Bedah Buku: Jaja & Din

Bagaimana manusia boleh diubah oleh tulisan? Jika saya, saya akan menyatakan bahawa ia adalah suatu yang benar. Saya yakin, bahkan saya sendiri percaya yang tulisan yang baik akan mengubah manusia.

Lalu, tulisan yang baik bagi saya pula ialah tulisan yang bukan sekadar memberikan rasa seronok dan bahagia kepada pembacanya, tetapi ia juga hendaklah terus-terusan telus dalam mendidik dan menambahkan pengetahuan pembacanya.

Perkara ini jarang ditawarkan oleh novel, tetapi wujud dalam novel Jaja & Din.

Bagi saya, novel ini ialah yang terbaik pernah saya baca. Dan insyaAllah akan terus berada antara senarai buku yang paling atas yang akan saya syor dan cadang kepada manusia yang mahu mencari agama dengan cara yang ringan.

InsyaAllah, saya akan tadabbur karya kak Noor Suraya kerana saya yakin Kak Su tidak akan menulis hanya untuk bersuka-suka, tetapi beliau ingin agar pembacanya yang berjuta itu mengambil manfaat dalam didikan yang diselit secara santai dan hikmah.

Bagi saya, kisah ini bukan sekadar kisah pencarian Din oleh Jaja, tetapi ia adalah pencari Deen- iaitu pencarian agama.

Terlalu banyak nilai-nilai dan pengajaran yang dapat saya kutip. Akan saya cerita satu persatu, insyaAllah.

Manusia Dan Perubahan.

Dalam cerita ini, Kak Su berjaya mencipta satu watak yang sangat indah. Jaja diciptakan sebagai seorang gadis yang pada awalnya sangat sekular. Hidupnya mewah dengan harta tetapi tandus dengan keimanan dan amal agama. Dengan solat yang celam-celum sahaja dikerjakan, juga disertakan dengan kejahilan yang bertimpa-timpa, juga dengan penampilan yang seperti orang kebanyakan, Jaja tampil di hujung-hujung sebagai seorang wanita yang telah ditukarkan menjadi seorang muslimah.

Ia adalah sebuah perubahan yang radikal. Ia bersumberkan dari cinta, dan cinta itu jugalah yang memacu Jaja untuk menyusuri hidup sebagai seorang perindu kepada Tuan dan Tuhan.

Melalui watak Jaja, saya belajar satu pengajaran yang sangat comel. Manusia itu punya peluang untuk berubah. Ia cuma perlu dijernihkan. Qaulah, seorang gadis solehah yang menumpang kereta Jaja untuk pulang ke kampung halamannya tidak ralat untuk bergaul mesra dengan Jaja walaupun di saat itu Jaja tampil dengan imej dan penampilan yang terlalu asing dan berbeza dengan Qaulah. Qaulah, gadis solehah... bertudung labuh dan berjubah, manakala Jaja... dengan rambut yang dipertayangkan dan dibungkus dengan pakaian yang tidak mengikut kod etika islami. Namun, Qaulah sedikit sebanyak telah berjaya menambat hati Jaja, dan di sana sudah sedikit demi sedikit Jaja rasa dirinya perlu berubah.

Kesabaran.

Ini ditonjolkan dengan kedua-dua watak protagonis iaitu Jaja dan Din. Jaja, bagi saya cukup sabar dan tabah dalam menempuh cabaran sepanjang pencarian cintanya. Saya akan puji sikap Jaja yang meminta keluarganya meminang Din untuk dirinya. Heh... ini adalah suatu yang baru yang para penulis lain tidak berani untuk bermain dengan idea, kerana asal saja, ia sudah pun agak bertentangan dengan norma masyarakat.

Orang melayu punya citarasa yang pelik dalam soal jodoh. Untuk mereka mengikut apa yang Rasululullah perbuat, itu suatu yang sangat sukar bagi mereka. Mereka meletakkan tugas meminang itu hanya terhad bagi lelaki. Kononnya jika perempuan meminang lelaki, maka telah jatuhlah air muka. Heh...

