Bahkan, jika saya pulang ke kampung juga, seorang pakcik yang mesra dipanggil 'wak' sering menyakat saya apabila kami duduk berlaga lutut, di saf pertama. "Bal, bila nak bawak balik pramugari?" Ah, dia memang ramah. Kerana senyumnya sahaja, saya sudah rasa bahagia.
Dan wajarlah para pramugari sinonim dengan cantik dan aggun kerana melihatkan belanja bulanan mereka pada alat mekap dan set kecantikan sahaja sudah beribu-ribu ringgit.
Dan disana timbul persoalan. Adakah islam sebuah agama yang hanya menuntut agar penganutnya mencantikkan fizikal semata-mata?
Tidak! Pasti jawapannya tidak.
Dan demikian juga yang diajukan kepada saya, iaitu tentang nasib lelaki dan wanita yang tidak cantik. Pada pendapat saya, kerisauan yang ditunjukkan oleh yang bertanya itu memang ada asasnya kerana kita boleh melihat bahawa memang kecantikan seseorang atau ketampanan seseorang, peranannya besar dalam soal mencari jodoh.
Kerana itu, seringkali orang yang kekurangan kecantikan fizikal merasa rendah diri, merasa malu, dan merasa terhina sedangkan ia suatu yang tidak perlu dan hakikatnya, memang tidak ada! Setidak-tidaknya, dia masih lagi mulia di sisi Allah. Dan beritahu saya, apakah yang lebih indah di dunia ini selain daripada Allah memandang kita dengan pandangan kasih?
Saudara, dan saudari yang saya kasih kerana Allah. Bersama, mari kita susuri kisah seorang sahabat yang mulia yang bernama Julaibib.
Siapa antara kalian ada mengenali Julaibib?
Rasanya tiada. Kerana memang dia tidak dikenali. Baik di zamannya, atau di zaman ini. Memang pada pandangan manusia biasa, dia tiada apa-apa.
Julaibib lahir tanpa dirinya mengetahui nasab keturunannya. Ya. Dirinya tiada mengenal siapa itu ibu dan siapa itu ayahnya. Tetangganya juga sama, tidak mengentahui dari masa asalnya. Julaibib itu, jika diceritakan tentang fizikalnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan otot muka kita berkerut.
Dia lelaki pendek. Kerdil. Kulitnya hitam legam. Mukanya hodoh. Dirinya miskin. Bahkan hidupnya, sebatang kara.
Dia terpinggir dari masyarakat. Hadirnya, atau tiadanya, tiada apa-apa bagi masyarakat. Hanya Rasulallah S.A.W sahaja yang mengambil berat tentang lelaki kerdil ini.
Pun dirinya punya kekurangan yang seribu, tetap dia akan menjadi antara yang terpaling hadapan dalam saf peperangan. Bukan hanya itu, Julaibib juga tidak rela dirinya ketinggalan daripada berada di saf pertama untuk solat fardu, disetiap kalinya.
Saat semua orang membencinya, dia masih tersenyum kerana di sana, ada seorang lelaki yang kasih padanya. Ah. Beruntunglah Julaibib, kerana sungguh Rasulallah amat mencintai lelaki kerdil ini.
Satu ketika, Rasulallah memanggil Julaibib. "Wahai sahabat yang aku cinta. Mahukah dirimu bernikah?"
Julaibib tersenyum manis. Wajah gelapnya tampak jernih. Dengan redha, dia menjawab, "Wahai Rasulallah, apakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan daku?"
Jawapannya ikhlas. Dirinya redha, tanpa sekelumit kesal dan merajuk pada Ilahi yang menciptakannya begitu.
Rasulallah S.A.W mengulangi pertanyaan. "Wahai Julaibib. Inginkah kamu untuk bernikah?"
Masih dengan senyuman yang mekar dalam keimanan dan penyerahan diri pada Allah, Julaibib menjawab ikhlas, "Ya Rasulallah... adakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan aku?"
