Saya rasa saya saya suka dia

Soalan yang ditanya ini, sebaiknya dipanjangkan kepada Dr. Cinta. Boleh ya Fawa? tolong jawabkan. *senyum*

Begini.

Saya cuma boleh kata, di zaman-zaman seperti hari ini, untuk mengelakkan ikhtilat, ia adalah suatu yang sangat sukar. Dan untuk mencari jodoh juga, ia juga suatu yang sangat sukar. Kerana keterbukaan dan mind-set seseorang itu berbeza, maka expectation terhadap output selepas bernikah juga berbeza.

Jadi bagi saya, bukanlah ia suatu yang salah untuk menyukai seseorang dan berhasrat untuk bernikah dengannya. Jika benarlah cinta dan hasrat untuk bernikah itu suatu yang buruk, maka mengapa Allah jadikan ia sebagai fitrah? Kenapa masih Allah berikan manusia, sifat cinta kepada pasangan yang berlainan jantina, jika Dia tahu ia adalah suatu yang merosakkan?

Maka solusinya diberikan bersama-sama, iaitu dengan jalan pernikahan.

Dan pasal nikah inilah yang susah. Kerana ia memerlukan kepada perbincangan demi perbincangan antara banyak pihak. Antara saya, dengan dia. Antara saya, dengan parents dia. Dan tak lupa, antara saya, dengan parents saya juga.

Saya fikir, jika berhubung pun sebolehnya bergerak kepada perkara yang surface sahaja. Jangan terlalu asyik bermain kata kerana bimbang diri terjerat dengan perangkap syaitan yang licik.

Dr. Cinta pernah berpesan dalam entry dia disini. http://dirikudrcinta.blogspot.com/2011/03/ikhtilat-awak-jangan-buat-saya-jatuh.html

Kalau betul kita suka dekat seseorang dan ada niat untuk bernikah dengannya, maka perkara pertama ialah bawa berbincang. Janganlah di ajak untuk couple entah apa-apa tapi ajak berbincang elok-elok. Pergi jumpa parents dia, kata "Gua suka anak uncle!"

Ada berani?

Kalau tak ada berani, rasanya tak payah la serius sangat layan perasaan yang fitrah itu, bimbang ia jadi fitnah.

Sekian saja cerita untuk cinta *smug face*

Untuk Gay/Penkid.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat Allah ialah Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"

Ayat itu jelas, tetapi di hujungnya, masih Allah menyerahkan tugasan 'berfikir' kepada kita kerana hanya kaum yang tidak berfikir sahaja yang boleh tersilap. Izinkan saya membetulkan mana-mana yang telah bengkok, dengan artikel yang ini. Dan kepada Allah saya serah hal ini kembali.

Like Pole Attract?

Tidak perlu untuk seseorang memiliki ijazah dalam bidang fizik untuk dia faham benar-benar, bahawa sifat magnet ialah saling bertarikan jika kutub berbeza dan akan menolak, jika kutub sama (like poles repel).

Sama halnya dengan manusia. Lelaki diciptakan untuk wanita dan wanita juga diciptakan untuk berpasangan dengan lelaki. Cuma, ada yang telah dilencongkan nafsunya. Akhir, mereka melempiaskan nafsu mereka kepada kaum yang punya ciri yang sama seperti mereka.

Ia adalah suatu yang salah, tetapi saya lebih selesa untuk mengatakan bahawa adalah suatu kesilapan dan ruang serta peluang untuk membuat pembaikian sentiasa ada.

Al-Patah

Maafkan saya jika ia suatu yang kasar. Tetapi saya mahu kalian melihat kepada sebuah figura yang sangat indah pekertinya iaitu Sultan Mahmud al-Fateh. al-Fateh ialah seorang lelaki muda, dan dirinya tegas, keras dan tangkas. Dirinya tanpa lemah dan tanpa gusar, sedia memimpin gerombolan tentera islam meranapkan tembok-tembok dan kubu-kubu pertahanan musuh. Lalu, islam bersinar di bawah pimpina al-fateh ini.

