Dalam al-Quran (surah al-hujurat), Allah kata bahawa setiap muslim itu bersaudara. Dalam ayat yang lain pula, Allah kata bahawa Dia ciptakan kita ini berbeza-beza, agar kita dapat berkenal-kenalan. Juga dalam surah yang sama, Allah anjurkan kita supaya memperbaiki hubungan sesama kita.
Dalam surah ali-Imran pula, Allah pesan kepada kita supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Dalam hadis bahkan banyak disebut-sebut tentang ini.
Bagi saya, medan penulisan alam maya ini suatu tapak yang sangat molek untuk kita berkongsi kebaikan. Sesuai dengan zaman kita, juga dengan persekitaran kita. Namun, islam tetap meletakkan garis panduan yang saya kira, suatu yang mesti diambil berat oleh semua. Baik saya yang lelaki, mahupun kalian yang berlainan jantina dengan saya.
Kedua-dua belah pihak wajar menjaga hati dan mata. Setuju?
Baiklah, terus kepada matlamat.
Saya mahu meminta maaf kerana sepanjang saya menjadi blogger, rasanya kurang bahkan sedikit benar saya blogwalk atau meninggalkan komen di kantung komen blog kalian. Saya rasa bersalah dan saya meminta maaf atas itu.
Tambah, saya jadi malu sendiri kepada kalian yang memasukkan blog saya dalam bloglist kalian, yang follow blog saya, dan tanpa lelah, sudi menyoroti setiap artikel-artikel saya.
Subhanallah...
Saya terharu! Bahkan, sangat terkedu. Merasakan diri saya ini tidak layak untuk mendapat pembaca yang ramai, saya benar-benar memohon maaf kerana kurang kelibatan saya di blog kalian.
Atas maksud itu, saya mahu membuat satu bloglist. Namanya, 'berpimpin ke syurga'. Dan atas maksud itu, saya mengajak setiap yang ada untuk join bloglist ini.
http://bloglistbayyinat.blogspot.com/ |
Pertama: Jika kalian sudah memasukkan Bayyinat dalam bloglist kalian, kalian cuma perlu beritahu dan letak url blog kalian di ruangan komen di sini, atau di sana.
Kedua: Jika kalia mahu menyenaraikan blog kalian dalam bloglist Bayyinat TETAPI belum letakkan bayyinat di ruang bloglist kalian, kalian boleh berbuat demikian. (optional) Bukan apa, untuk memudahkan hubungan dua hala. Lagipun, begini lebih adil, bukan?
Ketiga: Yang ini ialah optional. Anda boleh buat satu entry pendek, menceritakan tentang blog ini (bayyinat) atau komuniti berpimpin ke surga. Tajuk: Bloglist Bayyinat. Bukannya saya meminta untuk popular. Tidak! Tetapi untuk kalian tag sahabat-sahabat kalian.
Kenapa perlu ada bloglist?
Kerana saya tidak punya ruang masa yang banyak untuk blogwalk. Saya mahu kiranya saya mampu melontar buah fikir, bersantai, mengutip ilmu, dan informasi di blog kalian. Sungguh-sungguh, saya mahu.
Akhir, saya meminta maaf kerana tidak menunaikan hak saya sebagai penulis dan pembaca. Dan saya mahu berterima kasih kepada kalian yang ada share artikel-artikel saya. Teruskan berkongsi, kerana saya bertemu dengan sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan dan orang lain beramal dengannya, maka akan dapatlah si penunjuk itu pahala tanpa kurang sikit pun. Same goes to sinful acts. Dan menunjuk kebaikan itu, miriplah dengan share artikel di Bayyinat, itupun jika ada manfaat disini.
Bukan apa... kita sama-sama nak ke syurga kan? Jadi tak salah kita saling mengajak. Kan? Ayuh! Berpimpin ke surga~
Terima kasih kepada:
Penyumbang Trafik tertinggi hari ini (top 2)
http://reality2fantasy.blogspot.com
Ustaz Ali Irfan
Penyumbang Trafik Tertinggi Minggu ini (2011 Mar 27 23:00 – 2011 Apr 3 22:00)
Ibu Hidayah Amin
Penyumbang Trafik Tertinggi Bulan ini (2011 Mar 5 – 2011 Apr 3)
Dr. Cinta
Penyumbang Trafik Tertinggi (2010 May – 2011 April)
Ameno World
26 Komentar
wah saya jadi penyumbang trafik tertinggi akhi?
Balas=)
boleh lah promote belog akhi lagi~ =))
salam iqbal...
Balaslame x tinggal jejak disini ^_^
tahniah...idea yg canteeq...
**moge sihat**
ok..bimbing sy ke syurga boleh ? =D
BalasP/S: first time komen sllunya jd silent reader je =.=
Salam..
Balasthanks iqbal kerana telah meletakkan link blog saya di sana.
saya kalau boleh nak buat macam itu juga dulu. tapi banyak sangat masalah, jadi saya buatkan kotak linky sahaja.
er, boleh tak kalau saya juga nak buka tawaran yang serupa, iaitu menjemput pembaca-pembaca di Blog Byyinat untuk meletakkan link di blog saya.
sebenarnya, ada dua cara untuk letak link di blog saya.
Begini, saya sebenarnya telah menukar perkhidmatan komen di blog saya daripada kotak komen Disqus kepada Intensedebate.
