Dia seorang 'orang laut'. Jika diperincikan, dia sedang praktikal di atas kapal laut. Seorang pelatih di satu akademi laut dan tak lama, akan mula bekerja secara tetap.
Untuk kebaikan bersama, saya namakan dia sebagai J.
J lahir dalam keluarga yang teguh beragama. Ibunya mengajar mengaji sedang ayahnya juga sering ke masjid. Satu ketika saya berziarah, mereka sekeluarga sedang mendengar bicara hikmah Ustaz Kazim Elias di televisyen (melalui VCD). Satu hakikat yang tidak ternafi, J ialah seorang anak yang baik.
Selepas lebih setahun kami tidak bersua muka (sekadar di FB), akhirnya Allah temukan kami. Satu perkara yang mencuit hati dan membuatkan saya tersenyum seorang diri ialah pada satu ketika, saya ke rumahnya selepas solat magrib di masjid. Sengaja. Saya mahu mengajak dia solat isyak berjemaah di masjid. Tanpa sedikit penolakan pun, dia laju mengikut.
"Aku sebenarnya segan nak datang masjid"
Saya terkejut. Dahulu, dia sangat rajin ke masjid. Seraya saya bertanya sebabnya.
Jawap dia ringkas. "Aku malu. Takut pun ada juga. Sebab aku memang dah lama sangat tak pergi masjid"
Dahi saya berkerut. Dia seakan-akan dapat memahami persoalan yang bermain di kantung fikiran saya. Lantas dia menyambung, "Ya lah.. selama ni aku solat atas kapal aje. Solat jumaat pun tak buat".
Riak wajahnya melambangkan perasaan kesal yang menebal. Sedikit kata-kata bersifat memujuk saya cuba susun. Moga dapat menjadi motivasi buatnya.
Usai solat, kami berbual panjang. Antara yang banyak saya tanya ialah tentang pengalaman beliau. Oh, bukan calang-calang orang dapat jadi penghuni kapal laut, hanya sesekali-sekala dapat bertemu tanah lapang.
"Susah. Banyak dugaan lah iba", wajahnya kelat. Tiba-tiba.
Saya ketawa kecil. "Dugaan macam mana?" Sangkaan saya, dugaan berupa rindu kampung halaman. Nyata itu bukan yang dia maksudkan.
"Dugaan perempuan. Dugaan arak. Ah, banyak lah"
Terdiam saya. "Er..walaupun kapal tu semua orang Malaysia, muslim?"
"Erm. Kapten tak boleh halang. Janji masa kerja, diorang kerja. Selagi kerja jalan, memang kapten pun tak boleh halang"
"Macam mana pelacur-pelacur tu masuk? Diorang bawa ke memang pelacur-pelacur tu datang sendiri?", tanya saya. Teruja untuk tahu lebih lanjut.
"Datang sendiri! Aku tiap-tiap kali macam tu, aku kunci bilik aku rapat-rapat!", suaranya sedikit ditinggikan, berbaur semnagat.
Saya lega dan syukur. Sekurang-kurangnya saya yakin bahawa sahabat saya ini tahu cara untuk menyelamatkan diri. Paling penting, dia masih teruna :)
********
Mengingati cerita ini memberi saya rasa keinsafan yang mendalam. Bukan mudah mahu katakan tidak kepada 'zina'. Kerana itu, cara terbaik ialah mengunci pintu bilik rapat-rapat. Bayangkanlah... dalam keadaan diri anda seorang diri, datang seorang wanita menawarkan khidmat seks. Saat iyu, hanya iman yang dapat berkata tidak.Ironinya, jika berlaku zina di saat itu, tiada siapa pun yang tahu, peduli dan ambil pusing. Yang tahu cuma tuan punya badan dan Allah S.W.T. Wajarlah untuk saya katakan bahawa sahabat saya bernama J tadi memiliki ciri-ciri manusia yang dinyatakan sebagai lelaki yang bakal dinaungi di padang Mahsyar kelak; 'Lelaki yang menolak ajakan zina kerana takutkan Allah'.
