This is a story of myself.
Pujian yang berkapuk, rasanya kalau ada untung pun setakat dua tiga saat sajalah. Dan rasanya memang sejak dari awal saya belajar menulis, sampailah saya jadi cinta dengan menulis, memang dah berkapuk pujian orang bagi. Satu pun tak ada kesan yang benar-benar jelas. Kalau dapat duit, okeylah... boleh dipakai, tetapi kalau hanya bentangan pujian?Dapat bahagia, mungkin. Tapi boleh jadi dapat riak dan ujub juga.
Hurmm...
Inilah Iqbal Syarie. Dalam dan luar, saya tetap Iqbal Syarie. Satu jasad yang sama. Dengan jasad ini saya menulis essay di atas kertas, dan dengan jasad ini, jemari saya menari di atas pentas kekunci menulis artikel yang menghiasi ruangan laman sengsawang ini.
Saya yang biasa, tetapi kenapa dianggap luar biasa.
Saya nak clarify something, as it freak me out. Saya takut dengan salah faham orang.
Pertama, saya bukan ustaz. Saya terkejut bila ada sms masuk. SMS yang tidak saya tahu dari siapa berbunyi, "Ustaz, salahkah saya bekerja sebagai model?". Ahah... model hantar SMS kepada saya! Gila! Mana dia dapat nombor telefon saya pun saya tak tahu...
Saya bukan ustaz, jauh sekali orang alim. Kiranya saya berada di hieraki tahap 3 kerana sabda Rasulullah s.a.w, jadilah orang yang mengajar. kalau tak, jadi orang belajar. Kalau tak, jadi yang mendengar. Saya sekarang cuma seorang pendengar dan seorang pelajar. Dan jelas ya, saya bukannya ustaz. Dan ini bukan salah faham yang pertama, dan mungkin tidak akan jadi yang terakhir juga.
Kedua, sejak diberitakan oleh diri saya sendiri bahawa saya ini an aircraft maintenance engineer to be, orang dah wah.. wah... dengan saya. Pelik sangat, jika sebab itu pun orang nak kagum. I'm nobody. Kerja tu memanglah famous, tapi tidaklah perlu diletakkan rasa kagum yang tak sepatutnya. Oh... saya faham. Mungkin kerana ada yang pelik kerana bila seorang yang tak ada basic dalam bidang agama untuk jadi too brave to talk about agama?
Siapa kata saya tak ada basic dalam agama, huh?
Mak saya ustazah, dan dia ialah guru agama saya. Dan dia juga guru saya sekarang. Dan dia juga akan terus jadi guru saya. Get me? Saya tak akan jadi saya yang sekarang kalau bukan kerana mak saya. Dia tak pernah jemu dan lupa untuk mendoakan saya, dan saya hargai jasa mak saya. Berkat doanya sahajalah yang buat saya jadi saya yang macam ni hari ni.
Satu lagi, saya ni bukannya orang yang baik. Yang itu saya nak clarify betul-betul. Saya takut sooner or later, ada orang kenal saya dan start to evaluate me as who i am in this virtual world. Ha. Ha. Scary.
"Huh... Dalam blog pandai bercakap, tapi in reality, rubbish!"
Saya tak nak jadi macam tu. Paham? Jadi macam... bila someone put a trust and respect us, but somehow... we make a mistake which cost the respect and trust to vanish.
Urm... saya nak buat confession.
Saya lelaki biasa. Saya bukan yang baik, tetapi saya seorang yang ambil peluang. Saya mampu solat berjemaah 5 waktu sehari semalam bukanlah kerana saya baik, tetapi kerana saya ada peluang untuk buat itu. Saya mampu tahajjud dan tilawah, bukanlah kerana saya baik... tetapi saya diberikan peluang.
Bagaimana saya mahu explain ya? Hmmm...
Beginilah. Saya petik kata-kata Saidina Ali r.a. Kata beliau, Orang yang paling baik ialah orang yang dirinya ada peluang untuk buat kejahatan, tetapi dia tetap berbuat baik. Manakala orang yang paling jahat ialah orang yang didepannya peluang untuk buat kebaikan, tetapi masih tetap dia melakukan kejahatan.
And the rules applied to me... as per now...
