Soalan tadi, sering saya ajukan kepada diri saya. Mutaba'ah ibadah- menghabiskan tilawah 2 juzuk seminggu, bukanlah suatu yang sukar sangat. Tetapi di balik tilawah yang konsisten itu, mengapa diri saya masih tidak menikmati ketenangan? Mengapa diri saya masih belum dapat menemui penawar hati? Dan mengapa saya tidak mendapat petunjuk? Dan mengapa saya belum menerima rahmat? Sedangkan saya sudah membaca al-Quran!
"Memanglah tak dapat manfaat, sebab kau tak faham"
Jawapan yang dikemukakan itu memang masuk akal. Tapi bukan suatu yang tepat, dan bukan juga jawapan yang aaya cari. Kerana, telah ramai manusia yang membaca terjemahan al-Quran, telah mentadabbur isi-isi al Quran, bahkan sudah menghafaz makna-makna ayat al-Quran, tetapi belum lagi dapat menemui nikmat, petunjuk, pengajaran, dan penyembuh seperti yang sepatutnya. Dan, ada juga segelintir yang tidak memahami maksud, tetapi dapat pula mereka petunjuk, rahmat dan ketenangan. Jadi, masalahnya berpunca dari mana?
Saya akan mengatakan masalahnya berakar umbi kepada sifat kita. Dalam al-Quran, mana-mana situasi pun, pembacanya tidak akan mampu untuk lari daripada tergolong dalam salah satu daripada dua kelas manusia ini, iaitu watak putih dan watak hitam. Watak putih manusia, ialah daripada kalangan yang baik-baik, taat dan patuh kepada-Nya lalu dimasukkan ke dalam syurga. Watak putih ialah manusia-manusia yang berjaya dengan kejayaan yang gemilang, tiada tolok banding.
Adapun, lawan kepada watak putih ialah watak hitam. Watak hitam itu bukanlah kerana dia bangsa negro, jauh sekali dia terkena sunburn, tetapi kerana sifat-sifat yang berkaita dengannya seperti ingkar, derhaka, dan jahat. Watak hitam ialah orang-orang yang Allah murka dan diancamkan dengan siksa neraka yang menyala-nyala.
Dalam entry sebelum ini, saya cuma menyelit satu ayat al-Quran daripada surah al-A'raf, ayat 179: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai"
Ayat itu menceritakan tentang watak hitam. Ayat yang menerangkan tentang sifat-sifat mereka, balasan atas perbuatan mereka. Watak hitam... si pemilik hati, tetapi tidak mahu dibukakan hati-hati mereka untuk memahami ayat Allah. Tidak dibukakan hati mereka, untuk berusaha menerima dan menelan pengajarannya. Watak hitam... yang diberikan mata, tetapi tidak mahu dicelik untuk melihat bukti keesaan Allah. Matanya dipejamkan daripada melihat bukti-bukti dan kebenaran. Watak hitam... yang diberikan telinga, tapi dipekakkan daripada nasihat-nasihat kearah jalan yang benar. Telinga yang tertutup daripada sebarang pengajaran. Watak hitam itu sombong, ego dan ingkar. Kerana kesombongan watak hitam itu, dia menukarkan rahmat Allah kepada murka-Nya. Dan Allah melaknat watak hitam itu, dengan menamakan mereka sebagai lebih hina dan rendah darjatnya daripada binatang ternakan.
Saat membaca ayat-ayat berupa ancaman begitu, bagaimanakah akhlak dan cara kita menerima?
Saya cuma mengagak, mesti otak kita duk asyik bermain dengan nama-nama orang. Kita duk mikirkan, agaknya... siapa ya orang-orang yang macam haiwan tu? Lalu, satu demi satu nama naik.
"Oh! Ni mesti Fakhrul (bukan nama sebenar) sebab dia tak suka datang masjid"
"Oh, ni mesti Hanafi (bukan nama sebenar) sebab dia memang tak gemar baca al-Quran"
"Tak pun, ni mesti Pak Lang Seman (bukan nama sebenar) sebab dia dah tua bangka dah, tapi tetap duk melepak kedai kopi, tak terasa nak datang masjid langsung pun"
Heh, biasa kan? Okey. Kalau ada antara korang yang rasa, "Eh, tak ade pun aku bayangkan orang lain. Sungguh! Aku selalu bayangkan diri aku aje",(muka sedih), maka saya akan 'tabik spring' dekat anda. Hebat!
Sebetulnya, beginilah cara kita menerima pengajaran al-Quran. Allah tidak menyuruh kita menghisab orang, tapi kita kena hisab diri kita sendiri. Sebab itu, syarat pertama yang perlu kita laksanakan ialah dengan kita mengheret tag nama 'watak hitam' sebab dengan merasakan diri kita sebagai calon ahli neraka, barulah kita akan beringat-ingat sikit. Tak adalah nanti kita menyimpan prasangka yang bukan-bukan. Tak adalah juga nanti kita menyimpan rasa bangga, bongkak dan hidung tinggi (kalau hidung mancung, okey la jugak).