Lalu, Rasulallah membawa Julaibib bertemu dengan seorang sahabat Ansar.
"Wahai sahabat, aku mahu meminang puterimu"
Maka, berseri-seri wajah lelaki ansar tadi. Dirinya menyangka bahawa Rasulallah berhajat mahu memperisterikan anak gadisnya. Cuma, gembiranya dan serinya itu bertukar malap serta merta saat terhujah di telinganya bahawa pinangan itu bukan untuk Rasulallah, tetapi untuk Julaibib!
"Julaibib? Aduh. Izinkan aku berbincang dahulu bersama isteriku kerana ia sebuah urusan yang sangat besar", pinta lelaki tadi dengan wajah yang bertukar kelat tiba-tiba.
Saat perkara itu sampai kepada isterinya, wanita itu tekad. "Julaibib? Ah! Tidak! Demi Allah! Sesekali tidak akan kita kahwinkan anak kita dengan Julaibib!"
Naluri si ibu memang begitu. Mereka mahu yang terbaik buat anak mereka. Memang dari pertimbangan akal, sekiranya yang dinikahi itu ialah Julaibib, maka dari celah mana adanya bahagia? Julaibib kerdil, hodoh, miskin, tiada keluarga... dan sejuta macam kekurangan dan kelemahan.
Sedang si ibu berkeras tidak mahu mengizinkan, si ayah cuba memujuk kerana mungkin, dirinya malu untuk menghampakan Rasulallah. Perbincangan itu terdengar oleh anak gadis itu.
Gadis itu bertanya, "Daripada siapakah lamaran ini?"
Lalu diberitahu kepadanya. "Daripada Rasulallah s.a.w tetapi kepada Julaibib"
Subhanallah...
Dengan lembut dan hati yang bulat mengharap cinta Allah, gadis solehah itu memujuk, "Ketahuilah ibu, sekiranya ia adalah permintaan daripada Rasulallah, maka pasti tidak akan ada satu mudharat pun yang akan menimpa diriku. Kahwinkanlah aku dengan Julaibib..."
Kisah Julaibib yang istimewa tidak berhenti disini.
Julaibib, tidak lama selepas bernikah, sampai seruan untuk jihad. Masih menjadi pengantin baru, Julaibib telahpun sedia menyandang senjatanya. Seruan jihad benar-benar membakar jiwa juangnya.
Di medan perang, Julaibib terbunuh. Dia syahid.
Akhir pertempuran, jasad-jasad yang terkulai di medan perang akan dikumpulkan. Jasad para syuhada' juga dikumpulkan di suatu tempat. Suanana menjadi sangat sayu.
Tiba-tiba, Rasulallah bertanya, "Adakah kalian kehilangan seseorang?"
Para sahabat segera menjawab, "InsyaAllah tiada, ya Rasulalallah"
Sekali lagi, Baginda bertanya, "Adakah kalian telah kehilangan seseorang?"
Kali ini para sahabat tidak terus menjawab. Mereka mula merasa ragu-ragu.
Lalu Rasulallah S.A.W berkata, "Sungguh, aku telah kehilangan Julaibib..."
Subhanallah... Saya hampir menitiskan air mata saat mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mulia Baginda Rasul ini.
Rasulallah kemudiannya menyambung, "Sesungguhnya Julaibib ialah sebahagian daripada diriku dan diriku ialah bahagian darripada dirinya"
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Mulianya si hodoh itu... Beruntungnya si miskin itu... Bahagianya si kerdil itu...
Itulah Julaibib... Dirinya tidak terkenal di bumi, tetapi namanya disebut-sebut oleh penduduk langit...
Dan buat kalian yang pernah merasa rendah diri, merajuk dan kesal dengan ciptaan Allah,
Ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak memandang kecantikan fizikal kita tetapi Allah dan Rasul-Nya memandang kecantikan iman kita. Allah menilai ketaqwaan kita.
