Hlovate: Hate and Love?

Alhamdulillah. Dah lama saya teringin nak melafazkan syukur yang bukan hanya terbatas pada bahasa mulut, tapi juga dengan bahasa tulisan. Oh, dah beberapa ketika juga saya dalam tempoh 'sibuk' yang bukan dibuat-buat. Syukur, hari ini Allah sudah lapangkan masa saya. Maka, dapatlah saya kembali ke medan penulisan blog.
Tipulah kalau saya kata saya sibuk macam pak menteri. Lagi penipu kalau saya kata saya busy macam aktivis dakwah. Taklah. Saya cuma sibuk dengan kerja menulis (kecuali menulis blog). Ada beberapa projek mega (sendirian berhad punya) yang sedang dalam pembikinan. Memanglah masa itu 24jam sehari... tapi pejam celik-pejam celik, dah berlalu sehari. Kemudian seminggu, dan sebulan. Cepat benar masa berlalu hingga saya tersepit di antara impian dan cita-cita. Heh, macamlah keduanya ada beza pada saya. Oh ya, ada sedikit. Saya punya impian ialah menyebarkan kecantikan islam dalam bentuk kertas-kertas yang dicetak sebagai buku. Tapi, cita-cita saya untuk menjadi 'doktor bedah kapal terbang' pun sangat memenatkan. Hari-hari kena bertapa di workshop seawak jam 7 pagi sampai 5 petang. Petang dan malam, badan dah penat. Nak tulis pun idea jadi layu (mata pun kuyu)

Tapi itu alasan kan? Heh. Orang kalau nak gagal memang akan mencipta alasan.

Dah lama tak buat perkongsian di sini. Rasa macam dah janggal sedikit pula. Apa ya saya nak kongsikan? Erm... bagaimana kalau saya berkongsi pasal novel-novel Hlovate?

Saya sampai sekarang masih tak pasti Hlovate tu lelaki ke perempuan. Tapi itu bukan isu kerana saya tahu dia sedang bahagia dalam kasih Tuhan dan tak akan kisah pun kalau orang salah teka jantina dia. Saya sebenarnya mula baca novel Hlovate mulai bulan 4 hari tu. Normen lah yang hadiahkan novel Tunas kepada saya. First impression: bahasa dia tersangatlah santai, tak macam novel melayu yang pernah saya baca (padahal memang saya jarang buka novel sebelum ni).

Daripada Tunas, saya baca Aa+Bb pula. Okey. Cerita pasal Addin Shah dengan Benz Aliff. Menarik. Punyalah saya cari dan tunggu tang mana tarbiyyah tu sampai. Tup-tup, dah nak habis cerita baru jumpa. Terkedu juga dengan cara Hlovate menyemarakkan kesedaran melalui isu parenting dan ujian yang Allah kasi. Rupa-rupanya ujian itu selamanya akan memberi keuntungan kepada manusia selagi manusia memandang ia dengan kaca mata yang positif. Look into a bright side. Allah tak akan zalimi hamba-Nya. Mesti ada sebab kenapa kita diberi musibah, kan? Kalau tak mampu fikir, kita cuma perlu tahu yang Allah nak kita 'sabar' kerana dengan sabar, ada pahala. Ada keampunan. Ada rahmat. Dan ada cinta.

Novel ketiga Hlovate saya baca ialah novel Versus. Oh, baru tahu... rupa-rupanya inilah dia novel yang orang ramai duk perkata. Yup. Saya akui bahawa memang ini novel yang menarik. Pasal transformasi yang dibuat oleh dua orang remaja. Dari zulumat kepada nur. Fuh... tak mudah untuk menyelami jerih yang dilalui orang macam AO dengan isteri dia (Meen Edina ek kalau tak silap), tapi Hlovate dah berjaya buat orang berfikir banyak kali- terutamanya pasal peluang untuk berubah tu. Rugilah manusia kalau taknak berubah- dan lebih rugi kalau Allah dah beri peluang, tapi tetap kita taknak berubah. Well, after all, we choose our destiny ey? Memang susah nak berubah, tapi kita perlu tahu bahawa 'berubah dari jahat kepada baik', itu bukan lagi suatu pilihan yang kita boleh pilih macam pilihan jawapan masa SPM, tetapi 'berubah jadi baik itu ialah suatu benda yang mesti buat. No other option. Rating: 4 bintang.

