Hey! Sapa kata orang yang sedang mahu exam tak boleh menulis? Saya boleh je. *ketawa* Sebenarnya otak ni dah tepu dengan segala mak nenek pasal avionics. Daripada HSI, EADI, ASU, ECAM, HF, VHF, UHF, LOS, glide slope, localizer, antenna......*nak muntah*
Stop!
Boleh kita mula? *semua angguk*
Dalam artikel yang lepas, saya membuat konklusi bahawa tidak wajar kita berlebihan mengkritik orang. Tetapi, itu bukan dalil menyatakan bahawa manusia tidak boleh dikritik. Cuma yang ada ialah pada perbuatan memfitnah atau membatu apikan manusia. Hah.. itu memang berdosa.
Saya nak mengkritik siapa? Heh... nanti saya cerita.
Kalau di Palestin, kita sedia maklum akan kewujudan dua gelombang besar iaitu Hamas dan Fatah. Satu tidak sekular dan satu lagi sekular. Tak jauh dengan Malaysia, kita ada dua radiasi yang kuat. Biru dan hijau. Satu yang 'gitu-gitu' dan satu lagi yang 'gini-gini'.
*ketawa* Heh. saya tak mahu cerita apa-apa pasal dua parti politik yang berseteru kuat ini. Tetapi saya mahu bercerita tentang pegangan saya.
Dengan ini, saya mahu kalian jelas bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Saya hanya sokong islam. Dan hanya itu.
Abes tu, kau tak mengundi?
Haisshhh... benda tu kan rahsia! *ketawa* tapi begini pandangan saya. Dalam hukum feqah, jika datang dua kemudaratan, maka wajib ambil mudharat yang paling kecil. Heh... sila ijtihad sendiri guna akal dan iman.
Stop! Saya benci politik! Saya cuma cintakan siasah islamiyyah. Noted?
Dari kaca mata lelaki 21 tahun (saya lah tu), saya jadi terlalu muak dengan politik malaysia. Kiranya mirip benar dengan politik orang asli di lautan sana. Kenapa laut bukannya hutan? Kerana orang asli pun lebih bijak berpolitik. *ada maksud tersirat ni*
Selepas satu fitnah, datang lagi fitnah yang lain. Masyarakat kacau bilau. Remaja merendek tiada siapa peduli. Remaja membuang masa, tiada siapa cakna. Remaja terkinja-kinja di jurang zina, tiada siapa ambil kisah. Nah! orang buang bayi, baru kita nak marah sedangkan orang bercumbu di sebelah kita, kita buat tak nampak?
Ops! It's not politic!
Why not!!! It's politic! It's upon the duty of the government to solve these problems!
Goverment sahajakah? Only them? *angkat kening sebelah*
Nope! Itu tugas semua, tetapi kekuasaan itu ibarat kunci dimana seorang pemerintah itu bisa saja membuka seluas-luasnya pintu maksiat ataupun bisa saja dia menutup serapat-rapatnya pintu itu. Wallahua'lam. Tak nak komen banyak-banyak.
Saya neutral. Saya tidak fanatik dengan mana-mana parti. Saya cuma sokong orang yang buat apa-apa yang membuatkan Allah suka dengan kita. Mudah-mudahan, saya dapat tempias dan Allah juga akan suka dengan saya.
Ni... Saya nak kritik geng hijau. Itupun jika diberikan. Dan saya tahu, ada ruang untuk saya menulis sesuatu yang saya yakin ada kebaikan buat jemaah itu.
Salah satu ciri-ciri dakwah Rasulullah s.a.w yang sejati ialah mengajak kepada Allah. Saya ulang, mengajak kepada men-tauhid-kan Allah hingga tiada lagi dirasakan makhluk itu hebat selain hanya Allah s.w.t sahaja yang hebat. Rasulullah s.a.w tidak mengajak kepada satu-satu kumpulan atau jemaah tertentu, tetapi baginda mengajak kepada islam.
Bagaimana jika saya katakan bahawa saya dikelilingi oleh orang yang lantang bersuara? Heh. orang muda-muda saja, bukan tua-tua bangka. Orang muda banyak silap kerana itu... teguran ini hanyalah buat orang yang tersilap- bilangan yang sangat minima.
