bilangan follower blog ini. Benar, ia tidak se gah blog-blog yang lain, tapi saya tetap rasa bersyukur, kerana saya pasti bahawa wujud manusia-manusia yang akan menyampai, memanjangkan serta meluaskan pengajaran-pengajaran yang dapat diambil dari dalam Al-Quran. Ah, bukankah Rasulallah berpesan supaya kita menyampaikan, walaupun sekadar satu ayat?-riwayat Bukhari.

Dan hari ini juga, saya masih menulis untuk blog pertama saya- "Pesanan Buat Diri Sendiri". Iya, setiap isi yang terkandung di dalam blog ini, awal dan akhirnya adalah untuk saya. Untuk saya check, periksa, serta muhasabah diri saya. Saya tidak diajar 'untuk mengubah orang' kerana saya sentiasa diajar untuk 'mengubah diri saya', dan secara automatik, orang lain akan turut sama akan berubah.

Dan inilah yang Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat pesan kepada saya semasa kami bersarapan pagi beberapa minggu lepas, "Dakwah ialah seumpama kamu menyiram pokok pisang. Pasti, pokok-pokok di sekitarnya akan menerima air dan membesar, dengan menumpang air siraman kamu itu".

Saya mentafsirkan kata-kata hikmah Tuk Guru dengan blog ini. Saya menulis untuk diri saya, dan saya mahu kalian turut mendapat manfaat. Saya benar-benar inginkan manfaat buat kalian.

Terima Kasih.
Sekali lagi, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pembaca blog ini. Kepada semua silent readers saya, maafkan saya jika saya tidak berkesempatan mengenali kalian. Kalian adalah sumber motivasi untuk saya terus menulis. Tidak ada penafian tentang fakta itu.

Seorang sahabat pernah berkata ;"Jangan risau. Blog kamu ada ramai silent readers".  Dan perkara pertama yang muncul di minda saya ialah "Alangkah indahnya jika saya dapat mengenali kalian..."

Kepada bloggers, terima kasih kerana meletakkan link blog saya ke dalam bloglist kalian. Terima kasih juga setia menjadi pembaca.

Kepada para pendakwah-pendakwah sekalian, terima kasih tidak terhingga juga, kerana kalian menyebar, memanjangkan, serta menyampaikan artikel-artikel saya yang tidak seberapa ini. Saya syukur dan berterima kasih kepada kalian kerana sudi share di blog-blog kalian serta Facebook kalian. Terima kasih. Moga Allah menerima kebaikan kalian dan mengganjari dengan pahala kerana usaha tabligh (menyampaikan) pengajaran dari al-Quran.

Sebelum saya terlupa, saya juga ada bloglist saya. Di sini.
Kepada kalian yang masih belum tinggalkan alamat blog kalian disana, bolehlah berbuat demikian. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, saya akan baca dan komen juga :)

Akhir kata, saya akan sentiasa mendoakan moga hidup kita bermanfaat :)
Previous
Next Post »
29 Komentar
avatar

iqbal.. macy rindukan pondok cinta..

Balas
avatar

Semoga sentiasa menghasilkan artikel yang bermanfaat. Teruskan perjuangan anda.

Balas
avatar

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur. Suka cara saudara mencapaikan sejarah Blog ini. Ada kisah rupanya.Tahniah,

Terus menyokong Bayyinat

Balas
avatar

thanx cz sgt2 byk bg nasihat!

Balas
avatar

walau nm apa pn blog encik iqbal ni,sy akn terus membaca..teruskn menulis..

Balas
avatar

merendah diri itulah yang hebat!

