Islam datang sebagai sebuah cara hidup yang mengawal manusia daripada berlebih-lebihan dalam berhibur. Logiknya, berlebihan dalam berhibur tidak lain dan tidak bukan, hanya menjadikan manusia itu semakin lalai, semakin kolot, semakin hilang fokus, dan semakin hilang ketamadunan. Bukan sedikit masyarakat yang sudah binasa akibat kekeliruan mereka, menyibukkan diri dengan berhibur semata-mata.
Inilah budaya hedonisma- berkubang dalam hiburan.
Apabila ditanyakan tentang hukum menonton wayang, secara tidak dipaksa-paksa idea tentang hedonisma itu muncul. Benarlah fatwa dari Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Kalian boleh baca di sini. Hukum Tonton Wayang.
Bagi diri saya yang perasan baik ni... saya memang dah lama betul tak masuk panggung wayang. Pernah masuk pun rasanya tak sampai 5 kali, dan kali terakhir ialah pada tahun 2008. Awal tahun 2008.
Bagi saya, perbuatan menonton wayang ialah bukan perbuatan orang islam sebenar. Bukan juga perbuatan orang yang beriman. Pertama, kerana ia membazir. Kedua, kerana ia tidak berfaedah. Ketiga, kerana membantu industri syubhat (industri hiburan). Keempat, panggung wayang tempat yang bahaya. Kelima, kerana saya tak tahu saya mati bila.
Saya bukan memusuhi artis tempatan tetapi secara jujur dan sehabis jujur, saya membenci artis melayu islam. Kerana dalam sebuah filem (cth: Nur Kasih), pelakon wanita dan pelakon lelaki (juga) boleh pula menjadi 'lebih alim daripada orang alim', tetapi di luar filem, mengapa jauh langit dan bumi... jauh panggang dari api?
Tidakkah perbuatan sedemikian, mencemarkan maruah diri mereka, bahkan maruah agama islam, dan menjerumuskan mereka kepada kasta munafiqun? Nauzubillah. Saya tahu, kemungkinan para artis tidak akan membaca artikel ini, tetapi saya pasti bahawa peminat (penagih-pemuja) para artis akan membacanya.
Izinkan saya menegur kalian. Dalam sebuah hadis panjang, berkenaan akhir zaman, Rasulullah s.a.w telah membayangkan bahawa di zaman ini, para artis akan dipuja-puja dan diangkat-angkat seperti wira. Sedangkan para alim dan ulama, martabat mereka direndahkan hingga tidak lebih tinggi daripada bawah tapak kaki kita.
Apa yang artis sumbangkan?
Lupa mati + maksiat mata + membazir + ketagihan + masalah sosial + kebejatan moral = _______Kalau kita yakin ada 'syurga' pada perbuatan kita 'menyembah artis', maka teruskanlah berbuat demikian.
A- syurga.
B- neraka.
Tapi masalahnya... kenapa bila mati, orang surau yang dijemput untuk menguruskan jenazah? Kenapa tidak, NGO yang bertanggungjawab 'melindungi' artis ini tidak terus menguruskan mayat?
Sungguh! Saya tak marah kepada artis, kerana adat mencari makan (walau harta mereka syubhat dan menghampiri haram) : "Bisnes akan berjalan selagi ada permintaan"
Siapa yang meminta? Kita. Ternyata kita tak boleh 'marah' artis sangat... kerana hakikatnya, kitalah yang menaikkan mereka. Kita ada saham atas kesalahan mereka. Jika bukan kita pun, mungkin ahli keluarga kita. Mungkin~
Islam datang dengan 5 bentuk penjagaan.
Pertama, menjaga akidah atau iman kita.
Kedua, menjaga diri kita.
Ketiga, menjaga akal kita.
Keempat, menjaga harta kita.
Kelima, menjaga keturunan kita.
Hiburan yang bagaimanakah yang memenuhi 5 aspek ini?
