sesiapa yang berkenan untuk bermenantukan adik ni, boleh berkenalan dengan dia disini. (link)
Saya tak kata macam itu dan islam pun tak melabel wanita semacam itu. Yang buat kerja tak berpaedah (meletakkan nilai perempuan di tahapan yang paling rendah) tu cuma kerja orang Yahudi dan Kristian. Secara tak langsung, mereka meletakkan wanita sebagai kaum yang selayakkan dijadikan pemuas nafsu semata.
Namun, dalam masa yang sama... islam juga mengajar ummatnya untuk berjaga-jaga dengan wanita. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w berpesan, 'takutilah dunia, dan takutilah wanita'
Signifikannya apa ya? Takut macam takut hantu? Tak matang langsung kalau macam tu. Tapi yang benar, takut itu ialah berjaga-jaga.
Alaa.. macam kita juga. Kalau takut dengan api, janganlah memandai main mancis.
Kalau takut dengan fitnah wanita, maka hati-hati. Same concept but with different application.
Pengakuan Nabi Yusuf ada dirakamkan di dalam Quran pada surah 12, ayat ke-24. "Dan Yusuf juga berkehenddakkan kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda dari tuhannya". Ayat ini bermaksud, sekiranya nabi Yusuf a.s tidak dididik dan dilimpahkan dengan nikmat dan penjagaan dari Allah, nescaya dia akan tenggelam dalam godaan itu.
Berbalik kepada perkataan fitnah tadi... Menurut Ustaz Dr. Abdul Latif dalam kuliahnya (sebagaimana yang disalin oleh saya), perkataan fitnah disebut dan diulang-ulang di dalam al-Quran kurang lebih sebanyak 17 kali, dengan 7 makna yang berbeza-beza.
Makna-makna yang berbeza-beza itu dapat dilihat sebagai yang pertama- ujian atau cubaan. Rujukannya ialah ayat 102 daripada surah al-Baqarah dan ayat 2 surah al-Ankabut.
Heh... nak tak nak, kalian kena buka al-Quran terjemahan juga lah ya. Tak apa. Dapat pahala, insya-Allah.
Kedua- syirik. Rujukannya ialah ayat 39 daripada surah al-Anfal
Ketiga- kesesatan dan keburukan. Rujukan bagi ini ialah ayat 7 daripada surah Ali-Imran.
Keempat- Kacau bilau atau huru-hara, sebagaimana yang disebut dalam ayat 25, surah al-Anfaal.
Kelima- penyiksaan, kezaliman dan siksaan. Sila buka surah Az-Zaariyat ayat 13.
Keenam- tipudaya. Ini terdapat dalam ayat 48 daripada surah at-Taubah.
Akhir, perpecahan, permusuhan dan peperangan.
Kiranya, fitnah wanita tergolong dalam yang pertama lah- Ujian.
Gulp... Kiranya sudah hampir-hampir di hujung baharu saya perasan bahawa artikel ini kelihatan agak bias. Bukanlah saya bermaksud untuk bersikap sexist tapi hakikatnya, perlu ada tindakan segera untuk melindungi wanita-wanita ini daripada diperalatkan!
Bagaimana tidak! Sedangkan iklan batu-bata pun menggunakan wanita tertonggeng untuk dijadikan model, dan mendapat sambutan pula! Wak luuu!!!
Dalam kitab sahih Muslim, ada beberapa peristiwa yang menggoncang hati saya (ceh... goncang lah sangat). Rasulullah s.a.w pernah terlihat seorang wanita, lalu jadi tidak keruan Baginda. Kemudian Baginda pun pulang untuk mendatangi Zainab (isteri baginda). Sesudah rindu dilepaskan, Baginda kembali bertemu para sahabat lalu berkata: "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan syaitan. Maka, jika kamu terlihat akan wanita itu, datangilah isterimu kerana yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatimu".
Dalam hadis yang lain (tadi hadis no. 1322, yang ini hadis no. 1323), Rasulullah s.a.w berpesan: "Jika ada antara kamu yang tergoda hatinya pada wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan 'rasa rindunya'. Yang demikian itu sungguh dapat mententeramkan hatinya"
Angkat kening sebelah ;) Bagaimana dengan orang yang tak kawin lagi?