Bagaimana pula dengan ini?
"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang Allah telah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah (golongan Allah) itu adalah golongan yang beruntung."- surah al Mujadilah ayat 22.
Agak-agaknya, kita mesti rasa kita dah termasuk dalam golongan ni kan? Sebab kita telah merasionalkan beberapa tindakan kita-
"Aku beriman dengan Allah dan hari kiamat. Hish... siapa tak percaya!"
"Aku redha dengan segala apa yang Allah berikan kepada aku. Aku pasrah. Aku tak memberontak"
"Aku tak sokong orang kafir. Aku tak support event diorang. Benci, adalah..."
Kalau benda tu tak terjadi kepada anda, baguslah. Tapi masalahnya, banyak orang yang selamba aje nak letak diri mereka sebagai watak putih. Konon-kononnya, dialah si hero itu. Pelik betul golongan perasan macam ni. Kahir sekali, bukan hanya ibadah yang terbantut, tapi akidah pun tercemar lalu tertanggal.
Pengajaran kedua, sesekali jangan menganggap diri kita ini sebagai watak putih. Kerana dengan ini, kita akan berasa 'selesa'. Adat manusia, jika dah terlalu selesa... maka akan mudah pula terpedaya.
Kesimpulannya, sama-sama kita berubah. Ingat konsep hitam-putih dengan kita meletakkan diri kita sebagai watak hitam tiap kali membaca al-Quran. Dengan itu, tiap kali bertemu dengan ayat yang menceritakan tentang ahli syuga, hati kita akan meronta-ronta mahu masuk ke dalamnya, dan tiap kali bertemu dengan ayat-ayat berkenaan dengan neraka dan murka Ilahi, hati kita akan menjerit takut... takut masuk ke dalamnya.
Dan satu pertanyaan. Kalau baca ayat al-Quran, tapi hati tak rasa apa-apa... bagaimana?
Bukankah Allah dah kata dalam surah al-Anfal ayat 2, sifat yang patut kita ada ialah 'gementar hati bila nama Allah disebutkan' serta 'bertambah iman tiap kali membaca ayat-ayatNya'. Masalahnya, ada atau tidak hati kita berperanan untuk membawa kita kepada tunduk kepada-Nya?
Heh, kalau memang duk selalu berangan dan memikirkan orang, memang sampai bila hati sendiri takkan terkesan. Rugilah kalau sudah bertahun kita macam ni...
10 Komentar
memahami dan menghayati Al-Quran tidak dapat tidak mesti melalui pengajian bersama ulama-ulama yang mempelajari penafsiran dan penerangan berdasarkan manhaj yang jelas.
Balassebab Al-Quran kalam Allah, maka tidak akan mampu untuk dijelaskan melainkan dengan jalan yang diterangkan dengan sumber yang sama iaitu wahyu..
wallahualam..
pada saya, manisnya Al-Quran itu apabila kita membacanya, memahaminya, menghafalnya, dan mengamalkannya dalam kehidupan kita serta menggunakannya untuk memperbaiki akhlak diri kita ;)
BalasSesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi.
BalasDi suatu ketika, para sahabat bertanya kepada Rasulullah,
"Bagaimana untuk mensucikan hati, ya Rasulullah?"
Baginda menjawab,
"Dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati."
Salam alaik..trime ksih ats perkgsian nie..dh abis bce dh..=)
Balasassalammualaikum, sekadar kongsi:
Balasntah lah, kita mmg patut rasa iman setiap kali buat baik ker? bukan ker iman tu hadiah dari Allah,,, sy dapat rasa kalo tahajud malam jer,,, kalo bca Al Quran,, jrg sy dapat rasa... rasa dia mcm windy dlm hati ?? ker saya salah?? tapi mmg rasa seronok bila rasa mcm tue, tetiba rasa bahagia.. :)
takde masalah pon satu nikmat juga
Balassemoga Allah beri saya kekuatan untuk istiqomah baca quran sampai mati
BalasSalam alaik.
BalasTerima kasih utk perkongsian ini. Mengajak diri ini utk merenung kembali.
Teringat ayat dari surah Ar-R'ad, ayat ke 28, "Hatikan menjadi tenang dengan mengingati Allah."
Kadang-kadang walau selalu ingat Allah, walau selalu baca Quran, tapi masih sama, ketenangan tu tak hadir. Kenapa?
Mungkin sebab diri tak betul2 memaknakannya. Mungkin bibir melafazkan pujian buat yang Esa, tapi fikiran melayang entah pada siapa atau di mana. Mungkin bibir laju melagukan bacaan suci al-Quran, tapi hati tidak sama membacanya.
Apa pun terima kasih utk pencerahan ini. Bermakna. (=
Hati kita mati dengan dasyat.Nazak teruk.Tu yang tak faham.Tak gementar bila dibacakan ayat-ayat Tuhan.
Balasassalammualaikum dik iqbal,
Balasbacalah dengan hati yang ikhlas hanya kerana Allah..tidak dgn tujuan yg lain2..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443