Mengapa Menulis?

Mengapa menulis? Soalan yang saya tanya ini kiranya bukanlah dalam kategori soalan-soalan yang mencabar minda pun, tapi tetap kita mengambil masa juga untuk soalan yang mudah sebegini dijawab, kan?

Baiklah. Sekarang, sila jawab. Mengapa menulis?

Kerana minat? Berkongsi info-info terkini? Mencari sahabat baru? atau untuk berdakwah?

Semuanya tak jadi kesalahan. Ia hak individu. Saya tak mahu komen, kerana saya tak mahu mencabul hak kalian untuk menulis. Saya cuma rasa terpanggil untuk bercakap tentang dakwah melalui penulisan. Isu ini rasa saya, sudah lapuk dan berhabuk pun. Sudah dibincangkan panjang lebar, dan kata sepakat juga telah diambil. Betul?

Tapi saya nak juga menulis, sekadar pandangan peribadi saya. Kalau rasa tak minat membacanya, saya tak apa-apa.

Hari itu (dah lama dah), saya terbaca satu pandangan peribadi seorang (InsyaAllah ia adalah pandangan peribadi, dia seorang sahaja) anggota jemaah tabligh yang menyela tindakan dakwah melalui muzik. Kata beliau, "Nabi dakwah cara jumpa manusia, pintu ke pintu. Kalaulah dakwah tu dengan muzik, pasti Nabi akan jadi pemuzik dan buat lagu saja"

Saya tersedak, kerana saya terfikir satu benda: dakwah penulisan!

Kiranya, kalau dikiaskan dengan pendapat orang yang sama tadi, "Nabi dakwah cara jumpa manusia, pintu ke pintu. Kalaulah dakwah tu dengan tulis buku@blog, pasti Nabi akan jadi penulis buku@ blogger saja"

Saya tak mahu melabel orang itu sebagai apa-apa. Tapi yang jelas, dia nampak 'tidak mengetahui' dan 'tidak jujur dengan ilmu'.

Jika... kita selidiki sirah, pada zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang sahabat yang bernama Hassan Bin Tsabit r.a. Beliau ialah seorang penyair Rasulullah. Syair dengan nyayian, kan tak banyak beza. Dua-dua ialah seni, dan dua-dua ialah berkaitan dengan lirik atau kandungan dalam puisi dan lagu tu.

Saya tak memaksudkan muzik-muzik dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh wanita, tapi saya memaksudkan tentang lagu nasyid, yang dinyanyikan oleh lelaki. Sebagai contoh, lagu Iktiraf daripada kumpulan Raihan. Menurut anggota tabligh yang seorang itu, nasyid bukanlah dakwah. baiklah. Saya tak mahu bertekak. Siapa yang setuju dengan dia, silakan. Saya cuma... tidak bersetuju.

Jika di zaman rasulallah syair itu berdosa, maka mengapa Hassan bin Tsabit mendapat pengiktirafan Rasulullah. Mari sama-sama kita merenung maksud firman Allah dalam surah Asy-Syua'ra' mulai ayat 224 hingga ayat 227. Dalam ayat 227, Allah meletakkan perkataan "kecuali". Siapa yang Allah kecualikan daripada 'merayau-rayau tak tentu hala' tu?

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. Asy-Syua'ra ayat 227.

Buka sikit minda. Jika betul "penyair" itu haram terus, mengapa perlu dibeza-bezakan antara yang beriman dan tidak beriman?

Samalah dengan 'pemuzik'. Jika benar pemuzik itu haram terus, mengapa perlu ada 'pemuzik islamik' dan 'pemuzik tak islamik'? ini bukannya macam minum arak. Minum arak ialah dosa dan haram terus. Maka, tak wujud istilah 'peminum arak islamik' dan 'peminum arak bukan islam'. Wujud ke?

Saya tertarik dengan sebuah hadis, bagaimana Rasuluallah menggambarkan kita semua ini sebagai setiap sudut dalam agama. Maknanya, setiap daripada kita punya 'saham' dan punya potensi yang perlu kita arahkan untuk perkembangan dan pemesatan islam. Tak bolehlah semua orang nak 'ketuk pintu' sebab bagi orang yang tak ada pintu, bagaimana mereka mahu menerima islam?