Saya ada peluang untuk buat baik, sebab itu saya mampu buat. Saya tak buat jahat, sebab saya tak ada peluang buat jahat. Saya tak terjebak dengan couple, sebab memang tak ada perempuan nak kat saya. Saya tak mencuri, sebab memang tak ada benda yang saya nak curi. Saya tak tengok video lucah sebab memang saya tak ada peluang untuk buat benda tu. Cuba kalau saya diberi peluang...?
Hah... saya tak tahu apa akan jadi. (Ya Allah, aku berlindung daripada kejahatan diri sendiri)
Mungkin satu masa nanti ada perempuan comel nak kenal dengan saya =.=
Mungkin satu masa nanti ada website lucah pop-out masa saya tengah seorang diri dalam bilik, sambil pintu terkunci.
Mungkin satu masa nanti saya dah desperate giler tahap kebulur dan kawan saya ada tinggal not 50 ringgit dalam laci.
Bila sampai masanya, then only we'll know... langit tu... tinggi ke rendah?
Same goes to those-sinful human being.
Those zina, those minum arak, those berjudi... kadangkala memang tak boleh lari. Syaitan, masyarakat, kawan-kawan, mungkin itu sebabnya mereka tak boleh lari.
It's better late than never, but it's a lot better for now, than late.
Yes. Those so-called pendosa bukan muktamad jahat. Dan those so-called ustaz bukan muktamad baik. Ia hanya sandiwara sebuah peluang, yang mana seseorang mungkin jadi jahat kerana terperangkap tanpa peluang buat baik... dan mungkin seorang yang baik, kerana tersorok daripada peluang buat benda jahat.
Semua orang ada peluang berubah, and as per myself, i thanks Allah for my early comeback and the gratitude will always goes to my parents. Memang kalau bukan kerana doa mereka dalam tiap-tiap tahajjud mereka, saya akan terus jadi donkey, never a human.
Rasa lega yang amat bila dapat luahkan apa yang saya duk pendam selama ni. Sebab benda ni ialah benda yang sama saya cakap kepada junior saya yang baca blog Bayyinat.
Kalau ada benda yang tak elok yang kalian nampak pada saya, please... the bad is me, myself. Islam sangat indah dan terlalu sempurna, tapi yang buruk serta teruk itu ialah saya. Jangan kesalahan saya atau kesilapan saya dikaitkan dengan nilai dan keindahan islam itu.Macam pernah berlaku kepada kawan saya. Dia bercerita dengan penuh emosi masa tu. Memang nampak pancaran mata orang bersalah pun.
Dia meniru dalam peperiksaan. Lebih tepat, dia termeniru, kerana kertas jawapan seorang lagi kawan saya jatuh. Dan that few seconds, memang dia terpandang. Sekilas, tetapi tiba-tiba mata dia terpaku pula dengan kertas jawpan tu. Yes... just a few seconds, tapi another friend yang duduk terposok di hujung dewan perasan. After exam, dia menyindir, "Harap je tiap-tiap hari sembahyang solat sunat dhuha, tapi masa exam... meniru jugak", and the rest is history....
Well... the reality is that, manusia akan butakan mata untuk kebaikan kita tetapi untuk kesilapan kita, mereka tidak akan.
Baru saya terasa, being a 'pedagang' is never easy. Manusia akan ada jutaan expectation kepada kita.
For those mother or father yang risau dengan 'keremajaan' anak-anak mereka. Jangan risau sangat. Memang during this period, remaja akan suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan berbanding family sendiri. Saya juga... untuk bercerita dengan keluarga sendiri masalah yang ada, terasa macam berpasir saja kerongkong. Itu suatu hakikat, mungkin kepada remaja lelaki.
Tetapi percayalah cakap saya... yang merubah manusia kebanyakannya ialah keinginan ibubapa. Ibubapa, please pray for your children. Anak lelaki terutamanya, memang begini. Saya dah masak... kerana saya pun begini. Anak-anak tak suka banyak benda. Antaranya- janganlah suka buat perbandingan.
"Tengok anak Pak Man tu... bagus je. Cuba Along jadi macam dia"
Heh.. itu satu yang silap mak cik. To make those comparison, kami... anak-anak, akan rasa sedih giler. Rasa macam tak dihargai dan tidak dipercayai.
Saya nak puji emak saya, ratu hati saya.