Rupa-rupanya tak mudah menjadi wanita. Tapi tak mengapa kerana at least islam sudah guide kita semua untuk ke syurga.
Satu lagi, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang mana, majoriti penghuni neraka ialah kaum wanita.
Adakah saya merasa selamat? Nehi! Saya tidak akan rasa puas kalau saya dapat selamat, tapi orang-orang yang kebanyakannya tidak. Tapi lebih ngeri, jika saya sendiri tidak selamat. Uhukkk...
Kesimpulan.
Saya cuma nak menyeru kaum ibu dan kaum cewek untuk menjaga diri baik-baik. Juga kepada kaum pria, untuk merendahkan pandangan, meninggikan ego (untuk tidak jatuh cinta sebelum kahwin) dan juga meninggikan suara (supaya nampak tegas, dan takde la monyok menggoda).
Benda pasal fitnah wanita ni sudah berkurun dan beradab menjadi perbahasan, tapi solusi yang dapat dicapai hanyalah satu iaitu dengan kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan) sendiri perlu menjaga diri masing-masing agar tiada yang tercela dan tiada juga yang akhirnya mencela.
Wallahu'alam.
35 Komentar
rasa macam spesial pula bila baca artikel ni..
Balassekarang banyak dugaan walaupun kepada kami yang bergelar wanita,, mana tidaknya, demi mencapai definisi cantik yang terhidang dek media massa.. macam2 nak dicuba..
..mulalah ada yang berfesyen tapi sebenarnya 'bertelanjang'... nampak cantik cuma bila 'dicat'..
last2 mengundang zina hati kaum lelaki yang memandang.
Salam..
Balasindahnya...
jika semua hawa faham
dan adam pula lebih memahami..
kerana dia lah imam.
bakal pemimpin langkah si hawa
wallhua'lam.
moga Allah redha..
Jazakallah
iqbal! adik kat gambar tu sgt comel.
Balas@mira nas
Balasmemanglah special sebab memang istimewa buat kaum hawa, dan juga kaum yang lelaki. Moga sama-sama dapat kebaikan. Symbiosis huh?
@Anon
Kalau lelaki jadi imam, perempuan kena jadi makmum. Kalau lelaki rukuk, perempuan pun kena ikut. Tapi kalau perempuan tak nak ikut, susah juga mcm tu.. hukhuk
@mat reformasi
Mestilah comel... adik siapa kan? ehee
-Adollah
Balassalam.. kena kawen la yerk.. ngeh--ngeh..
SRIKANDI yang sebenar ialah wanita yang bertaqwa. Yang menjadikan Allah sebagai matlamat hidupnya. Rasulullah kecintaan dan ikutan. Suami sebagai tumpuan kasih sayang dan ketaatan.
BalasAllah SWT telah menciptakan wanita dengan suatu daya tersembunyi yang begitu kuat pengaruhnya pada kaum lelaki. Hingga kerana pengaruh inilah lelaki akan bersedia memberikan segala haknya kepada wanita. Sekiranya wanita itu ialah wanita solehah yang kekuatan nafsunya sudah dilemahkan daripada sembilan menjadi satu, dan kalau ketajaman akalnya dapat ditingkatkan daripada satu kepada sembilan, menyamai apa yang ada pada lelaki (lelaki yang beriman) maka sumbangan wanita akan jadi besar nilainya.
Assalamualaikum wbt
BalasMaaf, lama dah tak mengikuti perkembangan Iqbal,tapi sebagai sahabat dlm perkongsian biarlah saya perhaluskan. makna `fitnah`, dlm bahagian kedua - syirik. Ia sepatutnya berada dlm Surah AlAnfaal:39وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَڪُونَ ٱلدِّينُ ڪُلُّهُ ۥ لِلَّهِۚ Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah [3] dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah.
