Newton’s 3rd law ada mengatakan bahawa ‘For every action, there is an opposite and equal reaction’. Sebagai bakal jurutera penyelenggaraan pesawat, Newton’s Law adalah sesuatu yang mesti terpahat kemas dalam kotak memori. Benar, ini ilmu dunia. Tapi setiap ilmu datang dari Allah.
Saya masih terdengar-dengar pesan seorang abang setahun yang lepas. “Seringkali, pelajar-pelajar medik disuruh untuk mengaitkan apa yang mereka belajar dengan kekuasaan Allah tapi amat jarak pelajar-pelajar engineering di minta berbuat demikian. Sedangkan, pelajar engineering lah yang dapat merasai lebih kekuasaan Allah dengan pelajaran mereka”
Logiknya, bukankah Allah itu engineer yang paling hebat?
Saya bukan mahu bercakap tentang kerjaya. Saya cuma mahu melihat Newton’s 3rd Law tadi dari pandang sisi agama, dan mengaitkannya dengan diri saya. Ya, diri saya yang punya sejuta kedhaifan dan aib.
Saya percaya selama ini Allah menyembunyikan aib saya, dan saya berterima kasih atas itu. Tetapi, saya rasa sangat bersalah kepada Dia. Moga-moga dengan kemunculan artikel ini, orang-orang yang senasib dengan saya boleh bermuhasabah dan mengambil pengajaran betapa Allah sangat baik- Dia menyorokkan keburukan kita.
Saya tak sangka bahawa saya pernah melafazkan kata-kata ini kepada seorang sahabat rapat saya:
“Aku tak suka ko membanding-bandingkan aku dengan dia. Dia cuma baik dari satu sudut. Dalam sudut yang lain, dia bukannya baik pun”.
Waktu itu saya sendiri hairan. Mana datangnya ‘kekuatan’ untuk saya berkata sebegitu? Jauh dari pangkal hati, saya akui ia datang dari sifat ego yang lama bertakhta serta dibantu oleh aroma kesyaitanan yang laju mengalir mengikut aliran darah.
Saya sombong. Mungkin itu lebih tepat.
Kesal dengan kata-kata tadi. Lebih-lebih lagi, melihat reaksi muka sahabat itu berubah. Saya rasa saya ini sangat sombong.
“For every action, there must be equal and opposite reaction”
Inilah cabaran saya dan sesetengah daripada kita. Kita berdarah panas, berjiwa muda. Kita lelaki, punya ego setinggi menara KLCC. Kita lelaki, punya amarah sehangat bahang sahara. Kita lelaki, punya keangkuhan seperti singa. Tapi kita juga lelaki yang asalnya dulu tidak ada. Allah ada kan kita, dan kita…
Kita hanya hamba. Tak layak untuk kita miliki kesombongan walau sebesar biji sawi.
Air mata bergenang di tubir mata. Keluar malu, mengalir segan.
Benarlah kata orang:
Semakin banyak kita memberi nasihat, semakin sedikit kita mendengar nasihat orang.
Semakin banyak kita tahu kesalahan orang, semakin sedikit kita nampak kebaikan orang.
Dan saya rasakan bahawa ia benar-benar berlaku pada diri saya. Semakin banyak saya memberi nasihat, saya merasa semakin susah saya menerima nasihat orang.
Saya seolah-olah hanya menerima nasihat daripada orang yang jauh lebih alim. Seolah-olah hanya ustaz-ustaz saja yang boleh beri saya nasihat. Sedangkan saya selalu bermain dengan kata-kata : “Kita selalu sibuk dengan saiz jarum, sedangkan yang lebih patut kita sibuk ialah tentang apa kandungan yang akan disuntik kepada kita”
Bukankah sepatutnya setiap orang melihat kepada apa yang ditegur, bukan melihat kepada orang yang menegur?
Saya insaf. Rupa-rupanya saya juga begitu. Mohon bantuan, mohon doa kalian. Moga Allah bantu saya robohkan tembok angkuh dan takbur ini.
Saya selalu mendengar cerita tentang ulama zaman dahulu kala. Pada tengah malam, mereka akan buang najis dalam tandas angkut (zaman dulu guna tandas angkut). Tiada sesiapa tahu sampailah mereka wafat.
Seorang ustaz juga menasihatkan supaya lelaki mengemas rumah, basuh baju sendiri, jahit baju sendiri, masak sendiri, bla..bla..bla… Antara sebabnya, ia sunnah Rasul. Dan antara lain, ia mampu melenturkan rasa hebat diri. Dan nyata, saya jarang buat semua itu. Kesannya sudah mula menapak jelas.
Astagfirullah.
Orang juga kata, semakin kita kenal keburukan manusia, maka kita akan jadi makin tak kenal kebaikan orang itu.
Ada betulnya. Bukankah seharusnya begini-
“Jika orang lain ada 100 keburukan dan hanya 1 kebaikan, kita perlu memandang kepada yang 1 itu”
“Jika diri kita memiliki 100 kebaikan dan hanya 1 keburukan, pandanglah pada yang 1 itu”
Lihat kebaikan orang dan lupa kebaikan kita. Itu yang dituntut dalam islam. Dan bagi orang beragama, itu sukar.