Kelebihan kotak komen intensedebate ini ialah dapat menyertakan link entri terbaru daripada sesiapa sahaja yang berkomen. Ini yang adalah apa yang disebut commentluv.
Khabarnya, mana-mana blog yang ada commentluv adalah blog yang dofollow dan ini sangat baik untuk sesiapa yang berkomen di blog tersebut. Namun saya masih kurang tahu tentang dofollow ini. Kalau ada sesiapa yang tahu boleh begitahu saya.
Dengan meletakkan commentluv, ini adalah cara pertama bagaimana link blog pengomen dapat diletakkan di blog saya.
Ok.
Cara kedua pula adalah dengan meletakkan link di kotak linky di atas artikel saya. Sebenarnya saya tak berminat dengan kotak ini, tetapi disebabkan janji saya yang tidak tertunai tiga bulan lepas, maka saya buatkan ini untuk para pembaca.
Anda cuma perlu letak nama dan link blog di situ dan nama serta link blog anda akan tertera secara langsung.
Ok, saya menjemput semua ke blog saya untuk sebarang perkongsian link dan ilmu.
yang terakhir, nasihat saya kepada para blogger dan pembaca, jujurlah untuk ikhlas
p/s :er, cantik bloglist bayyinat tu, tapi kalau tak salah saya macam payah nak komen sebab takdak artikel.
sekian, terima kasih wa jazakumullah kahiran jazak.
Assalamualaikum
BalasTak pernah tinggalkan komen, sebab baru sahaja ziarah. Kagum, tulisan yang insyaallah bermanfaat dan bernilai di sisi Allah. Teruskan menulis, moga istiqamah dan digilap bakat selalu. Kerana ianya berharga untuk menjadi permata ummah, bukan permata dunia dunia semata.
http://islami98.blogspot.com/
Assalamualaikum...
assalamualaikum saudara,
Balasmaaf xtahu camne nk drop comment kt komuniti tu..btw..
http://kasturijiwa.blogspot.com/2011/04/bloglist-bayyinat.html
Terima kasih.
Assalammualaikum Iqbal... ibu nak juga ya...
Balassalam
Balasok
dah masukkan dalam blog list "loves to read saya"
http://saidahnafisa.blogspot.com
syukran tq xie xie ni
http://hamiz-in-islam.blogspot.com/
Balassekadar perkongsian untuk berpimpinan ke syurga. hebat2. terusakn usaha ke arah NYA.
semalam sy singgah sini dr blog mastura..tulisan nye kata blog ni best..yeke ?? ye ke ye ke..**budak jahat..hehe
Balasbila bukak, OMG! not bad, pandai awak menulis, tulis pula tentang agama g2..wowo..
last2, sy teros letak blog awak dlm bloglist sy, hehe..jgn mara bro..
just nak inform, sy pekomen tegar, cehwah, haha..so, sy suka komen, tapi andai ade blogger y komen balik entri sy, alhamdulillah..
itu maknanya blogger itu sgt bersopan ketika berinteraksi di alam maya..org kata, org berbudi, kita berbahasa..x g2...hihi..btw, ni cuma pendapat sy, n tetibe je nak tulis..jgn mara na..
k, tq 4 reading! hiyyahha..
majulah berkarya untuk manfaat bersama!!! go go go!!
Sudah ada list Bayyinat. :)
Balasoh saya tatawu cane nak tingl kat sana
Balassaya tingl kt sini jela.
http://www.amaninayusoff.blogspot.com/
tima kaseh
Salam alaik.
Balasteruskan bertinta (=
http://izzatihashim.blogspot.com
alhamdulillah~
Balassekadar ingin berkongsi~ :)
wHoo ini blog yang saya suka baca.santai, ringan dan penuh khasiat. saua mmg ikhlas baca kerana saya suka. saya kadangkala nak lari dari kekusutan maka saya suka baca blog2 yg mcm neh.. stress hilang, ilmu dapat. :)
Balasassalamualaikum..
Balashttp://sejernihsalju.blogspot.com/
http://badarseratas.blogspot.com/
BalasXPERNAH JEMU..INSYAALLAH
semakin kreatif..mabruk saudara^_^
Balasana suka baca karya blog ini..
semoga dakwah sampai kpd ramai org :)
Alhamdulillah, semoga bermanfaat buat ummah ini.
BalasBroHamzah
Salam... sy baru menziarah ke blog ni... satu usaha yang murni di mana ilmu ini dikongsi bersama... semoga saudara terus menulis tanpa jemu :)jazakallah~
Balashttp://munirahaira.blogspot.com/
idea yang baik, moga bermanfaat.
Balasassalammualaikum..akak kagum dgn usaha murni anda..its already in my bloglist..tq
Balashttp://anitaareyunus.blogspot.com/
Assalamualaikum..
Balaspertama kali terjumpa blog ini secara tidak sengaja..
kali pertama baca, hati saya terpaut untuk singgah, singah dan singgah lagi..dan mula menjadi silent reader..
syukran jazeelan dengan segala ilmu yang dikongsi..=)
http://www.syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/
boleh lagi ke nak join blog nh..blog nih dah jadi bloglist dah..smoga dpt b'kongsi ilmu...
Balasni blog sy:
http://saidatul-hawa.blogspot.com/
terlambat. tapi stil nak join lagi, boleh kan? :)
Balasini blog sy http://masturabintiothman.blogspot.com/
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443