Perkongsian : La ikro ha fiddin

Selama 2 tahun kebelakangan ini, saya diizinkan untuk mengenali ragam manusia yang pelbagai. Ada yang positif tapi kebanyakannya tidak. Hasil pemerhatian yang sama menemukan saya dengan lompang-lompang cela serta luah-luah kerosakan pada diri saya sendiri, semestinya.

Atas nama perkongsian, saya menulis artikel ini.  Moga ada manfaatnya.

Perbualan.

"Aku tengok kau ni tiap-tiap malam bukannya buat apa pun kat rumah. Apa kata kau datang surau. Ada solat berjemaah... ada majlis agama..."

Dia hanya mengangguk.

"Kita hidup ni tak lama. Jadi mahu atau tidak, kita perlu membuat bekal... bla..bla.. bla.."

Dia mula jadi tidak senang duduk. "Tapi aku pernah dengar 'La ikro ha fiddin'. Tidak boleh memaksa.."

Itu satu situasi.

"Aku tengok kau ni dah lama benar tidak bersolat..."

"Tiada paksaan dalam berdakwah :) "

Situasi kedua.

Banyak lagi, tapi cukuplah...

La ikro ha fiddin.

Ini ialah ayat al-Quran. Dipetik daripada ayat 256, surah al-Baqarah.

Ayat ini sangat kerap ditimbulkan dan diguna sebagai alasan, bahkan sebagai peluang untuk menghalalkan maksiat. Lebih buruk, ia juga dijadikan tempat untuk berlindung daripada seruan-seruan perubahan dan dakwah.

Dari siapa dan kepada siapa?

Mungkin ini memang sifat manusia sejagat. 'Suka belajar sekerat-sekerat'. Ramai tidak melihat asbabun nuzul atau sebab apa ayat ini diturunkan.

Ada suatu riwayat tentang sebab turunnya ayat ini. Seorang lelaki bernama Abu Al-Husain dari keluarga Bani Salim Ibnu Auf mempunyai dua orang anak lelaki yang telah memeluk agama nasrani sebelum Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Kedua anak itu datang ke Madinah (setelah munculnya agama Islam), maka ayah mereka selalu meminta agar mereka masuk agama Islam dan dia berkata kepada mereka, “Saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu masuk Islam.” Lalu, mereka mengadukan perkara itu kepada Rasulullah saw. dan ayah mereka berkata, “Apakah sebagian dari tubuhku akan masuk neraka?” Maka turunlah ayat ini, lalu ayah mereka membiarkan mereka itu tetap dalam agama semula.

Ayat ini dituju kepada orang yang bukan islam. Tiada paksaan untuk memeluk agama islam!

Wahai insan.

Adapun, orang islam yang sedia beragama islam, mengapa menggunakan ayat ini untuk membisukan seruan-seruan kebaikan?

Saya terkilan sebenarnya. Cuma, peluang untuk memberi penjelasan, timbul tenggelam. Mungkin kerana hubungan saya dengan madu'u masih ampuh, saya tidak terus saja berhujah mematahkan pandangan dangkal mereka.

Untuk apa jika perdebatan jika tidak membawa kebaikan kepada iman? (soalan ini diajukan kepada ahli agama yang suka sangat berdebat atas niat mahu merendah ilmu orang lain)

Saya memberi sebuah situasi. Kita di Mesir atau di mana-mana saja, asalkan bukan di Malaysia.

Setiap negara, perundangannya berbeda-beda. Malaysia, pastinya ada beza dengan Amerika. Walau tidak banyak, tapi masih ada.

Seseorang yang mahu menginap di Amerika, walau berat... walau perit, mereka tetap harus menerima ketetapan-ketetapan dan juga segala perundangan itu.

Sama halnya dengan islam

Kita sudah islam, jadi mahu atau tidak... berat atau ringan... kita mesti mematuhi peraturan yang ada dalam islam. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sebuah kebinasaan kepada diri kita.

Kerana itu, mengapa perlu 'marah' dengan orang yang mengajak kepada kebaikan?

Saya aneh...

Jika dalam urusan dunia, kita sanggup jadi tempang semata-mata mahu terus hidup tapi kenapa dalam urusan akhirat, kita tidak sanggup digigit unggas kerana mahu memasuki syurga?

Apakah murah benar harga syurga hingga ia boleh dibeli tanpa tumpahnya keringat?

Apapun, tiada paksaan dalam beragama. Paksaan hanya ada disana, jika kita mahu ke syurga
Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

tak nak masuk syurga,sudah.simple.

Balas
avatar

Salam,

seni berdakwah perlu ada nak tarik sasaran dakwah tertarik dengan slogan "islam is the way of life"

Balas
avatar

kalu dah masuk rumah orang, patuh le kehendak tuan rumah

kalu dah terima Islam dan percaya pada Allah kenapa la sibuk nak membantah... tu la sombongnya manusia ni

Balas
avatar

selain itu, ada yg gune
"Allah x melihat wajah & jasad kamu, tp Allah melihat hati & tindakan kamu" so, ambil inisiatif mudh untuk x tutup aurat. katanya " xpe la, asal hati baek. na'uzubillah. antara insan yg menjatuhkan umat! btw, gud article, syukran

Balas
avatar

entahla.paksa salah.tak paksa salah.

Balas
avatar

"Paksaan hanya ada di sana, jika kita mahu ke syurga"

sungguh terkesan dengan ayat last ni..

Tq sharing..:)

Balas
avatar

thanks iqbal..

complete lg syumul kan Quran ni.. sampai org kafir pun dpt ayat dr Allah (tidakkah mereka berfikir?). subhanallah.. baiknya Allah..

sshnye nk tembus pd hati mad'u kalau dy sdri xmahu terima. sabar n doa jela..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443