Jika kita sama-sama perasan, sesetengah manusia itu mengajak kepada membentuk negara islam. Wah!!! saya sokong tapi tidak 100% melainkan lebih 5%, menjadi 105%. Ini adalah kerana negara yang meletakkan perundangan islam sebagai yang tertinggi dan redha Allah sebagai yang puncak adalah kewajipan setiap yang ada mata kepala dan akal. Saya dan kalian ada share untuk mendirikan negara yang begitu.
Sudah diberitakan bahawa 'jemaah hijau' ini berminat untuk mendirikan negara islam, tetapi saya aneh... jika benar ada matlamat mereka kepada itu, mengapa ramai antara ahli yang tidak mencapai standard piawaian seorang pendokong islam?
Ada yang mencarut tanpa selindung. Ada yang bercakap buruk. Ada yang kerja nak pukul orang aja. Ada yang... *Stop!*
Itu cuma dilakukan oleh segelintir manusia dan bilangan mereka sangat kecil.
Tetapi jika dilihat lagi sekali, apa yang benar-benar islam buat dan Rasululullah s.a.w buat ialah 'yatlu alaihim aayati' iaitu membacakan kepada mereka al-Quran.
Maknanya?
Tarbiyyah!
Itu! Jelas bukan? Islam tidak meletakkan Z selepas A. Tidak juga C selepas D. Jangan skip. Jangan terus tekan throttle penuh. Jangan terus nak take-off sahaja. Kita kena juga semak benda-benda asas. Minyak cukup tak?
Macam mana enjin nak fungsi kalau minyak tak cukup? Sama! Macam mana nak berjuang jika kefahaman terhadap apa yang diperjuangkan itu tak seperti yang sepatutnya. Deyy.. macam mana?
Sebab itu, kita boleh lihat di zaman ini... sistem kewangan islam dah wujud. Syabas dan alhamdulillah! Tetapi mengapa masih ada yang bermain dengan riba? Kita juga lihat bahawa kilang-kilang melata di Shah Alam. Jika tidak kilang, construction site pun banyak, tetapi kenapa masih ada orang islam yang kerja di ladang arak tu?
Kita juga lihat bahawa Astro Oasis ada, tetapi kenapa masih ada yang tak rasa bersalah layan AF sambil terjerit-jerit?
Hah. Siapa nak bagi jawapan?
Saya akan katakan, jawapannya ialah kita belum faham Quran. Belum!
Firman Allah dalam ayat 57 surah Yunus. "Al-Quran itu penyembuh penyakit dalam hati".
Kita tanya orang-orang yang buat dosa, sebab apa mereka buat dosa? *tanya diri sendiri sebenarnya*
Jawapan yang akan kita perolehi ialah antaranya, "Kami tidak merasakan apa-apa"
Heh... dalam kumpulan hadis 40, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa 'jika rosak hati, maka rosak segala'. Dan dicantum dengan ayat 57 surah Yunus, satu hipotesis dapat dibuat.
"Jika teringin nak ubah sesuatu kaum (seperti dalam ayat 11 surah 13) maka BENDA PERTAMA PERLU DIBUAT IALAH MEMBERI TARBIYYAH berupa isi-isi dan pengajaran al-Quran"
Nah! Itulah yang kamu perlu buat sebelum kamu menyeru, "Jom dirikan kerajaan islam", "Jom kembangkan ekonomi islam" atau "Jom perkasakan pendidikan islam"
TETAPI, seru tetap kena seru. Ajak... tetap kena ajak. Pun begitu, keutamaan disini ialah memberi pengertian dan pengajaran (Yatlu alaihim ayatihi atau mengajarkan keatas mereka) isi-isi al-Quran.
Sebab... nanti orang jadi tak faham, keliru dan blurrr =.=
Kenapa perlu ekonomi islam?
Kenapa kena ada politik/negara islam?
Kenapa kena ada sistem pendidikan islam?
Last! kalau kita perasan, 10 tahun dakwah ar-Rasul di Mekah, semua berkaitan tauhid. Belum lagi datang perintah solat, zakat, tinggalkan arak, jauhi zina, berjilbab etc. Dan ini boleh dilihat melalui ayat-ayat Makiyyah (kebanyakannya pada juzuk 30). Dan selepas hijrah, (13 tahun kemudian) barulah turun perintah-perintah dalam agama. Kerana apa?
