Semoga artikel ini boleh memberi pemahaman dan penjelasan yang lebih berkenaan solat berjemaah.
Hukum Solat Berjemaah.
Fuqaha' berbeza-beza pendapat tentang hukum berjemaah di masjid bagi solat fardu.
Pendapat pertama: Fardu Ain, tetapi bukan syarat sah solat.
Ulama yang berpendapat begini, antaranya ialah 'Atha Ibn Abi Rabah, Hassan al- Basri, Abu Tsauri, al-Auza'i, dan lain-lain.
'Atha Ibn Abi Rabah pernah berkata: "Tidak ada bagi seorang makhluk Allah yang tinggal di kota, atau di dusun mendapat keizinan untuk meninggalkan solat berjemaah apabila telinganya mendengar seruan azan"
Perkara ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa seorang lelaki buta, Ummu Maktum yang meminta izin untuk tidak menghadiri solat berjemaah. Alasannya konkrit, juga kukuh. "Aku buta"
Pada awal, Rasulallah seakan-akan hampir memberi izin. Namun, Baginda bertanya, "Adakah kamu mendengar azan?"
Ummu Maktum menjawab ringkas, "Ya"
Lalu Baginda bersabda: "Tidak saya mendapati keizinan kepadamu untuk kamu meninggalkan solat berjemaah"- hadis riwayat Ahmad.
Bagi saya secara peribadi, saya sangat kasihan dengan kebanyakan manusia yang rumah mereka kadangkala bersambung dengan bumbung masjid dan surau, bahkan corong-corong speaker masjid, adakalanya terus menghala ke dalam rumah-rumah mereka. Pun begitu, sunyi mereka daripada mendatangi rumah Allah.
Cuma satu. Jika si buta pun wajib, bagaimana dengan si celik? Benarlah... hati yang buta itu jauh lebih sengsara.
Kedua: Fardhu Ain dan syarat sah solat.
Berikut ialah pendapat Imam Daud bin Ali juga pendapat Ibn Taimiyyah dan murid-muridnya.
Ketiga: Solat berjemaah di masjid ialah fardu kifayah.
Nah! Kita dan majoriti penduduk bumi berpegang dengan pendapat ini. Penyokong pendapat ini ialah penyokong Imam Abu Hanifah, penyokong Imam Malik dan penyokong Imam Syafie.
Keempat : Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpendapat berjemaah itu sunnat.
Setiap ulama yang mengeluarkan pendapat, mereka punya hujjah dan dalil-dalil penguat dan penyokong. Ya, mereka bukan seperti kita yang ilmu hanya setitik, tapi berlagak seperti selautan. Mengeluarkan fatwa dari logik akal, bahkan!
Kerana wujud perbezaan pendapat, wajar kita melihat kepada sebuah kata-kata Ibnu Mas'ud:
"Sesiapa yang suka untuk menemui Allah di hari akhirat nanti sebagai seorang muslim, hendaklah dia memelihara solat setiap kali diserukan kepadanya, kerana menegakkan solat berjemaah itu ialah 'sunanul huda'. Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi mu beberapa sunnah. Sekiranya kamu enggan berjemaah dan lebih suka solat bersendirian di rumah, maka kamu telahpun meninggalkan sunnah Nabimu. Jika kamu meninggalkan sunnah Nabimu, maka tentulah kamu sesat".
"Tiadalah seorang lelaki yang membaguskan wuduknya kemudian menuju ke satu surau atau masjid, melainkan Allah akan menuliskan baginya tiap-tiap satu langkah kakinya, satu kebaikan. Allah juga akan mengangkatkan satu darjat padanya dan juga memadam serta mengampunkan satu dosa padanya. Sungguh kami telah melihat jemaah dimana tidak ada yang tidak hadir, melainkan orang-orang munafik yang telah terang-terang munafiknya. Dan pernah, seorang lelaki dipapah dengan dua orang semata-mata agar dia dapat turut sama berjemaah"
Hadis Riwayat Muslim.
Kita lihatlah dengan mata hati kita. Hadam dan selami betul-betul.
Adakah cukup dengan kita solat sendiri di rumah, untuk kita mengaku sebagai ummat Baginda s.a.w ?
Adapaun, dalam mazhab Hanafi dan Maliki, ulama-ulama mazhab itu menetapkan bahawa tindakan meninggalkan jemaah ialah berdosa, walaupun bagi mereka, solat berjemaah itu hukumnya solat muakkad. Dan sunnat muakkad bagi mazhab-mazhab itu tidak sama dengan sunnat muakkad dalam mazhab kita (syafi'i). Dalam mazhab mereka, orang yang meninggalkan sunat ialah tercela!
