Angkat Kening Sebelah ;)

 "Oit! Comelnya!"
"Hidup ni memanglah tak mudah. Kalau nak mudah, baik tak payah hidup". Gulp... er... boleh tak quote tu saya tarik balik? hee

Tapi memang iya pun. Kalau kita nak fikir mudah atau susah, memang ia satu yang subjektif lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan nilai-nilai islam dan sudut pandang islam. Hinggakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, 'Dunia itu ibarat penjara bagi mukmin tapi syurga bagi orang kafir'.

Memanglah manusia itu... semakin tiada nilai sesuatu itu, semakinlah ia menjadi idaman. Semakin buruk suatu tu, semakinlah ia dicari-cari. Heh...

Saya nak lari sebenarnya, tapi bila dok pikir-pikir balik, lari buat apa?

Kalau nak lari dari tanggungjawab, haisshh... mustahil dapat sebab tanggungjawab itu mengejar, bukannya dikejar. Kalau kata nak lari dari pengaruh yang buruk, tak jadi jugak... sebab daripada lari, baik ubah aje yang buruk jadi baru. Ubah yang busuk jadi wangi. Hah! sembur perfume saja.

Tiba-tiba saya terasa macam tak layak untuk menulis. Ceh... kalau tak cakap pun orang dah tahu saya memang tak layak. Nak kasi nasihat kat orang, nak berkongsi dengan orang... nak itu... nak ini... er... macamlah saya ni bagus.. tapi itulah... bab-bab berkongsi ini nak atau tidak ia akan kena pada batang hidup sendiri jugak.

Kononnya nak nasihat orang... tapi rupanya orang yang memberi nasihat tu sebenarnya kena terlebih dahulu dinasihat. Betul woo!

Satu lagi yang betul ialah 'jangan kita kutuk orang yang buat maksiat'. Ceh... saya cakap ni sebab saya dah kena. Bila mana kita kutuk dengan cara yang tidak betul, maka secara automatik kutukan itu akan terpalit balik pada diri kita.

Atau lebih kurang macam ni... er.. "Kau kata macam-macam kat orang yang buat maksiat... nanti Allah akan uji kau dengan maksiat yang sama"

Kalau perlukan contoh, rasanya saya boleh sisipkan dari celah-celah. Macam isu mencuri. Orang yang menjadi penonton akan berteriak, "Ni bapak dajal ni!"... tapi alih-alih, dia pun akhirnya jadi bapak dajal kuasa dua sebab akhirnya, Allah uji dia dengan datangkan keinginan untuk mencuri pada dia.

Heh... benda hati ni jangan buat main-main. Sekejap aje boleh berubah. Sekelip mata aja ia boleh berbolak-balik. Sebab tu Rasulullah s.a.w ajar kita untuk berdoa, pohon pada Allah agar ditetapkan iman dan hati ni agar terus-menerus dalam landasan taqwa.

Hidup sebagai muslim, mati sebagai muttaqin.

Senang? Lol... kalau senang, tak adenya Rasulullah s.a.w bersusah payah mengikat batu di perut. Para sahabat (yang diredhai Allah) pun tak adanya susah payah berperang. Tapi hakikatnya memang Allah nak jadikan dunia ni sebagai lapangan ujian. Aduhai...

Saya takut sebenarnya. Bukan dengan hantu, tapi dengan diri sendiri sebab diri sendiri jika tidak diberi rahmat, hidayah dan taufik, huh... akan jadi lebih buruk dari hantu.

Kalau hantu syaitan hanya mengajak dan membisikkan kajahatan, manusia yang berkuasa syaitan pula akan membisik, mengajak dan membuat. Lengkap. Sangat ideal untuk bergelut dalam neraka.

Bukan sedikit, tapi dah ramai orang yang buat sebelah kening saya terangkat (padahal mana saya boleh angkat sebelah kening). Double-jerk!

Orang-orang yang ala-ala ahli syurga, tapi tak konsisten pula. Dahulu jadi kaki surau tapi bila sudah 'kenal dunia luar' berubah terus jadi kaki yang entah-apa-apa-entah. Evolusi yang kekal pula tu! Macam Pikachu jadi Raichu.

Haish...

Sebab tu... Allah suruh kita berdakwah. Rupa-rupanya inilah rahsia dakwah itu iaitu supaya keyakinan dan istiqomah dapat dibina, bertingkat-tingkat.