Kerana masa tu iman sahabat dah mula kental. Samalaa! Kita sibuk ajak orang bangunkan islam, tetapi macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Orang tak faham islam lagi, macam mana mereka nak perjuangkan islam? Orang tak kenal Allah lagi, macam mana mereka nak patuh Allah?
Dan....
Boleh sahaja al-Quran turun terus sebagai tulisan dan manusia membacanya, tetapi Nabi Muhammad s.a.w diponta untuk 'membacakan kepada mereka' yang mana maksudnya ialah menerapkan pengajaran itu biar ia terpahat betul-betul!
Lepas ni jangan ajak saya ke ceramah mana-mana parti politik sebab saya neutral dengan perjuangan parti. Tetapi, ajaklah saya mendaki gunung meredah belantara untuk belajar ilmu agama kerana benda tu akan kuatkan iman saya kerana ia ialah 'minyak' bagi 'enjin' saya.
Maaf jika ada pihak yang terguris. Sebarang komen sangatlah dituntut. Saya kritik untuk kebaikan semua, bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Saya sokong islam, walau mungkin saya tidak sokong parti. Tapi jangan risau, saya tetap akan mengundi untuk PRU nanti. Siapa yang lebih amanah dalam berkuasa, dia layak menerima undian saya. *ketawa lagi*
Apapun, saya mohon maaf lagi sekali. Jika tidak bersetuju dengan saya, tidak apa-apa. Jika rasa pendapat saya ada masuk logiknya, maka sebarkanlah artikel ini.
36 Komentar
baca yang Akh Iqbal tulis ni, saya lebih faham sikit politik...=="
Balassaya x brp minat politik tapi xboleh..politik pun sebahagian drpd Islam..
matlamat biar betul...bukan sokong kerana parti itu tapi perjuangan dlm parti tu biar betul..niat..
bila org di dalamnya betul dan benar tarbiyyahnya, maka segala apa dibawakannya benar..
lihat tujuan apa..betul2 nak perjuangkan Islam atau benda lain...baru bersatu..
p/s: betul ke saya komen ni Akh, ni je setakat yg saya faham..==" x brp politik ni..tapi suka dgr org ckp ^_^ dgr pendapat org nak tingkatkan pengetahuan dn kefahaman
politik lg???huh....PRU lak??haish....pilih yg terbaek tok agama bangsa n negara....=)
Balasthumbs up!!
BalasPolitik dan agama tidak boleh dipisahkan. belia cinta politik, beliau akan bawa perubhan, belia abaikan politik sekadar menerima apa yang disediakan samaada baik atau buruk.
Balassetuju, dalam satu-satu jemaah mungkin punya ahli yang sebegitu. bagi ana, lihatlah pada perjuangan jemaah itu sendiri. jangan salahkan jemaah, tp salahkan ahli.
Balastarbiyyah, siasah dan dakwah adalah medan perjuangan dalam pas itu sendiri. tarbiyyah ahli sentiasa berjalan, apa-apa pun sikap ahli itu sendiri menyumbang kpd kegagalan sesebuah organisasi atau jemaah itu sndr.
bagi ana, semua jemaah punya peranan masing2. NGO sumbang dalam bentuk lain. parti politik sumbang dalam bntk lain.
wallahu'alam.
@Syauqatul Wardah
BalasKonklusi yang kamu buat tu sangat bagus :) memang! Jangan sokong kerana parti tetapi sokong kerana matlamat. Nanti jadi fanatik.. susah sebab nanti tak boleh menerima kritikan dan nasihat orang pula!
@ana farhan
Yeahh!! Tahun depan mengundi (tahun depan kan?)