Dengan sebab itu, saya cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa hiburan yang sebenar-benarnya, ia mestilah tidak menyebabkan keyakinan kepada Allah berkurangan (walau secubit). Dalam soal iman dan islam, ia adalah suatu yang tidak langsung kita boleh kompromi. Titah perintah Allah perlu tetap berada pada yang teratas. Mesti!
Hiburan itu juga tidak menyebabkan jasad dan fizikal manusia disakiti, terjejas (dan sama erti dengannya). Bukan sedikit orang yang melompat-lompat hingga penat badan. Bukan sedikit orang yang berhimpit-himpit dan berkemut-kemut dalam tempat yang sesak, semata-mata hiburan.
Ketiga, hiburan bagi saya, perlulah menjaga akal kita. Kita tidak jadi hanyut... jadi lalai... dan jadi lupa diri. Rasanya sudah banyak manusia yang hilang kawalan kepada diri, kerana asyik sangat berhibur. Otak jadi makin lembap. Kalau rasa keputusan exam mendadak jatuh, silapnya mungkin kerana kamu banyak sangat berhibur. Sebab yang pasti, banyak berhibur akan menyebabkan otak jadi sempit... akal jadi tumpul... kepala jadi dungu.
Keempat, dari sudut harta pula... hiburan tidak sepatutnya membuatkan kita berhabisan wang yang banyak. Tidak juga hiburan itu boleh membawa kepada jenayah seperti curi, tipu dan judi. Walaupun dalam istilah remaja, 'betting'. Zaman saya sekolah, saya ada juga betting-betting ni. Betting Arsenal lawan Chelsea. Konon, siapa menang dia akan belanja coklat 30sen. Sedangkan, walau 10 sen pun ia sudah jadi haram. Kini baru saya sedar, selepas beringgit-ringgit juga benda haram masuk dalam diri. Astaghfirullah... (masa tu saya tak tahu lagi)
Kelima, menjaga keturunan. Maknanya meluas. Antaranya, hiburan itu tidak boleh mempengaruhi corak atau pola pemikirana anak-anak kecil kita. Dan, hiburan juga tidak boleh menjerumuskan kepada penzinaan yang hasilnya, terjejaslah keturunan.
Pun begitu, saya melihat di sebalik nama hiburan, wujud satu peluang dakwah yang sangat besar. Antaranya ialah inesiatif warga yang prihatin, seperti halnya yang dilakukan oleh produser indonesia yang menghasilkan filem Sang Murabbi, filem Sang Pencerah, filem Ayat-Ayat Cinta, filem KCB, dan lain-lain. Sama, alternatif juga wujud pada musik dimana telah lama wujud lagu-lagu ketuhanan (nasyid) yang menyedarkan kita dan mendidik kita dengan cara yang dapat diterima oleh 'nafsu mahu berhibur kita'.
Walaupun begitu, saya akan katakan bahawa hiburan yang asli dan yang hakiki datang daripada kitab al-Quran. Saya tak jemu baca al-Quran. Tak akan pernah jemu. Dan orang beriman, seharusnya begitu. Jika dalam masa satu hari, kita boleh menonton drama, membaca majalah... tetapi tidak boleh membelek lembaran ayat-ayat cinta dari Ilahi, maka ada masalah pada iman kita. Kita ternyata tidak bersedia untuk ke syurga...
Yang akhir, saya tak meletakkan halangan. Kalian nak tengok wayang, kalian nak berkaraoke, kalian nak main bowling, nak main snooker, nak itu... nak ini... silakan! Tetapi ingatlah pada umat Palestin. Mereka berhibur dengan menangis. Mereka ketawa dengan doa. Mereka senyum dengan darah. Apakah layaknya kita untuk seronok... sedang di sana, mereka disembelih?
Renung-renungkanlah. Orang lain mati sebab banyak berkorban, kita pula mati sebab banyak berhibur... Malang....
16 Komentar
lebih kurang dengan artikel kesilapan rancangan maharaja lawak yang saya tulis dulu, tapi yang ini hurai dengan lebih jelas.
Balaskesimpulannya bukan payah, hedonisme sudah menjadi makanan umat kini, sehingga manusia memandang maksiat sebagai keperluan hidup..
