Perkongsian : Berminat Menjadi Guru?

“Iqbal, ko tak nak jadi murabbi (pendidik)?”,tanya seorang sahabat masa kami sedang makan.

Saya memandang bebola matanya lalu saya memberikan jawapan saya. Dia mengangguk-angguk. Dia menyambung, “Aku rasa aku ni takde tanda-tanda pun akan jadi murabbi. Memang tak layak kot”. Ada getar di akhir suaranya. Saya gagal mentafsir.

Perbualan itu mengimbau kembali perbualan saya dengan bapa saya masa saya sedang berkira-kira mahu melanjutkan pelajaran selepas SPM. Tahun 2008.

“Kalau boleh, ayah nak kamu jadi cikgu”. Saya tak membalas. Dan ayah juga tak perlukan jawapan balas.

Seketika, ada yang mengusik. “Kahwinlah dengan cikgu. Mereka ada banyak cuti. Ada banyak masa untuk didik anak-anak”. Satu guraun yang masuk akal.

Dan akhirnya, hari ini Iqbal Syarie bukan seorang guru. Juga bukan seorang murabbi (pendidik).

Minat?

Orang kata, kalau nak kerja perlu ada minat. Saya mencongak. Minat saya apa? Macam-macam. Tiada yang spesifik. Kalau nak dikaitkan dengan bakal karier dan kerjaya saya, saya sendiri bukannya minat sangat dengan kapal terbang. Mungkinkah saya akan bermasalah kelak? Harap-harap tidaklah. Bukankah minat itu boleh dipupuk?

Mengajar juga perlu minat. Dulu, saya tak minat untuk mengajar. Tapi itu dulu. Masa saya tak faham agama. Kini, lain pula isi hati saya.

Saya belajar sesuatu hakikat. Rupa-rupanya, seseorang bukanlah semestinya menuntut di maktab atau di university baru boleh mendidik.

Ibu dan ayah saya bukan lepasan university. Mereka belajar tak tinggi, tapi mereka ialah guru terbaik saya.

Guru Dan Murabbi.

Kerjaya sebagai guru ialah kerja yang sangat menguntungkan. Mungkin di dunia, ia fakta yang diragui, tapi di sisi agama, kerjaya ini mendatangkan pulangan yang sangat lumayan.

Tiga amal yang akan berterusan ke dalam kubur. Salah satu ialah ilmu yang bermanfaat. Bayangkan, jika seorang guru berpenat lelah menanam mutiara ilmu dalam dada anak didik mereka. Dan kelak, ilmu itu diguna pakai untuk sesuatu yang membantu ummat, maka sahamnya dapat jua kepada guru itu hatta dia sedang dalam kubur.

Jika saat itu dia disiksa, mudah-mudahan berkat ilmu yang bermanfaat, Allah angkat azab itu. Siapa sangka?

Saya Juga Mahu.

Sebenarnya, konsep “guru” ini tidak boleh kita sentengkan dengan salah faham masyarakat kita. Kita meletakkan tanggungjawab mengajar 100 peratus di pundak guru. Ya, itu kerja mereka. Tapi kita juga tidak terkecuali.

“Sampaikan dariku walau satu ayat”- riwayat Bukhari.

Di sana, wujud falsafah ‘pendidik’. Kita dituntut untuk memberi tahu sesuatu yang kita tahu. Kita tahu sahaja! Dan ia kembali kepada kita, setakat mana kita mahu ‘menyampaikan’.

Saya membelek kitab shahih Bukhari. Allah temukan saya dengan satu hadis yang cantik. Diceritakan bahawa Abu Hurairah merupakan insan yang paling banyak meriwayatkan hadis. Sedang orang lain sibuk dengan bisnes dan pertanian, beliau sibuk menuntut ilmu. Menurut Abu Hurairah lagi, dua ayat dalam al-Quran ini menyebabkan dia tekun dan bersungguh-sungguh meriwayatkan hadis. Ayat dari surah al-Baqarah ayat 159 dan 160.

“Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam kitab (al-Quran), mereka itulah yang dilaknat Allah, dan dilaknat pula orang mereka yang melaknat”.

Jelas bukan bahawa ilmu itu amanah yang perlu disampaikan dan diheboh-hebohkan. Kerana itu, saya sama sekali tidak mengharamkan copy-paste pada artikel-artikel saya jika ia atas tujuan yang tulus. Bukankah Allah Maha Membaca isi hati?

“Saya tak berilmu, bagaimana mungkin saya boleh berdakwah?”

Ada orang merasa rendah diri untuk berdakwah. Rendah diri yang silap konsepnya. Bukankah hadis itu jelas? Dakwah lah atas apa-apa yang kita tahu. Tidak tunggu jadi ulama baru nak dakwah. Kalau macam tu, sampai bila pun kita berhutang dengan Allah.

