Tahun 2008.


Ada banyak perkara yang saya rindu. Perkara-perkara yang sudah termaktub dalam sejarah hidup saya itu telah pun membutirkan buah pengalaman manis dan pahit, yang silih berganti, membangkitkan rasa yang sejuta. Pasti.

Saya merindui tahun 2008. Tahun yang mengubah sempadan iman saya, merubah paksi hidup saya, dan memacu arah tuju saya. Saya yang mahu mencapai dunia, akhirnya tersungkur di bumi Sang Pencipta.

Ada banyak benda yang saya rindukan dalam tahun ini. Saya rindukan masa-masa saya dalam jemaah tabligh. Sejujurnya, saya dihimpit kesedaran melalui gerak kerja jemaah tabligh. Here, the story begins...

Hingga akhir tahun 2009, saya komited menjadi anggota tabligh. Dari satu masjid ke masjid, kami beriktikaf dan melakukan islah. Saya senang begini. Jumpa orang... cakap tentang Lailahaillallah. Jumpa orang... ajak solat berjemaah. Jumpa orang... ajak datang masjid. Walaupun hanya berkisar kepada perkara-perkara seperti itu, saya seperti merasakan dekat dengan Allah. Saya temui keindahan rasa, apabila kita jadi benci melihat maksiat... apabila kita rasa kasihan melihat kemaksiatan orang lain... ah! pendek kata, saya rasa bahagia. Bahagia kerana mulut saya tidak berbual benda yang lagha'. Bahagia- kerana telinga saya tidak menggemari sembang-sembang lucah atau menghina. Bahagia- kerana mata saya tidak ditarik oleh nafsu untuk memandang mana-mana wanita tanpa sebab. Dan paling bahagia- kerana hati saya tidak rasa besar diri.

Tapi ada beberapa benda yang membuatkan hati saya tawar. Sahabat saya yang terlalu 'kuat' bertabligh, hingga berderet exam dia fail. Itu punca utama, kerana saya melihat dia gagal menjadi qudwah. Saya juga rasa terpinggir, kerana sikap sebahagian insan yang meminggirkan majlis ilmu. Bila lihat dengan mata sendiri, baru sedih itu timbul. Apa tidaknya... di saat ketua mereka berucap, mereka akan duduk berlaga lutut sesama mereka, tetapi apabila ustaz-ustaz yang mursyid berucap, mereka angkat punggung ke belakang. Bahkan ada yang tenggelam dengan ibadah sunat, meminggirkan kuliah agama yang nyata berada di tempat yang lebih utama- wajib (fardu ain).

Bahkan, dalam ceramah-ceramah mereka, banyak yang berucap tanpa dalil. Hinggakan saya membuat kesimpulan sendiri, golongan ini tidak menitik beratkan aspek ilmu, tetapi menumpukan semata-mata kepada dakwah dan ibadah.

Perkara-perkara berikut membuatkan hati saya tawar. Awal 2010, saya join tarbiyyah. Di sini, memang terlalu banyak ilmu yang saya kutip. Alhamdulillah. Memang terasa jiwa lebih terisi dengan ilmu. Dalam masa yang sama, saya sedikit demi sedikit makin menjauhi jemaah tabligh. Tidak lagi saya khuruj 1 hari setengah setiap bulan. Tidak juga membuat ziarah setiap minggu. Tiada.

Dan disana saya melihat, diri saya telah berubah. Sedikit-sedikit... saya melemparkan diri saya ke dalam binasa. Saya tersilap. Terlalu silap.

Saya meletakkan medium blog ini sebagai 'dakwah'. Saya menjadikan Facebook saya, sebagai 'dakwah'. Saya meyakinkan diri saya dengan berkata, "Sudah cukup!". Melihat readers yang makin hari makin ramai, membuatkan hati saya senang. "Alhamdulillah. Dakwah aku diterima".

Saya sendiri yang menuturkan begitu!

Dalam Facebook juga, saya kira lebih 800 orang daripada 1085 friends saya, saya tidak kenal. Bukan kawan masa sekolah, bukan kawan di kolej, bukan juga kawan di kampung, tetapi kawan-kawan di alam maya. Ada ramai juga yang saya tidak tahu siapa. Hanyalah saya klik 'accept friend request'. Hati saya berbisik sendiri, "Mereka add aku sebab mahukan kebaikan. So, accept aje lah"

Dan buat kali yang keduanya, saya mengulang kata yang sama, "Dakwah aku diterima. Alhamdulillah".

Dan dalam masa yang sama juga, saya 'berubah'.