Namun, semangat juang al-Fateh tidak terus diwariskan kepada kita. Ia semakin sirna kelama-lamaan dan akhir, lahirlah golongan al-patah, yang kabur dengan sejarah al-fateh.

Nasihat saya.

Akhir zaman, kita akan melihat kebanjiran kaum wanita. Bilangan kaum wanita bekali-kali ganda lebih ramai, hingga dalam hadis, diceritakan nisbah itu pada hujung dunia... akan menjadi 1:50 dimana seorang lelaki akan melindungi 50 orang wanita.

Dalam masa yang singkat ini, lihat pula pada diri kamu. Mungkin ada sedikit rajuk yang melekat, hingga kamu berputus asa untuk menjadi lelaki. Persoalan itu ialah 'mengapa'?

Mengapa kamu memilih untuk menzalimi diri sendiri, hingga memilih diri yang sama jantina sebagai teman? Kamu kecewa dengan mereka kah? Hingga memilih lelaki sebagai teman tidurmu? Yakinlah... saat dirimu mula menangkat kaki untuk melangkaui sisi fitrah, kamu sudah pun meletakkan diri kamu dalam sebuah bencana perasaan. Saya jamin dan saya yakin, diri kamu tidak akan sekali pun menerima bahagia dan tenang kerana sekali fitrah di fitnahkan, maka pintu untuk bahagia telah Allah tutup buatmu.

Lihatlah apa yang terjadi kepada saudara agama kita Mohammed Fazdil Bahari (Fatine Young), yang kononnya bahagia tetapi di akhir, dia hampir sahaja bertindak memutuskan nyawa. Dan jika ada peluang, saya mahu bertanya kepadanya, "Bagaimanakah rasanya saat diri membelakangkan fitrah?"

Gadis Kuat.

Penciptaan wanita ialah dari tulang rusuk lelaki, dan memang diceritakan dari dalam hadis, ia begitu. Wanita dihadiahkan dengan sifat lembut, di mana kelembutan itulah yang mencairkan segunung ego lelaki. Dan pada kelembutan itu jugalah, selautan degil lelaki dapat dibekukan. Namun, sedang diri diciptakan bersama sifat lemah-lembut dan kaya dengan cinta, tetap Allah memilih wanita untuk menjadi tempat dimana bayi dikeluarkan, untuk menggenggam tanah dunia.

Saya kagum dengan wanita, kerana pada saya, wanita ialah makhluk yang sangat istimewa. Terus-terang, wanita ialah kaum yang sangat istimewa dan istimewa itu lebih dekat tempatnya dalam hati.

Namun, kewujudan gadis kuat nan kasar tidaklah dapat disangkal. Memang ada yang tercemar dengan sikap kasar lelaki, tetapi ia suatu yang bukannya tidak boleh dilembutkan semula. Cuma, persoalan yang terbit ialah mengapa ada sesetengah gadis yang bermata jeli, dan berkulit mulus, memilih untuk sama seperti geng al-patah untuk membelangkangi fitrah kejadian Tuhan?

Saat naluri keibuan dicantas, bolehkah ada bahagia.

Bohong!

Teruslah berbohong, jika kamu menjawab ia sebagai 'ya' kerana saya yakin benar bahawa tidak ada ruang bahagia untuk insan yang telah mencemarkan fitrah, pemberian istimewa Tuhan kita. Ya! Tuhan kamu!

Solusi.

Mahu atau tidak, ia bermula dengan diri kamu sendiri. Jika kamu bijak memilih untuk hidup dalam nilai fitrah ketentuan Ilahi, maka kamu jelas telah berbuat keputusan yang cekap kerana ia bukan sekadar memberi kesan pada kehidupan duniamu yang sementara, tetapi turut sama kehidupan akhiratmu.

Sedikit ancaman mungkin boleh membuka minda kamu. Tetapi islam bukanlah semata-mata memberi ancaman, tetapi lebih banyak yang ditumpukan ialah jalan penyelesaian dari kasih sayang.

Cukuplah untuk kamu tahu bahawa tindakan membelakangkan fitrah (dengan memilih pasangan yang sama jantina) tadi ialah satu tindakan jijik, jelek dan berdosa. Dosa yang besar, dan ia rantai yang membelenggu jiwa-jiwa kita, seterusnya mengheret diri ke lembah kebinasaan duniawi dan ukhrawi, sejelasnya.