Mengenangkan itu membuatkan saya insaf. Lebih-lebih lagi peristiwa ini berlaku pada kawan rapat saya sendiri....
Jika saya yang berada di situasi beliau, bagaimana?
Tutup Pintu.
Setiap maksiat yang kunjung, punya pintu masuknya. Dan pintu masuk yang terpaling besar ialah attitude kita. Kita suka untuk bermain-main di tepi gaung.
Apa maksud saya?
Dalam hadis 40- "Yang halal itu jelas. Yang haram juga jelas"
Daripada dua itu, ada yang samar-samar (makhruh/ was-was). Sesiapa yang mengelak daripada terjun ke dalam kesamaran, maka dia telahpun menjaga kesucian agamanya.
Nah! Di sinilah 'pintu masuk'. Kalau nak selamat daripada maksiat, TOLONG kunci pintu ini. Jangan berlebih-lebih dalam perkara yang harus.
Bukankah dosa yang besar, bermula daripada dosa yang kecil?
p/s- siapa tak faham, boleh request artikel susulan :)
24 Komentar
Allah....
Balasmoga Allah sentiasa pelihara kawan tuan dan kita juga insyaallah...
syaitan sentiasa mncari peluang untuk bawa kita ke neraka. nauzubillah
btw, pengalaman orang adalah pengalaman untuk kita, cuma yang berbeza, kita tiada exactly dalam keadaan itu.
Balastahniah. followers dah 1k lebih tuh.keep it up. =)
subhanallah..iman sahabat anta memang kuat..kagum ana dengan pemuda yang berjiwa macam beliau..
Balas"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, ORANG YANG DIPUJUK OLEH PEREMPUAN YANG KAYA LAGI RUPAWAN UNTUK BERSATU DENGANNYA LALU DIA MENOLAK DENGAN BERKATA:"AKU TAKUT KEPADA aLLAH", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
kuat ujian itu..moga dia sentiasa dinaungiNYA dengan penuh kasih sayangNYA..insyaALLAH..
Balaskuatnya dugaan begitu. moga dia terus terpelihara
Balasdugaan keja kat kapal memang hebat sebab slalu kita fikir tiada orang majlis agama islam...
Balasdengo crita kawan, kita singgah di merata negara orang masa tu la kita tengok yang real yang selama ni tengok kat tv je... memang iman jadik sandaran, tapi betul le kata rakan tu, tutup pintu rapat-rapat. sebab ada juga tok imam yang terbang kopiahnya kerana iman disenggap di kala pintu dibuka syaitan
sgt kuat iman J. Tak tahu apa yg berlaku jika sy brada di tempatnya...mudah-mudahan minta dihindar jauh-jauh perkara begini...
Balasassalamualaikum..trime kasih atas perkongsian ini
Balassalam
Balasnama gelaran kita sama:iba..
tapi,tu org panggil saya di rumah..
tentang entry ni,saya sangat2 bersetuju.
kehidupan atas kapal memang sangat2 menguji keimanan
saya punya seorang kawan perempuan [saya pun perempuan]yang belajar di ALAM.
cerita2 di atas sudah selalu didengari seolah2 menjd perkr biasa.
tatkala dia mengambil keputusan untuk belajar di ALAM,saya agak risau memandangkan golongan wanita sangat2 minoriti..
dan,kawan along saya juga, belajar di ALAM,seorang lelaki...
dia sangt2 mengakui ramai juga yg sudah hilang keterunaan lantaran ramai tidak dpt mengawal nafsu...
atas kapal n di mana2 shj...hanya IMAN shj mampu membentengi..mujur dia masih kuat mengharungi ujian .
moga ALLAH menjaga hamba2NYA walau di mana hambaNYA berada...
wallahua'lam
p/s:sebab selalu belayar kat oversea,kawan saya sudah kurg mahir berbahasa melayu...
moga ALLAH sentiasa pelihara mereka n kita semua
Semoga sahabat itu teguh imannya walau diuji dengan seribu ujian.