Lepas versus, saya baca Rooftop Rant. 2 hari duk mengadap novel tu memang menyeronokkan. Tak banyak berbeza dengan versus, novel yang ini membuatkan saya berfikir banyak kali tentang impian saya. Saya dah tak boleh menafikan bahawa saya perlu kerja kuat. Saya kena kerja keras. Itupun kalau saya betul-betul nak berjaya. Mcam Jade jugalah. Dia bukannya manusia yang luar biasa, kecuali kesungguhan dan usahanya sahaja yang membuatkan dia jadi sedikit luar biasa daripada orang kebanyakan. Tapi memang betul apa janji Allah- kalau manusia tak ada usaha, bagaimana dia mahu berjaya? Dan kalau usaha pun tak seberapa, bagaimana mungkin hasil yang diraih itu seberapa. Heh... tak rugi untuk memasang impian. Yang rugi ialah membiarkan impian itu terkubur kerana malas berusaha. Tapi lebih rugi kalau biarkan usaha itu dilaksanakan dengan cara yang melanggar syarat. Bukan macam tu Jade?

Dan tadi, baru aje habis baca pasal Contengan Jalanan. Okey. Dalam semua novel dia (yang saya dah baca), saya akan cakap novel yang ini paling best. Rating dia: 4.6 bintang (kurang 0.1 aje daripada novel Jaja & Din). Baca novel ni, tanpa sedar buat biji mata ni berair. Tragik betul Chad Meninggal masa 1 Syawal. Mujur dan dah Allah takdirkan dia meninggal dunia selepas dia kenal Dia dan selepas dia mencari Dia. Jauh kan? Kena pergi Sydney untuk cari Tuhan dan yang pastinya, tak membazir orang yang bermusafir mencari nilai hamba. Dia dengan Fend dah jumpa, dan last-lasti, K2 pun jumpa juga. Wah, kalau rasa tak faham apa saya cakap... kena beli dan baca sendiri la novel tu. Hehe.

Saya cuma nak kata, saya terima banyak sekali bahan untuk membuat refleksi diri. Subhanallah. Hati manusia ni Allah pegang. Bila Allah nak dia jadi baik, memang dia akan jadi baik. Hidayah Alalh datang tiap saat, dan tiap saat juga, kita lihat ada orang mengabaikan dan ada pula yang ambil petunjuk tu. Bila manusia buat keputusan untuk menerima, maka Allah akan baiki hati dia. Allah akan pusing hati dia 380 darjah. Dari kiblat yang mengadap Hollywood, boleh aja kiblat dia kembali mengadap masjidilharam.

Allah dah buktikan. Dan tak mustahil, Allah akan buktikan bahawa kita boleh jadi manusia paling rugi- kalau kita jadi orang yang mengabaikan hidayah itu.

Ada satu quote yang sangat best, daripada Hlovate- "Kalau nak buang tatu pada kulit pun dah pedih, nak buang tatu dosa pada hati mesti akan jadi lebih pedih"

Rasanya memang berbaloi untuk berubah, kerana semua kita tak tahu bila kita akan mati. Tak rugi pun jadi baik sekarang, sebab the man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.

Mungkin kita lah yang 11th tu. Regretting life? Will be.

Erm. Tu je kot. Saya tak tahu nak tulis apa kat blog ni (sebab tepu otak dengan banayk menulis, idea dah campur-campur). Cuma nak cakap... saya rindu dengan readers Bayyinat. I tell u no lie- i miss u all, brothers and sisters... 49;10
    
Previous
Next Post »
48 Komentar
avatar

tahu takpa.

makan dalam hlovate punya penulisan.

Balas
avatar

alhamdulillah , dah baca semua karya2 Hlovate :)..

same pendapat , saya paling suka contengan jalanan jugak..contengan perjalanan mencari tuhan

ked's story and Shuberts serenade dah baca ?

Balas
avatar

Kisah Hlovate, yang santai itu juga yang boleh buatkan banyak jiwa2 yg terkesan kan?

may Allah bless him/ her always.

dan semoga penulisan Iqbalsyarie juga akan sentiasa menyentuh hati2 yang membaca, moga sentiasa diberi kekuatan oleh Dia.


p/s : ni yg buat makin nak baca Contengan Jalanan ni =='

bacalah kisah Ked's story dan Shuberts Serenade juga. Ada nilainya di situ (=

Balas
avatar

saya belum baca novel beliau..
kalau jumpa nanti tak tahulah apa nak cakap..