@mawaddah
Thumbs up balik ;P
@al-Qassam
Betul-betul-betul-betul :)
@anon
Balasterima kasih atas komentar dan konklusi yang dibuat :)
salam ziarah :)
Balassaya amek tahu daripada kedua-dua belah pihak sebab saya suka membaca surat khabar ^^
saya juga dikelilingi oleh orang2 yang menyokong banyak pihak. jadi, secara tak langsung, saya memerhati dan memikirkan setiap pandangan dan realiti semasa.
insyaALLAH, saya juga tak nak terlalu berpumpang-pumpang (baca: terlalu heboh @ kecoh) dengan politik ini sebab kita hanya manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan.
yang penting, mohon Allah beri kita kelapangan dada dan jauhkan kita daripada fitnah akhir zaman yang semakin hari semakin menakutkan.
jazakallah jiddan, akh, sudi berkongsi mengenai politik.
satu sebab untuk kita berfikir dan menimbang mana baik mana buruk. insyaALLAH.
alhamdulillah, lancar akh menulis. tahniah!
Balastentang politik, saya hanya boleh cakap dan beri pandangan dengan sahabat2 halaqah. belum berkebolehan menyusun ayat dan menulis seperti akh.
moga ALLAH sentiasa dalam gerak kerja setiap dari kita.
jazakallah akh.
yeah ! undi3 !! undi anda adalah rahsia..haha.
BalasMatlamatnya tiada dlm tingkh laku tak ada pd keadaan tp hanya pada nama hiaa~
parti politik itu sekadar wasilah.
Balaskerana keterbukaannya itu banyak jenis orang yang ikut serta, jd tak hairan ada macam-macam jenis orang.
zaman sekarang bukan lagi zaman makkiyah atau madaniyyah, pembangunan kefahaman dan negara itu perlu digerakkan seiring. saya rasa saudara juga faham, kalau nak tunggu semua faham islam, bila boleh tertegak negara islam?
satu lagi, saya perasan juga sebab wujudnya yang hijau itulah ngo2 islam boleh bergerak. sebab adanya mereka di dalam parlimen dan dewan rakyat untuk memelihara islam dan menabur fikrah islam itu sedikit demi sedikit. bayangkan kalau semua dalam tue(parlimen) sekular2 belaka. bimbang pula apa yang berlaku.
apa-apa pun, kita cuma perlu bersabar dan menunggu saat kebangkitan islam. tak menyokong parti itu tak apa janji sokong perjuangan islam. itu yang lebih utama.
@iqbal
Balashujung tahun nih rase nye....
Pabila Iqbal berpolitik sekali lagi.
Balas(=
Bagus2, boleh buat org baca dan harapnya sesiapa yang membaca ni buka minda. Bukan hanya menerima tapi sama-sama berfikir tentang apa yg diperkatakan.
cuma, apa yg saya terfikir. Zaman sekarang bukan zaman Rasulullah yg ketika itu zaman yg mungkin mudah utk ditarbiah sorang2, utk diberi kefahaman sorg2.
Tapi skrg ini, kita berada di satu zaman yg semua org cukup tahu terlalu sosial, terlalu ramai yg lebihkan hiburan.
Sebab bagi saya, mana mungkin akan tertubuhnya negara Islam yg memg betul2 Islam andai kata nak tggu seorang demi seorang faham tentang Islam itu sendiri.
Sebab tu dasar utk membangunkan Islam yang dilaungkan oleh pemimpin jemaah hijau itu skrg. Dan dlm pada masa yg sama sy rasa ada pengajaran & tarbiah yg dibawa oleh mereka yg nak menegakkan negara Islam itu sendiri.
mana kita tahu, mungkin itu lagi bagus kan?
lagipun semua itu hanya wasilah dan apa yang kita nak hanyalah ISLAM.
dan setuju dgn apa yg Iqbal katakan, yg penting pengertian dan pengajarannya. Nak suruh org pandai mengaji Al-Quran, kenalah ajar mengenal huruf dulu kan?
(=
Saudara iqbal, baru2 ni saya ada baca sebuah buku yang mengulas tentang politik islam. saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara. saya nak tambah sedikit info.
BalasBerpolitik telah dipesongkan maknanya sebagai menyertai mana-mana badan politik untuk ikut serta dalam pilihan raya. Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana-mana parti dan ikut serta dalam pilihan raya yang berlangsung beberapa tahun sekali. Kemudian, samada dia menang atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa sahaja, itulah orang yang kononnya dikatakan berpolitik.
Sebenarnya erti politik itu dalam bahasa Islam (Arab) ialah 'siasah'. dalam kamus, istilah siasah diertikan sebagai ilmu pentadbiran. dengan kata lain, politik itu ialah mentadbir.