Masih tak faham maksud saya?

Kalian tahu tak... bahawa setiap daripada kita ni, wajib menjadi pendakwah. paling tidak, kita jadi pembantu kepada usaha dakwah. tapi paling-paling teruk pun, kita kena jadi orang yang didakwah.

Begini. Islam tak akan maju, tanpa 'hijrah' dan 'nusrah'. Islam berkembang pun sebab ada dua elemen ini. Masa hijrah ke Habsyah, islam tak berkembang pun sebab yang ada cuma 'hijrah', tapi tiada 'nusrah' daripada masyarakat. Nusrah itu ialah sokongan dan bantuan. Mana ada orang-orang Habsyah membantu menyebarkan islam. Tidak.

Tapi, masa hijrah Rasulullah dan para sahabat ke Madinah, dua elemen ini bersatu akhirnya. Ada proses hijrah (delegasi dari Mekah ke Madinah) dan ada nusrah (daripada ansar, kepada muhajirin). Lalu, apa kaitan dengan hadis 'sudut-sudut' agama tadi?

Kaitannya ialah... kita saling memerlukan, dan saling perlu membantu. Jika saya menulis, awak kena baca dan sebarkan. Kalau nak suruh saya tulis... lepas tu saya sebarkan pula, maka tak akan bergerak juga dakwah dari mata pena ni. Yang perlu, seorang daripada kita buat pengorbanan (tulis, cipta lagu, nyanyi) dan satu pihak pula untuk nusrah (cth: baca, sebarkan... dan sebarkan lagi).Ada orang pandai main muzik.

Macam abang Syam Kamikaze. Saya pernah jumpa dia di Masjid Airport. Kagum saya dengar ceramah dia. Kata Abang Syam, dia mahu menumpukan tentang dakwah... melalui muzik. Ada orang pandai muzik, maka buatlah muzik keagamaan. Mungkin bagi 'orang yang suka rumah dia diketuk orang', dia takkan dengar muzik islami, tapi orang yang memang suka muzik... pasti akan teruja untuk mendengar. Bila dah dengar, dapatlah mesej-mesej yang cuba disampaikan. InsyaAllah sikit-sikit... lama-lama jadi banyak!

Sama macam ulat buku. Antara mereka, pasti ramai yang tak suka 'pintu rumah mereka diketuk', dan tak suka mendengar muzik. Lalu, dakwah kepada mereka nak disalurkan dengan cara yang macam mana? Dengan buku, majalah dan novel lah. Boleh faham tak apa saya nak cakap ni?

Juga sama kepada peminat filem. Bagi kaki filem, mereka terang-terang tak suka pintu rumah mereka diketuk, juga tak berapa suka baca buku-buku agama, juga tak minat dengar muzik nasyid, tapi tentu mereka akan suka menonton apa-apa jenis filem. Filem seperti Ketika Cinta Bertasbih, Sang Murabbi, Sang Pencerah dan drama-drama seperi Nur Kasih, Hani, Kitab Cinta, dan lain-lain, bukan dakwah ke? Bukankah secara tak langsung, bila mereka menonton filem-filem begini, mereka akan disuntik sedikit demi sedikit dengan kesedaran islami?

Kalau tak betul apa yang saya cakap ni, mengapa ada ulama ahli muzik? -Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali sebagai Ibn Bajjah.
SUMBER
Kalau tak betul juga, macam mana dengan Imam Ghazali yang menyampaikan dakwah dengan menulis?

Saya geram juga, bila ada orang meremehkan usaha orang lain sedangkan sama-sama bekerja untuk islam. Sedang sama-sama berikrar untuk komited dalam dakwah, pun masih berlaku aktiviti sela-menyela.

Saya nak pesan satu. Dakwah bukan usaha individu, tapi ia usaha kolektif. Setiap kita, ada sudut-sudutnya. Kita ada posisi, ada konsesi. Kita ada peranan. Kita perlu jadi satu bahan radioaktif, yang mengeluarkan radiasi iman. Radiasi dari badan kita, hendaklah cukup kuat... agar orang sekitar kita dapat dipengaruhi, dan diubati. Caranya? Kita perlu 'menyebarkan' radiasi itu!

