Sagu dan ruyungnya

Ada pepatah melayu, "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Ia suatu simbol kepada usaha. Jika manusia enggan berusaha, mana mungkin akan berlaku kebaikan kepadanya. Sama- jika manusia tidak bekorban, mana mungkin dia akan berasa berbaloi tindakannya.

Segalanya tidak akan jatuh bergolek. Setidak-tidaknya, ada usaha yang perlu kita laksana. Sekurang-kurangnya, ada juga pengorbanan yang harus kita perah. Paling tidak pun, ada juga lelah yang perlu kita 'nikmati'

Ya Rabb. Saya tidak tahu bagaimana saya hendak menyusun kata. Cuma saya tahu, saya perlu membuat pengorbanan. Cita-cita saya tidak kecil. Ada niat di balik ulu hati saya, mahu agar wujud perubahan kepada masyarakat saya. Paling yang saya mampu pun hanya menulis. Setidak-tidaknya, rakan-rakan junior saya bolehlah meninggalkan novel-novel cinta tanpa tujuan yang mereka, dan mula beralih kepada buku-buku tarbiyyah.

Ah, apa saya mengarut ni? =.=

Saya sedang menulis buku. Pertama, sedang edit novel Antara Dua Bidadari. InsyaAllah sudah ada syarikat penerbitan yang berminat untuk membukukan novel yang pernah saya beri kalian baca secara percuma. Maknanya, serta merta 'percuma' itu saya tarik. Sudah tidak boleh disebarkan. Tunggu ia dibukukan kelak, insyaAllah.

Lagi satu, badan masih tak bermaya. Penat masih mencengkam tubuh. Hujung minggu membantu walimah seorang saudara. Dan malam ini, saya hanya menulis kerana saya mahu melunaskan janji- Satu entry setiap minggu, kan?

Apapun, saya ketemu dengan sebuah artikel yang menarik. Saya rasa ingin berkongsi di sini. (pautan) Jemputlah membacanya ya :)

Salam takzim,
Iqbal.
   
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

oh ! bakal diterbitkan la novel tu .
cool gitue . make sure an novel tu sampai area Perlis . hehe
all da best =)

Balas
avatar

dengan pengorbanan akan datanglah kemanisan

Balas
avatar

semiggu satu entri.
hihi, nampak gayanya, saya pun bakal macam tu jugak sebab dah kembali terjun ke alam pengajian. Semoga berjaya :)

Balas
avatar

betul2! dari novel ke buku tarbiyyah =)

Balas
avatar

hurmm...x suke baca novel cinta...
nanti jadi hanyut je.. :)

Balas
avatar

Tahniah, semoga kamu mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat...

Balas
avatar

syabas, dah ada hijrah yang besar tu...

Balas
avatar

tahniah.....teruskan usaha saudara....

Balas
avatar

salam..

" mujahadah itu pahit, kerana syurga itu terlalu manis"

jazakallah ya akhi

Balas
avatar

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah, tahniah ye dik :-)
Semoga terus berjaya seiring rahmat kasih-Nya, ameen..

Balas
avatar

artikel yang sgt bermakna, salam ukhuwah dari saya, terima kasih.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443