Saya tak tahu apa sebab mak saya boleh percaya betul dengan saya. She never urge me to change, maksud saya... she just encourage me, tapi tak paksa... dia cuma give all the support i need. Kalau saya perlukan duit untuk beli kitab or buku agama, mak dan ayah saya tak akan tanya banyak. Diam seorang ibu, sudah cukup untuk buat saya tahu sesuatu yang sangat besar. Kepercayaan yang disandarkan kepada saya, membuatkan saya lebih tersedar dan yakin. Once saya ada niat atau keinginan untuk buat something yang tak betul, terus saja saya akan teringat akan segala macam kepercayaan dari mak saya. Terus batal, as i will never act stupid as my dearest parent thrust me. How on earth i will let them disappointed?
Cukuplah untuk para pembaca tahu bahawa saya bukan seorang yang baik kerana yang baik itu ialah ibu dan bapa saya.
Dan akhir, saya mohon dan saya berdoa sungguh-sugguh agar saya dapat istiqomah. Jika saya faham nilai sebuah konsistensi dan istiqomah, saya yakin saya akan jadi insan yang bahagia. Yes. To be consistent in doing good isn't easy. As per ayaat 2 surah al-mulk, Allah look upon the 'ahsanu amala' yang mana membawa maksud, amalan terbaik dan bukannya amalan terbanyak. Kerana yang pasti, ikhlas dan istiqomah itu ialah sangat penting dan ia juga sangat mudah lesap...
By the way, model yang SMS saya tu ialah seorang puan. Puan anonymous. Wonder who gave my phone number to her...
34 Komentar
erm...moga2 bleyh saya jadi seperti anda...amin
Balasterasa sprti cara pnulisan diubah sdikit ye? ok je... msej msh smpai n dgn cara yg sempoi... ^_^
Balasall the best! moga terus tsabat! iqbal mgkin bkn ustaz tp bleh jd protaz - profesional ustaz ; ustaz yg lahir d klngn org yg keje profesional.. ^_^
p/s: cm mnarik je dpt msej model tu.. hehe.. jk!
ralik membaca pengakuan dan isi hati tuan punya blog..=)
Balasi.Allah,pabila manusia dibumi senang denga kita,yang dilangit juga begitu..i.Allah..teruskan berpena dengan seikhlasnya saudara =) ~
moga terus istiqamah. amin.
Balasmacam sama, parents.
Balasand, i was the one who, tak pandai cerita masalah jgk (even i'm a daughter).
btw, biarpun bukan seorang ustaz, teruskan sebarkan ilmu & berusaha mnuntut ilmu, rightio?
wwaaaaahh ~
Balashehe
untuk mujahadah memang payah akhi~ bila kadang2 kita rasa kita mampu tup tup datang pulak ujian eish, sedangkan kita dah berazam tak nak lakukan lagi dosa-dosa lalu.
beruntunglah andai kita tidak diberikan peluang merasakan kelazatan permainan duniawi yang kita anggap syurga dunia~
beruntung tak pernah nak rasa kapel2, sebab seluruh cinta hak mutlak hanya Allah yang punya. tak perlu meminta itu ini dengan boyfie or girlfriend hanya meminta pada Ilahi~ =)
bersyukur akhi sebab tidak dijebakkan begitu =)
salam mujahadah utk diri saya juga ~ =')
Akh, saya suka sgt post ni, betul, xmain2 ^_^
Balasya, mmg, bila dah terlihat peribadi Muslim dlm diri, betul2 Muslim, buat amal byk, selalu buat benda baik, org terus cop 'budak baik'. tapi bila mana 'budak baik' tu buat salah sikit, segala kebaikan sblm ni terus hilang dan ha, mcm Akh ckp tu, terus jd, rubbish...
dunia mmg mcm ni. Satu kesilapan dgn mudah memadam seribu kebaikan.
tp xpe.. terus usaha ikhlas dan istiqomah, mmg kita x tau, roda kembara seorg hamba tu mmg kjp di atas, kjp di bwh. dlm putaran tu, mesti harus bertahan..
setuju dgn Akh. Ibu bapa xleh banding2 kan anak2, setiap dlm diri seorang anak tu, pasti ada potensi masing2. bukan membanding tapi seharusnya beri dorongan dan semangat. percaya pada kebolehan anak2 dan anak2 akan terasa dihargai. xsanggup hampakan harapan mak ayah. remaja mmg xsuka dipaksa tp bila diberi semangat dn kepercayaan, dia punya keyakinan. ^_^ (hoho, suka psikologi~ psycho2~)
Assalam Iqbal...:)
Balaswalau ape pun, saya kagum dgn iqbal..ramai mne lgi yg ade peluang buat jahat, tpi tetap pilih jalan utk berbuat baik...semoga iqbal terus istiqomah..doakn sye juga begitu...:)
Juz a very minor correction... At the end tu.