Saya kehilangan respect daripada teman-teman. Jika dahulu, masa saya patuh dan tawadduk dalam jemaah tabligh, saya sering menjadi bahan rujukan untuk permasalahn agama. Lebih indah, jika saya ada bersama mereka, mereka tidak akan membangkitkan isu-isu yang hodoh (contoh: seks) tetapi selepas saya meninggalkan jemaah tabligh, saya seakan ditarik izzah dan kemuliaan oleh Allah.

Saya juga tenggelam dengan rasa 'syok sendiri'. Saya sudah tidak merasakan sedih kepada manusia yang berbuat mungkar. Saya terlupa untuk merasa kasihan kepada manusia yang belum taat. Saya kehilangan rasa cinta kepada manusia yang jahat. Cinta itu malap, dan digantikan dengan rasa cinta kepada pujian.

Saya bahkan tenggelam dengan sifat ujub. Saya terjerumus dengan sifat mahu berdebat. Saya hilang sabar, hilang hormat kepada orang tua. Hanya kerana saya 'pemuda yang lebih faham sikit' daripada orang tua itu, maka hati saya seakan mengejek dia. Ya. Mainan hati.

Dan paling berat, hati saya seakan-akan dirantai. Saya makin hilang fokus pada ibadah. Saya makin jauh daripada khusyuk. Saya makin jauh daripada ihsan. Seakan-akan saya telah kehilangan cinta Ilahi.

Saya jadi makin sukar untuk berkorban.

Saya jadi makin malu untuk berdakwah secara terus.

Saya jadi makin pengecut untuk menegur maksiat secara terus.

Inilah yang berlaku pada saya. Saya jadi hilang diri saya yang lalu. "Aku boleh berdakwah sendiri", itu kata-kata saya untuk menyedapkan hati. Tapi apa yang terjadi, saya tiada tenaga. Saya tak mampu! Saya tak berdaya!

Hari ini.

Saya merasa terbeban dengan ilmu yang saban hari mengasak ruang kepala. Saya perlu mula beramal dengan ilmu. Saya perlu mula mencari madu' ! Sungguh! Saya sekarang 'menunggu orang datang', sedangkan dakwah yang benar ialah 'mencari orang untuk didatangkan'.

Saya mahu membuka belitan keangkuhan, kerana firman Allah dalam surah al-Alaq benar-benar menyuntik rasa bersalah dan berdosa. Ah. Kau memang celaka, wahai diri.

Ingatlah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Dengan sebab dia melihat dirinya sudah serba mencukupi. 96; 7-8

Adakah dengan menulis, kita sudah islam?

Jika 'ya', mengapa masih ramai manusia yang berbuat maksiat? Kerana persoalan yang timbul sekarang, kamu sedang menunggu madu' sedangkan kamu sendiri yang patut mencari madu' !

Kamu pengecut! Kamu tak berani untuk menegur orang yang berbuat maksiat. Alasannya... "Saya seorang diri"... "Saya sudah membenci dalam hati"... "Saya belum bersedia". Huh! Itulah kamu!

Kamu kejam! Kamu tidak merasakan kasihan kepada orang yang teraba-raba kebenaran. Pernah kamu pergi berjumpa kawan kamu yang non-muslim lalu bertanya, "Kau nak dengar cerita pasal islam?" Pernah? Bertahun-tahun kamu berkawan dengan dia, tetapi satu perkataan tentang dakwah tidak juga keluar dari mulut kamu. Alangkah malangnya!

Saya mahu kembali. Saya tak mahu jadi pendakwah di alam maya semata-mata, tetapi saya mahu juga menjadi pendakwah di alam realiti. Saya tak mahu berbolak-balik dengan alasan lagi. Saya sudah tenat. Dan saya harap sisa baki usia ini Allah kurnia kepada saya untuk taubat dan menjalani hidup yang aman, dalam dakwah.

Benarlah kata 'mereka', kita boleh jadi ulama, tetapi belum pasti kita boleh jadi ulama yang ikut jalan Rasulullah s.a.w.

Dan saya teringat, Rasululllah s.a.w wafat, meninggalkan sahabat r.anhum seramai 124 ribu lebih. Dan hanya segelintir sahaja mereka yang benar-benar alim dalam agama, tetapi kesemua 124 ribu lebih itu ada buat dakwah!

Kita? Bila lagi baru nak mula bercakap dengan mulut tentang islam?

Saya mahu kembali. Jika ada yang bertanya tentang fikrah saya, maka bagi itu tiada jawapan. Saya sokong semua yang selari dengan islam sejati. Saya tak bias, kerana saya teguh berpegang dengan mazhab ahli sunnah wal jamaah. Jangan selepas ini... ada orang yang tak mahu baca blog saya kerana alasan "dia orang tabligh". Jika ya, ketahuilah... anda seorang extremist!