Itu belum lagi dikira dengan hantaran yang tinggi dan mahal-mahal yang pada logik pemikiran, suatu yang sangat membebankan. Apa tidaknya... untuk memiliki gadis yang telahpun di usung tanpa izin Tuhan, lelaki itu terpaksa memerah otak juga tulang empat kerat hingga tumbuh rambut putih dari kepala. Heh... melayu... melayu...

Kesabaran Din pula terbukti di dalam rangka dia mendidik Jaja. Didikan yang disalurkan dengan cinta yang ditahan-tahan itu menjadikan Jaja terbuai. Kami, para pembaca juga turut sama hanyut dengan rasa yang sejuta. Saya mengkagumi Din dengan sebab dirinya boleh mengambil jalan zuhud yang jarang dilalui oleh manusia di Malaysia.

Dia tidak menolak dunia, tetapi dia berpada-pada dalam dunia. Benarlah... manusia tidak perlu untuk 'berpendapatan tetap' tetapi manusia perlu untuk 'tetap berpendapatan'. Sifat berdikari Din juga sangat wajar dicontohi. Asal saja ada punca pendapatan yang halal, Din tidak ralat untuk mengambil peluang itu. Ya! Biar berpenat, dan biarpun sedikit, asalkan terhindar dari menipu dan asal terjauh daripada mengambil yang syubhah.

Menyentuh bab syubhat (samar-samar) dalam soal pendapatan, Kak Su juga mendidik pembaca dengan watak Jaja yang tekad untuk berhenti kerja kerana bidang yang dia ceburi itu memang pun bergelumang dengan syubhat. Tekad itu nyata berbaloi kerana di saat dia runsing mencari pekerjaan yang lain, Allah ilhamkan dia untuk menyahut cadangan suaminya untuk menulis skrip. Satu lagi pengajaran bahawa rezeki itu tetap saja ada di mana-mana dan manusia tidak perlu ragu untuk menyelamatkan diri mereka daripada harta syubhat apatah lagi yang haram.

Perjuangan.

Heh... Bab ini nyata lebih indah. Nyata istikharah Din telah menemukan Din dengan seorang pejuang yang tidak kelihatan pada asalnya, tetapi ternyata isterinya, Jaja benar-benar seorang pejuang.

Pada awal, sebelum berkahwin, Din berkira-kira untuk dijodohkan dengan beberapa orang gadis. Ustazah Murni dan Cikgu Zaleha masing-masing telah meninggalkan Jaja jauh terposok di bawah. Kedua wanita itu hebat dalam ilmu agama selain akhlak dan penampilan mereka. Sangat berbeza dengan Jaja yang awalnya. Pun begitu, di saat Ustaz Syuib (sahabat perjuangan Din) bernikah dengan Ustazah Murni, Ustaz Syuib tidak mampu untuk turut ke medan peperangan di Afghanistan kerana tidak dilepaskan oleh isterinya.  Mungkin pada situasi ini, para pembaca boleh meletakkan andain yang pelbagai. Mungkin ada yang memikir-mikir bahawa Ustaz Syuib tak ke sana kerana mahu ditugaskan menjadi wakil atau apa-apa, tetapi tidak bagi saya.

Saya menafsirkan situasi itu dengan ketabahan Jaja. Bayangkan, seorang wanita yang pada saat awalnya, di pandang sebagai wanita yang tidak baik boleh sanggup membenarkan suaminya untuk berjuang... tetapi wanita yang dipandang mulia, tegar pula membantutkan niat suami untuk berjuang.

Inilah dia yang dikatakan sebagai cinta. Cinta isteri pada suami, haruslah disertakan dengan kerelaan untuk kedua belah pihak untuk menyemai buah-buah kebajikan. Suami berjuang... isteri sama dapat pahala. Tetapi jika isteri itu sendiri jadi penghalang kepada perjuangan suami.... bagaimana pula?

Perjuangan Din.

Jujurnya, saya merasakan saya terlalu jauh untuk mengikuti langkah Din terjun ke dalam medan jihad al-Qital. Semangat Din pijar. Dia mencintai perjuangan, lalu bagaimana pula dengan Jaja dan Umar, anak sulungnya?