Dan akhir, orang yang kenal saya... saya beri mandat besar supaya cegah saya guna tangan. Heh... macam mana? Lantak la macam mana, tapi at least... saya taknak hanya jadi orang yang memberi sebab saya nak juga jadi selfish. Saya nak menerima juga!

By the way, dakwah tu sangat senang. Ia cuma mengajak buat baik dan ajak tinggal benda jahat. Jangan terlalu banyak buang masa dengan membuat strategi (dalam situasi saya ialah 'lari' ) kerana takut-takut masa hanya dihabiskan dengan merancang tapi habuk pun tarak. Heh... sama-sama la pikir.
                 
    
Previous
Next Post »
38 Komentar
avatar

atiqa - menarik! thanks share.

Balas
avatar

kalaulah setiap kali da masalah, asyik lari saja, percayalah takkan pernah selesai masalah tu.





first time baca penulisan Iqbal yg terasa santai -.-

Balas
avatar

alhamdulillah.. teruskan menulis..

Balas
avatar

betul2..skunk ni zaman down ker?rasenyer memang xde manusia yg perfect je sentiasa imannya..itulah perlunye mujahadah..nice article!

Balas
avatar

@atiqa-
ape yang menarik? hehe. sama-sama. terima kasih baca.


@Izzati Hasyim-
Should i call u akak? ehe... i'm younger rite? 1st time ek? menulis mcam ni lagi best. tak payah saya edit banyak2 kali.


@Ajeyy
mana ada terbaik? haha. Jap lagi saya zassss ke blog kamu pulak ye bro ajeyy!


@deeba
selagi ada orang baca. kalau lagi ramai orang baca, lagi cepat saya menulis. eheh... normal kot mcm tu


@Anon
Zaman down tu saya tak tahu, tapi kalau saya yang down, itu ye lah kot

Balas
avatar

ok.. cara penulisan anda dah bertukar sedikit.. :P

dah ala2.. tettt..

Balas
avatar

"Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 mukmin." (Az-Zariyat:ayat 55)

Pada pndgn peribadi ana means ana tak merujuk mana2 tafsir quran,ibrah yg ana dpt ambil drpd kalamullah ini adlh:

-sentiasa memberi peringatan= amar makruf nahi mungkar;sbb apa?
Allah dah jelaskan,yg peringatan itu bermanfaat bg org mukmin(dan kita adlh mukmin kan?cuma iman itu ada bertambah n berkurang,depends pada diri kita).

-dan ble dikatakan 'peringatan itu bermanfaat bg org mukmin',apa yg ana dpt simpulkan adlh,bila mana kita di dlm posisi menerima peringatan maka,terimalah..buka hati kita.

Ini sekadar pndgn ana,ambillah apa yg baik,yg kurang jadikan sempadan.
Kata2 ALLAH(ayatul quran) dan hadis Nabi itu bisa menyentuh hati manusia,Subhanallah!

Wallahua'lam.
Ana suka gaya penulisan yg sebelum ini namun begitu,tidak salah utk gunakan gaya santai or sempoi,asalkan masih memelihara kemurniaan islam itu.

Jaza' ALLAH wa asifah 'ala kulli hal.

Balas
avatar

apa yang kita takuti itulah yang patut kita hadapi... baru kenal siapa diri kita sebenarnya...

Balas
avatar

sama2lah kita saling ingat-mengingati..manusia tu tak sempurna kan..

Balas
avatar

Memang hidup ini tidak ada yang mudah.Allah suka jika kita merayu kepadanya.La haw lawala kuwata illa billa hil aliyilazdim.

Balas
avatar

Alhamdulillah.

Perkongsian yang sangat indah Iqbal.
:)

Balas
avatar

بسم الله الرحمن الرحيم

assamualaikum w.b.t
ada seorang kakak pernah sampaikan:

jadi, duhai habibi
berhenti bersedih dengan dirimu
dakwah ini terlalu kuat gelombangnya untuk ditempuhi sebegitu
kamu harus tegas
kuat dan semangat!
kalau tidak ketewasan akan menanti kamu
jangan lagi memberi muka pada kelemahan kamu
usah berdolak dalih dengan keadaan, bertegas!
kita tiada masa percuma untuk melayan duka nestapa yang bertimbun-timbun..

wallahua'lam..
Moga Allah redha..
Jazakallah..