BalasTerus batal, as i will never act stupid as my dearest parent thrust me. How on earth i will let them disappointed
Should be ..trust kan.
Luv this post iqbal. Talking from the heart will always touches another heart. My doa is always that u'll become a very good mukmin.
moga terus istiqomah bersama..ameen
Balastu diaa..
BalasYe, kita cuma manusia biasa. Dan saya suka cerita anda.
Teruskan. Semoga terhindar dari ujub dan ria'
'Terus batal, as i will never act stupid as my dearest parent 'thrust' me. How on earth i will let them disappointed..'
Balas-bnyak sgat study ni iba,smpai tulis 'thrust' da nihh...
(ni mengelamun ea,mentang2 tgah menghitung hari...hehe..:)..
-amin malek-
cabaran kite berbeza tp penghujung nye tetap sama....demi mencari keredhaan allah yg abadi....=) insyaallah...
Balashmm.susahkan kalu org dah melabel kita macam tu macam ni..apapun,niat kita kerana Allah..
Balassalam tuan..
Balasalhamdulillah tuan..allah sentiasa pelihara tuan..selagi tuan ada fikir untuk umat duduk dalam jemaah..tuan akn dipelihara..allah akan pelihara tuan dari peluang untuk berbuat jahat..
jadi tuan...allah bagi peluang kepada tuan utk solat jemaah,bce alquran,tahajud..dan allah bagi peluang untuk tuan amal semua tu..
dan allah bagi semua tu untuk tuan dapat kekuatan ajak kawan-kawan tuan yang lain..
berapa ramai tuan kawan-kawan kita yang tak dpt peluang tuan mcm tuan dapat..
jadi tuan syaitan sangat kreatif..jgn biarkan diri tuan tertipu dengan peluang yang allah bagi..
jadi tuan org mcm sy nie dan rmai lagi kwn sy yg len x dpt peluang utk amal agama mcm tuan..
p/s:setiap peluang baik yg allah beri adalah untuk kita ajak org lain sama-sama usaha atas peluang tu..
sy pencuci aeroplane mas..
doa mak ayah~tali-temali yang menggerakkan hidayah Allah kepada anak yang mungkin terlalai.
Balastakpelah bukan ustaz pun.bukan ustaz pun nak masuk syurga juga :)
kongsikan walau hanya pada awan-awan.*ehh?*
perkongsian iqbal mungkin besar makna dan kesannya pada orang lain :)
teruskan menulis.
alhamdulillah, banyak sekali ibrah yang saya kaut daripada post ni. Jazakallahu khair, iqbal.
BalasSalam alaik.
Balas(=
Boleh disimpulkan, pembaca tulisan Iqbal dah letakkan satu tanda (tak jumpa perkataan yg sesuai utk guna) yang Iqbal ni seorang yang boleh dijadikan tempat rujukan, tempat utk bertanya apa2 pun, hanya dengan tulisan Iqbal.
Utk menulis yang baik dan ramai yang membacanya dan ramai yang mengikutnya, saya rasa Iqbal lebih lagi. Maksud saya, tentu ada ilmu yang lebih yg dicari.
mungkin benar yg kata, "don't judge people through his writing."
sebab kadangkala manusia tertipu dengan hanya melalui gaya tulisan. Mungkin nampak baik di alam maya tapi sebaliknya atau mungkin dia nampak sempoi dlm penulisan tapi dia adalah skema. Mungkin.
Tapi bila dah orang fikir mcm tu, supposely it should be like that too. Itu kan doa? (=
whoa... mantap!!! suka gila.. huhu..
