Bagi saya, musibah yang paling besar itu ialah bilamana dirinya sudah lagi tidak memeluk bimbingan wahyu. Setiap kata-kata, setiap perbuatan, setiap contoh yang dipertonton, bahkan setiap derap langkah dan hembusan nafas... semua sudah tidak dilorongkan oleh panduan wahyu. Sebaliknya, semua itu dipacu oleh kemampuan akal yang terbatas bahkan sesekali digelincirkan pula oleh nafsu. Itu musibah terbesar! Setidak-tidaknya, bagi saya.
Dakwah ialah tugas paling mulia.
Mengapa saya berkata demikian? Kerana semua rasul daripada Nabi Adam yang memulai, hinggalah Nabi Muhammad sebagai penutup kenabian, semua mereka melaksanakan dakwah. Bahkan semua sahabat Rasulullah juga melakukan dakwah. Dapat kita simpulkan bahawa berdakwah ialah suatu kewajipan yang dituntut kepada semua manusia tapi berbeza tahapannya mengikut individu itu sendiri.
Dari mana wujud perbezaan tahapan ini?
Banyak. Antaranya ialah pada kedudukan sosial, dan paling asas... ia berbeza kerana faktor tarbiyyah.
Baiklah. Kita tinggalkan dahulu topik ini. Sebaliknya kita tumpukan dahulu kepada aspek tarbiyyah. Tarbiyyah itu apa? Dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang umum, tarbiyyah itu didikan; bagaimana kita mendidik diri sendiri dan orang lain untuk memahami islam. Inilah yang saya cakap pada permulaan tadi. Tarbiyyah ialah cara kita berinteraksi dengan wahyu; al-Quran dan hadis nabawi.
Makanya, bagi orang yang melalui jalan tarbiyyah... diri mereka harus ada perbezaan dengan orang awam. Ya. Jika dilihat kepada sahabat nabi dengan orang arab jahiliyyah, kita sendiri boleh melihat perbezaannya. Jika anda meragui pernyataan saya ini, maka rujukilah sirah. Ada satu kisah yang berkait dengan seorang sahabat nabi yang bernama Abu Dzar ra. Suatu ketika, Abu Dzar tanpa sengaja telah memarahi hamba sahayanya yang berkulit hitam dengan perkataan 'hitam' yang melambangkan perkauman (rasist). Perkara itu sampai pada pengetahuan Rasulullah lalu baginda berkata kepada Abu Dzar ra, "Sesungguhnya sisa-sisa jahiliyyah masih bermukim dalam dirimu". Lalu Abu Dzar tersedar dan langsung bertaubat atas perbuatannya yang membayangkan dirinya masih bersisa dengan jahiliyyah.
Saya kira ini jelas. Orang yang mengikut jalan tarbiyyah sebagaimana yang pernah dimulai oleh Rasulullah kepada sahabat Baginda, patutnya punya perbezaan yang ketara dengan orang jahiliyyah yang tak mengikut jalan tarbiyyah. Tapi hari ini, kita sama-sama bersedih. Mengapa?
Bila masuk bab hiburan, tarbiyyah atau tidak... sama sahaja.
Bila masuk bab bola, tarbiyyah atau tidak... sama sahaja.
Bila masuk bab k-pop, tarbiyyah atau tidak... sama sahaja.
Di mana perginya sensitiviti kita?
"Cerita tu baguslah! Ada nilai-nilai dan mesej-mesej yang baik"
Ini komen seorang 'pelajar Universiti tarbiyyah' kepada satu filem tu. Katanya, ada mesej yang bagus. Tapi malangnya, mesej yang baik itu cuma kurang lima minit sahaja daripada dua jam yang panjang itu. Sebaliknya, babak-babak ranjang adalah lebih banyak dan panjang. Tidakkah orang yang ditabiyyah harus rasa terhina bila ada sebuah filem yang begitu; memasukkan yang batil dengan haq- memanipulasi haq, hingga menjadikan kebenaran itu kelihatan tempang!
Patutnya orang yang ditarbiyyah ajak kawan-kawan supaya jangan tengok, tapi sekarang... orang yang ditarbiyyah pula 'banyak masa' untuk bersedap-sedap dengan nafsu.
