------------------------
assalamualaikum wbt (^.^)
maaf kalau tiba-tiba inche iqbal menerima emel mengejut ini. jangan terkejut banyak-banyak ye. memandangkan kita sebaya berdasarkan tahun kelahiran, maka sy tak tahu nak panggil apa sebab nanti takut inche iqbal tak selesa pula. jangan risau, sy tak pandai mengorat orang. *macam yg kat entry tu*
Saya tak terkejut pun. Saya juga selesa kalau orang panggil saya Iqbal, bukannya gelaran-gelaran atau nama-nama yang selain daripada Iqbal.
Alhamdulillah. Senang dan ringan rasa hati saya bila ada hamba Allah yang menganggap tulisan saya ada nilai. Saya, hakikatnya menulis kepada diri saya. Mahu menasihati diri saya seterusnya mendidik jiwa saya. Syukurlah bila tempias itu terkena kepada orang ramai juga.sy baru je terbaca blog anda baru-baru ini dengan izin Allah. sy juga tiba-tiba rasa seronoknya membaca kisah anda yg telah mendapat pencahayaan beberapa tahun yg dulu itu. kiranya, memperbaiki diri dengan jalan yg lebih selamat dan istiqamah.
oleh itu, sy nak tanya la kan, macam mana mula-mula nak mendalami islam dengan sedalamnya seperti sekarang? bukan hanya sekadar melakukan yg wajib tp memperbaiki lg yg wajib itu.
Berkenaan dengan soalan bagaimana saya mendalami islam, saya boleh jawab tetapi saya tak boleh jawab dengan detail kerana sebagai orang yang beriltizam dengan jalan ini, berahsia itu penting. Berhati-hati pula ialah perisainya. Hilang sifat berhati-hati, maka mudahlah musuh menyerang. Jadi, sebagai jawapan mudah; nak mendalami islam memerlukan kepada prinsip ini- "...tanyalah kepada orang yang tahu, jika sekiranya kamu tidak mengetahui." (al-Quran, surah Al-Anbiya ayat7).
Kalau sekadar belajar dengan Tuk Guru YouTube, Tuan Haji Google, Ustaz Blog, tak jadi. Nak dalami agama, perlu kepada hubungan dan komunikasi dua hala. Banyak kali saya diingatkan agar berguru dengan manusia, bukan berguru dengan internet atau apa-apa selain manusia. Kerana alasan mereka mudah lagi benar; Bukan semua bahan yang kita baca dan tonton itu betul dan benar. Jadi sangat penting untuk kita perkukuhkan agama dengan bimbingan orang-orang yang dipercayai kebenaran agamanya. Bergurulah.
Kalau sekadar belajar dengan Tuk Guru YouTube, Tuan Haji Google, Ustaz Blog, tak jadi. Nak dalami agama, perlu kepada hubungan dan komunikasi dua hala. Banyak kali saya diingatkan agar berguru dengan manusia, bukan berguru dengan internet atau apa-apa selain manusia. Kerana alasan mereka mudah lagi benar; Bukan semua bahan yang kita baca dan tonton itu betul dan benar. Jadi sangat penting untuk kita perkukuhkan agama dengan bimbingan orang-orang yang dipercayai kebenaran agamanya. Bergurulah.
Saya sebenarnya mana pernah ada guru yang betul-betul. Cuma saya suka mendengar ceramah agama (antara maghrib dan isyak). Bila ustaz dah nak habis ceramah, saya pun akan angkat tangan dan bertanya. Nak malu apa? Nak takut apa? Yang jahil itu kita, bukannya ustaz tu. Dan kerana sudah selalu sangat approach ustaz-ustaz, hubungan kami makin erat dan makin erat. Hingga dapat bertukar-tukar nombor telefon pula. Macam ni lagi mudah- kalau ada curiosity, boleh consult ustaz (walaupun tanya ustaz, tapi tak masuk TV9).
Boleh ya? sy sedang belajar di IPTS tapi malangnya kat tempat sy belajar memang kurang aktiviti seperti ceramah-ceramah berkaitan islam. kadang-kadang jeles tengok mereka yg dah lama ditarbiyah.heheYa. Saya tak nafikan bahawa kurangnya aktiviti keagamaan di IPT sebenarnya ialah suatu kekurangan atau suatu kerugian yang amat besar. Jika anda mampu, apa kata anda sendiri yang kejutkan orang atasan atau paling tidak, persatuan pelajar yang memegang urusan agama di IPT anda. Mereka mungkin sedang tidur, tak nampak kerugian atas kelewahan mereka daripada menggenggam peluang yang ada pada mereka.