Dan jika antara kita yang teringin untuk bersua muka dengan Rasulallah, berhentilah merajuk. Dan belajarlah untuk bersyukur, bersabar dan redha dengan ciptaan Allah kerana ia adalah asas kepada kehambaan.
34 Komentar
Subhanallah..sgt beruntung Julaibid .Cantik luar jahanam dalam tak de maknanya kan.
BalasCantik dan kacak itu ujian. Istidraj,mungkin...
BalasYa Allah. Jauhnya beza aku dengan dia.
BalasTq sudi berkongsi. InsyaAllah bermanfaat. :)
Allah. Allah. Allah.
Subhanallah...
BalasSyukran atas perkongsian ini.
Jika tidak saya mungkin tidak mengenali Julaibid yang di sayangi Rasulallah.
terkesan saya membacanya....
BalasApakah nama kita disebut-sebut oleh Rasulullah SAW?...
BalassubhanAllah. terima kasih atas perkongsian. pertama kali baca kisah ini.
Balasawak awak..cehwah..hehe..
Balasni sy tertanye, awak ke wat entri ni dr awal sampai abis..hehe..
tahniah! sy suka..humble, sopan n sejuk je kot sy baca..
alhamdulillah, sy dapat ilmu bila baca entri ni..
btw, semua ciptaan Allah adalah cantik, cuma manusia saja yang suka merendah diri...
sebab kecantikan itu subjektif n bole dilihai dr banyak sudut..
walopun gemuk tapi jika seseorang 2 bijak, pandai bawak diri dan berkeyakinan, itu sudah memandai untuk menganggap y dia seorang y cantik @ kacak..
sy ade seoang teman, kulitnya gelap, tinggi tapi xdiketegorikan sbg seorg y encem, cukupla sy katakan y dia cukup sifat n sedap mata memandang..n rakan2 selalu paggil dia keling..so, bole bayangkan x macam mana wajahnya ??tapi disebabkan dia seorang yang bijak bergaul dan pandai berhujah dlm mberi pendapat mbuatkan semua org suka kawan gan dia..n hujah2nya pula jenis up 2 date n positif..pendek kata, kalo ada dia, memag top 10 la suasana..ditambah dgn humor2 dia 24 jam..
nak ketawa jap..*haha
sy nak ckp, apa gunanya kalau kita punya rupa paras tapi nilai diri xde pada kita..seharusnya kita melihat sesuatu kekurangan dr sudut positif n say alhamdulillah kerna kita cukup sifat..
k, panjag pulak sy comment..mcm wat entri lo pulok! hihi..maaf kan sy yerr..
k.
Terima kasih.
Balassetiap kelebihan dan kekurangan adalah ujian dari Allah :)
salam bro iqbal,
Balasbertemu lg kita di sini,
saling ziarah menziarah walaupun bukan di alam nyata,
pasni anta boleh buat novel pahlawan islam pulak,
mcm penulis Latip talib,
ada bakat sokmo mu,
yg sentiasa mnyokong,
~ pelaut rabbani ~
1st time gak zara baca kisah ni iqbal.. :) rasa bertambah2 keyakinan pas bce kisah ni. hehe. thanks for sharing. :)
Balassubhanallah..nice story akhi...
Balasdan memang, tak penah dgr name n kisah ini diceritakan..
Subhanallah, sungguh mantop cerita ni, syukran ye..
Balasyang cantik di mata, tak tentu cantik di hati...
BalasSubhanallah. Pernah baca kisah ini. Tapi, bila mengulanginya, teringat semula.
BalasMuhasabah kembali duhai diri!
Beruntungnya Julaibid dikasihi Rasulullah..kita pula bagaimana?
Balas-Allahummasallia'la Muhammad..Waa'li muhammad..
salam iqbal ^_^
Balaspetama kali baca kisah niii...syukran utk n3 nii...
**hebatnya Julaibid**
sebak..
