Banyak benar kenangan manis yang walaupun sudah hampir sepuluh tahun berlalu, ia masih segar dalam kotak ingatan saya. Dari dahulu lagi, subjek sains ialah subjek yang saya gemar hinggakan saya pernah bercita-cita untuk menjadi saintis. Saya kira, minat saya terhadap sains itu dipupuk oleh beliau. Terima kasih Cikgu Azlina.
Saya tahu Cikgu Azlina yang saya maksudkan itu tidak akan membaca tulisan ini, tapi ketahuilah... jika saya diberi peluang, saya tersangat mahu untuk bertemu dengannya.
Tujuan saya menulis artikel ini bukan hanya terbatas untuk membicarakan tentang kebaikan Cikgu Azlina. Tapi saya juga mahu membawa para pembaca berfikir kepada sesuatu yang lebih.
Seringkali, kita mendengar perkataan "sekular". Apakah itu sekular? Kita boleh memberi bermacam-macam definasi, tetapi satu pun kita tidak boleh kata ia definasi yang paling tepat. Sekular boleh datang dalam berbagai-bagai bentuk dan keadaan. Salah satu yang perlu kita risaukan ialah sekular dalam beragama.
Bagaimana?
Dahulu, semasa saya darjah 5, kami pernah membuat suatu eksperimen berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. Hebatnya sekular dalam didikan, kami langsung tidak diajar bahawa yang menjadikan oksigen itu ialah Allah, melalui perantaraan kaedah 'photosynthesis'. Saya dan kawan-kawan membesar dengan keyakinan bahawa oksigen dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan, bukan daripada Allah.
Saat melangkah ke sekolah menengah, saya diajar pula sesuatu yang dipanggil 'physics'. Saya minat fizik. Satu demi satu experiment dijalankan, tapi malang, tiada satu pun konklusi yang dikaitkan dengan kuasa Allah.
Semakin saya menganjak dewasa, saya semakin terdedah dengan apa yang dipanggil sekular ini.
"Seorang pemain bola sepak menutup aurat semasa bersolat tetapi di padang, dia membuka aurat"- itu juga sekular.
Melalui apa yang saya faham, sekular ini ialah apabila 'kita' mengasingkan islam daripada kehidupan kita. Islamnya kita, kita tinggalkan di masjid-masjid sahaja. Dalam sistem pendidikan, tiada nilai islam. Dalam sistem sosial, tiada nilai islam. Dalam perundangan, apatah lagi.
Saya pernah keliru.
Ya, saya pernah. Sekularnya saya satu ketika dahulu, hinggakan saya merasa "cukup". Saya merasakan islam itu hanya sekadar benda-benda asas sahaja. Solat lima waktu, puasa, bayar zakat dan tunaikan haji. As simple as that. Apabila saya buat benda-benda itu, saya sudah islam. Ya, itulah yang saya fikir. Saya pernah terfikir yang saya sudah beriman! Tak tahu malu betul saya!!! (dahulu)
Sekarang.
Saya sudah dapat melihat sesuatu yang mungkin orang lain belum. Islam itu sempurna. Sangat sempurna.
Benarlah firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 206 ; "Wahai orang-orang beriman, masuklah ke dalam agama islam dengan keseluruhannya...(hingga akhir ayat)"
Saya tercari-cari apa yang Allah maksudkan dengan "keseluruhannya".
Adakah islam yang sampai kepada kita saat ini sudah menyeluruh?
Jawapannya 'tidak'.
Kerana islam yang ada pada kita sekarang ialah islam warisan, ikut-ikutan dan islam yang had-hari.
Pemahaman kita tentang islam sangat tercemar. Kita fikir, islam hanya cukup pada urusan di masjid surau sahaja. Kerana itulah, ramai dalam kalangan sahabat saya sendiri, sanggup ulang-alik sejauh 1 KM untuk memenuhi tuntutan perut, tetapi untuk 200 meter ke surau, ia sesuatu yang mungkin mustahil dilakukan. Kenapa?
Kerana kita diajar begitu. "Islam cukup dengan mengucap, solat, puasa, zakat dan haji".
Mahu salahkan siapa atas kefahaman yang salah ini? Jawapannya saya biarkan pada kalian. Tapi jujur, jika saya yang menjadi perdana menteri atau orang yang diberi tanggungjawab memerintah, saya akan cuba ubah kerana saya ada tiket untuk 'memaksa' rakyat berubah.
Sekularkah kita? Sekali lagi saya ulangi soalan ini, agar masing-masing berupaya membuat refleksi.
Kesimpulan.
Islam bukan hanya terbatas pada minit-minit kita di dalam masjid atau surau, tetapi islam terletak dalam setiap hembusan nafas kita. Jangan pisahkan islam daripada tindakan kita, walau sedetik cuma.
7 Komentar
btl tu btl..
Balasbesar peranan cikgu SC!! cikgu sc masa depan akan lahir dengan hembusan ISLAM..insyaallah:-)
Balastercabar ni.. bila cikgu sains disebut-sebut. insyaAllah.. agama juga boleh digabungjalinkan di dalam sains
BalasSerangan ideologi macam sekularism ni memang bahaya.Kadang-kadang tanpa sedar kita sudah pun termasuk dalam sistem ni.Kena timbulkan banyak kesedaran dalam diri Islam adalah satu cara hidup dalam semua perkara.
BalasSains dan islam, tak ada garis pemisah!
BalasinsyaAlLAh..bakal2 cikgu sains sudah menetapkan niat dan tersemat dalam hati utk sama2 menghidupkan islam dalam sains.lagipun,semuanya kan berhubungkait jugak?moga-moga dipermudahkan...doakan ya! :)
Balasjgn pisahkan AKU dgnNYA...(T______T)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443