Atau boleh juga dikatakan politik ialah memikirkan bagaimana hendak mewujudkan segala aspek pembangunan yang berkaitan dengan manusia, sama ada pembangunan insaniah mahupun pembangunan material. Juga untuk membina ukhwah dan kasih sayang antara sesama manusia kerana ukhwah dan kasih sayang itu adalah asas kemakmuran.
Dan juga, pembangunan yang sudah dapat diwujudkan itu, dijaga dan diurus agar dapat dipertahankan dan kekal serta kalau boleh, diusahakan supaya terus berkembang maju. Supaya dengan itu berlakulah perkembangan tamadun rohaniah dan material dalam hidup manusia yang hasilnya memberi manfaat luas serta membawa berbagai-bagai kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Terutama mewujudkan kasih sayang, supaya masyarakat aman harmoni.
Demikianlah mulia dan hebatnya apa yang di istilahkan sebagai politik atau siasah dalam Islam.
-perindu kebangkitan Islam
salam..saya tak sempat baca habis lagi ni, nanti dah habis baca saya komen semula.
Balashehe..
er, tapi nak jemput tuan blog baca preview blog anda di blog saya dalam artikel terbaru.
harap dibetulkan jika ada salah.
salam.. us.. wlau mcm mna pom prangai org tu,, wlu mcm mana pom care dia mntarbiah@menegur org.. dia ttap PENDOKONG islam.. bkn stakat menyokong... cara tu tgk pade situasi skrg us.. tgoklah.. tgur kasar maroh,, tgur lmbut naik ats pale..mmg ad ayat quran kate tgur bilmau'izotil hasanah.. tp ikut waqi' jgok leni us.. 'ala kulli hal gua nmpak us ni mcm menolak politik je.. sikit la..cm xminat gitu.. 1st impression psl blog ni ok.. nasihat2,,psl islam,cinta,, sume ok.. tp bila msk je bab politik..aduh,, napok mcm xadil gitu..xthu la..susoh ah gini.. lbh2 lg mahasiswa..sgt rugi la..pdhal islam ni mrangkumi semuanya.. anyway makasih la utk entry2 sblm ni.. bagus2..truskan menulis ye.. qulil haq walau kaana murraa...:)
Balas=_=' tak minat dgn politik..tapi,kdg2 suka juga ambil tahu..huhu
BalasIslam tidak hanya melihat hasil tetapi juga proses untuk mendapatkan hasil...wallahua'lam
assalamu'alaikum warahmatullah,
Balashanya sekadar pendapat yang biasa untuk ditaakul bersama. sememangnya kita semua teringin untuk melihat islam itu kembali - rindunya kita pada rasulullah salallahii alaiwaassalam, dengan adanya kebangkitan islam di akhir zaman ini, insha Allah, digerakkan oleh kepelbagaian jemaah yang bersatu, umpama satu jemaah hajj di makkah yang berpakaian serba putih tanpa mengira warna kulit, rupa mahupun keturunan, status kendatipun pangkat yang tekun mengharapkan redha Allah pada musim yang indah - bagaimana untuk faqih? bagaimana untuk thiqah? bagaimana untuk tabligh? dan bagaimana untuk wasatiyyah? jangan fikirkan bagaimana nak mendapatkan siasah islam dalam negara kita tapi fikirkan bagaimana nak mengamalkan apa yang telah kita pelajari dalam apa-apa jua majlis ilm' yang kita hadiri, bayan-bayan yang kita dengari ataupan akhlaq yang kita perhatikan antara kalangan kita kendatipun sedikit sahaja, asalkan ianya boleh dimanfaatkan dan berterusan. misalannya, penerapan konsep aurah dalam kalangan an-nisa' dan ar-rijjal secara istiqamah dengan ilm' untuk nukleus terdekat kita: keluarga.