Ini benar-benar ujian buat orang beragama. Ujian keikhlasan. Ada orang, pangkat di sisi manusia besar, tapi cuma bercakap tentang ‘niat puasa, niat semabahyang, cara pakai ihram bla..bla..bla..’ Ada pula manusia yang tak popular, tapi lantang dia berkata ‘menutup aurat tu wajib, menganjurkan hiburan yang melaikan itu haram, dan lain-lain’.
Dan golongan kedua inilah dimaksudkan oleh Habib An-Najar dalam surah Yassin sebagai “mereka yang tidak mengharapkan apa-apa imbuhan daripada kamu”. Saya mahu jadi golongan ini!
Terbabas jauh nampaknya perbincangan kita. Secara tuntas, saya mahu menjadikan ini sebagai satu motivasi kepada ‘ahli agama’ kerana hakikat dosa itu lebih banyak dilakukan oleh orang agama berbanding orang awam. Dosa yang lahir daripada hati dengan sembunyi-sembunyi.
Ah! Aib sungguh rasanya. Mungkin beginilah perasaan pabila mulia di sisi manusia, tapi hina disisi Tuhan.
Mujurlah juga Allah beri kita peluang memperbaiki hati. Kerana pandangan Allah terarah pada hati, maka perlu kita memperbaiki hati.
Hati mencorak ikhlas, dan hati ini jugalah yang menconteng riak, ujub dan takbur. Semuanya Allah benci kecuali ikhlas. Kerana ini penyakit orang beragama, maka saya mahu kita melihat hati kita masing-masing. Saya yang menulis inilah yang paling teruk dirobek oleh penyakit ini. Saya menangis derita tanpa air mata.
Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..
Mari bersihkan hati.
20 Komentar
hina di sisi Tuhan.
Balasbenar-benar meninggalkan kesan...
Balaswaktu kecil, yang ada hanya hitam dan putih. bila besar, minda telah bertumbuh, sudah ada shade grey, black and white. jadi makin dewasa manusia makin mudah keliru. sudah pandai kelas-kelaskan orang itu dan orang ini. kita dalam kelas yang mana? sudah perasan diri ini suci dalam putih, padahal putih bersalut hitam kita tak tahu..
Balasmujurlah Allah tidak pernah penat memberi ampun dan petunjuk, semoga Dia tidak penat mengampunkan dosa-dosa kita.
1)jadikan ia pegangan,dalam sebesar2 perkara tentang Islam,sehingga sekecil2 perkara dalam hidup,whatyou give,you'll get it back..newton third law,hukum karma,ianya semua dalam sunnatullah.Dia maha adil.
Balas2)peringatan yang paling berkesan daripada seorang ustaz,Allah akan selalu uji apa yang kita tulis dan kata sebagain tanda Allah sayang pada kita.Dia mahu mengingatkan kita ketika kita mengingtakan orang lain.
3)luqmanul hakim ada tinggalkan pesan,belaharlah daripada orang bodoh.Kerana orang bodoh selalu melakukan kesilapan,dan ianya kita jadikan sebagai sempadan.
4)Setiap masalah,kembalilah dan mengadulah pada pencipta masalah,Allah.Dia maha Mengetahui:)
salam iqbal..
Balassaya membaca entri ni dengan tak terlepas setiap patah perkataan..
sambil air mata mengalir...
saya tersedar banyak hal yang sebelum ni saya tak faham bila dah baca entri ni.
terima kasih.
~tersentuh~
Balashina sungguh diri di sisi yang MAHA KUASA.
ampunilah kami yang lalai ini Ya Allah. Aminn...
tersentuh..
Balasampunilah daku ya Allah.
Nice post. :)
Baca sampai habis.Saya tersentuh... :'(
Balaskeinsafan yg nyta
Balastersentuh hati baca entry ini...terasa insaf...
Balasbyk dosa kita pada Dia nmun Dia tetap tutup aib kita.astagfirullah.
Balassgt mngesankan,syukran iqbal
mohon kita dberi hati yg bersih,mudah menerima,dan ikhlas.
salam akhi..
Balassubhanallah,
teruskan mengetuk pintu insan..
moga kita menjadi seperti mereka yang suka mencuci kain.
Amin (",)
suka dgn entry ni..terus tembus masuk dlm hati..
Balas:'(
Balassyukran jazeelan
paling susah nak d jaga adalah hati. hmm..
Balaskdg2 sy pon sukar nk terima nasihat org..kdg2 tak tahu kelemahan sendiri.tp lama2..belajar terima..terima kekurangan diri dn org lain..sbb kita berurusan dgn manusia.bkn malaikat.manusia yg sering buat silap tnpa kdg2 kita sedari.
Balassalam tuan blog dan penulis entry ini...penulisan kamu..cara susunan ayat kamu...mampu mengalirkan airmata aku..terasa sebak...
Balashebatnya penulisan kamu sehingga menyentuh hati hati kami....
terima kasih kerana sudi berkongsi kebaikan ini....
teruskan menulis...=)
lagi banyak kebaikan yang kita lakukan, kadang2 tak sedar, banyaknya datang keburukan di situ. hanya Allah Maha Mengetahui.
Balassalam.. ana amat terkesan dengan bait2 entri anta kali ni.. memang benar dan semoga kita dapat bermuhasabah......
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443