Ternyata Dia seorang suami dan pejuang yang lengkap. Dia tidak pergi tanpa kekemasan taqwa, tidak juga bepergian tanpa peninggalan harta. Tapi itulah adat perjuangan... jika mahukan syurga, harga perlu dibayar sejak di dunia lagi.

Untuk menjadi kudung pada jari dan parah pada jasad, ternyata sedikit sahaja yang mampu.

Kesetiaan.

Seperti tidak percaya pula, wanita yang lucu, yang banyak mengomel dan banyak karenah seperti Jaja boleh berubah mendadak sebegini. Jaja sangat setia. Tempoh dua tahun setengan bukan satu tempoh yang sekajap. Dalam masa itu jugalah dia setia menanti suami yang ghaib di medan peperangan tanpa dikesan untuk pulang. Dalam tempoh itu jugalah... dia sabar mendidik Umar menjadi lelaki sehebat Din, dan dalam tempoh masa itu juga... dia tidak teragak-agak untuk menolak lamaran lelaki lain yang sedia menggantikan tempat Din.

Tapi ternyata status sebagai balu seorang mujahid itu lebih mulia daripada segalanya.

Kesamaan Dengan e-Novel Antara Dua Bidadari.

Ini cuma sampingan. Saya sebenarnya teruja yang amat kerana saya melihat novel pertama saya, Antara Dua Bidadari tidak jauh beza jalan ceritanya dengan novel Jaja & Din ini. Bermula dengan kelibat dua orang gadis yang moden dan sekular, Aisyah dari novel saya memilih untuk berpatah balik kepada kehidupan seorang muslimah. Dirinya akhirnya bernikah dengan Johari (watak dalam e-novel tulisan saya) dan dididik oleh lelaki itu.

Selain itu, saya juga turut sama menulis tentang perkahwinan. Dan seperti novel tulisan Kak Su itu, saya juga sedang dalam usaha untuk memerdekakan masyarakat dari terus-terusan ditambat oleh adat 'perkahwinan melayu' yang nyata sulit dan membebankan.

Oha ya... jika kau orang berminat untuk membaca e-Novel sulung saya, boleh muat turun sendiri sebagaimana di side bar.

Kesimpulan.

Saya tetap merasakan Jaja & Din adalah novel yang terbaik pernah saya baca. Buat kalian yang belum, silalah baca. Saya pasti kalian akan ketawa sendiri pada awalnya, dan akan menangis sendiri pada akhirnya kerana terbuai dengan mainan emosi yang dibawa oleh penulis.

Tahniah kak su! Saya suka cara begini.

Mendidik secara halus :)
    
Previous
Next Post »
17 Komentar
avatar

novel ni mang terbaik!
banyak unsur ilmu islamik yang diselitkan dalam isi novel ni. sangat menarik dan bermanfaat. :D

Balas
avatar

Menarik!^^
banyak sungguh manfaat yang diperolehi..e-novel antara dua bidadari akh iqbal juga sama^^ alhamdulillah mumtaz!

Balas
avatar

baca la pulak, langsir biji remia.

Balas
avatar

I bought this novel bro :')
Terdetik kalau kalau nanti kene buat macam Jaja, pinang lelaki. haha
Not yet read it.
Tengah tunggu turn sbb am reading other novel. heee! But yeahhhh memang review from my friends semua recommend this book!
Lagi lagi after read your review.

Tak sabar nak bacaaaaaaa! ;))

Balas
avatar

hehe.
dah bca.
lepasnie baca novel ayat2 cinta lak.berbeza ngan movie even masih guna watak yg sama.dan ending dya lagi shahdu kot. :)

Balas
avatar

assalamualaikum
thanks sbb review novel nie
alhamdulillah e-novel anda sudah sy download
x sabar nak baca !