Kesimpulan.
Saya perlukan anda. Anda perlukan mereka. Mereka perlukan saya. Kitarannya tak putus-putus. Kalau rasa blurr, baca balik ayat saya tadi.

P/S- saya baru habis menulis novel. Saya tak tahu ia novel dakwah atau tak. Tunggulah bulan Ogos ni untuk yang sulung lahir, dan tunggulah lagi... sebab yang nombor dua baru sahaja 'dikandung'
    
Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

salam alaik iqbal,

akk stuju dgn awk, mmg x de beza penyair zaman Rasulullah dgn penyanyi@penasyid zaman kita..syair2 dorg pelbagai tema/themes, dan lagu2 skrg pn same, byk genre, ade pop, balada, nasyid. pilih jee :)

ayat Allah dah jelas, tinggal lagi kita (manusia) nk kena mnghadamnya..Allah mencela penyair2 yg mabuk, kaki judi, tp Dia x haramkan penyair2 yg memuji Rasul, puji keindahan Islam n seumpama dgnnya :)

Balas
avatar

ahsanti!..kita perlu adil dengan ilmu dan jangan sekali2 jumud..wallahualam..^^

Balas
avatar

like~
sbb dakwah bukan dgn satu cara shj..

Balas
avatar

Dakwah itu ada plbgai cara dan jlnkanlah sesuai dgn keadaan dan kehendak hati pada satu2 masa.Yg pntg berterusan.meskipun dlm kdr yg perlahan..

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

Mantapp!! Alhamdulillah.

Sheikh saya kata, dakwah terbahagi kepada 4 Qaf:

1. Dakwah Qadamiah (bergerak,berjijrah, qudwah, dakwah bilhal,dan bertindak seperti dakwah para anbiya')

2. Dakwah Qalamiah (melalui pena dan penulisan)

3. Dakwah Qauliah (Melalui ceramah, kata2 nasihat, muzik islami dan seumpamanya)

4. Dakwah Qalbiah (doa, azam, cita-cita, fikir, suka makruf, benci munkar)

Kata sheikh saya, semua jenis dakwah di atas adalah boleh asalkan tidak meninggalkan dakwah yg paling utama, dakwah para nabi dan sahabat, iaitu DAKWAH QADAMIAH.

Prioriti utama kita adalah dakwah seperti mana dakwahnya nabi. Biarlah kita buat semua jenis dakwah asalkan jangan sekali tgglkan dakwah qadamiah..

jika kita berada dalam dakwah qalamiah, tetapi meninggalkan dakwah qadamiah, maka tiada guna juga.. ibarat kita mengamalkan yg sunnah, tapi meninggalkan yg wajib..

Dan biarlah kita tak buat dakwah qalamiah, qauliah dll asalkan kita laksanakan dakwah qadamiah..

Wallahu a'lam.. ~

Balas
avatar

Assalamualaikum,
pertama kali memberi laluan komen di sini. Rasa terpanggil utk berikan sdikit pandangan. Selama ini hanya btindak sebagai silent reader.

Sekadar pandangan drpd pengalaman hidup yg tak sberapa. Mungkin insan yg bagi pandangan skeptikal ttg dakwah pintu ke pintu itu hanya mahir dengan cara sedemikian. Mungkin juga dia lebih selesa dgn cara tersebut. Jika kita selesa dgn suatu kerja itu, kita akan lebih rasa izzah dan ikhlas dlm amalam itu kan?

Kita yang juga tergolong dlm penyambung rantaian dakwah ini kena berbaik sangka sesama kita. Sebab kita hanya pendakwah, kita bukan penghukum.

Kita lah pelengkap kepada rantaian dakwah ini walau adakala kita hanya dilihat sebagai rantaian kecil. Berusaha lah menyebarkan islam dari arah mana pun, kerana yg berhak menilai itu hanya Allah. Yang menentukan dosa pahala itu juga Allah, yang menentukan syurga neraka itu juga Allah.

Lapangan dakwah itu luas. Klu semua jadi penulis dan hanya berdakwah melalui tulisan, nanti tiada org yg mahu dekati golongan yg cintakan seni muzik. Klu semua jadi pemuzik dan hanya berdakwah melalui seni muzik, nanti tiada siapa yg mahu dekati insan yg gemarkan penulisan & para blogger.