Balas
avatar

@naimul firdaus
Jadi apa ya? Wah... mcm banyak pulak yang jadi. haha


@fatin liyana izati
Macam apa? Meh... habaq mai sini.


@Mujtahid Solehah
Terima kasih atas komentar. Akan diperbaiki dari semasa ke semasa.


@ibuhidayahamin
Satu lagi kata-kata hikmah! wah~ terima kasih. Yet, it's very true too~


@najihatussolehah
kesempurnaan orang lain boleh digunakan untuk menutup kecacatan orang lain, begitu? hee


@TheBlackJubah
Dan itu juga akan semakin dikerapkan. Siang jadi singa, malam kena jadi tikus :)


@Latifah
Sama-sama. Tak indah mana pun...

@Anon
Oh. kata-kata indah. Mesti akak tu pandai bahasa, dan dikurniakan hikmah yang tinggi. Terima kasih kongsi-kongsikan.

Balas
avatar

:):):):)

alhmdulillah syukuurrrr.

Balas
avatar

salam,

tuan rumah x jadi lari ek?? Alhamdulillah.. moga thabat di jalan dakwah. jadikan setiap ujian sebagai penaik semangat untuk terus berjuang di jalan Allah. Allah akan uji kita dgn apa yg kita cakap. tapi kenapa perlu takut? Allah kan ada..

Balas
avatar

eh. penulisan iqbal kali ni lain sikitlah. lebih santai nampaknya. memang nak tukar cara penulisan ke? :)

Balas
avatar

x berani nak kutuk maksiat, sbb saya takut saya buat jugak 1 hari nnt.. huu.. :(

Balas
avatar

suka post mcm ni! ^_^ yeah~
biasanya Akh, kalau post mcm ni gaya berbual dgn pembaca, lebih dkt di hati pembaca (pandai2 pula, ha la psikologi, phsycho org guna tulisan, sy sgt suka phsycho org)

hidup mmg x mudah...dunia tempat ujian..jadi mmg diuji..kerana life is to solve problems dan life meaningless without problems, sbnrnya xdk masalah x sedap, senang je sentiasa, lps dpt lepasi yg pahit, kemanisan tu benar2 terasa

na'am Akh, soal hati jgn main2, kita ckp dkt org, nanti mende tu akan balik dkt kita baru tahu. hati kita dipegang Allah, sekali Allah uji kita dgn mende yg kita ckp dkt org, haa

Akh tolong jgn lari, ramai yg perlukan Akh di sini. tapi kalau nak lari juga, lari kelling pdg dah la Akh, sihat pun sihat

(dulu silent reader, lps tu pembaca setia, lps tu byk bicara, lps ni x tau jadi apa)

p/s: Akh, comelnye lukisan tu! >_< *pengsan* (adik yg tepi ni pun kata comel) *bgn balik* comel sangat, Akh dpt mana. jgn ckp Akh yg lukis...

Balas
avatar

dlu sy slalu tfikir, knapa orang tu tak down2 lg. padahal kita dah separuh penah try istiqamah, tp ble baca artikel ni, betul la. sbb orang tu bdakwah. bila kita ada orang yang kita serukan ke jalan Allah, automatiknya kita pun akan ada semangat yang luar biasa. teruskan bdakwah. moga Allah bantu :)

Balas
avatar

@an0n-
Alhamdulillah ;D


@light of happiness
mana ada saya lari. saya cuma bercuti. haha. picnic dalam dunia sendiri. menarik bukan? heh... saya je tahu anyway. Btw, saya dah yakin betul... kalau takde orang, Allah tetap ada. Why and what to worry~


@Najmah A. M
Takde pula terfikir macam tu. tapi kita sama-sama tengoklah what will happens next yee


@Faina
Itulah... jadi langkah terbaik ialah cegah orang dan suruh orang cegah kita :D


@Syaqatul Wardah
ahaha... wah. banyak betul kata-kata hikmah ya, tapi betul la... life is meaningless w/o a test. ececeh. Tapi saya tak lari la.. saya cuma... cuma... er... cuma berehat cari tenaga. Dan pasal gambar tu, tu gambar saya curi dari deviantArt. Manalah saya reti lukis comel2. lukis hantu setan retia la (sbb hantu setan kan buruk)

Balas
avatar

@fArhana
U got my points! *clap*

Balas
avatar

Salam ziarah...
masa baca entry ni tangan tengah pegang buku HLovate... Memang perasaan ja ke atau gaya bahasa kamu ada dipengaruhi penulisan dia...apa2 pun, seronok baca=)

-Musafir kehidupan...