Bagaimana dengan solat berjemaah di rumah sahaja?
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya. Sungguh, aku pernah bertekad untuk menyuruh orang membawa kayu bakar dan menyalakannya, kemudian aku akan perintahkan orang untuk mengumandangkan azan untuk solat berjama'ah. Kemudian, akan aku suruh salah seorang untuk mengimami orang-orang (jemaah) yang ada lalu aku akan berangkat mencari para lelaki yang tidak ikut shalat berjama’ah itu supaya aku bisa membakar rumah-rumah mereka.” -HR. Bukhari [644] dan Muslim [651].
Selepas satu demi satu dalil dikemukakan, para ulama menyimpulkan walaupun kita bersolat berjemaah di rumah, namun kewajipan itu masih belum terangkat sekiranya tadi, kita mendengar azan. Hanya orang yang uzur dan sakit sahaja terkecuali.
Satu situasi yang biasa dilihat.
"Eh... jomlah solat berjemaah.."
"Er.. kau sajalah yang pergi..."
"Alaaa... rugilah kalau kau tak nak pergi. Kan solat berjemaah diberi 27 kali ganda pahala berbanding solat sendirian.."
"Aku tahu. Tapi tak apalah. Biarlah aku dapat satu pun jadilah"
Berdepan dengan orang-orang begini membuatkan saya muak bercampur kasihan.
Benar, banyak variasi hadis tentang ini. Ada 27 dan ada 25. Pun begitu, ini sama sekali bukan dalil yang menyatakan kepada kita solat berjemaah itu tidak wajib tapi ia cuma memberi gambaran, bahawa solat sendirian itu sah. Ya, sah dan cuma sekadar itu.
Sendiri.
Saya melihat sendiri. Orang yang kakinya sering ke masjid dan surau, Allah benar-benar bantu hidupnya. Di tempat saya, orang yang menganggur mudah dapat kerja. Orang yang sakit pun mudah dapat kesembuhan. Ah, banyak lagi!
Segalanya bermula dengan keberkatan. Bukankah Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 31.
"Kamu sayang Allah? Maka, ikutlah Rasulullah s.a.w"
Solat berjemaah itu adalah sunnah Baginda yang besar. Antara yang paling besar, bahkan!
Elehhh..orang yang sembahyang berjemaah tu sah ke solatnya?
Ini prasangka yang zalim. Berilah dan lemparkanlah persepsi buruk kepada kami, orang surau.
Dalam sebuah hadis ada diceritakan bagaimana Allah calculate dan nilaikan solat kita melalui tahap kekhusyukan kita. 1 per 10 hinggalah markah penuh, 10 per 10.
Lalu, bagaimana kita dapat memastikan yang kita khusyuk?
Imam Ghazali sendiri mengambil masa 20 tahun untuk dia kuasai ilmu khusyuk dalam solat. Ya, dia bukannya si pelaku maksiat seperti kita. Lalu, bagaimana kita boleh pastikan solat kita bukannya solat 'kain buruk yang dilempar kembali kepada muka kita' ?
Dengan solat berjemaah.
Ini sifirnya. Dan ini yang diajar oleh guru saya.
Mungkin dalam satu jemaah, ada yang khusyuknya hanya 1 per 10, dan ada pula, 3 per 10 dan mungkin imam itu, 6 per 10. Maka, Allah dengan kasih dan rahmat-Nya, akan menerima semua solat orang-orang ini kerana berkat kecintaan mereka kepada sunnah Rasulullah s.a.w iaitu solat berjemaah.
Kesimpulan.
Apa guna saya bawakan banyak dalil? Jika saya mahu, insyaAllah masih banyak dalil yang boleh saya utarakan.
Tapi ia tidak akan membawa kita kemana-mana jika hati kita memang sudah mati untuk mencintai Rasulullah.
Moga saya dan para pembaca dilindungi dari penyakit itu.
10 Komentar
salam..
Balascamne ea, kalau si ayah mmg sentiasa kne berjemaah kt masjid, sbb xde sebarang keuzuran;mksudnye dia lansung xkan berpeluang utk jd imam kt rumah,solat berjemaah b'sama istri n anak2?
Salam eijan.
BalasDi sana, perlu dilihat kepada keutamaan. Antara mendidik dengan melaksanakan kewajipan, dua-dua sama.