Walau di mana kita berpijak, walau bidang apa pun yg kita jejak, jangan pernah lelah dan putus asa dalam dakwah.

Moga Allah memberkati usaha awak dn para penulis/blogger lain yg 'berjuang' dlm medan penulisan.

Wallahua'lam.

Balas
avatar

bertepatan dgn hadis nabi..smpaikan drpdku walaupun satu ayat..zaman dah berubah..pendekatan juga berubah...ttp masih dalam batasan dan tidk melanggar syariat islam..tp kalu dakwah wanita melalui nasyid x bertepatan..

Balas
avatar

alhamdulillah.. sungguh jalan dakwah bukan cuma satu.. dan dalam menarik masyarakat masa kini kita perlu pada kreativiti..
insyaAllah.. selagi mana niatnya kerana Allah.. dan caranya kena.. tiada apa yang salah..

semoga Allah redha~

Balas
avatar

benar sekali kata2 anda...
Setiap orang memainkan peranan, dalam membentuk susana islami. InsyaAllah lama, susana islami yg mendidik akan terbentuk. Lantas dapat membentuk masayarakat Islam yg islami.

Pokoknya semua ada peranan tersendiri dalam menyampaikan. Melalui pelbagai cara yg tidak bertentangan dgn syarak.

:)

Balas
avatar

saya menulis adalah kerana minat dan saya rasakan penulisan merupakan medium yg menarik utk dijadikan tmpt meluahkan perasaan,kesarabutan yg bermain di minda saya...hahahha

Balas
avatar

terima kasih sebab dah menjawab persoalan saya :)

Balas
avatar

Tahniah novel di Jemari Seni.

Balas
avatar

salam.

ramai orang suka menulis, tetapi masih sedikit yg mahu menulis kerana dakwah. utk nta, smoga terus maju dgn dakwah pena ini, dan tahniah sebab dah jadi novelis :)

Balas
avatar

berfikir sekejap nak komen pasal apa sebab banyak komen mengenai dakwah.

mengapa menulis? dulu masa mula berbglog ada juga buat entri macam ni. masa tu tak fikir panjang, cuma fikir nak penuhkan waktu cuti semester je.

bila dah baca banyak blog, baru fikir betul-betul sebab apa nak menulis. bak kata Ustaz Hasrizal, Erti Hidup untuk Memberi; kata KakChik Niza, menulislah kerana Allah; kata shaker pula, kongsi sampai mati. Apa yang penting, semoga ada insan yang akan mendapat manfaat dari penulisan itu.

Balas
avatar

salam..benar jangan sempitkan dakwah..kita perlu bijak dlm berdakwa..ikut keadaan..jika ingin mengunakan mediam muzik untuk bdakwah teruskan ...jika penulisan teruskan usaha itu..jika ingin pergi rumah ke rumah teruskan...jika ingin gunakan seni budaya..itu baik juga ..contohnya wawang kulit ,buang unsur hindu ..tukar dng nilai islam ..ikut sejarah pun islam tersebar ke rantau nusatara..melalui penulisan syir..muzik seperti yg dilakukan oleh wali songo tanah jawa mengislamkan seni budaya,semasa sebelum kedatangan mereka di tanah jawa untuk berdakwa seni budaya ..muzik lebih menjurus ke arah agama hindu..wali songo mengunakan medium muzik untuk bdakwa..maksud saya kita seharusnya mengunakan medium yg di sukai oleh masyrakat sbg medium dakwa...untuk menarik minat mereka......

Balas
avatar

Ya benar..sy setuju cuma dakwah pintu ke pintu ialah dakwah yg pernah d lakukan oleh nabi n para shbt..maknanya nabi buat tu bukan ikut nafsu tapi wahyu@perintah Allah..Allah suka dgn perbuatan nabi (pintu ke pintu) walaupun ketika itu nabi buat juga perhimpunan,buat makan2 (semuanya dgn niat dakwah) kesimpulannya apa2 cara pun boleh ..asalkan yg memberi dakwah tu lebih dekat ngan Allah,bukan jauh..personally sy suka cara jemaah tabligh..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443