Balas
avatar

Heh..

kali ni tak skema sangat penulisan heh

saya paham apa yg ingin disampaikan. Dakwah. Hati. Iman :)

Balas
avatar

@musafir kehidupan
Heh... wait for another week pass by. Tengok la macam mana. Kekal begini atau macam mana.


@Mr IQ
Sama-sama-sama-samalah kita


@Saya Baik
Oooo... selama ni skema lah ea?

Balas
avatar

Setiap manusia akan berubah. Jika itu adalah yang terbaik..."change for good is not a crime, after all~"^^

Balas
avatar

Akak? Saya baru 21 dan saya tak tahu umur Iqbal. By the way, mohon maaf andai saya hanya menggunakan nama sahaja sedangkan Iqbal lagi tua dari saya. -.-

Balas
avatar

@musafir kehidupan
Wah... ni quotation mahal ni. simpan2. hehe


@Izzati Hasyim
Hehe.. ni contoh taaruf yang tidak sukses. Maaf. kita sebaya upanya. sama-sama 21 tahun :D

Balas
avatar

patutnya bila nampak orang yang kurang baik dari kita dari segi tertentu,
try timbulkan rasa nak kawan dengan dia, timbulkan rasa curious nak tau dia ni bagus tang mana.


boleh dak?
heh heh hheh

Balas
avatar

Akh boleh teruskan tulis mcm ni, atau tulis mcm gaya yg sblmnya, mungkin melihat kpd situasi ^_^ sbb xkan entri berbicara mengenai kematian nk buat gaya post ni. betul x Akh. tapi apa2 pun saya akan tetap baca entri Akh, go, go Akh >_<

byk kata2 hikmah, sbb suka psikologi, saya suka psikologi dan ada juga cita2 nk jadi kaunselor remaja / perkahwinan ^_^

oo..devianArt, nanti nk cari gambar situ gak la

p/s: apa2 pun kak Zati dgn Akh Iqbal lebih tua drpd saya ^_^ ehehehe, bukan tua, byk mkn garam, byk pengalaman, jd byk yg sy boleh belajar

Balas
avatar

Oh, baik. Jadi adil la saya memanggil nama sahaja.

(=

Balas
avatar

@matadore
Boleh kot lagu tu. tak susah sangat pun nak jadi kawan sbb nak jadi lawan lagi susah, tapi aneh... ramai yg nak jadi lawan kpd geng2 MSC ni. er.. bukan2 MSC tu minah-saleh-celup *mula merapu*. Maksud saya, jadi kawan kpd geng2 yang kebanyakan :)


@Syauqatul Wardah
Lepas ni saya tulis bahasa yang saya sorang saja paham. hehe.Kat deviantArt, banyak gambar2 chanteekk ;)


@Izzati Hashim
Yes. Fair and square ;)

Balas
avatar

ada yang dok kata,, dakwah banyak yang tak berhikmah,,, tak suka direct2.. lebih bagus dakwah melalui vlog..
x sakit hati..
Ahhh.. alasan betul.. dakwah tak kira la macam mana pun.. ini nak angkut sikit nak tinggal sikit,
nak dengar sikit nak tolak pulak yang lain.. pening~

Balas
avatar

Hehe, betol2 sgt la betol. Saya pon kadang2 ad je nasihat dlm blog tp ye la kan diri pon kena la terlebey dulu diperbetulkan huu. Tapi apa2 pun rasanya tak salah utk saling igt mengingatkan, ye x? Sebab manusia ni mudah lupa, memang sifat azali, so saling mengingati tu perlulah hehe

Btw, nice article nih.. ^^

Balas
avatar

@misz sakura
Ahaaa... kiranya artikel ni mewakili banyak orang la kan? hihi. Thanks for reading an comment. *tunduk hormat*

Balas
avatar

@mira nas
Vblog~ ahaaa... trend baru, tapi tetap diperlukan juga bahan bacaan. Tak apa, kita sokong je semua2 yang baik. No bias ;D

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443