Balasterima kasih utk artikel yg menyentuh keimanan..
moga penulisan akh makin diperlancarkan..
subhanallah, baru saya tahu cerita ni..tk pernh sye bce pasal Julaibid..sungguh cerita ni perangsg kepada yg rendah diri..kan2???:)
Balassubhanallah...
Balasbenar, pertama kali saya dengar nama Julaibid..subhanaAllah..cerita yang sangat terkesan di hati.. apa guna kecantikan fizikal, jika hatinya tak cantik... sesungguhnya beruntung la mereka-mereka yang mempunyai hati yang cantik dan bersih... bak Julaibid, dikasihi Rasulullah saw dan penduduk langit... Allahuakbar..
Balasnice entry saudara iqbal..
Balasallah jdikan manusia itu berbeza..cantik adalah ujian tidak cantik pun ujian...dunia ini adalah pentas..ap yang penting kena berbalik pada hati...hati cantik yg lebih allah pandang...
subhanallah...baiknya ALLAH dan Rasulullah..
Balassaya pernah dgr cerita ni...
ya,memang manusia suka melihat kecantikan dan kesmpurnaan..
saya, salah seorang yang diuji drpd sudut fizikal..memang,hati sedih,tetapi sering kali terpujuk dgn ayat2 ALLAH dan alangkah indahnya andai Rasulullah ada.seringkali saya membaca sirah2 rasulullah yang membela sahabat2 yang kurang sempurna di saat ramai manusia membenci mereka..baiknya ALLAH dan Rasulullah,tidak pernah membezakan manusia,baik yang cacat atau sempurna...
wallahu'alam
Dengan izin Allah swt, Saya menangis...
Balasada apa di dalam hati saya sekarang ini?
Allahuakhbar..hanya Allah swt sahaja yang tahu.
assalamualaikum
Balastergumam di halkum
subhananallah
subhanallah..sayu baca
Balasmmg terkesan di hati.
indahnya kalau kita dikasihi baginda Rasulullah sebegitu
maaf akhi, boleh ana tau kisah ni sumbernya dari mana? (kitab@hadis)
Balaskalau boleh, teringin nak baca sendiri dari sumber asal. pasti lebih menyentuh.
Terlalu banyak pengajaran dan paparan demi paparan, namun kerana godaan syaitan manusia lupa bahawa setiap manusia ada keistimewaan yg Allah berikan....
BalasBersyukur atas segala yg kita miliki.
Kecantikan , kemegahan pada kuasa dan harta benda tidak menjamin kebahagiaan hidup diakhirat kelak.. Yang menjadi ukuran adalah nilai iman dan taqwa pada Allah yang ada dalam diri.. Beruntung Julaibid menjadi salah seorang sahabat yang terpandang disisi Rasulullah SAW.. Semoga diakhirat kelak kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang dapat bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW.. Wallahualam..
BalasSubhanallah.. Entry yg sngat m’beri kesan dalm dri.. Smoga Allah m’redhai..Syukran ats p'kongsian..
mohon bg peringatan kepada si cantik dan kacak...sangat memerlukan saat ini...thanks
Balasmohon bg artikel yang memberi peringatan kepada org y cantik/kacak....supaya x hanyut dengan godaan dunia...thanks
Balasas-salam, tumpang tanya..julaibid/julaibib?
BalasInilah kurangnya saya... hanya faham yang bahasa malaysia. Kerna itu banyak masalahnya. Namanya Julaibib. Maaf atas ralat yang segala~
BalasSalam alaik.
BalasTak semua pramugari cantik dan pramugara kacak. Cuba naik egypt air, atau BMI airways, jumpa mak cik dan pak cik bukan abg atau kakak. -.-
sekarang ni, semua org memandang pada rupa. Percayalah. Mungkin ya, pilihan agama yg utamanya tapi dalam memilih yang beragama tetap wajah juga yang dilihatnya. =='
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443