Tolong tonton dua video ini.



Wahai diri, dahulu kau sering mengelak kerana alasan tiada ilmu. Sekarang kamu sudah berilmu, maka mahu ditunggu apa lagi?
   
Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

siapa yang lebih zalim apabila dadanya penuh dengan ilmu allah.. tetapi tidak dicurahkan pada yang jahil..
siapa yang lebih zalim apabila dia diselamatkan dari jurang api neraka oleh orang lain.. tetapi membiarkan orang2 jahil meniti jalan api neraka..
allahualam..

Balas
avatar

masya Allah akhi,manisnya pengalaman anta..pandangan anta tentang jemaah tabligh sama macam ana cuma ana sekadar memerhati mereka (tak pernah join mereka) cuma pernah ikut program diorang kat surau seksyen 7 shah alam dan di masjid sri petaling..tapi ana ada jumpa beberapa orang jemaah tabligh yang tidak akan bercakap melainkan berlapikkan dalil al quran dan assunnah..tapi yang ana agak terkilan bila guru2 mursyid bercakap, ada sesetengah diorang ni membelakanginya..

Balas
avatar

Assalamualaikum w.b.t
sebak membaca...pernah mengagak sblum ini..tp sekadar itu sahaja..Alhamdulillah..smoga ramai yg akn terkesan dan mendapat hidayahNYA InsyaALLAH..

jgn dilihat sikap segelintir, kerana ia bukan mewakili jamaah..hadir ke majlis ilmu dgn penuh rasa tawajuh,takzim,tasdiq&tabligh..bkn skadar ikram semata..guru yg mursyid,guru yg mengamalkan apa yg diajarkannya..maaf andai ada yg silap di mana2 krn ini hanya kata2 hamba yg lemah..Wallahua'lam bissawab..Allah berkuasa, makhluq langsung xde kuasa.

Balas
avatar

betulkan niat kamu....

Balas
avatar

satu masa dulu..ana pernah lalui apa yg enta rasa//bukan ikut tabligh..tapi saat izzah di tarik..hamdalah, moga post ini jugak bukak hati semua

Balas
avatar

penjelasan dari sebuah hadis riwayat bukhari dari Hudzaifah radhiyallahu anha.

1- kita diwajibkan bergabung dengan jemaaah.

2- yang disebut jemaah itu, memiliki imam atau pemimpin.

3- jamaah yang benar adalah orang2 yang berpegang teguh kepada apa yang dipegang teguh oleh NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM dan para sahabat. iaitu al-Quran dan as-sunnah.

4- jika tiada jemaah yang benar, janganlah bergabung dengan firqah dhalalah iaitu orang yang berpegang dengan kebathilan.

(oleh:Drs. K.H Shiddiq Amien, MBA. sumber:majalah al-nidaa' , edisi 26 "konsep dasar al-jamaah")

Balas
avatar

moga Allah kuatkn dirimu saudara,
juga diri kita yang memerlukan petunjuk dariNya,

Balas
avatar

Subhanallah, amat memberi kesan ubtuk hati kecil ini, tetapi, entah, saya sering takut bercakap dengan mad'u..kalau kawan lagi takut,,,mmg kita tahu bahawa kita cari reda Allah, bukan reda manusia, namun kekuatan tu belum jugak muncul..

Balas
avatar

haha. sama la!!

tablgih itu jemaah islam. ana rasa takda salah pun tabligh, atau mana2 jemaah yang lain. yang salah adalah individu.
kadang2 kita terlalu seronok bercakap tentang fikrah dan staqafah,
walhal praktikalnya takda.
sedang nabi sendiri mulakan dakwah dengan pergi rumah ke rumah, kenapa kita umat nabi tak mahu buat dakwah macam tu?
ana tak maksudkan dakwah tu perlu rumah ke rumah, tapi cukuplah dengan praktikal. mungkin sekadar teguran biasa antara kita dengan sahabat, dan jaga maruah kita sebagai seorang muslim, di alam maya, itu pun dah ok.
tapi seeloknya, cita2 biar besar.
takkanlah sampai ke tua sekadar nak bagi nasihat kat jiran je?
hehe.
cantik entri ni. moga kita sesama berubah lebih baik..=)

Balas
avatar

terkesan sangat. pernah dulu, seorang cikgu meng'kondem' golongan tabligh yg hanya mengajak org2 melayu islam dtg ke surau utk solat jemaah dan dgr ceramah. tapi cikgu ckp, nape nak susah2 ajak org islam padahal rmai lg org non-islam tu. semakin besar, semakin sy faham ttg hidup dan apa yg cikgu maksudkan.