Sebab itu, apabila berlakunya riddah setelah wafatnya Rasulullah saw, maka Saidina Abu Bakar r.a. telah memerangi kaum tersebut. Setelah aman, maka ramai para sahabat r.a.hum. ingin meletakkan senjata dan memulakan urusan perniagaan utk hal2 keluarga. Maka Saidina Abu Bakar bersuara,`Tidakkah kamu membaca Surah AlAnfaal:39, selagi bumi ni dipenuhi kesyirikan dan tidak tertegak kalimah Allah dimuka bumi ini, tidak ada istilah berhenti berperang`.
Begitu juga dlm makna fitnah bahagian 4- kacau-bilau. Ia sepatutnya berada dlm Surah AlAnfaal:25وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬ۖ Dan takutlah oleh kamu akan fitnah (azab)bahawa tidak sekali2 ia hanya menimpa/kena khusus orang2 yang zalim dikalangan kamu saja.
Selalunya kekufuran dan azab yang berlaku adalah seiring sebagaimana berlaku dlm Surah AlAhzab:14 لَأَتَوۡهَا وَمَا تَلَبَّثُواْ بِہَآ إِلَّا يَسِيرً۬ا Kalau [Yatsrib] diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad, niscaya mereka mengerjakannya; dan mereka tiada akan menunda untuk murtad [5] itu melainkan dalam waktu yang singkat.
Begitulahlah terjadi sekarang dimana apabila manusia diserang oleh isu2 dari segenap penjuru disitulah kemungkinan besar berlakunya kekufuran dimana manusia mudah termakan isu! Wallahualam.
@adollah
Balassape yang kena kawin? kamu? ;)
@ibuhidayahamin
Wou! puitis benar. best2
@tajnur
Saya sudah membuat pembaikian. Terima kasih yang tidak terhingga atas perkongsian. Saya tersedar sudah, betapa banyak silap diri. khilaf :)
kalau org tu ada penyakit 'gugup trhadap wanita', kiranya dia ni tak matang la ye? ker mcm mana? kwn ko yg sorang ni selalu lari kalau ada perempuan.
Balaskalau org tu ada penyakit 'gugup trhadap wanita', kiranya dia ni tak matang la ye? ker mcm mana? kwn ko yg sorang ni selalu lari kalau ada perempuan.
Balas@ameen muslim
BalasTak tahu. tak tahu. tak tahu. hehe... jadilah macam Din, cakap dah habis baca Jaja dan Din~~~~
@ameen muslim
Tak tahu. tak tahu. tak tahu. hehe... jadilah macam Din, cakap dah habis baca Jaja dan Din~~~~
cantik...
Balassetiap masalah ada penyelsaiannya dalam Islam. tepuk dada tanya iman
Ingatkan waneeta tue apa.. wanita rupaanya... hehehe.
Balas@a kl citizen
BalasTepuk2. Iman cakap perlu ambil penyelesian Quran! hehe
@amenoWorld
Alaa... kalau direct sangat saya sebut wanita, nanti takde la pulak orang nak baca sebab rasanya topik ni lapuk da kuutt
tepuk dada,tanya iman..nice info...
Balasberguna sgt2=)
er, ni ada kena mengena dengan status FB sesapa ke?(gaya angkat kening macam berfikir)
Balasexploitasi wanita... eerr saye tau artis pempuan tu pakai tuala wanita ape hahahah... bab2 mcm tu pon nak masuk TV, haisshhh
Balas@budak kampung
BalasTerima kasih :)
@Hamba Ilahi
Tak ada kot. a'ah la... tak ada la :D
@republik 9
Haisshhh... hentikan pemedagangan maruah wanita!
assalamualaikum....
Balasentry yg sgt2 bergune,.....thankx a lot...=)
@ana-farhan
BalasTerima kasih atas kunjungan ;)
nice. like it. dan sebenarnya memang senang bercakap, buat susah. sebagai insan yang dilahirkan sbg seorang wanita, mmg i do feel the difficulties being a woman. jd lelaki pun susah kan... tanggungjawab sgt byk, ssh jd perempuan ni sbb nak kne jaga diri sndiri.