Hilal Asyraf pun selalu sebut pasal dia..

Balas
avatar

my first novel was versus, and i like this one best, after Aa+Bb. the , rooftop rant, then Tunas.

Conetngan jalanan masih belum berani nak rate, sebab baru habis bce kisah fend. nk start on K-squared, tapi belum berkesempatan lagi..

setuju hlovate lebih santai, lebih kepada perjalanan mencari Tuhan. Alhamdulillah..

thanks for the sharing, akh (:

Balas
avatar

Rsenye Hlovate perempuan, menurut yg sye dah bce la.... n Contengan Jalanan memg sangt terkesan!! n setiap novel die menunjukkn die seorg yg sngt bnyk ilmu dan sngt details dgn ape yg die buat...Sye bagi 8/10..
Dan sye baru je baru habes bce pdf 1st novel saudara.. w/p bnyk error n typo, watak bertuka2, sampai sye pon penin.. hehe... pape pon, Gud job!! keep it up!! :D

Balas
avatar

Iqbal, bagi akak pun Contengan Jalanan Mencari Tuhan yang terbaik dalam banyak2 novel beliau, walaupun ringkas, tapi tertusuk, sentap...semua ada...

pernah terbaca kat mana entah, Hlovate ni seorang perempuan..Allahualam..

Balas
avatar

sy peminat tegar Hlovate, sebab dia menulis dgn hati, mmg kena sentap btol hati2 yg baca novelnya :)

sy pun suka contengan jalanan,
last stiap chapter ad qoute yg mmg mcm dush2 kna atas muka.

may Allah bless her :)

Balas
avatar

menarik, hlovate. bencinta. haha.

tapi, sayang, sejak baca novel dia, sy kurang menjaga bahasa. sayang.
bahasa jiwa bangsa.

dalam satu2 penulisan, ada 3 faktor yg membuatkan orang tertarik.
jalan cerita.
moral.
dan bahasa.

untuk santai, memang seronok baca hlovate. lagi2 yg ada pengajaran macam versus.
tapi kalau boleh, saya akan mencari novel yang lengkap ketiga2 benda.
cerita, moral, dan bahasa.

bagaimana kita kategorikan satu2 novel itu menarik? meletakkan "oh novel ini islamik" hanya kerana terselit sedikit pengajaran di hujungnya?

(ape aku merepek ni? -__-")

sebagai penulis, memberi faedah kepada pembaca adalah paling penting.
bagi pembaca pula, kita haruslah pandai mencari apa yang bermakna.
jangan baca kosong.


sekadar pandangan, er, kosong.
semoga berjaya kelak sebagai penulis.
dan selamat menjadi pembaca yang baik.

saya suka hlovate jugak! huhu.

Balas
avatar

oh, baru pinjam novel versus. belum bace lagi.. banyak kali gak dengar nama hlovate. ble bace entri ni terasa nak mula mengenali penulisan2 hlovate after penulisan hilal asyraf ^^

Balas
avatar

salam alaik.

apa yg mnariknya novel hlovate ni adalah nialaian moral yang dapat mnyentuh hati. ianya bagus u para remaja yang bila baca nmpak macm santai3 tapi endingnya mereka akan rasa sentuhan tarbiyah yg cuba disampaikan oleh pnulis. kira novel ni bila diminati gol. remaja saya kira ia telah berjaya memikat hati para remaja. sekaligus pahala kesedaran para pmaca akan terkredit kpd si pnulis.

dan sy sgt suka sntuhan contgn jalanan. sbb diselitkan punya byk ayat3 suci kalamullah yg sftnya mnyentuh hati bila dapat ditadabbur dgn baik. sungguh saya sgt terkesan dgn setiap ayat quran yang disamapaikan. ia sungguh relate pada jalan pnceritaan si pnulis. alhamdulillah.

sungguh mnyentuh jiwa!

Balas
avatar

membaca review novel2 hlovate di blog iqbal buatkan saya rasa nak ulang lagi bacaan novel2 hlovate, terutamanya contengan jalanan.

dan satu lagi quote dari hlovate yang saya suka dalam contengan jalanan - 'cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia?'

Balas
avatar

versus, best sgt.

sumtin bout turning point, changes in life.