Astagfirullahalazim..
Balasterima kasih iqbal kerana mengingatkan..:')
pendapat dan hujah kamu bernas..
jika ada lagi pertikaian disini,memang itulah bisikan syaitan..
ingatan buat diri ini dan semua kita terutamanya yg kaki wayang^_^ ..hehee
"Siapa yang meminta? Kita. Ternyata kita tak boleh 'marah' artis sangat... kerana hakikatnya, kitalah yang menaikkan mereka. Kita ada saham atas kesalahan mereka. Jika bukan kita pun, mungkin ahli keluarga kita. Mungkin~"
BalasSgt setuju,
ayat terakhir, menakutkan..huhu
Assalamualikum,
BalasSetuju sangat. Beli CD sahaja yang sesuai untuk anak. Tapi ramai juga ibubapa yang mengheret anak mereka ke panggung wayang ni.
Apa boleh KITA buat?
tqaroslan likes this.
Balasalangkah bagusnya kalau artis sndiri boleh baca blog ni..
biar mereka sedar..
saya membaca tampalan ini... best...
Balassalam, syukran utk peringatan...
Balasbawu je smlm kwn ajk pegi tp mmg xnk..
bkn prasan baik, tp masih kurg baik...=)
lembaran cinta Ilahi, jika tidak mampu baca dlaam sehari..ada masalah iman di hati..
Balasterasa.
sungguh hati itu berbolak balik.
ada kala di atas, mantap, qiam tak tinggal
ada kala hanya mampu menjaga solat 5 waktu.
bukan mudah nak mengekang budaya hedonisme ni.
jika dapat berkongsi step2 agar boleh membantu menyedarkan orang ramai terutama famili sendiri yang sememanynya tiada fikrah Islam, bagaimana nak mendekati mereka?
jika kita jarang tengok tv, nanti dikata kita asingkan diri, jika kita tegur, nanti dikata hak peribadi.
masalah~
sememangnya pandangan Ilahi yang utama,
tetapi jika suasana yang baik tidak wujud di dalam keluarga sendri, ia adalah sesuatu yang boleh ana katakan sukar juga.
menanti perkongsian seterusnya,
step by step apporach untuk mengekang budaya hedonisme ini.
moga Allah beri kemudahan dan kelapangan untuk anta berkongsi disini~
amin~
p/s: mahu menggapai syurga tetapi amal seperti tidak bersedia
moga Allah kurniakan kekuatan amin~
assalamualaikum
Balassetuju sesangat le orang sekarang letak ulama dikeji lebih hina daripada manusia biasa
contoh mudah dan jelas, masa forum ehwal islam baru mencanak naik dan terkenal, ust. ismail kamus dan prof. harun din diangkat sebagai ulama, tapi bila tau mereka juga dari kalangan parti pembangkang, orang buta ilmu agama pon bukan main hebatnya memperlekehkan mereka
terima lasih atas peringatan ini =')
Balassetuju dengan cemomoi
Balashedonisme. seronok berhibur berlebih-lebihan. memang tidak berfaedah. membuatkan manusia lupa apa itu 'kematian'. Akhlak semakin runtuh. Lihat saja pemuda pemudi melompat terkinja-kinja memuja artis. Sungguh hati ini pedih, sakit! mengapa...
Balasjika mahu lihat negara kita akan dtg bagaimana, lihatlah pemuda pemudi zaman sekarang..itulah gambarannya..
akhirnya salahkan diri sendiri..hanya pandai bercakap, dakwah entah setakat mana..menyeru entah ketika mana..malu dengan diri sendiri. sungguh. =(
p/s: Akh, terharu saya Akh tolong promote blog saya yg xseberapa. Saya mahu reply, xdk FB. Di sini sahajalah saya ucapkan terima kasih. Moga Allah sentiasa merahmati Akh..=')
alhamdulillah..
Balasterima kasih atas peringatan ni iqbal
sangt setuju!
Balassatu p'jelasan yg ckup jlas..trima kasih krna b'kongsi..
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443