Bantulah!

Seruan untuk menghulurkan bantuan itu bukanlah seperti firma-firma dan badan-badan bukan kerajaan yang membantu dengan memberi dana, kelulusan atau sokongan kepada persatuan 'al-patah' dan 'gadis kuat', tetapi seruan untuk membantu itu ialah dengan memberi penerangan bahawa apa yang sedang mereka lakukan itu ialah suatu perkara yang hina, kotor dan tercela.

Islam bukan agama yang mencantas kebebasan tetapi islam ialah agama yang bersifat menjaga. Kerana itu, perbuatan melepaskan nafsu kepada kaum sejenis ialah suatu yang salah kerana pada hujungnya, ia tidak membawa bahagia melainkan semuanya ialah derita. Dan derita apakah lagi selain ketenangan yang ingin digapai, tetapi terus-terusan lenyap?

Dari Mata Penulis.

Saya menulis kerana sebuah keperluan, iaitu keperluan untuk para lelaki mula menjadi al-Fatah yang berjiwa kental menepis fitnah, sandiwara serta racun minda puak kuffar! Saya juga menulis dengan harapan para wanita mula mempersiapkan diri menjadi Fatimah Az-Zahra yang sedia menjadi ladang untuk menumbuhkan tunas-tunas yang cemerlang jasad luar dan dalamannya.

Bersama ini, sebuah seruan supaya wanita kembali belajar untuk mencontohi Aisyah r.anha yang tegas membela maruah diri, tapi lembut melayan cinta suami.

Bersama ini juga sebuah seruan agar tiada lagi lelaki yang membaca artikel ini, melainkan hati-hati kita sudah tertambat dengan pekerti sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Dan cukuplah mati itu membuatkan kita tersedar...

P/s- di IPT saya tak ada orang gay atau lesbian. Kalau kat IPT anda ada, silalah kasi mereka fahami ini. Saya kesian sangat dengan orang yang begini. Entah apalah yang buat mereka merajuk teruk-teruk begini....

p.s.s- Saya mengecam orang yang terlibat dengan penganjuran ratu bapok dan ratu mak nyah yang dibuat di Pahang beberapa bulan lepas. Seorang artis wanita bertudung juga dijemput untuk melakukan persembahan dalam event sikit lagi nak kena sambar petir tu.

p.s.s.s- Saya juga mengutuk tindakan pihak berkuasa yang membenarkan penglibatan orang islam dan melayu dalam kelab gay dan lesbian. Jika ini yang kalian faham dengan kebebasan, maka lebih wajar monyet diangkat jadi pemimpin, kerana monyet lebih bijak dalam menangani persoalan fitrah!


Ni ada video, bagi orang yang belum tengok. Educated juga bapok ni, siap boleh ucap 'insyaAllah' dan 'alhamdulillah' pula tu! Lepas tengok, rasa nak apa?

Start changing! Kalau ada kawan-kawan anda yang cenderung kearah itu, sila kasi treatment. Treatment al-Quran.
   
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

salam alaik.sye ade persoaln yg ingn diutrkan..harap dpt maklum bls..sye mushkil sbnrnye, sape yg lbh baik utk mnsht glgn mak nyah..samada laki2 atau wanita..klo wanita, tkt timbl fitnah, sbbnya mrk scr fitrahnya ttp laki2..klo laki2 tkt2 mrk jth hatii..wallahua'lam

Balas
avatar

di ipt saya juga takde gay atau bapok ni. kalau ada pun tak perasan. tapi gejala ni berleluasa sekarang. lesbian, gay. mcm kaum nabi lut pula. semoga Allah menjga diri kita semua. apa sahaja mungkin berlaku tanpa penjagaan dr Allah :)

Balas
avatar

Salam alaik.

tajuk hanya sesuai dengan part atas je, yang pengisian bawah tu mcm dah lain tajuk =='

Balas
avatar

erm...bukan senang nak tegur dorang2 nih.....ckp la hape pun.....dorang akan wat xtau jah.....=(

Balas
avatar

Ngaa?? 'kepada suami tercinta saya'..(video tu)

dashat..ada juga manusia yang membenarkan majlis tu berlangsung.