-,-

Balas
avatar

(^____^)
nak senyum lebar-lebar..sebab suka dengan semua yang inche tulis.
dah baca dah semua. dan setiap satu cerita hlovate bawa, pasti buatkan diri terasa berpasir mata sebab semuanya terasa kena pada masa dan waktunya.

bila baca ceritera hlovate,rasa intend to change sgt tinggi, kira ni dos utk initiate me utk mbuat anjakan paradigma dlm hidup sendiri.hee
well...
tahniah atas ulasan dan alhamdulillah atas apa yang mampu di rasai, tak semua hati mampu rasa apa yang kita rasa bila membacanya.
some of my friend said, dorg xpdt terima the way hlovate's style, sbb high english,to much skate's stuff n watsoeva.

like what u n hlovate said dlm ceritera;
"Hati manusia ni Allah pegang. Bila Allah nak dia jadi baik, memang dia akan jadi baik."

2cents from me,
ZK

Balas
avatar

Takleh nak cakap apa dah, sebab memang betul semua apa yang bro cakap.

Huhu

Teringat ada sorang kawan Zida memang dia terus berubah lepas baca Versus. Alhamdulillah. Dia tak bergaul sangat lelaki perempuan, sudah berani pakai tudung labuh dan al-Quran sentiasa di tangan.

Alhamdulillah~

ps: Sama macam kak Izzati Hashim, tak sabar nak balik Malaysia sebab nak baca Contengan Jalanan~

Balas
avatar

Salam. Saya suka baca novel Hlovate bila saya mula berfikir "Kalau AO, Minn, Jade dan Trisy boleh buat, kenapa tidak saya. Kalau mereka perlu bekerja keras untuk berlari meraih cinta Allah, mengapa saya hanya bersenang-lenang?"

Walaupun sekadar karektor novel, tetap mampu memberi impak. Subhanallah. Hidayah Allah itu ada dimana-mana :)

Balas
avatar

terkesan ngn novel2 hlovet,
baru baca dua,
5 tahun 5 bulan dan VERSUS!
sngt mnarik dgn pengisian agama yg santai.. buat orang x boring..dan boleh menerima masuk :D

alhamdulillah byk sy dapat dr hlovate. dan dah dpt teka, HATE DAN LOVE :) rasanya die perempuan,
sbb cube bace die credit kat sape dalam novel VERSUS ..:)

:) xsabar nak balik msia beli sume HLOVATE nye novel!!

Balas
avatar

Saya sangat suka karya Hlovate <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Balas
avatar

tunas=buat saya rindu pd zmn sekolah. zmn yg pls sng dpt tarbiyah.skrg dh msuk u kne cari sendiri.huk2..klau lalai pun xde sape yg dpt tegur.sume bz dgn hidup msing2.

aA+bB=mengajar sy bila sy xdpt sesuatu,boleh jd Allah nk lindung sy dari musibah n kemungkaran.

bnyk lg.kang xmemasal terbuat entri plak kt sini.hehe~

thumbs up to hlovate. tp contengan jlnn xbace lg.ni yg excited nk beli ni. sy suka cara dia menyelitkn pengajaran. santai tp sgt bermakna. =)

may Allah bless (credit to hlovate)

Balas
avatar

mungkin hidup kita berbeza dengan cerita-cerita hlovate tapi kita boleh menjadi watak-watak serupa- yang berubah menjadi lebih baik.

Balas
avatar

Saya suka semua and have all the novels.my precious collection.
Hlovate words and quotes really inspired me.

sampai dah download the eleventh hour. =)

Balas
avatar

sempat bce 5tahun5bulan,aA+bB,versus
hard 2 find rooftop rank

Balas
avatar

Hlovate seorg wanita
walaupun sy tak pernah bce novelnya
tapi seorg rakan sy minat dia..

lepas bce post nie terngin pulak nak bce buku dia..

Balas
avatar

Assalamu'alaikum..

Masya'ALLAH..teringin akk utk dptkannya..

Mudah-mudahan ALLAh permudahkan, syukran dik..

Balas
avatar

Allahu rabbi, teringin sgt nak baca ni..ssh nak dpt kat sini huhu..

pernah terbaca kat sini jom kenali hlovate ,serba sedikit tntg penulisnya :)

Balas
avatar

assalammualaikum, sekadar kongsi :):):):):):):):):):):):):):):)

sy pun penah baca Hlovate 5tahun 5 buln.. ok gak lah...

tapi sy minat habiburrahman's n sophie kinstella's lagi.. pling best 4 me bumi cinta,, tapi penulisan dia tak santai, tapi ilmu bnyk lah dlm tue,,, e.g ayat cinta-using agreement as mahar which rarely ppl do since it might b difficult for married couple but at least as women we know our right :)

sophie kinstella pun best gak especially to girls coz its inspiring woman about life..