Balas
avatar

"Cinta isteri pada suami, haruslah disertakan dengan kerelaan untuk kedua belah pihak untuk menyemai buah-buah kebajikan. Suami berjuang... isteri sama dapat pahala. Tetapi jika isteri itu sendiri jadi penghalang kepada perjuangan suami.... bagaimana pula?" -- think --

teringat post di iluvislam:

Dulu ,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.
Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.
............

tak adil disitu:

perlu ditanya juga..
mana wanita bakal ibu yg sanggup bergadai nyawa untuk lahirkan para syuhadah..
mana wanita yg sanggup melihat anak mati berjihad di jalan Allah..
mana wanita yg menjadi pendorong semangat jihad suami dan keluarga tercinta..
mana wanita yg sanggup menolak cinta dunia kerna cinta hakiki..
mana wanita yg menjadikan taqwa sebagai pakaian...

namun dpt dilihat..
wanita yg menjadi ibu kpd anak tidak berbapa..
wanita yg rela lihat anak berkorban krn dunia..
wanita yg menjadi halangan para suami pergi berjuang..
wanita yg mengabaikan akhirat kerana cinta dunia..
wanita yg berpakaian tetapi bertelanjang dan menjadi penggugat iman kaum adam..
sesungguhnya akan sentiasa ada golongan2 yg memperjuangkan agama Allah..
maka pasti ada adam dan hawa dari MAdrasah Rasulullah.. mari kita same2 mejadi SOLEH WA SOLEHAH..agar wanita dan lelaki terbentuk hasil acuan tinggalan Rasulullah iaitu AlQuran AsSunnah..
wallhua'lam..


p/s: meleret plak.. assif jiddan.. jazakallah..moga Allah redha

~khadijahyusra~

Balas
avatar

thanks sbb bedah buku ni!!
sy dah baca,sgt tersentuh dgn ketabahan jaja berubah..dia nk kahwin dgn din sbb dia tau din boleh bimbing dia.. din adalah 'alat' utk dia capai mardhatillah..

enjoy the novel =D

Balas
avatar

@nurafiqah airil
Ya. Saya setuju benar.


@Nazihah
Oh? Terima kasih :)


@Nadz
Tiada dalam senarai buku yang ada. Kena cari di kedai buku la nampaknya...


@Aimi Syahirah
Oh? so skrg tengah baca buku apa ya?


@Amanina
Oh... saya pernah baca novel ayat2 cinta dan KCB tapi sungguh, novel yang satu ini lebih baik dan lebih dekat di hati.


@cikzsmile
Waalaikumussalam.
Sama-sama :)
terima kasih download.


@Khadijah Yusra
Terima kasih atas perkongsian :)


@nawwar hanifah
Sama-sama. Dan apa yang kamu kata tu betu :)

Balas
avatar

ya, saya buat pertama kali kak su buat pra novel Jaja dan din di blognya lagi saya dah jatuh suka dengan jalan ceritanya. apa yang saya fikirkan, ialah, susuk seperti Din itu, adakah hanya fantasi, atau wujudkah di dunia realiti..

Balas
avatar

Tengah baca The Book of Tomorrow - Cecelia Ahern :')

Heee.

Balas
avatar

Assalamualaikum, novel ini memang yang terbaik! Tgk pada cover, rasa mcm tak nak baca pada mulanya. Akhirnya, baca juga untuk kesekelian kalinya. Tertarik dengan unsur didikan dgn cerita yang dibawa oleh penulis secara keseluruhannya. Cantik sangat! Bagus utk para remaja. Ia boleh dijadikan 1 hadiah sebagai dakwah kita kepada mereka juga. Alhamdulillah. Cover sebegitu memudahkan remaja utk menerima novel ini sebelum membaca isinya..
Insya Allah, sy akan cuba memahami penulisan akhi. Syukran.

Balas
avatar

baru je baca jaja dan din~ =) tekadnya si jaja.

Balas
avatar

saya x pnah baca novel. Tp bila awak cakap best macam teringin nak baca.. Nnt saya baca...nak carilah buku ni.. :)

Balas
avatar

akak beli buku ni.. tapi muka surat last dia cam ada yang hilang.. apa2 pun buku ni memang best..

macam nak jadi si jaja aje.. nak cari ostat din.. huhuhu..

Balas
avatar

Hakikatnya buku jaja& din memg terselit banya pengajaran dan cerita yang kita tahu~...sangat seronok apabila setiap malam din akan bercerita mengenai kisah2 tauladan pada jaja~...

Balas
avatar

memang bes!
sampai menangis baca sebab boleh feel ape yang jaja feel jugak..

Note from this book:
banyak sangat nilai2 positif y boleh diambil!!

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443