Sedih! Itu baru satu. Bagaimana pula dengan orang yang belajar al-Quran, yang bercakap tentang dakwah dan tarbiyyah tapi terkejar-kejar pada artis-artis? Mereka tak ada ekor. Mereka bukan monyet, tapi mengapa orang yang mengikuti jalan tarbiyyah mahu menjadi ekor mereka!
Ya. Saya tahu anda meminati mereka, tapi jangalah tergedik-gedik. Orang lain menjerit-jerit, takkan kita nak sama menjerit? Kalau orang lain nak bermandikan api, takkan kita nak mandi dengan api juga, jadi sama-sama terbakar? Begitu?
Di depan kaca televisyen pun sama juga. Masa menonton perlawanan bola sepak. Orang lain memaki hamun pemain di tengah padang yang gagal menjaringkan gol, kita pun sama memaki hamun! Macam-macam kita jeritkan, kita marahkan, dan kita lemparkan. Semacam kita tak ditarbiyyah; tak dididik dengan agama pula!
Bacalah dengan mata hati. Saya bukan menzahirkan kesedihan, tapi saya cuma menzahirkan kerisauan. Risau, kerana Allah berfirman dalam ayat 38 surah Muhammad;
"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ALLAH AKAN menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu"
Kalau kita yang ditarbiyyah ini pun tak mahu serius menolak jahiliyyah, maka Allah tak rugi. Tapi kitalah yang rugi. Kita menanam janji pada setiap minggu, dalam setiap halaqah, dalam setiap liqo' untuk berjiran di syurga tapi selepas beberapa saat kita berlepas diri daripada pertemuan itu, kita kembali mendampingi jahiliyyah.
Tapi jangan risau. Agama ini tetap akan menang. Cuma risaulah tentang nasib kita di akhirat kelak.
Bagaimana?
Dah tahu dimana tamayyuz kita?
15 Komentar
Astaghfirullahal'azim..
Balaskadang2 kita yang nak berdakwah pun slalu dr landasan yg sebenar..memang dakwah tu satu tugas yang besar.
Sama2lah kita perbaiki iman..
subhanallah..
Balasjazakkallahukhair atas peringatan ini..amat bermakna sekali..
Assalamualaikum.
BalasTerima kasih atas perkongsian. :)
Subhanallah! Rasa kena tembak tepat kat hati
BalasAllahu robbi..
BalasRasa macam banyak khilaf pulak pada diri ini..ya Allah.. =_=
aaaaaaaaaaaaaa terasa terasa terasa! sangat tepat pada waktuNya. terima kasih utk post kali ini. :) moga sama sama kita istiqamah di jalan dakwah ini.
Balas:-)
Balasmasyaallah.. tgk bait2 lagu pada gambar.. kita adalah sama..
BalasItu sungguh musibah.
BalasKadang-kadang kita tak sedar, terlalu syok membawa manusia, sedangkan diri tidak terbawa.
Doakan kepada semua yang ditarbiyyah untuk kembali membina diri.
Dakwah ini suci, perlunya kita berusaha mentarbiyyah diri dalam membawa dakwah yang suci ini.
jzkk
salam,
Balasmaaf kalau soalan saya agak bodoh.
tapi, saya ingin tahu,
tamayyuz tu apa ye?
saya orang yang baru sedar kewajipan dakwah itu sendiri. maka, ilmu saya amat cetek.
terima kasih banyak, jazakallahukheirr...
Balastamayyuz: berbeza ( KITA yang membawa da'wah dan org lain )
terbaekkkk... =)
Balasmna dpt gmba tu hah? like it!
Balashaaaaa... macam setiap benda tu zass kena kat diri ni haa ;(
Balasjzkk for the reminder :))
saya sangat setuju dengan penulis..tapi macam mana kalau saya telah mencuba untuk berubah,tapi disebabkan kawan2 yg faham Islam tidak bersikap tamayyuz,jd kadang2 say terikut sikap mereka spt menonton filem yg tak benefit dan lain2
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443