Balas
avatar

salam alaik... setuju sgt dgn perkongsian kali ni... ana mmg peminat Hlovate... berkali-kali dah ulang novel dia. and yes, you are true. Contengan Jalanan terbaik. ouh ye.. ana syorkan baca la jugak novel Hlovate yg lain.. 5 tahun 5 bulan.. Ked's Story.. Schubert Serenade.. insyaAllah boleh dpt manfaat.. :)

Balas
avatar

=)hlovate pmpuan..
(kalo xsilap)

btw, akoo suke 5tahun 5bulan..hee

Balas
avatar

Assalamu'alaikum..Hlovate adalah seorang perempuan, sebab dia pernah menghadiri satu pesta buku utk promote buku2 dia.. dan dia sedang sambung study somewhere over the sea.. =)

Sy suka buku2 Hlovate sb ia membangkitkan perubahan - in me. Cerita perubahan anak remaja dlm mencari tuhan, bukan nya pakcik makcik. It handles OUR issues - bukan others', yg dekat dgn hati kita.. Sesuatu yg best dan berkesan sb santai dan cater kehendak jiwa yg sudah penat dgn kerenah2 hidup..life ain't all waltz, but it's not that dropdead hard neither ey..Hlovate inspires us to change, tp kita yg perlu motivate diri utk istiqamah dlm perubahan itu..

Then seterusnya sy teruskan dengan buku2 habibur rahman el-shirazy..pembacaan yang lebih serious tpi molek untuk membina diri utk menghadapi hidup yg lebih keras setiap hari..

ada satu kedai buku indonesia di KL..if x silap dkt2 chow kit..ada byk buku2 yg baik di sana, insyaALLAH..owh, utk verification, sy warganegara Malaysia..cuma berkongsi sesuatu yg baik dgn semua..may ALLAH bless..

Balas
avatar

Salam,mashaAllah,coretan yang menarik,
Tuan blog,saya menjemput saudara untuk memberikan pandangan terhadap artikel yang di tulis oleh saya.Semoga Allah swt memberikan kebaikan kepada saudara/saudari.

Balas
avatar

Suka sgt post ni. Tadi baru je singgah psl buku juga dkt blog kakZati ^_^ buku, buku dan buku. Suka!

Hlovate. Dah ada buku Hlovate, byk juga. aA=bB, Tunas, Rooftop Rant, Versus (tapi xhabis baca lagi). Mmg gaya penyampaian santai dan menarik. Suka. Lain drpd yg lain.

Tapi diri sendiri agaknya lebih suka tulisan Hilal Asyraf lagi. Bla baca novel Hilal Asyraf, beri impak yg sgt besar pada hati. Tak mengapa, cita rasa masing2 lain2, xsemua suka bahasa bunga, ada yg lebih suka gaya santai, ada juga yg amat meminati sastera, makna yg terlalu mendlm. ^_^ Penulisan itu suatu seni. Dakwah itu punya seni tersendiri.

Apa pun buat Hlovate, mabruk! ^_^ teruskan menulis ya. Ikut survey saya sendiri, ramai yg amat terkesan dgn Versus, sehingga rasa nk berubah. Saya dpt lihat kesannya pada sepupu sendiri. Dia luah semuanya, nk berubah sgt, sampai nangis2 tgh2 mlm, kerana nk berubah tetapi payah.
Alhamdulillah, sgt menyokong Hlovate. =)

p/s: ikut gaya nampak mcm perempuan. ^_^

Balas
avatar

Salam alaik..

novel hlovate mmg sgt best,byk dpt ilmu kt dlm tu...Alhamdulillah..

lps bce bumi cinta sy smbg bce hlovate-rooftop rant pulak..mmg sgt syg klu nk wt speed reading...

trime ksih ats perkgsian,rse nk sgt bce contgn jlanan..sbb rmai yg ckp n rse bez je..kne bce nih! =))

Balas
avatar

Salam alaik..

novel hlovate mmg sgt best,byk dpt ilmu kt dlm tu...Alhamdulillah..

lps bce bumi cinta sy smbg bce hlovate-rooftop rant pulak..mmg sgt syg klu nk wt speed reading...