Balas
avatar

maksud hadis: bila mati anak adam, terputus amalannya kecuali 3 perkara

1. sedekah jariah
2. ilmu yang memberi manfaat
3. doa anak yang saleh

so moga kita berblog ni termasuk dalam kategori kedua tu

Balas
avatar

same same iba.haha.aku bace blog ko since pesanan buat diri sendiri. bagus lah ko. kenal ko since form 1, sekarang ko pon da banyak berubah ke arah kebaikan.=)

Balas
avatar

ala.. sy plak rase terharu.. bestnye.. :)
sy stat knl blog ni masa name pondok cinta. dah lewat rupanya..hehe..:)

Balas
avatar

im always into this blog
blog bayyinat dan dr cinta adalah antara yg sentiasa anis mahu bukak walopon kdang2 tak tggal komen..
=)))

Balas
avatar

sy antara follower t'awal blog ni..dr sjak layoutnye wrna gelap dlu..hitam kot? syukur..pnulisan kamu bnyk bg ksedaran..truskan mnulis ye en iqbal! :)

Balas
avatar

blog kamu ni dek.. membuatkan akak mengingat sesuatu yang akak kadang2 terlupa dan lalai dalam dunia yang sementara ni.. thank's sbab slalu jenguk teratak akak juga yer.. (^__^)

Balas
avatar

(^_^)

Bila,hati ikhlas maka terlahirlah dari perbuatan,penulisan & setiap gerak langkah..

Jazakallah atas semua entry yang banyak membuatkan saya berfikir & lebih mengenali Pencipta...

Balas
avatar

echah sempat masuk pndok cinta dan bayyinat aje.
lama saya jadi silent reader iqbal.sampailah stu hari tu saya bagi komen dan iqbal masuk blog saya.kalau iqbal xlupa.iqbal lah org petama yg rasmi shoutbox dan kotak komen.;)thnks iqbal.

Balas
avatar

echah sempat masuk pndok cinta dan bayyinat aje.
lama saya jadi silent reader iqbal.sampailah stu hari tu saya bagi komen dan iqbal masuk blog saya.kalau iqbal xlupa.iqbal lah org petama yg rasmi shoutbox dan kotak komen.;)thnks iqbal.

Balas
avatar

lama tk mai sini..byk entri miss ni..bru balek dr kursus..apa kabo? :)

Balas
avatar

ameen. peraturan Allah mmg cantik. moga sume sama2 dpt manfaat..

Balas
avatar

salam alaik iqbal,

jazakallahal khair ats entry2 yg sentiasa mengingatkan :) akak pon salah sorg silent reader jgk..hehe

moga diberi kekuatan olehNya utk terus berdakwah dan moga istiqamah di jalanNya..ameen :)

Balas
avatar

akak pun sama.. hehee... dah baik demam ke?

Balas
avatar

Salam...

terima kasih juga atas perkongsiannya. sangat membuka mata. teruskan ya akhi =)

Balas
avatar

Pengalaman tu yg mematangkan iqbal..kan?... Moga lebih bermanfaat.. n_n

Balas
avatar

tuliskan sesuatu untuk diri sendiri
yang akhirnya boleh memberi manfaat untuk orang lain
nice!

jazakallah khairan kathiran.

Balas
avatar

salam akhi iqbal....

amboi, akak terskema pulak panggil akhi iqbal, panggil dik iba lebih comei (adik yang lebih ilmu dari kakaknya)..heheh...

dik kalo nak berkenalan dengan semua silent reader n follower Bayinnat ni bukan susah sangat pun..

cuba organise rehlah (kalau event tu macam costing pulak)...

so, sambil berehlah boleh kenal2 antara satu sama lain...

buatkan aktiviti ala2 liqa' sikit...

kan cumell macam tu...

kalau nak kumpulkan semua mungkin la agak mustahil sebab mb yang duduk jauh, tapi boleh buat yang duduk dekat2 sini dulu....

boleh buat perjumpaan antara muslimin dan muslimat namun aktiviti boleh diasingkan...

akak doakan adik akak ni terus menjadi pendakwah yang tidak jemu2 berdakwah.. isnyaALLAH...

p/s : akak jarang miss banyak artikel iba...

jzzk

Balas
avatar

salam iqbal..tahniah..
yang pasti saya baca semua entri kamu...

teruskn usaha yek..:-)

Balas
avatar

xsangka tuan blog ni rupanya masuk wad ,kalau maCy xckp mst ingt iqbal bz,iqbal dh sihat ke?

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443