Balasanyway, g'luck!
sebelum pape,
Balasaku nak pesan kepada bakal bakal bapa,
selamilah ilmu agama sedalam dalamnya
baru takda hati anak anak gadis yang merana sebab tak cukup didikan agama dalam hidup,
bukan kah memberi tarbiaah agama yang cukup kepada anak anak itu satu kewajipan?
kan anak perempuan boleh menjadi asbab untuk TARIK parents masuk syurga atau neraka?
biarlah aku antara yang merana,
bakal bakal bapak lain jangan ya.
Haha..ayt dh berubh beb ! cam kak tim je hak2..
BalasLelaki juga paling mudh masuk neraka bila mana mereka tidak mnjga 4 wanita y dipertanggungjwbkn sehingga mereka jd begitu.Assnya kita sling melengkapi..setiap orng ad tnggjwb msing2 trhdp org sekeliling..mmg tak bleh lari.Amar makruf nahi munkar kan.
Oh my. your writing style, is like mine. hehehe
BalasApa-apapun, wanita ramai berada di neraka namun, wanita juga paling mudah masuk syurga.
Balaspatuh ibu masuk suyrga.
patuh bapa, masuk syurga.
patuh suami, masuk syurga.
salam..
Balasmungkin, kita perlu melihat batas2 pgaulan dr konteks alam maya pla.. (chat, fb, blog, dll)
krn, rmai muslim skng, yg bla mmsuki alam maya, btsn2 tu xdjaga.
mesra2..
kntek2, yg tiada syarie.
sdang, dlm Islam, bts2an tetp prlu djaga..
krn kmudian, ia akn mmbuka ruang2 utk syaitan utk menyelit bsma.. mncemarkan hati kita
comel anak patung tu... moga dah besar sok tak jadi fitnah kepada lelaki
Balas@Doktorah
BalasSbnarnya jadi orang tu yang susah, susah sebab ada tanggungjawab dan amanah, tapi at least the rewards are amazing ;)
@Anonymous
Okey, aku tak paham tapi aku dapat ekstrak beberapa points penting. Antaranya gesaan kepada kaum lelaki untuk menjadi pelindung wanita dengan memperkasakan ilmu agama dan taqwa. betul :)
@Novelgurl
Kak Tim? oooo.. kak timah? eheeeh. So, konklusinya ialah tanggungjawab. As per my conclusion juga, ia bukan satu puhak punya duty tapi semua pihak punya bahagian dan saham2nya.
@arttorauction
Oh, ye ke sama? wah.... ada geng :)
@ArtForAuction
Betul2. Sangat setuju. Mmg teorinya begitu. Mudah2han, semua bisa amalikan apa yang diterorikan tu :)
@Anonymous
Betol betol betol ;)
A gentle reminder, for me especially. TQ
@Cemomoi
Comel. aha.. tapi anak orang tuu... bkn anak patung ;D
Assalamualaikum...
BalasComel nya ...kena jaga baik-baik...boleh jadi fitnah kepada yang otak durjana...tak kisah lah lelaki ke perempuan...memang ada yang durjananya....
tq yah..
Balas@TheBlackJubah
BalasA'ah. mesti... sama aja
@Kak Tim
Eheh. glamournya nama tu! hehe. Sama-sama ;)
assalamualaikum..
Balasdah lama tak menjenguk blog akhi..
sebelum ni ana membaca artikel akhi spt nukilan ustaz yang sudah mendalami kitab yang banyak tapi kini terasa spt akhi kembali menjadi lelaki 21thn (walaupun hakikatnya memang betul)..
moga permasalahan hati akhi dapat diselesaikan dan kembali teguh menempuh jalan dakwah ini insyaAllah...
@Ana
Balasmemang hakikatnya saya lelaki 21 tahun :) dan saya tak ada pun khatam mana-mana kitab secara betul-betul. Tapi itu tidak bermakna dakwah tidak ditaklifkan kepada saya, kan? Apapun, jutaan terima kasih atas doa dan pembacaan serta kunjungan ;)
'21thun..'
Balaspersis smgt Saindina Ali dan Usamah..
juga Sultan Muhamad Fateh..:)
"fastabiqul khoirat!!"
@anonymous
Balasapa yang 21 tahun? oh. umur saya ;)
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443