1) semakin labuh tudung sy pakai, semakin besar ujubnya. astahgifirullah..

2) semakin kita rasa tinggi, semakin kita rendah di sisi Allah..

3) semakin kita dekat dgn masyarakat (krn hati kasihan pd mereka, bkn mengeji mereka), semakin terasa Allah mendakap kita.

(ia hanya sebahagian)

utk kamu, iqbal.. terima kasih atas entry ni. tajuknya tak menarik minat sy tadi tp ntah la nape sy baca jgk. rupanya.. terkena hidungku jua.. thanks for this touching entry..

Balas
avatar

assalamualaikum. sy teringat kata2 abah saya, ramai org yg blajar pengajian islam ni perasan lebai. (student mesir la kan). secara x sedar sy menerima kata2 itu memikirkan hakikat di dpan mata. dlm hati jgk mengaku bkn semua mcm tu.
itu cerita lain.
related 2 ur story mr iqbal, sy jgk pernah ujub dgn diri sndiri. lepas bc entri ni, sy pun tfikir jgk saya pun malu utk bdakwah scara tbuka. di mesir ni ade je pstuan pljr yg nk ajak ke arah dakwah, tp sbnrnya secara diam dan x sedar sy kurang ke arah itu.

Balas
avatar

moga Allah terus kuatkan akhi,
bukan mudah, diuji dengan perasaan sendiri yang kadang kala terbit 'aku lebih baik' dari orang lain, huu
memang sukar.
moga Allah beri anta kekuatan. beri anta kerendahan hati.
moga Allah mengasi anta
insyaAllah

kita ini hanya hamba~
hati boleh berbolak balik

moga terus kuat dalam perjuangan
amin~

Balas
avatar

salam..
mana2 jemaah pun matlamat tetap sama iaitu sebarkan Addin di muka bumi ni.. serlahkan keindahan dan sebarkan tntng kesyumulan addin itu..

dan xkisah dlm jemaah mana pun kita tetap perlu 'tabligh'..

"ibarat batu bata yang tersusun kokoh"

semoga tsabat...

Balas
avatar

salam..

boleh tak nak mintak tolong daripada blog Bayyinat untuk promosikan peraduan di blog saya?
ini linknya, peluang promosi blog selama sebulan

sebagai tukaran, ana letak feed 5 artikel terbaru blog Bayyinat di sidebar blog ana.

kerjasama tuan amat diharapkan, terima kasih.

Balas
avatar

Salam alaik.

Jadikan tahun 2008 tu sebagai pemangkin utk jadi yang lebih baik lagi di masa hadapan.

Bersyukurlah pernah diberi peluang utk berada di situasi yang begitu daripada mereka yang masih mencari-cari, dan Allah tengah bagi peluang yang sangat luas untuk terus berubah pada kebaikan.

Jangan hanya jadi sang perindu tapi tidak cuba untuk melakarkan kenangan itu kembali.

Selamat berjuang sahabat, selamat berjuang. Moga sentiasa diberi kekuatan untuk terus melangkah. (=

Balas
avatar

Alhamdulillah..Rentetan pengalaman yang menarik akh Iqbal.. =)

Sekadar pencerahan, saya dulu waktu di Malaysia agak membenci jamaah dakwah yg digelar 'tabligh' kerana mmg kurang menitikberatkan ilmu. Namun apabila saya belajar di Mesir, saya terpikat dan terus menyertai jamaah tersebut kerana hakikatnya jamaah tersebut sangat menitikberatkan ilmu dan amal jika para ulama dan karkun yang faham ttg usaha yg menerajui jamaah.

Hasilnya, selama saya menyertai jamaah tersebut, ilmu saya bertambah, sahabat saya yg alim bertambah, bahasa arab saya mkn bagus, dan iman makin terjaga kerana adanya biah solehah apabila bersama mereka..

Sama-sama kita berdakwah dgn apa cara sekalipun, isi setiap ruang dakwah yg ada. Biar berbeza jamaah asalkan matlamatnya sama, iaitu memperjuangkan agama Allah dan menghidupkan sunnah Rasul..

Benar, dakwah bukan setakat jari sahaja yg bergerak, tetapi fikiran dan tindakan juga perlu sekali bergerak..

-Saya terkesan sgt dgn ceramah Sheikh Nuruddin tu, rindu sgt pada beliau, shokran atas perkongsian. ^^

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443