Layar Kasih

Lama saya peram soalan-soalan tu. Bukannya ia mampu jadi jeruk pun, tapi tetap saya rasa keberatan untuk menjawab. Maaf yang tulus, saya pinta kerana berlengah-lengah dan beralasan, untuk menyelesaikan satu-satu urusan kaum muslimin yang lain.

Secara mudah, saya akan jawab empat-empat soalan cinta ini dengan satu skema jawapan sahaja: "Tunggu buku Dia Yang Kunikahi keluar, beli, dan baca (sementara menunggu berbuka puasa atau sahur)." Subjek cinta cinta, telah  saya garap menjadi sebuah cerita. Ya. Ia sebuah cerita yang sama seperti saya pernah 'beri' secara percuma kepada kalian satu ketika dulu. Tetapi, yang itu.... saya belum sunting dan edit. Tapi yang ini, sudah diberikan nilai-nilai tambah, hingga sebahagian besar kandungan, mengalami proses 'evolusi'.

Ah, kalau setakat ini... baik saya tak menulis artikel ni! Kan?

Baiklah. saya mahu jawab soalan... yang akhir dan yang kedua akhir. Soalan lima minggu lepas!

Apa rasionalnya kahwin ketika study? pandangan enta mengenai isu ini?
Untuk ini, saya rasa anda perlu baca pautan ini. Kahwin Muda. Saya noktahkan jawapan saya, kerana kalau saya perlu menulis pun... isinya akan sama juga. Sekadar dua benda yang berulang juga :D
Assalamualaikum, iqbal. boleh cerita x yang iqbal pernah bercinta atau tak?bila dan siapa? macam mana boleh jatuh hati dan lain lain lagi la. then, kenapa boleh putus. tq. harap dapat bg input sikit :)
Secara peribadi, saya sebenarnya teringin untuk kenal dengan tukang tanya soalan ini- trivia semeter ini!

Saya pernah bercinta. Berapa kali? Oh! yang penting bukan sekali.
Bila? Selepas UPSR, masa di tingkatan tiga, masa di tingkatan empat, dan masa di tingkatan lima, dan dua kali selepas habis sekolah. Oh, saya dah menjawab soalan di atas lah!
Macam mana boleh jatuh hati?
Saya akan katakan bahawa ia adalah kerana kerendahan nilai moral saya, juga nipisnya iman saya; bagai disiat seribu. Rasa sayang, kasih dan cinta itu benda yang lahir tanpa saya ada 'suis'. Jika empangan cinta saya itu satu pili, boleh saya selenggara dan kawal limpahan cinta saya... tapi yang pasti, itu bukan perbuatan saya. Saya sendiri tak tahu, apa yang membuatkan saya 'cinta'. Cinta dengan monyet, atau 'cinta monyet' (?)
Kenapa saya jatuh cinta?
Kerana saya ingat... saya mahu memperisterikan 'mereka'
Kenapa boleh putus?
Saya takut Allah. Sungguh. Saya tak fikir ada sebab lain kecuali selepas saya mengesan betapa saya telah mengheret diri saya untuk melalui lorong-lorong yang menuju perzinaan hati. Tipu! Bohong! Gebang kalau seseorang itu mengatakan betapa dia mampu mengawal hati dan fikirannya daripada ditusuk rasa yang bukan-bukan, seperti rasa mahu bersenda-gurau, berbalas senyum, bertemu muka, dan yang lebih daripada itu.

Memang kita sesekali tak boleh melabel orang lain sebagai melakukan zina hari, kerana sifat hati... ia tidak mampu dibongkar selain oleh si pemilik hati dan juga di peminjam hati. Hanya kita, dan Allah sahaja yang tahu akan apa yang terkandung di balik otot-otot lembut ini. Orang lain sama sekali tak punya autoriti untuk membuat 'audit' pada hati kita dengan meletakkan tag: "Enta sedang zina hati"

TETAPI, ia juga suatu kebohongan jika ada orang mampu mengaku yang dia terlepas dan bebas daripada dibayangi oleh zina hati. Anda takkan faham apa yang saya katakan, jika anda belum terjebak. Dan saya berdoa, anda tidak terjebak.

Saya belajar dengan cara 'manis', tapi 'bisa'... dan saya telah dan akan tinggalkan 'manis' itu, selagi ada 'bisa'. Ya! Allah kan ada... dan itu sudah cukup untuk saya berfikir berkali-kali, betapa cinta saya kepada Dia masih goyah; apakah layak untuk cinta hamba-Nya, saya gapai?