apa-apa pun dengan ilm' - dalam sura' al-alaq, perkataan pertama, iqra' (bacalah!). apa yang dimaksudkan amalkan dengan ilm' - kita menpelajari apa yang kita tidak tahu @ lupa melalui khuruj kita selama sekian-kian hari (3H, 40H, 4B) dengan ulama' @ mereka yang alim (mengetahui) dalam sesuatu kawasan. untuk mengubah sesuatu yang sekular @ suasana jahil, kita perlukan ilm'. untuk memilih, kita perlukan ilm'. untuk menapis, kita perlu ilm'. untuk bertahan @ kebal, kita perlu ilm'. penjajahan melalui ilm' sekular adalah satu perkara yang melanda kita kerna penjajahan lampau. kita tidak boleh mengubah siirah, namun kita boleh mencorakkannya kembali mengikut acuan islami kita. bagaimana mengintegrasikan ilm' islam dalam lapangan sekular? Insha Allah, kita boleh menasihati@menegur pemimpin-pemimpin secara berhikmah, terpulang dengan penerimaan mereka. yang penting, politik 'tahi' perlu dihentikan - saya neutral. ditto
syaitan/iblis paling takutkan hamba-hamba Allah yang faqih dalam ilm' islam berbanding dengan ahl ibadah - marilah kita sama-sama menambah apa yang kurang ataupun mengingati kembali apa yang kita pelajari dan mengamalkannya secara konsisten dalam tiap diri kita, insha Allah. dengan ini, Islam pun akan kembali bangkit!
hpA: harap pada Allah. Islam itu fleksibel malah indah sekali! setiap aturan ayatullah mahupun assunnah, ada hikmah tersembunyi.
waallahualam.
assalamu'alaikum warahmatullah.
apa yg nak diulas, kebanyakannya sudah diulas oleh komentar2 di atas. =)
Balasjust nak betulkan ejaan sikit,
'diponta'-baris ke2 dalam perenggan 4 terakhir..
**tiba2 pulak komen pasal ejaan. maaf**
@zulaikha
BalasSaya tak suka baca surat khabar. Hehe. Bosan tengok politik. saya cuma baca sukan~
Tapi saya tak lupa, kita ada tanggungjawab dalam menentukan hala tuju negara kita.
@Firas
Wah. lancar ke? saya rasa macam tak kena pula menggunakan ayat santai utk artikel semacam ini =.=
@Mastura (novelgurl)
Betul :) jalankan tanggungjawab kita menentukan hala tuju negara
@Anonymous
Komen saudara/saudari benar! Kemasukan aura hijau ternyata banyak memberi impak positif. Saya setuju bab itu, dan sokong benar penyataan saudara/saudari tadi. Terima kasih.
@ana farhan
Ye ke? saya belum mendaftar =.=
@Izzati Hashim
Betul. kamu banyak membuka minda saya. Bukan kamu saja, si 'tanpa nama' diatas juga. Semua ini perlu seiring, dan saya memang menggesa ia seiring! ayuh anak bangsa!!
@anonymous (lagi) hehe
Wah. tahniah atas perkongsian yang baik ini :)
@hamba Ilahi
Terharu sangat-snagat ni sebenarnya. Huhu =.-
@keropok lekor
Hehe. saya ambil masa yang lama juga untuk faham. rupanya 'us' itu stands for 'is', iqbal syarie. kan? hehe. Thanks. jzkk utk komen :)
@Nazihah
betul :) al-zumar ayat 3.
@humairah
terima kasih. Saya setuju, seratus pesen :)
@kasturi jiwa
komen je apa-apapun. ia membantu saya ;)
nanti iqbal jadi YB, kita undi dia ja. hee~
Balas-azizi- macamana plak dengan kata cara zaman rasulullah tak applicable zaman ni sebab rasulullah berurusan dengan orang non muslim dan kita dengan muslim...???
Balas@ameen muslim...lallalaa
@anonymous di atas
Balasbukan tak applicable tue rasanya. tapi zaman Rasulullah dulu dakwah dijalankan berperingkat. 13 tahun di Mekah proses pengukuhan aqidah umat. 10 tahun di Madinah, Islam dilengkapkan dengan hukum, perundangan dll.