trime ksih ats perkgsian,rse nk sgt bce contgn jlanan..sbb rmai yg ckp n rse bez je..kne bce nih! =))

Balas
avatar

Assalamu'alaikum..
Saya mahu berkongsi ttg buku trilogy Negeri 5 Menara, karangan A. Fuadi, keluaran PTS..real story yang sgt membina motivasi..dicerita dlm bentuk yg santai tapi sarat oleh seorang anak kampung yang hanya bermodalkan sebuah mimpi untuk menjejakkan kaki ke Amerika, dan akhirnya mendapat 8 biasiswa..dan sangat sesuai bagi mereka yang mengimpikan untuk menjadi seorang penulis, kerana ia mencerita dengan jelas tentang kekentalan sang penulis sejati..1st book Negeri 5 Menara, terus Ranah 3 Warna dan 1..wallahu'alam..

Balas
avatar

couldn't agree more :)

Balas
avatar

'jatuh cinta' dgn hlovate since im 16, 2006!!
ada semua novel dia n sentiasa ternanti2 novel terbaru dia!
seriously, rndu hlovate sgt2!
alhamdulillah sbb 'hlovate' mmg meresap dlm jiwa..
n now im also in love w k.su, langsir biji remia n jaja n din.. =)
n will go for DYK soon!! good luck!! krm salam rindu buat k.su dn hlovate ya..^^

Balas
avatar

alhamdulillah....moga2 karya Hlovate terus memberi inti dalam hati2 kita....

karya yang santai dalam penyampaian yang penuh makna...

kerana kita tahu hati2 kita milik Allah, hanya pada Dia kita berserah...

Balas
avatar

huhuhuu,maybe hlovate prempuan k0wt,,
saye suke laa n0vel tunas & 5 tahun 5 bln,,,y len ta jmpew at kdai buku...
um,adakah hlovate masih study at 0versea???aberdem???karyanya menabjubkan...i l0ve hl0vate

Balas
avatar

Dan tadi, baru aje habis baca pasal Contengan Jalanan. Okey. Dalam semua novel dia (yang saya dah baca), saya akan cakap novel yang ini paling best. Rating dia: 4.6 bintang (kurang 0.1 aje daripada novel Jaja & Din).

Balas
avatar

Assalamualaikum.... cite bab Hlovate ni... mmg terbaik!!! bahse die sempoi bebenor.. mungkin sbb Hlovate pun remaje... fahami bhse kesukaan pra rmaje skrg...

Balas
avatar

Assalamualaikum...ada tak blog/website yang ada novel2 hlovate dalam pdf? kalau ada boleh tolong kongsikan

Balas
avatar

Subahanallah.

Saya pun suka snagat sangat Hlovate.

Sampailah tuan punya belog. Cakap pasal gender. Then i wonder. Sebab before this i only have feeling that she's a girl. Form her writing.

Apa apa pun saya harap ramai remaja yang baca novel dia. Pada saya daripada baca tentang novel masa kini yang setenganya 18SX and wasnt really good for their mental and iman development. They can choose hlovate's novel. Which for me it can boost your iman. :)

Balas
avatar

hmmm...=( sedihnye la kan.memang ah,novel paling best cj.tak tau nak kata apa dah.tapi versus lagi banyak tumpahkan air mata saya...kalau org lain dpt semangat dgn ayat"kalau diorang boleh kenapa bukan aku?" saya Tak.baca versus buat saya rasa malu.cj dgn versus lain.life dia lain,mcm versus tu tersangatlah hitam dan bila AOdanminn boleh berubah jadi sampai macam tu sekali,saya menangis.bukan sekali.dan bukan hanya ketika baca novel tu...kdg2 air mata tu keluar bila saya duk sengsorg.saya menangis,bukan sbb saya faham dgn keperitan dia.mungkin sedikit sahaja.tapi saya menangis sbb malu.malu dgn Allah.malu dgn watak2 tu.malu bila Jasmin cakap dia budak CBN.malu bila minn ngan Ao tu skater,budak street.sangat malu...malu dgn background diorg.sdgkan saya,kalau org luar nak tgk saya dari segi agama,diaorang akan cakap.PERFECT.dari keturunan hinggalah persekitaran.tapi bukan saya.T_T

Balas
avatar

You should read Anthem too. The best book ever..

Balas
avatar

You should read Anthem too. The best book ever..

Balas
avatar

you know what,i want to meet hlovate.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443