Tapi kalau tak mampu, penting untuk anda mencari lubang-lubang lain bagi mendalami agama. Salah satu caranya ialah dengan memanfaatkan sepenuhnya internet ini. Saya pun banyak mendapat perincian daripada internet. Bila ada ustaz menyebut tentang satu perkara yang saya tak farmiliar, saya akan cuba cari di internet. Kalau tak dapat, bulan depan (sebab kuliah bulanan), saya akan tanya semula (jika ada peluang, selalunya ustaz zaman sekarang ni sibuk. Habis ceramah, terus nak balik).
Kita tak sama. Saya lelaki dan anda perempuan. Sebagai lelaki, masa saya mula-mula sedar, saya mulakan perubahan saya dengan menanamkan kecintaan kepada solat berjemaah dan kepada masjid atau surau. Segala apa yang hubungan rapat dengan surau, saya akan turut sama terlarut mencintanya. Daripada itulah saya tersedar bahwa ilmu agama juga penting dan saya mula memandang besar pada agama.so, macam mana permulaan yg dilakukan anda waktu permulaan dulu?boleh tak bagi beberapa rutin harian yg wajib dilakukan bagi mengukuhkan lagi iman kita?
Tentang rutin harian, memang tidak ada lain; solat berjemaah. Itu sahajalah yang masih mengikat saya. Tapi saya lelaki. Lelaki memanglah dituntut gila-gila (baca: sangat-sangat) untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Tetapi wanita, anda mungkin perlu mulakan rutin dengan memperbaiki solat (daripada segi rukun dan khusyuk) dan mendalami al-Quran. Baca teks arab, dan baca terjemahannya bersama. Di sana, hati kita akan terbuai (jika niat kita ikhlas mahu dekati Dia). Kerana al-Quran ialah kata-kata Allah, maka al-Quran adalah sebaik-baik bahan untuk kita baca, jauh lebih mulia dan utama daripada blog-blog agama.
Erkkk.. tu cerita lamalah cik. Saya dah novelkan dah pun, dengan tajuk Dia Yang Kunikahi. Terbitan JS Adiwarna. Dan sekarang, anda boleh dapatkan novel itu dengan novel terbaru saya, Transit Cinta. Situasi dan jalan cerita Transit Cinta rasanya sangat sesuai dengan anda. Ya, tak ternafi lagi. Cocok benar!lagi satu, agak-agak available lagi tak kalau nak baca "antara dua bidadari"? tu pun baru terbaca penawaran di blog inche. mungkin boleh tambah lagi ilmu. hehe.
Allah... bila baca part ni, saya seperti merasakan yang anda terlalu menyanjung saya. Jangan! Saya takut. Saya bukannya ulama atau para jundullah yang sibuk dengan dakwah, yang matanya tak memandang selain jalan ini. Saya lelaki biasa. Ada masa tulis blog. Ada masa baca blog. Dan ada masa juga untuk mengarang novel. Saya, Iqbal Syarie yang biasa-biasa saja. Saya takut bila anda atau sesiapa sahaja mengangkat saya lebih daripada orang biasa. Tersegan saya bila membaca kisah Imam Ghazali yang tanpa ragu-ragu melepaskan jawatan rektor Universiti Al-Azhar apabila orang ramai menyanjung-nyanjungnya.akhir kata, terima kasih kalau inche iqbal terbaca emel ini dan sangat lah berbangga sekiranya inche sudi membalas emel ini. sy hanya mencuba nasib, kalau Allah redha, mungkin akan mendapat maklumbalas yg baik Insha-Allah.
jzkk :)
Saya mahu lama kekal menjadi penulis, jadi saya perlu bantuan kalian untuk tidak praise saya, tapi pray untuk saya.
3 Komentar
teruskan berkongsi shbtku.
Balastapikan .. bkn kah kata2 itu satu doa?
Benar, ia doa. Tapi doa kan lebih baik dibawakan dan dilorongkan terus kepada Allah. kalau kita cakap kat orang, doa kita... seakan-akan kita melalui dia dahulu, sebelum doa itu dituju kepada Tuhan.
BalasMungkin begitulah :D
Assalammualaikum dik iqbal,
Balasakak pun orang biasa-biasa aje..bila orang tanya akak jawap mana mampu..bila orang puji akak jawap terimakasih segala puji hanya bagi Allah :)
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443