Maksud tak sama tue adalah zaman kita sekarang tak ada isu dakwah makkiah or madaniah sebab Islam tue dah complete. jadi proses pengukuhan aqidah masih perlu dan pd masa yang sama yang lain-lain pun perlu digerakkan juga.
adeh! us tu shortfrm utk ustaz laa.. xkn la stiap mse silap tekan keybod..g pekan sambil b'amal,, renung2kan & slamat b'amal.. :)
BalasAssalamualaikum Iqbal,
BalasSaya dah tulis dengan panjang lebar tapi tak dibenarkan PUBLISH.Jadi saya tulis di blog saya. Sila singgah.
kita sama... kata spr kita atas pagar, kata orang kita lalang... tapi kita lebih dari itu...
Balaskita terbang tak berpijak di atas tanah seperti lalang. kerana itu kita dapat lihat betapa kecurangan di mana-mana... andai kita jatuh di jurang curang, kita tak bole biar jatuh sama terbungkang, andai kita jatuh di lembah subur kita tak patut terkubur dalam hibur
kitalah pengkritik eh! pengingat sebenarnya
haish....harus daftar tuh...huhu....kat mane2 post office pun blh....ana pun rgstr time blaja kat jengka dulu...=)
Balashaish....harus daftar tuh...huhu....kat mane2 post office pun blh....ana pun rgstr time blaja kat jengka dulu...=)
Balas@Normen
Balasaikk... siapa yang bakal jadi pemimpin ni? *tersirat*
@Anonymous
saudara kita, arif al-bagani sudah menjawab.
@arif al-bagani
Terima kasih.
@keropok lekor
Ooooo =.=
@the black jubah
Eh? ye ke? siapa yang tak benarkan? uhuhuh
@cemomoi
wah! ni sastera punya kata-kata ni. ayat bangsawan ni. Hehe. tapi ada mesej :)
@ana farhan
Ohooo.. okey. akan :) bila nanti dah cukup 21
perkongsian yg menarik
Balas(Camne sy nak jadi penuls yg baik macam saudara?)
syukran... mohon copy and baca...
Balasps: suka tengok gambar kartun tu...hehe..
@mr IQ
BalasTerima kasih. Saya bukan pandai menulis. Sungguh, ini hanya ilham daripada Allah. Saya tak ada apa-apa rahsia
@Pelunjur Islam
Terima kasih :)
nice entry cuma gmbar tu...huhu. Tergelak tengok Superman pakai seluar kecik kat luar, pastu makhluk2 lain tu..semuanya pakai ketat2. Kurang afdhal pakaian tu utk bersolat. Hee
Balastula orang2 mcm kau ni la yang kene bangkitkan daulah khilafah ni, so try cari alternatives lain selain politik untuk martabtkan Islam k.. one more thing politik itu penting coz kau dah dudukkat malaysia bukan kat Rusia ..noted? mase depan kau hanya bole bahagia jika kau pilih sistempolitik yg betul dan telus.
BalasAssalam.
BalasMungkin ada benar kata-kata akhi. Antara akhi dan jemaah politik tu, ana bersikap neutral. Ana tidaklah menyokong kritikan akhi dan tak juga menyokong perbuatan buruk jemaah tu. Benar, qudwah hasanah itu penting. Cuma sekadar perkongsian, based on this post, do you want to consider, "Perbaiki diri DAN serulah orang lain". Ada sebabnya "DAN" digunakan instead of "KEMUDIAN". Kita bercakap dari konteks kita sbg pemerhati politik iAllah. :)
Wallahua'lam.
hmmm..ad btul nye yg kamu ckp tu, byk yg btul...skang ni, mslh snmrnya dtg dr umat kita, kita yg xbrsatu, lau kita ckp elok2, bincang elok2, duk sama2, prngai pn elok, ikhlas bg nasihat, xde kata mengata, xde ftnah memfitnah, avoid kata2 kesat, insyaallah, kita leh gah sbg negara Islam... nk naik, xpyh gna caci maki, xelok u anak muda cos skang ni, mcm2 yg kuar dr mulut dorang espcly t fb, dh la yg duk kata tu geng2 yg kata dorg hijau, xsesuai la ka? cmne org nk ikt... so, trbiyah dri dlu, semai dlu iman dgn baja yg trbaik... UMAT ISLAM PASTI BOLEH...biru hijau lau gabung jadi lawa kot, sma2 ad klbihan, sama2 ad kekurangan...insyaallah...pkir u agama, bkn pkir u kita je...
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443