Sumber. |
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.
Pertemuan Dua Kekasih.
Semua orang sedia maklum. Selepas berlaku peristiwa termakan buah khuldi, Allah s.w.t murka dan menghantarkan Nabi Adam a.s dan Hawa ke bumi. Pun, mereka tidak diletakkan bersama-sama. Mereka dipisahkan. Lalu, keduanya dengan penuh rasa insaf dan taubat merayu kepada Allah dan meminta keampunan.
Ya. Allah Maha Pengampun. Keduanya diampunkan dan dipertemukan kembali. Dan, doa itu menjadi satu tali yang menghubungkan kedua suami-isteri yang terpisah tadi.
Untuk kita, hari ini kita tidak tahu siapa jodoh kita, tapi insyaAllah berkat doa ini, satu ketika nanti Allah akan temukan dengan si dia, yang juga beramal dan mengharap dengan doa ini.
Isteri Solehah.
Tak perlu saya ulang sebut akan hadis tentang mencari jodoh. Rasanya semua orang tahu bahawa keutamaan harus dilorongkan pada aspek agama, kemudian baru cantik, keturunan dan harta menyusul.
Cuma, persoalannya ialah mengapa agama yang dititik beratkan?
Sedikit perkongsian daripada saya.
Penting sangatkah untuk kaum pria mencari gadis solehah untuk dijadikan pendamping hidupnya?
Jawapannya bukan lagi penting, kerana yang tepat ialah ia adalah terlalu penting!
Saya yakin benar, bahawa hidup ini sebenarnya terlalu pendek untuk dikongsi bersama dengan si pencari dunia. Itu prinsip saya, pemahaman saya dan pegangan saya.
Untuk memilih pasangan hidup, dia tidak hanya akan menjadi teman di dunia ini tetapi di akhirat. Sekiranya di dunia dia memberi masalah, pasti di akhirat dia akan memberi mudharat yang jauh lebih besar.
Gadis yang solehah adalah lebih bernilai daripada longgokan permata di dasar laut yang paling dalam. Ini kerana gadis solehah tidak mengimpikan suaminya menjadi pendamping di dunia cuma, tetapi di akhirat juga sama.
Sekali lagi, kenapa perlu kepada pasangan yang beriman?
Ini adalah kerana saya melihat matlamat perkahwinan itu ialah agar pada kedua mempelai, akan ada peningkatan amal, peningkatan ibadah, peningkatan akhlak dan peningkatan taqwa. Jika kalian memilih pasangan yang kurang menitik beratkan agama, maka kalian akan mendapati bahawa untuk melaksanakan suatu sunnah yang besar pun akan menjadi suatu yang sukar.
Saya pernah berkongsi di dalam cerpen ini. Ia adalah cerpen yang saya karang, hasil derita orang. Ia adalah satu tarian jemari saya atas perit orang lain. Keperitan memiliki suami yang tidak beragama.
Kesimpulan.
Inilah yang saya faham. Memiliki pasangan yang mahukan agama bererti kita memiliki sebelah sayap untuk ke langit. Hanya tinggal kita untuk mula mengibar-ngibar sebelah sayap lagi untuk menuju ke sana.
Yang akhir, saya meminta keampunan kepada Allah kiranya artikel kali ini menimbulkan mudharat yang di luar kehendak saya. Kerana, saya bukan orang yang sesuai untuk berbisik-bisik tentang urusan yang besar ini. Moga saya menjadi orang yang mengotakan janji.
Nota kaki: Saya telah deactivate Facebook untuk sementara waktu bagi memberi laluan pada exam, pertengahan April ini.
14 Komentar
Memang payah untuk mencari wanita solehah daripada mendapatkan emas, intan dan permata. Menjadi wanita solehah lebih susah daripada menjadi wanita berkarier. Kerana taraf jawatan solehah jauh lebih tinggi daripada jawatan-jawatan yang ada di duniawi. 'Sijil' ini laku di dunia dan di akhirat. Lantaran itu syarat-syarat untuk menjadi solehah lebih berat...
Balasuntuk mencari lelaki soleh pun amat payah skrg ni...huhu...
Balasuit. aku pun dah deactivate. untuk luangkan lebih masa dengan Tuhan. :)
BalasBetul setuju... Tapi ada kalanya, ketentuan Allah menjodohkan kita dengan pasangan yang tidak selayaknya bertujuan menguji kita...
BalasIbarat Aisyah dgn suaminya Firaun...
Cuma mungkin kita mendoakan segala yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat nanti
eh kebetulan pulak ye...akak pun dah deactivate facebook..insyaAllah untuk selama-lamanya.
BalasDoakan, jodoh yang Allah bakal hantar ni, jodoh dari kalangan hambaNya yang soleh, yang mampu membimbing diri ini ke jalanNya, memimpin tangan ini ke syurgaNya. Walaupun diri tak sesolehah mana, tapi tak salah kan, kalau berdoa moga dikurnia jodoh yang soleh, moga mampu disolehahkan mana-mana yang tak solehah;)
PS: all the best...tuk exam.
Assalam Iqbal..:)
Balasbukan hanya pria yg mengimpikan isteri solehah, cewek juga mengimpikan suami yg soleh moga dpt membimbing ke arah dunia akhirat..:)
kan2??:)
all the best utk exam... ^__^
Balassbgaimana pesan ust hasrizal,
fokuskn pd MENJADI drpd MENCARI !
samada brtemu jodoh dgn yg baik mhupun kurg baik, ada ujian n mehnah yg trsndiri utk kdua2 situasi.. (=
kalu dah ada calon tu doa bebanyak moga kita sama-sama jadi soleh dan solehah yang akan melahirkan zuriat yang soleh,... tak pedihkan mataaaa!
Balassama2 doa b'oleh pasangan yg baek buat kita..tp kita mstilah jadi baek dulu kan...
BalasJodoh diraih dripd ilahi bukan kerna cinta mahupun memenuhi fitrah manusia yang ingin bermanja dgn lwn jantinanya...
Balastetapi semata-mata mengisi keperluan agama ! melahirkan generasi rabbani pemangkin keunggulan agama di jiwa dan negara....
itulah kepentingan pasangan bertaqwa!!
mencari wanita solehah di akhir zaman ibarat mencari permata di dasar lautan
Balaskdg2 kita sgka ia permata berharga...tapi rupa2nya ia hanyalah kaca yang tiada nilainya..
moga2 diberi taufik dan inayah daripadaNYA dalam urusan yang mcm ni..amin..bitaufiq wannajah fi imtihan =)
semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita..aminn..
Balasp/s: entri aku boleh kongsi..insyallah..
mencari yang soleh untuk menjadi sayap kanan perjuangan, moga dengan itu terbina ikatan yang sama-sama ingin mencari keredhaan dan kasih Ilahi.
Balastapi sekarang ni kena lebihkan menjadi. Nak yang hebat, kena jadi yang hebat juga kan? -.-
wah...comelnye budak tu...
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443