Hari ini, saya dengan kepala yang berat... hanya mampu mengela nafas panjang, sambil kepala digeleng sedikit. Seikat rasa persaudaraan, nyata makin longgar dalam hati-hati manusiawi kita, umumnya. Saya katakan, dan saya benar-benar memaksudkan.
Sejarah telah membuktikan, betapa perbalahan sesama anggota, ialah punca yang membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun jiwa. Berbalah sesama sendiri, juga bergaduh sesama satu rumpun!
Dewasa ini, permusuhan yang berlanjutan antara sesama kita nyata belum tamat. Apinya masih marak. Bahangnya masih membakar. Debunya juga masih hitam, pekat. Saya kecewa, kehilangan rasional bagi sebuah persoalan yang saban hari saya nantikan kewujudan jawapannya- "Sampai bila kita akan berpecah?"
Saya baru selesai menonton video di lama sesawang seorang sahabat, yang mengutarakan perbezaan pendapat antara dua figur ilmuan islam. Seorang menyokong pemerintah yang zalim, dengan hujjahnya- "Wajib taat kepada pemerintah" dan seorang lagi ilmuan cuba untuk menjernihkan fahaman yang ekstrem itu.
Saya terkilan. Mungkin saya seorang pro-pembangkang- saya tidak letak noktah pada pernyataan saya itu, kerana perkataan 'mungkin' sudah cukup untuk menjelaskan pegangan saya dalam siasah. Tapi, saya cukup terkilan dengan kemunculan ilmuan islam (sengaja saya tidak menggunakan perkataan 'ulama' kerana ulama ialah gelaran yang suci- diiktiraf oleh Allah dalam al-Quran sebagai manusia yang takut kepada-Nya sahaja) yang tidak lain, menggalakkan perpecahan dan pembantaian keatas umat manusia, khususnya Malaysia.
Perbezaan ulama seharusnya kita raikan sebagai satu bentuk perkara furu'. Perlu saling menghormati. Tapi ia tidak berlaku kini. Yang berlaku ialah sebaliknya- aktiviti sela menyela.
Mengapa al-Quran dan hadis, yang sama dipegang... hanya difahami separuh-separuh hingga wujud golongan yang mengorek dalil, untuk kepentingan diri?
Saya bercakap sedikit tentang politik. Dan saya harap, tiada wajah yang akan berkerut geram. Saya tiada kepentingan, jauh sekali tapak dalam dunia yang penuh kesulitan ini. Saya berkecuali. Sama seperti Blog Kereta Mayat, yang telah dihujani dengan kritikan keras kerana cuba menyelam ke dasar masalah politik ini.
Tapi yang pasti... saya mahu merakamkan rasa kecewa saya, dengan harapan... cambak satu titik sedar dalam hati murni kita, untuk sama-sama mencari jalan- bagaimana mahu bersatu?
Bagaimana, bila kita mahu bersatu?
Saya cukup bimbang. Saya risau, bila gajah bergaduh... yang tersepit di tengah-tengah ialah si jahil seperti kita. Dan lebih saya bimbangkan, bila wujud seorang yang ekstrem, maka ia akan mencambahkan kekeliruan, langsung menjadi hijab kepada anak-anak muda yang menggagau mencari jalan kebenaran.
Sungguh, saya sedang keliru.
Dan sungguh... ramai yang masih keliru!
Anda semua, tolong jangan politikkan agama, tetapi agamakan politik!
Kerana itu, saya menulis artikel ini. Dengan harapan, jika saya melakukan kesalahan dalam bicara dan penulisan saya, anda tahu di mana mahu menegur saya. Dengan mata pena, waima mata pedang! (metafora kepada teguran cara lembut, dan cara atau bahasa yang kasar)
Ini emel saya: iqbalsyarie@gmail.com
Jika ada yang anda tidak suka pada saya, jangan menyela saya kerana mungkin saya sedang berada di pihak yang benar. Sebaliknya, jujurlah dengan menegur cara peribadi.
8 Komentar
assalamualaikum...
Balaslumrah manusia biasa yang senantiasa dikelilingi dengan kesalahan serta kesilapan...oleh itu belajar lah drp apa yg telah blaku..think positif & berhusnuzon lah..
susah & payah utk membuatkan manusia memahami bait2 kata kita seperti nak melembut batu menjadi kapas yg gebu..tetapi tidak mustahil ianya akan blaku kerna pamahaman itu adalah dari Allah swt serta ikhlas dr hati kita yg menyampaikannya ^^..
if ana pon ada buat silap mohon dimaafkan jua ya..^^ ana pon manusia biasa..^^
wallahu a'alam...teruskan bertinta ya akhi...
islam adalah cara hidup.. kalo sembang bab agama.. semua benda berkenaan.. tadak satu hal pon lari.. so politik pon secara tidak langsung akan terlibat jugak eventually.. itu lah sekarang yg kita mau capai.. agamakan politik, jgn politikkan agama
Balastajuknya menarik, mohon diulang cetak, :)
Balasbetul tu..tak psl2 agama pulak y dipolitikkn..demi tujuan snggp buat pe2 je hingga mencmrkn agama tu sendiri.
BalasTerlalu banyak ulama dan terlalu banyak falsafah.. sebagai seorang yang bengap dlm ilmu agama.. saya betul tak faham akan falsafah yg terlalu berbeza pendapat sebb tu sy ikut apa yg ad pada hadis dan ayat Quran..
BalasBoleh taat pada pemerintah jahat. Even pada pemerintah yang zalim sekalipun kita boleh taat bagi mengelakkan perpecahan semasa umat islam. kita akan buat, kita pasti buat andai pemerintah zalim itu cuma menzalimi hak dunia kita. hak dunia kita adalah hak sementara. Hilang ada wujud hanyalah berbekalkan kesabaran kita. Tetapi kalau dah menzalimi akidah kita bagaimana?Bagaimana kita boleh metaati pemimpin yang menyebabkan kita kufur kepada Allah swt? @ amenoworld. guna chrome, acc lain.
BalasAssalamu'alaikum..
BalasInsya-ALLAH dik, itulah yang sebaik-baiknya, andai ingin menegur, tegurlah dengan penuh hikmah.
~ maruah seorang islam adalah suatu perkara yang sangat mulia dan berharga ~
Moga ALLAH sentiasa melindungi iqbal..
syukran
salam.....satu perkongsian ilmu yg baik..ya benar lebih baik jika perbezaan itu berdasarkan ilmu,Al-Quran,dan hadis..dan berakhlak mulia dalam meraihkan perbezaan yg membawa rahmat buat semua..sejak akhir ini saya ada rasa rimas dan bosan dng keadaan segelintir pihak(tidak kira ilmuan islam atau ahli politik) yg sekadar menanguk di air yg keroh.lebih merisaukan jika ilmu islam yg seharusya mdidik umat lebih mementing dunia,Iman Al-Ghazali pernah perkata rosaknya m asyakat dalam sebuah negara adalah di sebabkan oleh rosaknya raja atau pemerintah,manakala rosaknya raja atau pemerintah itu sendiri adalah akibat daripada rosaknya para ulamak dan rosaknya para ulamak itu adalah kerana rosaknya hati mereka, dan rosaknya hati mereka boleh berlaku melalui banyak sebab tetapi pada umumnya adalah daripada kecintaan pada dunia serta melupakan akhirat.perkauman dan kebencian...politik kotor makin terserlah semua perkara ingin di politikan......keadilan dan kebenaran yg perlu di jadikan alat perjuangan semua..taniah terima kasih kerna mengingati...
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443