BalasDan semoga saya juga tetap teguh iman walau diuji dengan bos di pejabat yang sering mengajak untuk ber....
nice entri..aku pon rase sedih pada diri sendiri sbb dulu aku segan nk g surau sbb da lama xg sana...tp skank da ok balik :)
BalasYa Allah...macam-macam dugaan Allah kasi..
Balasmoga Allah tetapkan iman sahabat iqbal ni, seriau juga saya mendengar kisah2 atas kapal ni..
Alhamdulillah krn J mc lg mmpu mmperthankn keimanannya dn moga J dan kita smua terhindr dari godaan sebegitu dan tetap istiqamah mlwan hawa nafsu..... :)
Balasteringin aku nak kenal kawan ko tu iqbal
Balaskirim salam dkt dia
suruh dia add fb aku
P/S : Antara Pukul, Jam, Minit Dan Waktu
salam iqbal.
Balassemoga Allah terus melindungi kamu dan sahabat2.
saya ada soklan.. wajarkah atau takboleh ke kalau kte hantar pihak berkuasa atas kapal tu? macam pihak2 berkuasa yang tangkap segolongan org yg bermaksiat mase new year?
jazakallahu khairn
MasyaAllah..cerita yang bagus dan sangat memberi erti dikala telinga sehari-hari asyik mendengar berita tentang kerosakan anak-anak muda kita kini.....
Balashebat J!
Balasterpikat dgn akhlak dia
Allah memguji sesuai dgn tahap kemampuan hambaNYA..semua untuk menguji srta memntapkan iman kita semua..allah..
BalasDugaan bila berada di luar tanah negara Islam Malaysia. Di sini kita ada kekangan Agama, undang-undang dan juga Budaya. tetapi di sana, siapa mahu tahan. Oh!
BalasSaya pernah diajak begini semasa di negara luar "Ala, jom la minum arak. Tak ada orang kita di sini yang akan nampak."
Kawan saya pula pernah kena. "Jom kita threesome!" oleh seorang wanita di negara asing juga.
Oleh itu sesiapa yang ada orang tersayang berada di luar negeri, doalah banyak2. dugaan mereka cukup besar!
Salam. shbt enta didatangi dgn ujian sebegitu, ana pula didatangi dengan kawan yg dah terlanjur... Na'uzubillahiminzalik.. Why? Sebab dua2 berkeinginan, bila sorang dah menarik, maka sorang lagi pun mula tertarik. Last2, sisa yg tinggal. Tiada guna. Ujian ni amat berat bg org yg selalu ke masjid, dan yg seumpama dengannya.. Maka, pesanan ana pada semua, JAUHILAH ZINA hatta zina mata... =_=
Balasp/s : Masih tak dpt mnerima kenyataan...uhuhu
aku pn smpan cita2 nk keje ats kpl.tp alhamdulillah x dmkbul kan.
Balasaku da kenal kehidupan kt kapal da lama gak la, n jalan jauh gak, da jejak separuh dunia. tp pengalaman yg aku lalui x berapa nk sama ngn dia.
Balasalhamdulillah xde arak atas kapal, pmpuan nek atas kapal tu kurang tepat ( ada setengah pelabuhan kalau x bg dorg ni naik kapal, kapal xle muat atau bongkar kargo).
alhamdulillah aku x tjebak ngn arak dan perempuan dan ramai gak kawan aku yg bkn kaki arak.
dr apa yg aku tgk, ramai yg da kenal arak SEBELUM dorg belayar lg.
pokok pangkal, tepuk dada tanya iman.
Salam,,d cni sy hadir dengan tangan diangkat tanda tidak faham.
BalasQuote ni yg buat sy agak kurang faham di akhir cerita ni.
Nah! Di sinilah 'pintu masuk'. Kalau nak selamat daripada maksiat, TOLONG kunci pintu ini. Jangan berlebih-lebih dalam perkara yang harus.
Mungkin empunya Bayyinat boleh jelaskan tentang "perkara yang harus"
~langkahkudiduniamenujuakhirat ~
BalasSaya pernah berkongsi di artikel saya, " http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/04/akhowat-bukan-malaikat.html
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443