Sesungguhnya, jodoh dan ajal adalah selari. Keduanya telahpun ditentukan oleh pencipta yang sama. Jika kita sibuk mencari jodoh, kita tidak akan bertemu juga dengan jodoh, melainkan dia itu ialah hamba yang memang 'disimpan' oleh Tuhan kepada kita. Jika bertemu, kita gembira... bahagia. Tetapi jarang-jarang kita perasan, bahawa selangkah kita dekat dengan jodoh, bermakna selangkah kita mendekati ajal. Ya, seperti yang diulang-ulang kepada si kelana dunia, kita dijanjikan dengan sebuah kematian... tetapi tidak kepada sebuah perkahwinan. Ada manusia yang tidak bernikah, tapi tiada manusia yang tidak mati!

Maka, dalam rangka diri mahu bersiap menerima jodoh, seharusnya saraf-saraf pemikiran kita terlebih dahulu dialirkan dengan nuasa-nuasa kehidupan abadi, agar tidak terlalai hidup kita.

Kita, hakikatnya mahukan jodoh yang baik-baik, juga perkahwinan yang membahagiakan. Tetapi, bukankah yang lebih aula dari segala, ialah kematian yang baik-baik, kepulangan yang membahagiakan?

Saya tidak 'berkongsi' kisah jelek saya untuk sekadar dibaca dengan rasa yang bercampur aduk oleh sidang pembaca sekalian, tetapi saya menulis kisah saya, agar yang bernyawa... mampu mengambil pengajaran, bahan separuh perkataan.

Saya tak kisah jika 'hormat' kalian merundum, kerana kisah lampau saya... tapi jangan lupa, kalian pun ada 'kisah gelap' yang saya tidak ingin pun nak baca!

 Sama-sama kita bertaubat, menyesali nota semalam.

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
    
Tuhan, jadikanlah sauh cinta kami berlabuh di bawah iradat-Mu
    
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

salam akhi,

wah. jawapan dari isi hati,
benar-benar perlu diambil iktibar bg mrk yg masih terawang-awang dgn cinta monyet.
moga Allah permudahkn sgala urusan. =D

Balas
avatar

Assalamualaikum...

Benar, bohong kalau kata diri boleh elak zina hati sedang diri menghampiri zina itu...

Terima kasih atas perkongsian :)

Balas
avatar

Salam Iqbal.

Lama sungguh tidak ke sini. Seperti biasa, tulisan yang penuh nilai ilmu untuk digarap dan diperhalusi isinya.

Benar, tiada manusia yang tidak ada kisah silam yang hitam, tetapi selagi kita berusaha berubah menuju Allah, rahmat-Nya akan sentiasa menanti, insyaAllah.

Balas
avatar

Setiap orang pernah melakukan kesilapan..usah gusar dengan pandangan dan kata-kata orang sekeliling..Bukan redha mereka yang kita cari, tapi kita mencari redha ALLAH...

Apa yang penting, kisah lalu dijadikan panduan untuk melangkah ke hadapan..Apa yang baik dijadikan teladan, apa yang buruk dijadikan sempadan..

Balas
avatar

Jazakallahukhair atas jawapan yang sangat imiah itu.

Sungguh sukar rasanya mahu mengawal diri ini dari terjebak kepada mencintai si hawa. Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku.

Sememangnya kejahilan masa lalu banyak boleh bawa keburukan buat kita. Mujurlah ada ketukan olehNya. Tersedar jugak ye~

Nak Couple Islamik?

Balas
avatar

perkongsian yang menarik :)

http://antisipasielmyra.blogspot.com/2011/07/jarak-itu-menjaga-aku-dan-dia.html

Balas
avatar

salam...
syukran pkongsian...
peringatan buat diri ni jugak...
semoga kisah silam mjadi kekuatan utk yg akan dtg...=)

Balas
avatar

Saya tak kisah jika 'hormat' kalian merundum, kerana kisah lampau saya... tapi jangan lupa, kalian pun ada 'kisah gelap' yang saya tidak ingin pun nak baca!

salam..ana ska ayat kt atas tuh..^^
setiap org msti ada ksah masing2...sbenaqnya kisah silam yg byk mngajar erti hidup...

syukran pkgsian ini..sgguh bmnfaat...

Balas
avatar

salam akhi iqbal...teman baik saya sang pelaut rabbani sangat respek pada anda..dan saya juga!tak pernah sia-sia singgah sini..pasti ada buah tangan dibawa pulang

Balas
avatar

assalamualaikum....
perkongsian yg bgs....jalan cerita yg hampir sama tp xserupa....=)

Balas
avatar

as salam.. kali pertama menjenguk ke blog ni... namun dah timbul rasa kagum dan respect kepada sang pemilik blog ni.. tambah pulak dia adalah seorang lelaki.. semoga, allah merahmati usaha saudara dan all the best dalam mengharung ujian hidup di masa akan datang!

Balas
avatar

tiada sape pon yang tak pernah buat dosa... utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia...

all the best..let us berusaha to be better muslim...kisah lalu jadikan pengajaran..pemangkin menuju kejayaan... insyaAllah..moga Allah makin sayang..

selamat berpuasa iqbal

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443