Balas
avatar

entri ni, baik. pedas dan jelas. cuma,banyak typing error. penulisan pun nampak kurang lancar.

Alhamdulillah, mesej tetap sampai.
tertarik dengan watak putri rasulullah dan muhammad Al-fateh yag wujud dalam entri ni. subhanallah.

Balas
avatar

jawapan untuk semua kumpulan sasar... info yang baik untuk semua orang

Balas
avatar

Penjelasan kepada tajuk entri mmg padat dan jelas. Betullah, itu sahaja jwpnnya, kalau betul nak, pergi jumpa mak ayah, berani, org lelaki yg mcm ni baru nampak keikhlasan dia. kalau belum sampai masa lagi, sibukkan dgn ilmu. byk lagi yg perlu diterokai. lagi sedap ni.

kalau bab bawah2 tu, saya xpernah agi tgk gay atau lesbian dkt IPT. ( dkt UIA, ada ke ==" )
kembali kepada agama. kembali kepada fitrah. usah menjadi fitnah.

Balas
avatar

salam..

rasanya entri ni dah jadi macam dua tajuk..

my past post....sayang, janganlah merajuk..

Balas
avatar

as'salam...ana ada seorang sepupu...dia lelaki...ana sayang dia...sejak kecil ana membesar bersama dia...dia ana anggap mcm abang ana...sbb ana anak sulung...xde abang, xde kakak...ana shj puteri dlm usrati...:)adek2 ana dua-dua lelaki...

Tapi ade sesuatu yang ana sedih...dulu abang ana laen...sekarang ana lihat dia semakin berubah...sejak ke ipt di bandar...dia ana lihat semakin berani...ikhtilat jika sebelum ni masih terjaga Alhamdulillah...tp sekarang...ana xberani menghukum lebih...tetapi dr jauh ana lihat...sedih sangat...ana rindu dia yang lama...gaya dia semakin berubah...pakain...

mcm na ye akhi,mungkin cos ana sekarang menyebabkan dia rs ssh nak masuk dgn ana...ana pun makin janggal dgn dia...ana takut sangat jika benar dia berubah personaliti...nauzubillah himin zalik...

Balas
avatar

Assalamualaikum,

Kat UiTM Shah Alam ada banyak...pelik ya penyakit ni orang Melayu je ke yang kena?

Orang India ada jugek, Cina tak pernah jumpa, tapi yang paling banyak orang putih lah.

Balas
avatar

salam alaik,

geram juga tgk 'ratu2' tu bberape bulan lepas..Kalau nak sangat jadi perempuan, jdlah yang solehah..cepat-cepatlah bertudung. at least, redup sikit hati..

Balas
avatar

Macam salah jer artikel tentang Gay dan Pengkid 2.. Apa yang saya tahu, hanya gay sahaja yang dapat menulis artikel tentang gay.. mungkin kot..kalo x p'caya cuba tanya gay.. dulu saya pernah tanya diorang.. nape jadi gay. jawapan diorang sebab dari kecik diorang gay (azali dan allah yang jadikan).. pastu diorang kata nak buat camner.. redha jer la.. kalo kahwin nanti takut menzalimi kaum wanita pulak sbb tak dapat nak bersetubuh elok2.. lebih baik tak kahwin sbb hukum gay berkahwin adalah haram kerana x dapat nak beri nafkah batin..

itu jer la yang saya tahu.. wallahualam

Pape pun artikel ini gud2 :D

Balas
avatar

korang semua ni xpayah nak sibuk2 cakap pasal dosa kt lelaki2 gay.dosa pahala bukan korang yang tentukan.semua ni milik ALLAH shj.jgn terlalu riak,takbur bg nasihat.kenapa xsibuk cakap pasal zina?maksiat lelaki dgn pmpn sampai keluar anak luar nikah?fikir2kanlah..dosa itu lg terlaknat!itu belum termasuk lg,dosa pasangan2 yg berpegangan tgn,hari2 dating tanpa ada muhrim menemani?

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443