“Assalamualaikum, hero!”
Yazid mengeleng-geleng kepala sebelum salam yang dituju kepadanya dijawab.
“Dah sihat? Dah keluar wad?”
“Tadi. Aku dah sihat. Alhamdulillah. Kak Tas cakap dah boleh masuk kerja balik dah esok.”, Yazid senyum nipis. Kesan luka di rusuk kirinya sudah makin menyembuh. Alah. Cuma luka kecil. Peluru tu berlanggar dengan kulitnya. Tidak pun menembusi badannya. Kalau tembus, alamatnya memang tamatlah riwayat seorang Yazid, dan cerita ini pun tidaklah akan wujud. Kan?
“Asiyah…”, Yazid menyeru nama gadis di depannya. Mereka berdua sedang duduk dalam Farmasi As-Syifa’. Titik pertama, bagi episod ‘kejar-mengejar’. Episod wira yang mengejar perompak bersenjata dengan hanya ‘bersenjatakan’ wang baki!
“Erm..”
“Kenapa awak biar mereka panggil saya hero? Awak pun tahu kan, saya kejar lelaki india tu sebab nak pulangkan wang baki dia…”, mata hitam Yazid merenung wajah lembut gadis didepannya. Bukan siapa-siapa pun, tapi kawan sekolahnya juga. Sebaya, dan sama kawasan perumahan dengannya. Jirannya sendiri, anak Pakcik Helmi.
Asiyah ketawa panjang sebelum tangannya menutup mulutnya daripada terus mengeheret tawa. “Kenapa? Tak suka ke orang panggil kau hero?”
“Tak ada sebab orang nak panggil aku macam tu”, rendah Yazid menutur kata. “Aku pun bukannya tahu yang mamat tu sebenarnya perompak. Kalau aku tahu, gila apa aku nak pergi kejar dia”
“Hah. Sebab itulah kau jadi hero kau tahu. Kalau kau tak kejar, tak ada punyalah polis dapat tanggap dia. Kau tahu, dia tu memang dah banyak kes dan dah lama dikejar oleh polis tau. Alih-alih, kau juga yang dapat tangkap dia”, senyum lebar Asiyah menghiasi wajahnya yang sedia manis.
“Ialah tu…”, gumam Yazid rendah. Dia baru mahu berpaling ke luar, sebelum matanya menangkap bayang satu sosok tubuh. Ya, sosok yang sangat dia kenal!
“Ahmad!”
Asiyah menjegilkan biji mata, kehairanan. Ahmad? Siapa dia Ahmad?
“Ahmad! Tunggu sekejap!”. Yazid sudah mengangkat punggung dari kerusi. Dia melangkah deras, menuju ke pintu sebelum tangannya yang kasar, menolak daun pintu.
“Tunggu saya!”, Yazid sedikit termegah-mengah berlari-lari anak mendapatkan lelaki yang berjubah putih bersih yang sedang berjalan perlahan di depannya. Lambat-lambat, lelaki itu menoleh kearahnya seraya melemparkan sebuah senyuman lebar, penuh manis.
“Awak jumpa saya…”, kata lelaki itu lembut.
Yazid menyedut nafas dalam-dalam. Dadanya masih terasa berat, akibat banyaknya asid laktid yang terkumpul dalam sendi dan ototnya.
“Awak sebenarnya siapa?”
“Kan tadi awak dah panggil nama saya”
“Tapi awak ni… apa?”
“Zid!!”
Yazid menoleh kearah suara yang memanggil namanya keras. Kelihatan, Asiyah melangkah laju kearahnya dengan muka yang cemas. Dia nampak semput sedikit bila dia berdiri di tempat yang sama dengan berdirinya Yazid.
“Awak ni kenapa?”, tanyanya dengan nada yang penuh curiga.
“Kenapa apa?”
“Awak cakap dengan apa? Tiba-tiba saja menjerit-jerit, berlari dan sekarang… bercakap seorang diri?”
“Seorang diri apanya? Saya tengah bercakap dengan dia….”
Kepala kembali dipusing ke hadapan dan zass… lesap! Sudah tiada sosok tubuh tegap dalam jubah putih. Sudah tiada si serban berjejalur merah. Dan sudah tiada senyum lebar pada wajah tampan itu! Langsung!
Yazid memandang sekeliling. Bersusah-susah mencari hingga kerut pada wajah Asiyah, daripada sebaris, jadi berbaris-baris. “Awak cari siapa Zid?”
“Lelaki tadi. Lelaki yang cakap dengan saya tadi. Lelaki yang saya kejar!”
“Lelaki mana? Mana ada lelaki di sini. Awak saja yang terkejar-kejar ke sini, berdiri tengah panas… sambil bercakap seorang diri”, Asiyah mengecilkan kelopak mata. Raut wajahnya mencerminkan pra sangka yang bermukim dalam hati. “Awak berkelakukan pelik la Zid.. awak okey tidak?”
Yazid merengus perlahan. Dia tak ambil pusing dengan lontaran soalan dari gadis di hadapannya itu kerana tumpuannya hanya terarah kepada Ahmad. Bagaimana Ahmad boleh muncul tiba-tiba, dan ghaib daripada setiap inci pandangannya, sekelip mata juga? Manusiakah? Atau…
“Yazid!”, Asiyah nampak risau. “Awak tak apa-apakah?”
“Saya okey”, balas Yazid lemah. Lemah bercampur hampa, digandakan pula dengan rasa pelik yang bertingkat-tingkat. Ah, peliknya!
“Jomlah masuk farmasi dulu”, Asiyah mengajak. Gadis yang bertudung hitam itu sudah pun memulakan langkah perlahan, kembali ke kedai. Dari sini, dia sudah perasan kelibat Abang Muiz, senior di tempat kerja sementaranya itu memandang penuh minat, mungkin penuh curiga juga.
“Tak apalah Asiyah. Saya ingat saya nak balik rumah sajalah”, balas Yazid dengan kekuatan yang sama lemah macam tadi. Dia benar-benar rasa tak bermaya. Bukan jasad, tapi hati dan jiwanya jadi kecamuk. Risau, bimbang dan aneh. Tiga perasaan itu umpama satu kombo yang menghenyak-henyak tembok tenangnya.
“Kalau macam tu tak apalah. Awak jaga diri ya Yazid. Saya balik farmasi dulu ya. Bising Abang Muiz nanti…”, ujar Asiyah.
“Okey”, balas Yazid sepatah, sebelum kakinya diangkat berat meninggalkan tempat dia terbaring dengan berlumuran darah petang itu. Tanpa dia sedar, Asiyah memandangnya dengan ekor mata sambil tergeleng sedikit.
Yazid! Awak ni kenapa?
5 Komentar
Assalamualaikum.
BalasTerima kasih atas perkongsian.
Novelkah ini? Novelkah ini?
Bila nak keluar? (teruja)
haha~
slamat posa moga ibadah kita diberkati Allah
Balassalam Ramadhan hari ke 6 Iqbal..
Balashari2 duk mengikuti blog ni..
awat xtulis pjg sikit??xsabaq nk tau..^^ tp rasa cm bleh agaknya critanya...
menarik. ^_^
Balasbest. patutlah dah bernovel...
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443