Balaserm, betul. bak kata kak izati tuh,
kalau orang dah letak kita sebagai 'baik', why not kita ambil itu sebagai cabaran utk jadikan diri kita baik, instead of menafikan kita ni baik supaya kalau kita buat salah, orang tak marah?
eh, paham ke? hehe..
mak sya pernah kata, baguslah kalau orang fikir kita baik. gunakan peluang tu utk berdakwah. at least ada orang dgr cakap kita.
itu ujian yang perlu dihadapi oleh Iqbal. jgn kecewa dan berputus asa. niat yang ikhlas, InsyaAllah akan diredhai Ilahi. Jadilah dikalangan insan-insan terpilih untuk melakukan kerja dakwah.
Balassalam..
Balasbanyak yang anda ceritakan ini, sahabatku.
namun satu yang dapat saya simpulkan, beginilah rasanya menjadi manusia.
er, peace no war ;)
emm..betol tuu..bg saya klu org yg xtrlibat dlm mana2 bidang politik,,sama ad pnyokong @ pndokong..rasanya mereka tu biasa shja..sb dari situ kita blh nmpk tujuan hidup atas dunia nih..skdr pndapat..wallahhu'alam..
BalasAlhamdulillah..sepanjang bunga membaca blog ini...inilah entri yang bunga suka..
Balasmanusia hanya biasa2..yang hebat hanya ALLAH..:)
"Ingatlah, siapa pun engkau sekarang, betapa tinggi pun pangkat dan kekuasaan kamu, suatu saat nanti kamu pasti berubah menjadi tulang yang busuk (mati). Justeru, bertindak adil lah kamu seperti huruf alif yang lurus, adil di atas dan adil di bawah." - Khalifah Umar al-Khattab
Balasseriously saya like like like post ni.. :)
BalasAssalam. Mungkin benar, akhi bukan seorang yg baik tapi moga sentiasa berusaha untuk jadi baik. "Kerana iAllah manusia yg paling baik ialah manusia yg sentiasa berusaha untuk menjadi baik." Sekadar memetik kata-kata seorang ustaz. :)
BalasWallahua'lam.
Salam ya brader...
BalasPertama sekali, Thumbs Up!
Since the first tyme baca tulisan kamu, to be honest..this is the one that make me feel..
Tenang+Best+enjoy+honesty..
Tak kiralah kamu punya gaya penulisan dah berubah 360 darjah camana, tapi suka yang camni. Maaf, bukan nak puji. Tapi, hakikat. Saya merasa sebuah kejujuran dalam penulisan seperti mula2 dahulu...
And the rest is history. Let all be gone by gone.
paling tersentuh part "mak saya adalah ratu hati saya",...
Tak semua orang merasai peluang itu.
Apa-apa pun, tetaplah menulis...Eventough hidayah itu dari Allah( This is real for sure) tapi jangan lupa, kerana mungkin sekali ada orang yang berubah di"catalyst"kan oleh tulisan kamu.
-musafir kehidupan..
bismillahirrahmanirrahim.
Balasthis is story of yourself and maybe someone others their story seem like this.
ya, ujub memang datang dari pujian. takut sebenarnya. moga entri ni membantu.http://firaszahrafajar.blogspot.com/2011/05/penting-bacalah.html
saya juga pernah lalui apa yang akh lalui. cuma situasinya agak berbeza. apa pun, ALLAH dah sedia hikmah yng amat besar. baru sekarang saya nampak hikmahnya..
p/s: peliharalah keikhlasan.
oo mak ustazah..baru tahu hehehe
Balas'mak saya ratu hati saya'... Hmmm, suka2 :)
BalasAssalam.suka post ni...
BalasKita tidak baik tapi kita mencuba jadi lebih baik..
Assalam Iqbal,
BalasNice word. Jujur.
Bgusla kalau awk bkn dlm bidang agama tapi ada ilmu. itu yg kita nak. drpd menunjuk kopiah serban 28 jam, tup3x masuk paper rogol ank or etc (nauzubillah)
Sedang follow ur word here. Mana yg baik, itu ilmu saya ^_^
teruskan manulis
Balaspandangan manusia, mulut manusia memang tidak akan boleh kita tutup, jadi terus gerakkan diri mencapai matlamat utama kita iaitu keredhaan Ilahi.
memang bila dah di'cop' as budak baik, memang bila silap sikit terus di'cop' budak jahat.
pape pon, moga akhi terus istiqamah.
itu yang kita mahu.
insyaAllah
amin~
nice words..real nice!
Balasmust have come from a sincere heart cz it really does touches many readers heart..
may Allah bless u
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443