Hadis dari Abu Hurairah ini saya sebut lagi sekali. Hadis yang sangat molek, berkenaan dengan ‘mengajar’. Jika kita ajak dan ajar orang buat baik, kita akan dapat pahala pada setiap amal yang kita ajar. Jika kita ajak dan ajar dia buat jahat, kita juga dapat dosa yang sama tiap kali dia buat walaupun kita tak buat.

Maka, platform sebagai blogger dan penulis ini sangat membantu kita mencapai salah satu daripada dua manusia ini. Saya tak berhajat menghurai panjang persoalan guru kerana saya akan kupas lebih lanjut pada hari guru nanti. (insyaAllah, kalau panjang umur)

Apapun, satu sahaja yang bermain di fikiran saya saat ini...

Saya mahu didik diri saya dan nafsu amarah saya. Selagi belum ada tanda-tanda kejayaan, saya tidak akan cuba-cuba ‘mendidik anak dara orang’. (faham kan?)

Jadi buat yang suka bertanya soalan berbaur seperti itu, ketahuilah bahawa saatnya masih lambat lagi :)
Previous
Next Post »
15 Komentar
avatar

cita2 masa kecik..nk jd cikgu..tp insyaALLah ..nti nk mintx kpli

Balas
avatar

pekerjaan guru adalah pekerjaan mulia bg saya..
(:

Balas
avatar

mendidik anak dara orang? :) semoga kebaikan berkekalan. semoga mudah utk hati mndapat didikan dan mengamalkannya pula. :)

Balas
avatar

Salam ziarah.
Terima kasih atas peringatan.Menjadi guru sebenarnya bukan cuti sahaja banyak tapi programnya juga banyak. Benar, minat boleh dipupuk sebab kita tidak mungkin akan dapat selamanya apa yang kita minat tapi kita seharusnya meminati apa yang kita dapat. Barulah jadi manusia yang bersyukur...Apa-apa pun semoga kita semua akan terus dirahmati dan yang paling penting dapat mengamalkan apa yang kita dapati(ilmu)..Kadangkala tanpa kita sedari sebenarnya orang lain mencontohi kita..Wallahualam.

~Musafir kehidupan~

Balas
avatar

semoga kamu berjaya mendidik diri kamu sebelum kamu mendidik sesiapa saja~
begitu juga untuk anis..
hihi

Balas
avatar

tak faham ape mksd 'soalan berbaur seperti itu'..

iqbal.. macy berhenti menulis. oh mungkin berehat dari menulis. jadi macy ada banyak masa untuk membaca entri kamu yang perlukan penghayatan semuanya. tak boleh main pakai baca. huhu

oh. tntang entri ini. terima kasih. benarkah minat tu mampu dipupuk? macy tidak punya minat menjadi guru sebenarnya. tapi macy tanamkan juga demi mak dan abah. utk menjadi doktor seperti harapan mereka tidak mampu, maka menjadi guru sekurang-kurangnya dapat juga melaksanakan keinginan mereka..

Balas
avatar

Betul, iqbal. sbnrnya, amalan yg diajar guru tersebut jika diamalkan ank2 muridnya, insyaallah akn berkekalan hgg ke dlm kubur. besar kelebihannya...

Balas
avatar

guru itu mulia..setiap huruf diajar akn mndpt pahala smpai dia mati sekalipun..

Balas
avatar

mase kecil dl, apabila orang tanye cita-cita bila dah besar. jawapan sy, nak jd cikgu.Alhamdulillah semakin menghampiri cita-cita. InsyaAllah akan bergelar guru.

Balas
avatar

ada orang nak masuk meminang ke? dah sampai seru le tu

Balas
avatar

Alhamdulillah..perkongsian yg amat baik.sy juga minta menjadi cikgu..

^^

Balas
avatar

salam..dh lme xjenguk sni..hehe

hmm..mcm yg anda ckp td..sume org boleh jadik pendidik..mse kecik2 memg sgt kuat azam nk jd seorg guru..bile dh g tmuduga n xpass pn tmuduge tu..hahahah..stat pk balik..profession seorang guru bukan yg terbaik mungkin buat kte..hehe..nk kate ptah semangat tu ade la gak..kih3..xpela..memg kte xsesuai pn jadik guru..tp stil bleh jadik 'pendidik' utk adik2 n kwn2 serta org yg terdekat ngn kte..kn3?? so..kte decide to follow the flow n try da best :)

p/s --> anda xminat kapal terbang..kte xminat satellite...!! haha..smoge dpermudahkn sgale2 nye ok.. :D

Balas
avatar

Hidup itu sendiri cukup untuk kita jadikan cikgu,
kot?

Balas
avatar

setuju. Guru x semestinya di sekolah. Dalam berblog juga kita boleh bergelar guru. Asal kita sampaikan ilmu pasti kita boleh dapat pahala yang sama seperti seorang guru. Blog bayyinat juga guru saya dalam mempelajari ilmu baru, :)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443