Maka, si ayah tadi boleh sahaja berbuat begini. Bawak isteri dan anak-anak ke masjid, turut sama berjemaah di sana.
Jika tidak upaya, wajar untuk dia solat berjemaah di rumah dengan anak isteri, kerana ia juga satu part daripada 'tarbiyyah dan didikan kepada ahli keluarga', bertepatan dengan firman Allah dalam surah At-Tahrim.
Apapun, di sana letak satu garis istimewa, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa perbezaan pendapat umat ini (kita) ialah satu rahmat.
Bagi kepada kita, ikut sajalah mana-mana pendapat yang kita yakini dan sesuai.
Saya akui, jika dahulu masa zaman Rasulullah, setiap orang sibuk dengan akhirat. Hingga kanak-kanak usia 7 tahun sudah bersolat. Kita, sibuk dengan dunia hingga 17 tahun, baru mahu belajar solat.
Nah! di sana terbentang pelbagai pilihan. Seperti yg saya kata tadi, jika mahu mentarbiyyah anak isteri, wajar solat berjemaah di rumah sahaja.
Tapi, cukuplah dengan seminggu sekali atau dalam sela masa yang tertentu. Takkanlah tak mahu solet di masjid?
Solat berjemaah di masjid, ia tidak hanya terhad pada ganjarannya tetapi ia berkait rapat dengan hubungan muslimin. Bertepatan dengan salah satu fungsi masjid, agar ummat islam dapat saling berkenal-kenal.
Wallahua'lam. Dan Allah, Dia Tahu dan Pengetahuan-Nya, paling sempurna.
:)
Salam, satu kupasan yg begitu baik sekali. Cuma nak mohon saudara beri dalil dari Quran atau Hadis mengenai kupasan berikut:
Balas"Adapun, orang sihat macam kita, yang dengar azan, tapi sedap layan internet, maka ada sebuah 'hadiah' daripada Allah kepada kita. Allah akan tuangkan besi yang cair menggelegak ke dalam dua belah lubang telinga kita."
Terima kasih...
er... yang tu kena buka kitab semula. insyaAllah, esok saya akan jawab kerana malam ini hingga esok, saya ada program. harap bersabar.
Balasteringat plak mase sy ngn sisters lain nk solat jemaah.. 15 minit before azan rebut2 amek wudhuk, cepat2 dok atas sejadah. berkejar-kejaran..yang terlambat sikit atau 'bernasib baik'(trick biase:sorokkan telekung..=.=''), jadi imamlah jawabnya. ini lagi satu penyakit.sume x nak jadi imam..aiyoo..
Balasinna solata lakabiratan illa 'alalkhasyi'iin
Balastak dapat hidayah lagi nak g jemaah
bagaimana pula dgn muslimah? kami digalakkan untuk solat dirumah sbb untuk elak timbulnya fitnah jika berjemaah di masjid.
BalasAnonymous pertama.
BalasMaaf. maaf kerana lambat memberikan respon.
Juga maaf, kerana saya sudah melalukan silap yang besar. Selepas saya kembali kepada buku dan kitab, saya sudah mix-up.
Yang sebenarnya, itu adalah athar (kata-kata sahabat) oleh Abu Hurairah.
Maaf sekali lagi. Saya akan betulkan.
Anonymous ke-2.
BalasBerkenaan dengan solat di masjid bagi wanita, benarlah seperti apa yang dikata. Pun begitu, harus kita ingat dan imbas kembali.
Tiada larangan pun bagi wanita untuk ke masjid utk berjemaah. Ya, itulah yang asal. Tidak dilarang, jika wanita itu mahu.
Bahkan, digalakkan pula kerana di masjid sekarang, bukan sahaja solat berjemaah dilaksana, tetapi kelas-kelas dan pengajian agama juga berlangsung.
Sedangkan, menuntut ilmu agama itu wajib hukumnya :)
Wallahu'alam.
Apapun, saya sangat tak bersetuju jika dikatakan 'mendatangkan fitnah'.
Apakah wanita yang ke pasar malam atau ke pasaraya itu tidak mendatangkan fitnah?
Mengapa hanya muslimah yang ke surau saja yang dianggap mendatangkan fitnah?
=.='
sy sendiri masih samar dgn persoalan tentang fitnah yg boleh timbul itu. sy sendiri ingin sekali mengejar pahala solat berjemaah. tp sy jd confuse bilamana ada dalil yg mengatakn muslimah lebih digalakkan solat dirumah shj. kdg2 teragak2 untuk ke surau.. sy hanya ingin memilih yg tebaik
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443